LEMBAYUNG KEAMANAN : Seri Paduka Baginda

Jemaah wujud apabila ada ketua. Tanpa ketua tidak ada jemaah dan tanpa jemaah tidak ada bantuan Allah. Bantuan Allah bersama jemaah dan Allah membantu jemaah melalui perantaraan ketua jemaah. Apabila ada tiga orang maka satu orang perlu menjadi ketua jemaah. Apabila ada ketua barulah jemaah terbentuk dan bersama jemaah ada bantuan dan keberkatan dari Allah. Selagi kita berada dalam jemaah maka selagi itulah kita mendapat keberkatan dan bantuan Allah. Adalah lebih baik mempunyai ketua yang zalim daripada langsung tidak mempunyai ketua. Solat apabila dikerjakan secara berjemaah lebih disukai Allah dari solat yang dikerjakan secara sendirian. Untuk mengerjakan solat berjemaah seorang perlu menjadi imam. Tanpa imam solat tidak dapat dikerjakan dengan berjemaah. Solat dengan berjemaah seramai lapan orang adalah lebih baik dari solat bersendirian seramai seratus orang. Allah gembira apabila kita mengerjakan solat secara berjemaah dan pahala mengerjakan solat berjemaah adalah dua puluh tujuh kali lebih dari mengerjakan solat bersendirian. Apabila umat islam berhimpun kerana Allah dan mengerjakan solat dengan berjemaah Allah sangat gembira. Allah membantu umat ini apabila mereka mengerjakan sesuatu amalan yang diperintah Allah secara berjemaah. Umat islam dikatakan melakukan sesuatu dengan berjemaah apabila umat islam melakukannya dengan dipimpin oleh seorang ketua. Umat islam di seluruh dunia hari ini tidak mempunyai seorang ketua dan tidak berada dalam keadaan satu jemaah. Umat islam adalah dalam keadaan berpecah belah dan tidak mendapat bantuan Allah. Umat islam diseluruh dunia perlu dipimpin oleh seorang ketua dan apabila ini berlaku barulah umat islam diseluruh dunia dikatakan bergerak sebagai satu jemaah. Pada ketika itu umat islam pasti senantiasa dibantu oleh Allah swt. Umat islam diseluruh dunia hanya dapat disatukan apabila seluruh umat islam diseluruh dunia mempunyai maksud hidup yang sama seperti maksud hidup Muhammad saw. Umat islam tidak akan mempunyai maksud hidup yang sama seperti nabi selagi mereka tidak menjadikan kerja nabi sebagai kerja mereka yang utama. Apabila seluruh umat islam bangun membuat kerja Nabi saw, iaitu mengajak manusia yang belum mengucapkan kalimah kepada mengucapkan kalimah maka iman umat islam akan menjadi betul. Apabila iman umat islam telah menjadi betul maka barulah umat islam menjadi umat yang bersatu hati dan berkasih sayang. Seluruh umat islam akan menjadi seumpama satu badan yang mana jika mana-mana bahagian dari badan itu sakit maka bahagian badan yang lain akan turut merasa sakit. Umat islam di seluruh dunia pada hari ini tidak dapat disatukan seumpama satu badan kerana mereka memiliki iman yang lemah disebabkan mereka telah meninggalkan kerja nabi. Allah berfirman “Kamu adalah sebaik umat yang dihantar untuk mengajak seluruh manusia kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah” Seluruh umat islam seluruh dunia sedang berada dalam keadaan berpecah belah dan negara umat islam telah dibahagikan menjadi berbagai negara dan salah satu negara umat islam ialah Malaysia. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan dan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung (SPBYDPA) adalah ketua negara. SPBYDPA adalah diibaratkan sebagai Waliyul Amri atau Ketua Negara dan beliau melantik Perdana Menteri untuk mentadbir negara. Sebagai ketua negara SPBYDPA adalah lambang keamanan negara. Apabila berlaku perselisihan diantara rakyat yang berbagai kaum maka taat kepada SPBYDPA adalah jalan untuk mengujudkan keamanan. Keamanan dalam negara tidak dapat diwujudkan jika tidak ada ketaatan kepada SPBYDPA. Mentaati keputusan yang telah diambil oleh SPBYDPA adalah amalan agama kerana SPBYDPA adalah amir untuk seluruh rakyat dinegara ini. Seluruh rakyat Malaysia samaada yang beragama islam atau tidak perlu mentaati keputusan yang telah diambil oleh SPBYDPA kerana keputusan itu diambil setelah SPBYDPA bermesyuarat dengan semua raja dan pembesar negara. Mentaati amir dalam islam adalah wajib dan tidak mentaati amir adalah berdosa. Allah berfirman “Taatlah Allah dan Rasul dan mereka yang telah dijadikan amir dikalangan kamu” Mentaati Allah dan Rasul dan mentaati amir yang telah dilantik dikalangan kita adalah perintah Allah. Kita taat kepada amir selagi amir tidak menyuruh kita melanggar perintah Allah. Taat kepada amir adalah agama dan melanggar perintah amir adalah berdosa. Walaupun amir itu adalah seorang yang lebih muda daripada kita atau dari keturunan yang lebih rendah namun kita diperintah oleh Allah untuk mentaatinya. Sebelum Nabi saw wafat, beliau telah membentuk satu jemaah untuk menghadapai serangan tentera Rom dan amir untuk jemaah itu ialah Hazrat Usamah bin Zaid, cucu angkat baginda dan anak kepada anak angkat baginda yang asalnya hanyalah seorang hamba abdi bernama Zaid. Walaupun umur Hazrat Usama hanyalah dalam lingkungan dua puluhan namun Nabi Muhammad saw telah mengangkat dia untuk menjadi amir dan diantara makmumnya terdapat sahabat-sahabat yang besar seperti Hazrat Umar khatab ra. Mentaati amir bermakna mentaati Allah dan rasulnya dan melanggar perintah amir adalah seumpama melanggar perintah Allah dan rasulnya. Taat kepada amir adalah sebahagian dari amalan agama yang penting. Apabila kita mentaati amir maka kita bersatu dalam satu gerakan melawan musuh dan apabila kita tidak mentaati amir maka gerakan kita sebagai satu jemaah melawan musuh telah menjadi lemah dan pasti kita akan dapat dikalahkan oleh musuh. Apabila sebahagian dari tentera yang mengikuti Hazrat Ali berpecah pendapat untuk samaada menyerang atau tidak Hazrat Muawiyah, maka Hazrat Ali berkata bahawa kemenangan adalah dipihak Muawiyah. Walaupun Hazrat Ali adalah seorang yang taqwa dan berilmu dan kedudukannya disisi Allah jauh lebih tinggi dari Hazrat Muawiyah namun apabila perpecahan berlaku dikalangan mereka yang mengikuti Hazrat Ali maka kemenangan dalam peperangan itu berpihak kepada Hazrat Muawiyah. Ketua adalah tunggak kepada perpaduan dan keamanan. Taat kepada ketua adalah perintah Allah yang paling penting untuk diamalkan jika kita inginkan negara yang aman dan sejahtera. Apabila kita taat kepada raja maka kita taat kepada Allah dan rasul. SPBYDPA adalah ketua negara dan negara akan aman hanya apabila SPBYDPA ditaati dan negara akan maju apabila Perdana Menteri ditaati. Walaupun kita mempunyai pandangan yang berbeza namun apabila SPBYDPA telah membuat keputusan setelah bermesyuarat dengan raja-raja dan pembesar negara maka wajib kita mentaatinya. Mempunyai perbezaan pendapat adalah rahmat tetapi perbezaan hati adalah azab. Apabila keputusan telah diambil oleh SPBYDPA maka kita hendaklah melupakan semua pandangan yang kita ada dan menganggap keputusan yang dibuat oleh SPBYDPA adalah juga keputusan kita. Jika seluruh rakyat Malaysia berkelakuan seperti ini samaada yang beragama islam atau tidak maka negara akan senantiasa aman dan sejahtera. Apabila negara aman dan sejahtera maka pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar. SPBYDPA memainkan peranan yang sangat penting sebagai ketua negara dan mentaati keputusan SPBYDPA adalah jalan yang selamat untuk menjamin kesejahteraan negara selamanya. Taat adalah pintu agama. Mereka yang taat akan dapat mengamalkan agama. Taat adalah berkait dengan iman. Mereka yang beriman adalah mereka yang taat. Mereka yang tidak beriman adalah mereka yang tidak taat. Iman berkait dengan kerja Nabi saw. Apabila umat islam bangun membuat kerja Nabi saw iman mereka akan menjadi betul dan mereka akan menjadi rakyat yang taat kepada Allah, Rasul dan kepada SPBYDPA. Memiliki rakyat yang beriman sepatutnya menjadi agenda utama negara, kerana dengan memiliki rakyat yang beriman, kita akan memiliki rakyat yang taat. Apabila kita memiliki rakyat yang taat maka kita akan mendapat negara yang aman dan sejahtera. Kita boleh bercakap tentang taat dan menyuruh orang lain supaya taat tetapi taat datangnya dari iman. Selagi umat islam tidak diajak kepada kerja Nabi saw dan yang bukan islam diajak untuk mengucapkan kalimah laaillahaillallah maka selagi itu kita tidak akan mendapat rakyat yang taat kepada ketua negara. Rakyat yang tidak mempu
nyai iman tidak akan taat kepada Allah, Rasul dan SPBYDPA. Apabila kita tidak mempunyai rakyat yang taat kepada Allah, Rasul dan SPBYDPA maka kita tidak akan mendapat negara yang aman dan sejahtera. Negara akan senantiasa dilanda dengan pemberontakan dan rusuhan. Mereka akan menuntut agar keinginan mereka dipenuhkan walaupun ianya membahayakan negara. Rakyat yang miskin dan tidak berpelajaran akan digunakan untuk membuat rusuhan untuk menuntut agar keinginan mereka untuk menjadi kaya juga dipenuhkan. Mereka akan melaungkan slogan keadilan dan kebebasan. Mereka mahu agar kekayaan negara dibahagi sama rata dan semua orang mempunyai peluang yang sama untuk menjadi kaya dan berkuasa. Atas slogan sama rata dan keadilan mereka menuntut agar sistem demokrasi dijalankan. Mereka melaungkan slogan dari rakyat untuk rakyat dan ketua hendaklah dipilih oleh rakyat. Setiap rakyat mempunyai kuasa yang sama untuk memilih ketua negara. Dengan sistem pilihan raya seorang rakyat yang tidak berpelajaran dan tidak beragama mempunyai kuasa yang sama dengan seorang rakyat yang berpelajaran dan beragama untuk memilih ketua. Setiap rakyat mempunyai hanya satu undi untuk memilih ketua mereka. Jika usaha Nabi saw tidak dibuat maka semua rakyat umumnya mempunyai iman yang lemah. Rakyat yang mempunyai iman yang lemah sudah tentu akan memilih mereka yang juga mempunyai iman yang lemah sebagai ketua. Dalam islam ketua hendaklah dipilih oleh golongan yang bertaqwa, berilmu agar mereka yang diangkat menjadi ketua adalah juga mereka yang bertaqwa dan berilmu. Apabila golongan yang bertaqwa dan berilmu tidak wujud maka pemerintahan sistem beraja adalah lebih baik dari sistem demokrasi. Raja bermesyuarat dengan mereka yang berilmu untuk memilih mereka yang paling baik untuk menjadi Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mentadbir negara dengan bermesyuarat dengan Raja. Setelah Nabi saw tinggalkan dunia ini maka umat islam dengan bermesyuarat dikalangan mereka yang bertaqwa dan berilmu telah memilih Hazrat Abu Bakar, Hazrat Umar, Hazrat Usman dan Hazrat Ali menjadi khilafah silih berganti. Apabila golongan yang bertaqwa dan berilmu sudah tiada umat islam telah memilih sistem beraja sebagai cara untuk memerintah negara. Menggunakan sistem demokrasi menguntungkan golongan yang tiada beragama. Mereka yang tiada beragama akan memilih ketua mereka dari mereka yang tiada beragama dan ini bercanggah dengan kehendak Allah swt. Apabila mereka yang tiada beragama menjadi ketua maka negara akan menjadi huru-hara dan agama tidak akan hidup buat selamanya. Malaysia adalah negara yang mempunyai raja dan mengamalkan sistem demokrasi. Jika sistem beraja dihapuskan maka Malaysia akan menuju kepada sistem demokrasi sepenuhnya yang tidak akan menguntungkan umat islam. Dengan sistem demokrasi kumpulan yang ramai akan menguasai kumpulan yang sedikit. Dalam islam kumpulan yang mentaati perintah Allah walaupun sedikit patut dijadikan ketua bagi kumpulan yang ramai yang tidak mentaati Allah agar kumpulan yang tidak mentaati Allah dapat diajak kepada mentaati Allah swt. Harta dan kuasa dalam islam hendaklah digunakan untuk menegakkan agama Allah swt. Kuasa hendaklah diberi kepada mereka yang akan menggunakan kuasa itu untuk menegakkan agama Allah. Apabila masyarakat madina memberi kuasa kepada Nabi Muhammad saw maka Nabi saw telah menggunakan kuasa itu untuk menghidupkan agama di Madinah dan di seluruh dunia. SPBYDPA adalah lambang keutuhan, keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Sistem kerajaan beraja hendaklah diperkukuhkan kerana ianya lebih menguntungkan umat islam dari sistem kerajaan berdemokrasi. Umat islam hendaklah senantiasa berusaha untuk meningkatkan iman dengan membuat kerja Nabi saw. Apabila umat islam bangun membuat kerja Nabi saw maka iman umat islam akan menjadi kuat dan akan wujud satu hati dan kasih sayang dikalangan umat islam di seluruh dunia. Dari kalangan umat islam yang bertaqwa, berilmu dan berwibawa seorang dari mereka hendaklah dipilih untuk menjadi ketua untuk seluruh umat islam di seluruh dunia. Apabila umat islam seluruh dunia mempunyai seorang ketua maka umat islam pada ketika itu akan bergerak sebagai satu jemaah dan satu badan untuk mengajak seluruh umat manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran.

Dr. Nasoha Saabin

September 2010

Dean of Faculty of Optometry

International University College of Technology Twintech Kuala Lumpur, Malaysia

This entry was posted in Amar Makruf Nahi Munkar. Bookmark the permalink.

Leave a comment