Adakah Duit Itu Kemungkaran?

money

Duit bukan kemungkaran tetapi cinta kepada duit adalah kemungkaran. Manusia di benarkan memiliki banyak duit tetapi tidak boleh mencintai duit atau mungkin tidak mempunyai duit tetapi terlalu mencintai duit. Cinta kepada duit adalah satu kemungkaran kerana duit bukan untuk dicintai. Yang harus di cintai adalah Satu yang memberi faedah kepada duit. Duit itu sendiri tidak boleh memberikan faedah melainkan dengan izin Allah. Satu yang memberikan faedah dan bahaya hanya Allah. Allah yang Esa menciptakan dan membinasakan serta menghancurkan. Allah yang Esa memberi faedah dan bahaya. Duit tidak dapat memberikan faedah dan jika tidak mempunyai duit tidak dapat memberikan bahaya melainkan dengan izin Allah. Allah telah memerintahkan manusia bekerja untuk mendapatkan duit. Manusia bekerja kerana perintah Allah dan niat bekerja hanya untuk sukakan Allah. Setiap masa kita taat kepada perintah Allah dengan niat hanya untuk sukakan Allah.

Bekerja adalah perintah Allah dan niat bekerja hanya untuk sukakan Allah. Setiap kali manusia mempunyai keperluan, Allah memerintahkan manusia untuk bekerja sebagai syarat untuk memenuhi keperluan. Manusia mempunyai keperluan maka manusia harus bekerja. Mengapa kita bekerja? Kita bekerja kerana perintah Allah dan niat bekerja hanya untuk sukakan Allah. Kita tidak boleh mengatakan bahawa kita bekerja kerana mahu memenuhi keperluan. Pekerjaan tidak dapat memenuhi keperluan, kerana pekerjaan juga adalah ciptaan Allah. Satu yang memenuhi keperluan adalah Allah dan Allah tidak memerlukan pekerjaan untuk memenuhi keperluan manusia. Allah Maha Hebat dan manusia tidak boleh mempersekutukan Allah dengan ciptaan-Nya. Allah Bersendirian dan tiada sekutu bagi Allah. Allah telah memerintahkan manusia untuk bekerja dalam usaha untuk menduga manusia. Allah tidak memerlukan pekerjaan untuk memenuhi keperluan manusia. Kita tidak boleh mengatakan bahawa saya bekerja untuk memenuhi keperluan saya dan kita tidak boleh mengatakan bahawa jika saya tidak bekerja tiada yang dapat memenuhi semua keperluan saya. Apabila kita bercakap dengan cara itu, kita telah bercakap dengan perkataan yang salah. Ketika kita bercakap dengan perkataan yang salah, iman akan berkurang.

Ketika kita bercakap perkataan yang benar, ia akan meningkatkan iman. Cara yang betul untuk bercakap adalah saya bekerja kerana perintah Allah dan niat saya bekerja hanya untuk sukakan Allah. Kita sering bercakap perkataan yang salah dan kerana ini, kita sering kehilangan iman. Kita harus berfikir perkataan yang kita ucapkan dan kita harus berfikir sebelum kita berbicara. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam maksud lebih kurang, bercakap dengan betul atau diam dan apabila anda dapat melakukannya Allah akan membantu untuk mengamalkan perintah Allah. Nabi Muhammad s.a.w juga mengatakan dalam maksud lebih kurang, percakapan membawa dosa kepada manusia melainkan percakapan yang mengajak manusia kepada Allah. Ketika kita bercakap perkataan  yang benar, iman akan meningkat dan hati menjadi tenang. Ketika bercakap perkataan yang salah, iman akan menurun dan hati tiada ketenangan.

Jika Allah mencintai kita, Allah akan mengajar kita cara untuk bercakap dengan betul. Kita tidak boleh bercakap dengan betul melainkan Allah mengajarkan kita untuk bercakap dengan betul atau kita belajar untuk bercakap dengan betul dengan orang yang Allah telah ajarkan kepada mereka untuk bercakap dengan betul. Allah akan mengajarkan kita untuk bercakap dengan betul setelah Allah mencintai kita. Allah akan mencintai kita apabila kita mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w iaitu kerja mengajak manusia kepada Allah. Kerja mengajak manusia kepada Allah adalah kerja mengajak bukan Islam untuk menerima dan mengucapkan Kalimah Mulia, dan kerja untuk mengingatkan orang Islam tentang Allah dan mengajak orang Islam untuk mentaati segala perintah Allah. Umumnya orang Islam tidak melakukan kerja mengajak manusia kepada Allah dan oleh sebab itu Allah tidak suka atau redha kepada orang Islam dan Allah tidak mengajar orang Islam bagaimana bercakap dengan betul. Apabila orang  Islam bercakap perkataan  salah maka iman orang Islam menjadi lemah. Solat orang Islam menunjukkan bahawa iman orang Islam telah lemah.

Secara umumnya, ramai orang Islam yang tidak menjaga solat khususnya perempuan. Sangat sedikit orang Islam bersolat seperti cara Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w sentiasa melakukan solat secara berjemaah. Oleh sebab solat orang Islam berkualiti rendah maka orang Islam tidak dapat menggunakan solat untuk memohon pertolongan dari Allah.  Orang Islam tidak dapat menggunakan solat untuk menyelesaikan masalah mereka dan sebab itu walaupun orang Islam melakukan solat namun orang Islam masih lagi bergantung kepada  duit untuk menyelesaikan masalah mereka. Pada masakini, orang Islam serupa dengan orang bukan Islam dalam perkara yang berkaitan dengan duit. Samaada orang Islam atau orang bukan Islam, masing-masing percaya bahawa hanya dengan duit sahaja boleh menyelesaikan masalah. Orang Islam berbeza dengan bukan Islam iaitu orang Islam boleh menerima fakta bahawa Allah menyelesaikan masalah, tetapi orang bukan Islam menerima hanya duit boleh menyelesaikan masalah. Ketika kita bercakap dengan orang Islam bahawa hanya Allah yang Esa boleh menyelesaikan semua masalah kita dan semua orang Islam akan bersetuju dan mereka akan menjawab bahawa memang benar hanya Allah yang Esa menyelesaikan semua masalah kita, tapi kita juga perlukan duit.

Secara umumnya, semua orang Islam menerima fakta bahawa Allah yang Esa menyelesaikan semua masalah tetapi mereka tidak mempercayai bahawa Allah dapat melakukan semuanya walaupun tanpa duit. Orang Islam percaya bahawa Allah menyelesaikan masalah mereka tetapi untuk Allah menyelesaikan masalah mereka, mereka harus mempunyai duit. Orang Islam menerima kebenaran bahawa tiada yang dapat menyelesaikan masalah melainkan Allah tetapi mereka tidak menerima kebenaran ini di dalam hati. Orang yang di sebut sebagai orang Islam pada masakini hanya orang yang telah masuk Islam namun iman belum masuk ke hati mereka lagi.  Untuk iman masuk ke dalam hati orang Islam maka mereka harus melakukan kerja mengajak manusia kepada Allah. Apabila hati orang Islam tidak mencintai Allah maka akan ada cinta kepada duit sepenuhnya. Cinta kepada duit adalah kemungkaran. Apabila seseorang memiliki cinta kepada duit di dalam hati, sebenarnya mereka mempunyai kemungkaran di dalam hati mereka.

Hati adalah raja kepada badan dan mengawal semua amalan badan. Apabila hati di penuhi dengan kemungkaran maka amalan manusia yang mencintai duit juga merupakan kemungkaran. Cinta kepada duit di dalam hati orang Islam akan berkurang apabila orang Islam suka membelanjakan duit untuk kerja mengajak manusia kepada Allah dan diri sendiri yang melakukan kerja mengajak manusia kepada Allah. Semasa kita mempunyai banyak duit dan membelanjakan duit di jalan Allah, maka duit bukanlah kemungkaran, tetapi duit menjadi berkat dan cinta kepada duit tidak akan berada dalam hati kita. Semasa kita mempunyai banyak duit dan suka menyimpan duit untuk diri kita sendiri maka cinta duit akan bertambah di dalam hati. Dalam usaha untuk mengeluarkan cinta kepada  duit di dalam hati maka orang Islam harus membelanjakan sebanyak mungkin duit di jalan Allah dan diri sendiri harus melakukan kerja mengajak manusia kepada Allah.

Prof Dr.Nasoha Saabin

This entry was posted in Amar Makruf Nahi Munkar, Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Leave a comment