Lima Rukun Islam – Kaitan Rukun Amal dan Rukun Iman

Orang Islam mempunyai Enam Rukun Iman dan Lima Rukun Islam. Enam Rukun Iman adalah perintah Allah bagi hati dan Lima Rukun Islam adalah perintah Allah untuk badan kita. Hati merupakan raja bagi anggota badan dan apa sahaja kehendak hati maka anggota badan akan melakukannya. Tetapi yang sebenarnya, hati akan dipengaruhi oleh apa yang anggota badan sering lakukan dan apa yang telah di sebut berulang kali oleh lidah. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dengan makna yang lebih kurang, tidak akan baik manusia itu melainkan baik hatinya, tidak akan baik hatinya melainkan betul imannya, tidak akan betul imannya melainkan betul percakapannya. Apa yang sentiasa disebut berulang kali oleh seseorang maka itulah yang menjadi kepercayaannya dan Allah telah memberi kita satu perkataan yang paling mulia kepada setiap manusia untuk di sebut berulang kali untuk membetulkan kepercayaan manusia iaitu Aku Naik Saksi Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Aku Naik Saksi Muhammad Pesuruh Allah. Untuk memastikan kalimah yang mulia ini tertanam ke dalam hati kepada setiap individu lelaki dan perempuan, kalimah mulia ini hendaklah di sebut berulang kali oleh setiap lelaki dan perempuan. Rukun Islam yang pertama adalah aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Untuk kalimah mulia ini tertanam ke dalam hati setiap umat Islam kita hendaklah menunaikan hak kalimah ini. Apakah hak kalimah ini? Hak kalimah ini adalah, apabila kita melihat kemungkaran yang manusia lakukan terhadap Allah secara terang-terangan, kita hendaklah mencegahnya dengan mengajak kepada kebaikan. Kita hendaklah bermula dengan mencegah punca bagi segala kemungkaran. Punca bagi segala kemungkaran apabila manusia tidak mahu mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan mengaku Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah. Amalan yang utama adalah mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan mengaku Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah. Apabila seseorang mengucap kalimah mulia, Allah s.w.t akan menghapuskan segala dosanya dan menukarkan amalan buruknya kepada kebaikan. Seseorang yang tidak mahu mengucap kalimah mulia adalah seorang kafir atau bukan Islam dan seorang yang mengucap kalimah mulia adalah seorang Islam. Mungkar kedua yang dilakukan oleh seseorang yang telah mengucap kalimah mulia adalah mereka tidak menyampaikan kalimah mulia kepada mereka yang tidak pernah mengucap kalimah mulia dan yang ketiga mungkar yang dilakukan oleh seseorang yang telah mengucap kalimah mulia adalah tidak menunaikan solat lima waktu.

Sebenarnya Rukun Islam yang pertama terdapat satu amalan berkaitan dengannya. Apakah amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama? Amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama adalah menyampaikan kalimah mulia kepada mereka yang belum pernah mengucap kalimah mulia dan kepada yang telah mengucap kalimah mulia di ingatkan tentang maksud kalimah mulia dan di ajak untuk mentaati perintah Allah. Selepas Hadrat Abu Bakar r.a menerima dan mengucap kalimah mulia, beliau faham dan terus melakukan amalan yang berkaitan dengan kalimah mulia iaitu menyampaikan kalimah mulia kepada yang belum pernah mengucap kalimah mulia. Nabi Muhammad s.a.w bersabda sampaikan walaupun satu ayat. Kerja yang berkaitan dengan kalimah mulia adalah menyampaikan kalimah mulia kepada bukan Islam dan bukan untuk memasukkan mereka Islam dan kepada orang Islam yang ingkar perintah Allah di ingatkan tentang maksud kalimah mulia dan di ajak mereka mentaati perintah Allah bermula dengan perintah pertama iaitu menyampaikan kalimah mulia kepada bukan Islam dan kedua mengajak mereka menjaga solat. Kita tidak diperintahkan untuk memasukkan orang bukan Islam kepada Islam dan membuatkan orang Islam yang ingkar kepada taat segala perintah Allah tetapi kita hanya menyampaikan kalimah mulia kepada bukan Islam dan ingatkan orang Islam yang ingar supaya mentaati perintah Allah. Apa yang diperlukan adalah masa dan semangat untuk melakukannya. Bukan sejumlah wang dan kekayaan yang di perlukan sebagai syarat untuk melakukan amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama. Ini adalah satu perintah Allah yang sangat mudah untuk dilaksanakan melainkan menjadi bebanan kepada mereka yang tidak yakin kepada janji-janji Allah. Setiap umat Islam hendaklah memberi masa setiap hari iaitu lebih kurang 45 minit samada di waktu pagi atau petang untuk melakukan amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama. Apakah amalannya? Amalannya adalah berjumpa dengan seluruh orang Islam dan bukan Islam yang tinggal di setiap lorong dan jalan di kawasan masjid atau surau di kawasan tempat kita tinggal. Kita mestilah pergi setiap rumah di setiap kawasan tempat kita tinggal, dari lorong ke lorong sehingga tiada satu rumah pun kita tidak pergi. Apabila kita pergi ke rumah orang Islam, kita mesti menghormati penghuni rumah dengan memberi salam iaitu Assalamalaikum sebanyak 3 kali. Apabila ahli keluarga lelaki yang dewasa keluar dari rumah, tanya dia untuk bagi beberapa minit supaya dapat ingat-mengingat tentang maksud kalimah mulia dan ajak dia untuk taat perintah Allah serta perintah pertama yang dia kena buat adalah sampaikan kalimah mulia kepada bukan Islam dan kedua adalah solat lima waktu secara berjemaah di masjid atau di surau. Apabila tiada sesiapa di rumah atau hanya ahli keluarga perempuan sahaja di rumah, maka kita hendaklah angkat tangan dan berdoa supaya semua ahli keluaga dirumah dan seluruh umat Islam seluruh dunia dapat mentaati segala perintah Allah terutamanya kedua-dua perintah harian yang paling penting dari Allah. Apabila kita pergi ke rumah orang bukan Islam, kita mestilah menghormati penghuni rumah dengan memberi ucapan selamat pagi atau petang kepada mereka sebanyak 3 kali. Apabila ahli keluarga lelaki yang keluar dari rumah, maka kita hendaklah mengajak mereka mengucap kalimah mulia. Sekiranya tiada orang di dalam rumah atau ahli keluarga perempuan sahaja yang ada, maka angkatlah tangan dan berdoa pada Allah, minta Allah ampunkan dosa anda dan dosa semua orang Islam yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia kerana telah berlaku zalim iaitu ingkar perintah Allah dengan meninggalkan kerja Nabi Muhammad s.a.w serta berdoa Allah bagi hidayat kepada orang bukan Islam seluruh dunia supaya mengucap kalimah mulia.

Amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam pertama telah lama di lupakan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Oleh kerana, orang Islam telah mengabaikan Rukun Islam pertama, maka kalimah mulia tidak masuk ke dalam hati dan fikiran umat Islam. Kalimah mulia hanya kekal di mulut setiap orang Islam dan tidak masuk ke dalam hati. Akibat dari kalimah mulia tidak masuk ke dalam hati setiap umat Islam, maka setiap amalan umat Islam yang tidak ada iman dalam hati dan hasil dari amalan umat Islam adalah hanya rupa. Setiap amalan yang di lakukan mestilah ada nama, rupa dan hakikat. Apabila amalan yang di lakukan oleh orang Islam tanpa iman di hati, maka amalan tersebut hanya menunjukkan nama dan rupa manakala tiada hakikat dalam amalan tersebut. Yang mana solat, puasa, zakat dan haji hanya nama dan rupa sahaja manakala tiada hakikat dalam amalan tersebut. Apabila amalan yang dilakukan tanpa hakikat, maka amalan tersebut tidak dapat menarik bantuan Allah. Amalan tanpa hakikat juga tidak akan dapat memberi orang yang melakukan amalan tersebut rahmat dan ganjaran dari Allah s..w.t. Kita mengerjakan solat dan berdoa tetapi solat dan doa kita tidak di terima oleh Allah. Solat kita tidak dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar dan solat kita tidak dapat digunakan oleh Allah untuk selesaikan segala masalah kita. Kita sentiasa tertanya-tanya mengapa doa kita tidak di terima oleh Allah, walaupun kita sentiasa mengerjakan solat dan berdoa pada Allah. Allah mengetahui kita mengerjakan solat dan berdoa tetapi Allah tidak makbulkan doa kita kerana kita telah melanggar perintah Allah yang utama dalam Rukun Islam yang pertama. Kita tidak memberi perhatian dan masa setiap hari kepada amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama. Kita hanya sibuk dengan pekerjaan yang kita fikir dan percaya dapat menyempurnakan segala kehendak kita. Kita tidak mementingkan kerja yang berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama. Kita tidak ada masa dengan kerja mengajak dan mengingat manusia dan diri kita kepada kalimah mulia tetapi kita ada banyak masa dengan perkara-perkara lain. Kita memberi masa kepada keluarga, kawan-kawan dan diri kita tetapi tidak kepada kerja yang berkaitan dengan Rukun Islam Pertama. Di sebabkan inilah iman menjadi lemah, dan amal yang di lakukan tidak ada hakikat dan doa kita tidak di makbulkan Allah. Sungguh sedih, apabila kita mempunyai kalimah mulia bersama kita, tetapi kerana kita tidak menunaikan hak kalimah mulia, kita telah pun dijauhkan berkat yang berkaitan dengan kalimah mulia. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dengan makna yang lebih kurang, setiap orang yang telah mengucap kalimah mulia akan mendapat faedah, dia tidak akan rasa dukacita dan ditimpa bala bencana keatasnya, melainkan dia tidak memenuhi haknya. Para sahabat nabi s.a.w bertanya apakah hak kalimah itu? Nabi s.a.w menjawab dengan makna yang lebih kurang, Apabila kemungkaran yang dibuat terhadap Allah dan orang yang membaca kalimah mulia tidak mencegah orang yang melakukan mungkar. Kemungkaran yang paling besar dilakukan oleh manusia ialah mereka tidak mahu mengaku dan mengucap kalimah mulia. Bagaimana sepatutnya orang Islam mencegah pelaku mungkar dari melakukan mungkar? Umat Islam dapat mencegah orang yang melakukan mungkar dari melakukan mungkar adalah dengan mengajak mereka dengan menerima dan mengucap kalimah mulia. Siapakan orang yang tidak mahu menerima dan mengucap kalimah mulia? Orang yang tidak mahu mengaku dan mengucap kalimah mulia adalah orang bukan Islam.

Adakah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mengajak orang bukan Islam mengucap kalimah mulia? Kerja mengajak orang bukan Islam mengucap kalimah mulia telah dilupakan oleh umat Islam sejak beratus-ratus tahun dahulu. Apabila orang Islam tidak mengajak orang bukan Islam untuk mengucap kalimah mulia, ini bermaksud orang Islam tidak mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran. Apabila orang Islam tidak mengajak kebaikan dan mencegah mungkar, iman orang Islam menjadi lemah. Mereka tidak menjadi orang yang benar-benar beriman, apabila mereka berdoa, Allah tidak menerima doa mereka, apabila mereka meminta pada Allah, Allah tidak tunaikan apa yang mereka minta dan apabila mereka meminta bantuan Allah terhadap musuh-musuh mereka, Allah tidak bantu mereka. Bagaimana umat Islam dapat diberi penghormatan dan kedudukan yang tinggi didunia ini apabila Allah tidak bersama umat Islam. Bagaimana umat Islam hendak memenangi peperangan terhadap musuh jika Allah tidak bersama. Bagaimana umat Islam hendak menyelesaikan segala masalah jika Allah tidak makbulkan doa? Umat Islam akan dihina, dimalukan dan di zalimi di dunia apabila umat Islam mengingkari perintah pertama dari Allah, iaitu mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. Perintah mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah merupakan amalan yang berkaitan dengan hak kalimah penyaksian bahawa Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Rukun Islam pertama adalah pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan mengaku bahawa Muhammad pesuruh Allah. Apabila seseorang telah mengucap kalimah mulia, mereka telah membuat kebaikan dan mereka yang enggan untuk mengucap kalimah mulia mereka telah membuat kemungkaran. Apabila orang Islam tidak menyampaikan kalimah mulia kepada orang bukan Islam dan tidak solat lima waktu, umat Islam telah pun melakukan kemungkaran dan apabila umat Islam menyampaikan kalimah mulia kepada bukan Islam dan menunaikan solat lima waktu secara berjemaah mereka telah pun melakukan kebaikan. Apabila umat Islam membuat amalan Rukun Islam pertama, Allah s.w.t akan memberi iman yang kuat. Mereka akan menjadi benar-benar beriman. Setiap amalan yang dilakukan akan ada nama, rupa dan hakikat. Solat mereka diterima dan doa mereka di makbulkan. Setiap permintaan kepada Allah akan diberikan dan Allah akan bantu umat Islam terhadap musuh-musuh mereka. Apabila umat Islam melakukan amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam pertama, keseluruhan Rukun Islam akan mudah untuk di amalkan. Semua amalan-amalan lain yang berkaitan dengan Rukun Islam akan dapat dilakukan dengan terlalu mudah, masa yang tepat, penuh kesabaran dan kualiti yang Allah kehendaki. Setelah umat Islam membuat 5 rukun Islam dengan ketepatan masa, kesabaran dan kualiti, iman mereka akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi dan apabila mereka mencapai tahap keimanan yang di kehendaki oleh Allah, mereka akan menjadi orang yang benar-benar beriman atau mukmin, dan kemana sahaja mereka pergi, mereka akan membawa bersama mereka iman yang kuat dan amalan yang baik. Setelah mereka menjadi orang yang benar-benar beriman atau mukmin, mereka perlu bergerak dalam kumpulan ke seluruh dunia untuk mengajak orang bukan Islam mengucap kalimah mulia dan mengingatkan umat Islam tentang maksud kalimah mulia serta mengajak mereka menyampaikan kalimah mulia kepada orang bukan Islam dan mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah serta mengajar umat Islam yang mahu menjadi hamba yang taat pada Allah dan bagaimana untuk melaksanakan perintah Allah terutamanya mengenai perintah pertama dan kedua. Apabila mereka menjadi orang yang benar-benar beriman atau mukmin dan mereka bergerak ke seluruh dunia dalam kumpulan, maka mereka menyebarkan kualiti-kualiti dari iman yang kuat dan amalan yang baik di seluruh dunia. Jemaah Tabligh telah menghantar sekumpulan manusia yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan kualiti yang baik ke seluruh dunia dan disebabkan ini iman dan amalan yang baik tidak tersebar tetapi yang tersebar hanyalah perkataan dan gambaran dari iman dan amalan yang baik.

Rukun Islam kedua adalah mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah di masjid atau di surau bagi lelaki yang telah mencapai umur baligh dan untuk wanita solat awal waktu di rumah. Kesan dari umat Islam telah mengabaikan tuntutan Rukun Islam Pertama, iman umat Islam menjadi sangat lemah. Ramai umat Islam tidak menunaikan solat lima waktu dan jika ada yang solat pun mereka hanya buat di rumah masing-masing. Terlalu sedikit jumlah lelaki dewasa yang mengerjakan solat di masjid dan solat mereka pula tidak ada kualiti. Ramai umat Islam melaksanakan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Walaupun ramai dari kalangan umat ini yang berpuasa tetapi puasa mereka juga tidak ada kualiti. Dengan hanya rupa berpuasa yang dikerjakan, umat Islam tidak dapat mengeluarkan kesan atau kualiti yang sepatutnya hadir dari amalan berpuasa dan solat lima waktu. Manakala kepada umat Islam yang mempunyai kekayaan, terlalu sedikit yang melaksanakan zakat dan menunaikan haji yang merupakan Rukun keempat dan kelima dalam Islam serta amalan-amalan ini juga jika dilakukan adalah tanpa kualiti. Setiap amalan solat, berpuasa di bulan Ramadan, zakat dan menunaikan haji tidak mempunyai kualiti kerana umat Islam telah lupa dan jahil untuk mengamalkan Rukun Islam Pertama. Asas bagi Islam adalah Lima Rukun Islam dan asas bagi Lima Rukun Islam adalah Rukun Islam yang pertama. Islam telah hancur dan dimusnahkan apabila perkara yang terlalu asas bagi Islam iaitu amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam Pertama telah di abaikan oleh semua umat Islam seluruh dunia.

Prof Dr Nasoha Saabin
May 2011
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

This entry was posted in Agama, Amar Makruf Nahi Munkar. Bookmark the permalink.

Leave a comment