Mencintai Dunia & Kerja Nabi

Allah s.w.t telah menghantar kesemua nabi untuk mengingatkan keseluruhan manusia tentang kewujudan Allah dengan mengatakan tiada tuhan melainkan Allah dan mentaati segala perintah Allah seperti yang di tunjukkan oleh nabi. Semua nabi yang Allah rahmati merupakan wakil bagi Allah kepada setiap manusia dan setiap nabi telah ditentukan masa dan kaum kepada siapa mereka dihantar. Terdapat juga keadaan dimana pada satu masa yang sama telah dihantar ramai nabi kepada ramai kaum ataupun masyarakat. Semua nabi telah diberikan oleh Allah kalimah yang mulia,iaitu tiada tuhan melainkan Allah dan nabi hanya hamba dan utusan Allah. Nabi bukan tuhan tetapi mereka adalah manusia biasa yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi rasul-Nya kepada manusia. Apabila manusia mula mengagumi dan mencintai nabi lebih daripada Allah, mereka mula mengaitkan sifat nabi sesuai dengan Allah dan apabila nabi wafat mereka mula membuat patung nabi sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap nabi dan mereka mula memuja patung. Asalnya mereka hanya menyembah patung tetapi lama-kelamaan mereka mula timbul dalam hati mereka rasa sayang pada patung tersebut dan mereka menyanjunginya. Permulaannya mereka tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan berhala tetapi hanya sebagai simbol atau satu perkara supaya dapat mendekatkan diri mereka kepada tuhan dalam beribadah. Oleh kerana mereka tidak dapat melihat tuhan dan akhirnya mereka ditipu dan dihasut oleh Iblis dan syaitan dengan menganggap patung tersebut adalah tuhan yang dapat memberi faedah dan bahaya. Apabila manusia telah menjadikan berhala adalah tuhan maka Allah s.w.t akan menghantar satu lagi nabi kepada manusia untuk mengingatkan manusia yang memberi faedah dan bahaya adalah Allah. Allah akan memilih dari kalangan manusia untuk menjadi Rasul-Nya dan amanah untuk disampaikan adalah sama seperti yang diberikan kepada semua rasul-rasul yang lain, iaitu tiada tuhan melainkan Allah dan nabi adalah pesuruh Allah. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, semua nabi telah diberikan oleh Allah kalimah dan kalimahnya adalah tiada tuhan melainkan Allah dan di atas kalimah ini kami mengajak seluruh manusia. Semua manusia adalah satu keluarga iaitu berasal dari satu datuk dan dicipta oleh satu tuhan. Tuhan bagi seluruh manusia adalah Allah dan tiada tuhan melainkan Allah. Proses penghantaran nabi-nabi diteruskan sehingga akhirnya Allah membuat keputusan untuk melengkapkan risalah petunjuk kepada umat manusia dengan menghantar Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan nabi terakhir kepada seluruh manusia dan wahyu terakhir kepada manusia merupakan Al-Quran.
Allah s.w.t telah menghantar Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi terakhir kepada umat manusia. Allah tidak akan menghantar lagi nabi selepas baginda. Walaupun sudah tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w tetapi kerja nabi mesti diteruskan hinggalah ke hari akhir sebelum kiamat. Siapakah yang akan melakukan kerja nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.? Allah s.w.t telah anugerahkan kerja yang mulia daripada Nabi Muhammad s.a.w. kepada setiap orang yang mengikutinya. Ini bermaksud, setiap dari umat Nabi Muhammad s.a.w. telah di berikan oleh Allah kerja Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun setiap dari umat Nabi Muhammad s.a.w telah diberikan kerja nabi tetapi tidak lama selepas pemergian Nabi Muhammad s.a.w dan Khalifah Keempat , kerja Nabi Muhammad s.a.w perlahan-lahan luput dari kehidupan umat Islam. Kesan selagi kerja Nabi s.a.w kekal dalam umat Islam, ia adalah sama seolah-olah Nabi Muhammad s.a.w masih hidup dengan umat Islam dan pertolongan Allah sentiasa bersama dengan umat Islam. Apabila kerja nabi s.a.w hilang dalam kehidupan umat Islam, ia adalah sama seolah-olah Nabi Muhammad s.a.w tidak lagi hidup bersama umat dan pertolongan Allah tidak lagi bersama dengan umat Islam. Paderi-paderi Empayar Rom telah memberi amaran kepada orang-orang Kristian bahawa mereka tidak akan menyerang umat Islam semasa Nabi Muhammad s.a.w masih hidup. kerana mereka faham pertolongan Allah dengan umat Islam dan orang Kristian tidak dapat mengalahkan umat Islam.

Orang-orang Kristian Empayar Rom tidak akan menyerang orang Islam selagi Nabi Muhammad s.a.w masih hidup. Tetapi setelah mereka mendengar berita bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah jatuh sakit, mereka menyediakan kira-kira 200 ribu askar dan bersedia untuk menyerang Madinah. Pada masa itu, Khalifah Abu Bakar telah dilantik untuk menjadi khalifah pertama bagi umat Islam dan umat Islam pada masa tersebut berhadapan dengan tiga masalah utama. Tiga masalah utama yang dihadapi oleh umat Islam pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.ahu adalah penyerangan dari Empayar Rom, ramai umat Islam murtad dan menjadi pengikut nabi palsu iaitu Musailama Kazab dan sesetengah umat Islam yang tidak mahu membayar zakat. Pada masa sebelum kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, beliau telah menyediakan seramai 3000 orang tentera yang diketuai oleh Hazrat Usamah bin Zaid r.a untuk menghadapi tentera Rom. Kita sedia maklum, betapa sukarnya untuk Khalifah Abu Bakar r.a menghantar tentera yang dipimpin oleh Usamah r.a pada masa apabila Nabi Muhammmad s.a.w baru sahaja wafat. Akhirnya tentera dihantar juga oleh Hadrat Abu Bakar r.a walaupun pada mulanya sahabat terkenal seperti Hadrat Umar r.a. menentang keputusan tersebut. Walaupun fizikal Nabi Muhammad s.a.w telah tiada tetapi bagi Allah s.w.t kekasih-Nya masih hidup kerana kerja yang dilakukan oleh kekasih-Nya masih hidup pada masa tersebut. Pertolongan Allah adalah dengan umat Islam dan tiga masalah utama yang dihadapi oleh umat Islam pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a di selesaikan oleh Allah s.w.t. Tentera Rom dicampakkan ketakutan oleh Allah s.w.t dalam hati mereka dan mereka berundur, Musailama Kazab dapat dibunuh dan umat Islam yang enggan membayar zakat akhirnya mula membayar zakat. Para paderi Kristian Empayar Rom hairan dan kagum pada kemenangan umat Islam ke atas tentera Rom. Mereka cuba mencari sebab mengapa pertolongan Allah dengan umat Islam masih ada walaupun Nabi Muhammad s.a.w. telah tiada di dunia ini. Hampir di setiap peperangan yang berlaku di antara orang Kristian atau bukan Islam dengan orang Islam kemenangan telah berpihak kepada umat Islam. Apakah sebab-sebabnya?

Umat Islam sentiasa memenangi peperangan yang mereka hadapi semasa tempoh pemerintahan Khalifah kerana pertolongan Allah bersama umat Islam. Pertolongan Allah bersama umat Islam pada masa tersebut kerana mereka melakukan kerja Nabi Muhammad s.a.w. Selagi umat Islam melakukan kerja nabi, dalam pandangan Allah, Nabi Muhammad s.a.w masih bersama umat Islam dan Allah akan membantu umat Islam. Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran yang bermaksud lebih kurang, “Wahai Muhammad, selagi engkau bersama mereka dan mereka sentiasa meminta ampun, aku tidak akan menghukum mereka”. Allah tidak akan menghukum umat Islam selagi umat Islam buat kerja Nabi Muhammad s.a.w atau pun dalam kata lain bermaksud selagi umat Islam buat kerja Nabi s.a.w bantuan Allah bersama umat Islam. Bantuan Allah bersama umat Islam bermaksud, Allah akan bantu umat Islam apabila mereka di serang oleh orang bukan Islam dan Allah akan memberi kemenangan kepada umat Islam. Allah akan memberi penghormatan dan maruah serta menjadikan mereka pemimpin di muka bumi. Allah akan kabulkan doa orang Islam dan bebaskan mereka dari segala malapetaka dan musibah. Allah akan memberi kepada umat Islam pemimpin yang beriman dan Allah akan bagi umat Islam taufiq dan hidayat untuk mentaati segala perintah Allah seperti yang Allah kehendaki. Apakah sebenarnya yang berlaku kepada umat Islam seluruh dunia pada masa kini yang menyebabkan pertolongan Allah tidak bersama umat Islam? Persoalannya, hanya ada satu sebab mengapa bantuan Allah tidak bersama umat Islam seluruh dunia. Satu perkara mengapa umat Islam tidak mendapat bantuan Allah adalah kerana umat Islam tidak lagi melakukan kerja Nabi Muhammad s.a.w sama seperti Nabi s.a.w lakukan. Tiada sebab melainkan dari sebab ini. Orang Islam mesti mencari jawapan kepada masalah mereka dengan merujuk kepada Al-Quran bukan di tempat lain.

Pada masa kini, orang Islam tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan membasmi kemiskinan, menurunkan kadar buat huruf dan meningkatkan sains dan teknologi dikalangan umat Islam. Tiada yang boleh memberi kita kemuliaan dan kehinaan melainkan Allah dan Allah akan menyelesaikan masalah kita apabila kita membetulkan amalan kita. Allah akan memberikan umat Islam kemuliaan dan penghormatan serta maruah yang Allah telah janjikan hanya apabila umat Islam buat kerja Nabi Muhammad s.a.w. Apabila umat Islam buat kerja Nabi Muhammad s.a.w sebagai kerja utama mereka, Allah akan meningkatkan keimanan mereka dan hanya dengan iman maka umat Islam dapat mentaati segala perintah Allah. Apabila umat Islam mentaati perintah Allah dengan cara yang Allah kehendaki, maka Allah akan suka pada umat Islam. Apabila Allah suka pada umat Islam, Allah akan makbulkan doa umat Islam, bantu umat Islam terhadap musuh dan menyelesaikan segala masalah umat Islam pada masa kini. Mengapa umat Islam meninggalkan kerja Nabi Muhammad s.a.w sedangkan kerja nabi s.a.w adalah satu perintah Allah yang sangat penting kepada umat Islam? Tidakkah Ulama umat Islam mengetahui dan memahami bahawa sebab utama kejatuhan umat Islam adalah kerana umat Islam telah meninggalkan kerja Nabi Muhammad s.a.w. Mengapa umat Islam tidak menghidupkan kerja Nabi Muhammad s.a.w supaya masalah umat Islam dapat di selesaikan oleh Allah. Malangnya, kebanyakan Ulama umat Islam hanya sibuk dengan menulis buku-buku berkenaan Islam dan memberi ucapan tentang Islam di masjid-masjid dan perhimpunan besar manakala tidak sibuk dengan kerja Nabi Muhammad s.a.w. Tiada seorang pun daripada mereka melainkan Sheik Ilyas rah. telah bersemangat untuk melakukan kerja yang sama seperti Nabi Muhammad s.a.w lakukan pada permulaan abad yang lalu. Sheikh Ilyas rah. pergi ke sawah padi dan bertemu dengan orang Islam yang sudah tidak tahu lagi mengucap dua kalimah syahadah dan meminta mereka mengucap kalimah mulia. Malangnya kerja yang beliau mulakan dan akhirnya tidak diikuti oleh ulama yang mewarisi kerja beliau. Selepas Sheikh Ilyas rah. meninggal dunia kerja Nabi Muhammad s.a.w menjadi sebuah kumpulan tarikat. Ulama umat Islam selepas beliau membuat keputusan kembali kepada cara tradisional dengan ceramah di masjid dan di perhimpunan besar umat Islam. Ulama tidak mahu lagi melakukan kerja seperti yang Nabi Muhammad s.a.w lakukan dan mereka lebih selesa memberi ceramah di setiap masjid. Mengapa Ulama Islam tidak mahu lagi melakukan kerja seperti Nabi Muhammad s.a.w dan Sheikh Ilyas rah. Jawapannya adalah kerana Ulama Islam telah dijangkiti penyakit dalam hati mereka yang dikenali sebagai cinta dunia. Nabi Muhammad s.aw bersabda, dalam pengertian yang hampir sama, cinta dunia adalah asas segala kejahatan.

Apabila ulama umat Islam ditimpa dengan penyakit cinta dunia, apakan lagi kebanyakan umat Islam. Pada masa kini, semua umat Islam termasuk ulama mereka juga telah dijangkiti penyakit ini. Di sebabkan Ulama dan umat Islam dijangkiti penyakit cinta dunia maka kerja Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi kewajipan telah luput dari umat Islam. Kerja Nabi Muhammad s.a.w menuntut umat Islam serta ulama untuk melakukan pengorbanan dari segi masa, wang, kesihatan, diri, keluarga, keselesaan, maruah dan ego. Apabila umat Islam mula melakukan kerja nabi s.a.w. dengan pengorbanan, cinta dunia yang lahir dalam hati umat ini akan keluar dan cinta pada Allah akan wujud dalam hati umat Islam. Apabila ulama dan semua umat Islam berhenti dari kerja Nabi s.a.w, cinta dunia akan lahir dalam hati dan cinta Allah akan keluar dari hati umat Islam. Apabila cinta dunia masuk dalam hati, maka hati umat Islam tidak akan mempunyai cahaya di mana mereka tidak dapat melihat perbezaan di antara kebenaran dan dusta dan mereka tidak dapat memahami Al-Quran serta membuat tafsiran Al-Quran dengan betul. Hanya dengan kefahaman yang betul dalam Al-Quran, Ulama serta orang Islam dapat membuat tafsiran yang betul mengenai Al-Quran. Apabila tafsiran Al-Quran betul, maka umat Islam akan mempunyai tindakan dan amalan yang betul. Tun Dr. Mahadhir pernah berkata bahawa masalah yang dihadapi oleh umat Islam pada zaman ini adalah di sebabkan terlalu banyak tafsiran yang salah dari Al-Quran di buat oleh para ulama. Kesan dari salah tafsir, mereka melancarkan jihat ke arah sesama umat Islam. Umat Islam keliru dan seluruh dunia telah keliru. Orang-orang Islam sepatutnya memimpin manusia ke arah cahaya tetapi mereka sendiri berada dalam kegelapan dan orang-orang Islam sepatutnya membawa manusia kepada petunjuk malah mereka sendiri yang sesat. Seluruh dunia berada dalam kegelapan dan kesesatan yang nyata apabila umat Islam meninggalkan kerja Nabi Muhammad s.a.w.
Apakah sebenarnya yang dikatakan kerja Nabi Muhammad s.a.w? Kerja Nabi Muhammad s.a.w adalah mengajak seluruh manusia mengucap kalimah mulia iaitu tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan kepada yang telah mengucap kalimah mulia, ingatkan mereka tentang maksud kalimah dan mengajak mereka mentaati perintah Allah dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Apabila umat Islam mula melakukan kerja Nabi dengan pengorbanan, maka Allah akan keluarkan cinta dunia yang ada dalam hati dan cinta Allah akan masuk dalam hati. Apabila umat Islam ada Allah dalam hati, mereka mempunyai cahaya dalam hati mereka dan hanya manusia yang ada cahaya dalam hati mereka akan membaca Al-Quran dengan memahami serta membuat penafsiran yang tepat mengenai isi kandungan Al-Quran. Dengan Hanya dengan tafsir Al-Quran yang betul, umat Islam akan mendapat amalan yang baik. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya lebih kurang, apabila umatku mencintai dunia,mereka tidak akan mencintai Islam. Apabila mereka berhenti mengajak kebaikan dan mencegah mungkar (kerja Nabi), mereka akan diangkat keberkatan wahyu(tidak faham Al-Quran), Apabila mereka mula caci mencaci sesama mereka, mereka akan terhindar dari rahmat Allah.

Prof Dr Nasoha Saabin
April 2011
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

This entry was posted in Amar Makruf Nahi Munkar. Bookmark the permalink.

1 Response to Mencintai Dunia & Kerja Nabi

  1. panglima's avatar panglima says:

    Salam Prof. Dr. Nasoha bin Saabin…kami yakin Prof. Dr. Nasoha akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dgn keizinan Allah. Kami amat yakin akan segala janji Allah di dalam al-Quran. Doakan kami agar dpt mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah dgn niat krn perintah Allah dan untuk sukakan Allah. Amin.

Leave a comment