Ini adalah satu topik yang sangat penting untuk di bincangkan oleh setiap orang Islam. Allah telah memerintahkan semua orang Islam untuk bersatu. Allah memerintahkan orang Islam untuk berpegang pada tali Allah. Penyatuan orang Islam adalah hasil dari amalan dan bukan matlamat. Penyatuan bukanlah matlamat tetapi penyatuan adalah kesan daripada amalan yang benar. Objektif orang Islam adalah untuk mentaati perintah Allah dan niat dalam mentaati perintah Allah hanya untuk menyukakan Allah. Hanya apabila orang Islam mentaati segala perintah Allah dengan maksud untuk menyukakan Allah, Allah akan membuat orang Islam bersatu. Orang Islam tidak akan bersatu hanya kerana kita memberitahu mereka untuk bersatu. Kita boleh memberikan ceramah panjang tentang penyatuan, tetapi penyatuan tidak akan datang kepada orang Islam. Orang Islam akan bersatu apabila Allah ada di dalam hati dan amalan Nabi Muhammad s.a.w ada pada anggota badan mereka. Penyatuan adalah mengikat hati setiap bangsa. Hati hanya akan dapat di ikat apabila hati memiliki cinta Allah. Apabila ada cinta kepada Allah dalam hati, kita akan bersatu. Ketika kita memiliki cinta Allah dalam hati, kita akan melakukan segala sesuatu kerana itu adalah perintah Allah dan niat kita melakukannya hanya untuk menyukakan Allah.
Masing-masing dari kita boleh memiliki cinta Allah. Semua dari kita boleh memiliki cinta Allah setelah kita melakukan amalan baik. Dalam rangka untuk melakukan amalan baik kita tidak perlu menjadi kaya atau berkuasa, kerana kita hanya memerlukan masa untuk melakukan amalan baik. Di dasar cinta selain Allah, orang Islam tidak boleh bersatu. Orang Islam tidak boleh bersatu disebabkan bangsa, bahasa dan kekayaan. Orang Islam hanya boleh bersatu berdasarkan kepada cinta Allah. Apabila di dalam hati orang Islam mempunyai cinta Allah, mereka akan bersatu. Bagaimana membuat orang Islam untuk bersatu adalah dengan membuat orang Islam melakukan pekerjaan yang Allah telah perintahkan orang Islam lakukan dan ketika umat Islam melakukan pekerjaan itu, cinta Allah akan berada di dalam hati setiap orang Islam
Memiliki cinta selain Allah dalam hati umat Islam tidak boleh membuat umat Islam untuk bersatu. Apabila di dalam hati umat Islam mencintai selain cinta Allah maka selamanya umat Islam tidak boleh bersatu. Cinta pada kekayaan, tanah dan kedudukan tidak akan membuat umat Islam bersatu. Mencintai selain Allah akan memecahbelah umat Islam. Cendikiawan Islam dan pemimpin Islam hanya memberikan ceramah tentang kesatuan, tetapi mereka tidak menyuruh dan menggalakkan umat Islam untuk melakukan pekerjaan yang membawa cinta kepada Allah dalam hati umat Islam. Pekerjaan yang dapat membawa cinta Allah dalam hati umat Islam telah hilang dalam amalan umat Islam. Umat Islam tidak melakukan pekerjaan yang mana Allah telah janjikan untuk menempatkan cinta-Nya di hati umat Islam. Ini benar-benar menyebabkan malapetaka besar bagi umat Islam apabila umat Islam tidak melakukan pekerjaan yang dapat membawa cinta Allah ke dalam hati mereka. Kesannya adalah bukan sahaja di kalangan bangsa Arab dan juga bangsa Melayu tidak bersatu. Kita tidak boleh menyatukan di antara bangsa Arab dan bangsa Melayu dan kita tidak boleh menyatukan semua bangsa atau umat Islam di seluruh dunia. Oleh kerana usaha yang membuatkan cinta Allah dapat masuk ke dalam hati umat Islam telah hilang dalam kehidupan umat Islam maka kesannya tidak ada kesatuan di kalangan umat Islam. Pemimpin Islam dan ulama telah menyerukan persatuan umat Islam selama beberapa dekad, tetapi mereka tidak menyuruh dan menggalakkan umat Islam untuk melakukan pekerjaan yang mana hasilnya adalah cinta Allah akan memasuki hati umat Islam. Apabila dalam hati umat Islam ada cinta selain Allah walaupun ulama atau cendikiawan Islam membuat ceramah berjam-jam tentang kesatuan dan penyatuan di kalangan umat Islam, ini tetap akan menjadi hanya sebuah mimpi.
Pada masakini umat Islam hanya berminat pada ceramah dan seminar tentang penyatuan umat Islam. Ribuan ceramah tanpa amalan tidak akan membawa hasil apapun. Untuk membawa kepada penyatuan maka umat Islam perlu bekerja dan kerja mestilah benar serta diterima oleh Allah. Pemimpin umat Islam dan ulama harus mengajak umat Islam untuk melakukan usaha yang membawa cinta Allah dalam hati mereka dan mereka sendiri mesti juga melakukannya. Apabila ulama atau cendikiawan Islam serta pemimpin melakukan pekerjaan ini maka umat Islam keseluruhan akan mengikuti.
Para ulama atau cendikiawan Islam dan pemimpin tidak boleh hanya memberikan ceramah, seminar dan forum manakala umat Islam hanya mendengar ceramah dan seminar. Mereka harus membuat umat Islam melakukan pekerjaan yang membawa cinta Allah dalam hati mereka. Selama umat Islam memiliki cinta selain Allah dalam hati, umat Islam akan selamanya, berpecah belah.
Kefahaman bahawa kesatuan umat Islam akan tercapai apabila ulama atau cendikiawan Islam dan pemimpin hanya memberikan ceramah yang baik dan berkesan maka umat Islam telah melakukan banyak seminar, ceramah dan forum setiap saat. Selagi umat Islam tidak melakukan pekerjaan yang membawa cinta Allah dalam hati mereka maka akan selamanya umat Islam tidak akan bersatu sebagai satu ummat. Sekiranya hanya perbualan, ceramah, seminar dan forum persatuan tidak akan membawa kesatuan. Kita mestilah bercakap sedikit dan bekerja banyak seperti Nabi Muhammad saw. Sebarang ceramah hendaklah hanya tentang untuk membuatkan umat Islam melakukan kerja seperti Nabi Muhammad s.a.w. Mana-mana ceramah hendaklah hanya untuk membuat umat Islam menerima kerja Nabi Muhammad s.a.w sebagai kerja mereka. Pada masakini umumnya, orang yang memberi ceramah hanya untuk berkempen dan pada akhir ceramah, semua yang menghadiri ceramah menjamu juadah bersama. Objektif ceramah sebenarnya adalah untuk membuat umat Islam berdiri teguh dengan usaha Nabi Muhammad s.a.w . Oleh kerana ini, umat Islam hanya sibuk dengan memberi ceramah dan mendengar ceramah manakala tidak sibuk dengan kerja Dakwah Nabi Muhammad s.a.w
Pekerjaan yang memperbaharui cinta Allah dan mengurangkan cinta selain Allah adalah pekerjaan mengingatkan orang Islam tentang makna Kalimah Mulia, iaitu Tiada Tuhan melainkan Allah dan kejayaan kita dalam mentaati segala perintah Allah dengan mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. Pekerjaan yang meningkatkan kepercayaan atau cinta Allah dan Rasul adalah pekerjaan mengajak orang bukan Islam untuk menerima dan mengucapkan Kalimah Mulia iaitu Aku bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad Pesuruh Allah. Apabila umat Islam, melakukan pekerjaan yang meningkatkan iman dan pekerjaan memperbaharui iman maka cinta Allah akan selamanya di hati semua umat Islam. Setelah cinta Allah ada pada hati setiap orang Islam maka mereka akan taat kepada perintah Allah. Apabila umat Islam mempunyai ketaatan kepada perintah Allah maka mereka akan berpegang kuat pada tali Allah dan umat Islam akan bersatu.
Dr.Nasoha Saabin
Kuala Lumpur, Malaysia
