Ia adalah satu penyakit, biasanya menyerang pada usia dewasa, yang menghancurkan pendidikan dan kerjaya yang telah di bina bertahun lamanya oleh pesakit. Penyakit ini akan menjejaskan satu dalam seratus orang dan pesakit yang menderita penyakit ini menduduki hampir setengah dari katil di rumah sakit jiwa. Hampir setengah dari mereka yang mengalami episod skizofrenia tidak pernah sembuh sepenuhnya. Beberapa gejala schizophrenia adalah delusi, yang menayangkan idea palsu tentang realiti dan halusinasi, yang dirasai pancaindera, seperti mendengar suara-suara atau melihat imej yang tidak wujud. Pesakit skizofrenia boleh mengalami kesulitan mencari kata yang tepat untuk menerangkannya dan ketika dia melakukannya, dia akan menunjukkan emosi yang tidak betul. Pesakit mungkin ketawa pada peristiwa sedih dan berkelakuan yang aneh.
Kejadian menunjukkan bahawa skizofrenia melibatkan gangguan fisiologi dalam bahagian otak yang menghalang daya berfikir, perasaan dan emosi. Para penyelidik telah menemui abnormal dalam sistem limbik dan korteks prefrontal otak, pada pesakit yang menghadapi masalah skizofrenia. Kerana penggunaan ubat antipsikotik untuk mengubati skizofrenia berkesan dengan mengurangkan dopamin, adalah mungkin bahawa skizofrenia mempunyai hubungan dengan kelebihan pengeluaran dopamin. Dalam perubatan konvensional, pesakit skizofrenia yang dirawat menggunakan ubat neuroleptik dan pesakit perlu bergantung pada ubat-ubatan. Ubat hanya untuk meringankan gejala dan tidak menyembuhkan penyakit.
Adakah penyakit Skizofrenia boleh diubati dan sembuh? Menurut Nabi Muhammad saw semua penyakit dapat disembuhkan dan sebagai seorang Islam, perkataan Nabi s.a.w adalah memang benar dan menggunakan prinsip-prinsip yang di gariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w, sudah tentu dapat menyembuhkan skizofrenia yang dihidapi oleh jutaan orang di dunia. Menurut Nabi Muhammad s.a.w, ketua badan adalah perut dan usus serta kita boleh mengubati semua penyakit jika pada awalnya merawat perut dan usus. Apabila usus dan perut berfungsi dengan baik maka darah akan menjadi bersih dan manusia akan mendapat kesihatan yang sempurna. Tekanan akan mempengaruhi kesihatan perut dan usus.
Dalam rangka untuk mengubati skizofrenia, langkah pertama kita harus merawat fizikal dan tekanan emosi. Tekanan fizikal dirawat dengan pemakanan yang baik, latihan fizikal dan diet yang bagus sedangkan tekanan emosi dirawat dengan ‘self-talk’ terapi. Setelah tekanan berkurang, perut dan usus akan mula berfungsi dengan baik dan peredaran darah dalam tubuh akan menjadi lebih bersih dan banyak nutrisi atau berkhasiat. Setelah darah menjadi bersih dan berkhasiat, otak akan mendapatkan lebih banyak oksigen dan nutrisi. Apabila otak cukup berkhasiat, keradangan pada tisu otak akan berkurangan dan akhirnya menjadi normal. Setelah tisu otak menjadi normal, maka otak akan mula berfungsi dan merembeskan dopamin seperti biasa dan pesakit sembuh dari skizofrenia dengan izin Allah.
“Pada tahun 2003, seorang pesakit datang menemui saya dengan gejala yang telah di diagnos doktor mempunyai penyakit mental yang dikenali sebagai skizofrenia. Dia diberi rawatan tetapi menolaknya kerana dia percaya ubat tidak akan menyembuhkan penyakitnya dan ayahnya, seorang pensyarah membawa pesakit ini kepada saya untuk rawatan. Awalnya ayah dan pesakit percaya bahawa penyakit ini disebabkan oleh sebab syaitan dan jin. Sebelum datang berjumpa saya, ayahnya membawanya ke bomoh atau dukun yang dapat menangkap jin dan memasukkannya ke dalam botol. Lima jin telah ditangkap dengan kos lima ratus ringgit tapi keadaan anaknya masih tetap sama. Hal ini terjadi ketika anaknya itu belajar di satu madrasah dan semasa di madrasah Ustaz telah juga membaca Surah Yassin di sekelilingnya dan memberinya minum air Yassin, namun keadaannya masih juga sama. Dia berhenti belajar di madrasah dan diminta untuk pulang ke rumah kerana ustaz telah mengatakan bahawa jin terlalu kuat dan ustaz tidak mampu menghalau jin itu pergi. Apabila pesakit dirawat dengan menggunakan kaedah yang diterangkan diatas iaitu menyembuhkan fikiran, badan dan jiwa maka dengan izin Allah dia akhirnya sembuh dari skizofrenia dan terus belajar di madrasah yang sama. Sekarang dia menjadi seorang alim dan hafiz Quran. ”
Skizofrenia adalah penyakit fikiran,badan dan jiwa. Bermula dengan pesakit mempunyai tekanan yang tidak di rawat. Tekanan yang tidak dirawat mempengaruhi fungsi perut dan usus, dan seterusnya mempengaruhi kualiti darah. Apabila qualiti darah menjadi rendah, hal ini akan menyebabkan peradangan pada tisu otak yang berkaitan dengan skizofrenia. Karena peradangan teruk dari tisu otak, otak merembeskan dopamin berlebihan. Berlebihan dopamin di dalam otak menyebabkan gejala yang berkaitan dengan skizofrenia. Apabila tisu otak kembali normal, pesakit menjadi normal.
Secara umumnya, perubatan tradisional mengesahkan bahawa skizofrenia di sebabkan oleh jin dan rawatan biasanya dengan mengeluarkan jin dari tubuh badan pesakit. Dalam perubatan konvensional, tidak ada ubat untuk skizofrenia.
Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan skizofrenia menggunakan kaedah diterangkan di atas, sila membuat temujanji:
Isnin – Ahad (10:00am – 06:00pm) : En. Zamharira 013-3674140
Prof Dr Nasoha Saabin
Integrative Holistic Wellness Centre
No 11, Jalan 13, Taman Gombak
Selangor, Malaysia
Dr,nama saya Mohd Shafiq Hafiz B.Mohd Kamil saya berumur 14 tahun.Ayah saya mengalami penyakit ini selama saya berumur 7 tahun hingga sekarang.
Saya tinggal di Kelantan,dan penyakit ini telah menyebabkan kecederaan keatas sepupu saya yang berumur 19 (pada hari ini).Saya berharap doktor boleh membantu saya dengan memberi apa2 maklumat yang boleh membantu saya.Keadaan keluarga saya sangat serius.Hubungan jiran kami pun menjadi kurang kerana penyakit ini.
Sy slh seorg drpdnye. Pndidikan dan kerjaya sy hancur dan skrg sdg berjuang memerengi penyakit ini.
saya pesakit skizofrenia….ingin mencari teman…facebook Pesakit Skizofrenia…..
Assalamualaikum….doktor….saya ada abang yg ada penyakit Skiizofrenia….seingat saya perkara ini dah berlarutan hampir 10tahun. .abagng saya ada menagmbil ubat dari hkl..tapi ubat tu hanya supaya tidak kronik ..tidak mnyembuhkan sepenuhnya..jadi .kami berhasrat untuk pergi ke pusat rawatan tuan..jadi saya ingin tahu kemungkinan berapa byaran rawatan ya? Kami tidaklah berkemampuan sangat…jadi kalau tahu jangkaan wang diperlukan, boleh lah kami mengumpul wang nya dahulu…harap ada jawapan dari pihak Tuan
Sila telefon En.Sapti untuk pertanyaan lanjut.0193584497
I like the helpful information youu provide on your articles.
I’ll bookmark your blog and check again here frequently.
I am somewhat sure I will be told many new stuff proper right here!
Good luck for the following!
Very energetic article, I liked that a lot. Will there be
a part 2?