Allah s.w.t telah memberikan kerja nabi kepada sesiapa sahaja yang mengikuti Nabi Muhammad s.a.w. Di dalam Al-Quran, Surah Yusuf ayat 108 yang lebih kurang maksud, katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku (kerjaku), mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh, inilah jalanku(kerjaku) dan orang-orang yang mengikuti aku. Allah telah memberikan kerja mengajak manusia kepada Allah bagi Nabi Muhammad s.a.w dan untuk orang yang mengikutinya. Orang yang mengikuti Nabi Muhammad s.a.w di kenali sebagai pengikut nabi s.a.w. atau umat. Allah berfirman dalam Al-Quran: Surah Ali-Imran ayat 110 yang lebih kurang maksud, Kamu umat terbaik, yang dihantar kepada seluruh manusia, kerana kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. Allah telah memanggil pengikut Nabi Muhammad s.a.w sebagai umat kerana umat ini akan menjadi lebih bermakna apabila keseluruhan manusia akan mendapat petunjuk dan hidayat dari Allah apabila pengikut Nabi Muhammad s.a.w membuat kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. Apakah makna kebaikan pada ayat diatas? Kebaikan adalah apabila seseorang dapat mengucap kalimah mulia bahawa Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah dan dapat mentaati segala perintah Allah mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. Manakala apakah yang di maksudkan dengan kemungkaran dalam ayat diatas? Kemungkaran bermakna seseorang tidak mahu mengucap kalimah mulia bahawa Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah dan enggan mentaati segala perintah Allah mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. Ramai yang tidak memahami maksud sebenar kebaikan dan kemungkaran yang disebut di dalam ayat di atas. Ramai yang mentafsirkan kemungkaran sebagai gejala sumbang mahram, perbuatan seks terlarang dan banyak lagi berkaitan dengan gejala seksual. Tiada sesiapa pun pernah mentafsirkan ia sebagai tidak mahu mengucap kalimah mulia dan tidak mahu mentaati perintah Allah yang pertama dan kedua iaitu menyampaikan kalimah mulia kepada yang telah mengucap kalimah mulia dan kedua menjaga solat lima waktu secara berjemaah. Jabatan agama Islam telah membentuk satu kumpulan yang dikenali sebagai Pencegah Maksiat untuk membenteras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kemungkaran yang biasanya difahami sebagai berkhalwat dan gejala seksual.
Apakah perintah Allah yang perlu dikerjakan secara bersungguh-sungguh supaya ia hidup? Perintah Allah yang perlu dikerjakan secara bersungguh-sungguh supaya ia hidup adalah perintah pertama dari Allah yang mana ia telah diabaikan selama beratus-ratus tahun dan perintah yang perlu dibuat adalah kerja Nabi Muhammad s.a.w. Perintah untuk melakukan kerja Nabi Muhammad s.a.w. disebut dalam Al-Quran tetapi tidak dinyatakan dalam mana-mana buku atau kitab yang ditulis oleh ulama. Kita juga tidak akan jumpa penulisan dalam mana-mana buku yang ditulis oleh ulama dan oleh kerana itu ia tidak dipelajari di dalam sekolah yang ada pelajaran agama Islam. Para cedikiawan Islam tidak menyedari hakikat bahawa umat Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kerja Nabi Muhammad s.a.w jadi keseluruhan umat Nabi Muhammad s.a.w tidak memahami dan menyedari kerja Nabi Muhammad s.a.w telah pun di beri kepada mereka. Apabila umat Islam diajar mengenai Islam di sekolah, masjid atau madrasah mereka tidak di beritahu oleh guru agama Islam bahawa kerja Nabi Muhammad s.a.w juga kerja mereka dan kerja Nabi Muhammad s.a.w adalah wajib kepada mereka seperti mana ia menjadi kewajipan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kini, tiada sesiapa pun termasuk para ulama yang mengetahui bahawa kerja Nabi Muhammad s.a.w juga merupakan kerja bagi setiap umat Islam lelaki dan perempuan dan ini adalah perintah pertama dari Allah iaitu merupakan amalan berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama. Kini keseluruhan umat Islam hanya tahu bahawa Rukun Islam pertama hanya mengucap dua kalimah syahadah sekali dalam seumur hidup. Tiada umat Islam yang memahami bahawa terdapat amalan yang berkaitan dengan mengucap kalimah mulia dan amalan tersebut adalah kerja Nabi Muhammad s.a.w. Kini ulama Islam dan umat Islam secara amnya tidak mengetahui apakah kerja Nabi Muhammad s.a.w. yang sebenarnya. Seperti mana mereka tidak pernah melakukan kerja Nabi Muhammad s.a.w. Apabila kita membaca buku atau kitab mengenai ajaran Islam kita tidak akan jumpa sebarang keterangan walaupun sepatah perkataan berkenaan kerja Nabi Muhammad s.a.w bahawa ia juga merupakan kerja kepada pengikut Nabi Muhammad s.a.w. Tiada buku berkaitan Islam atau kitab pernah menyatakan bagaimana hendak melakukan kerja Nabi Muhammad s.a.w disebabkan oleh tiada seorang ulama yang tahu bagaimana hendak melakukan kerja Nabi Muhammad s.a.w. Keseluruhan umat Nabi Muhammad s.a.w telah mengabaikan kerja Nabi Muhammad s.a.w. yang mana sebenarnya ini adalah kewajipan kepada setiap umat Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun Allah telah menjadikannya wajib kepada setiap umat Islam, namun kerja Nabi Muhammad s.a.w tetap masih tidak jelas dan jahil kepada hampir semua umat Nabi Muhammad s.a.w.
Allah menjelaskan dalam Al-Quran dengan maksud yang lebih kurang, Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku (kerjaku), mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh, inilah jalanku(kerjaku) dan orang-orang yang mengikuti aku. Kerja nabi adalah mengajak manusia kepada Allah. Apakah maksud mengajak manusia kepada Allah? Ini bermaksud mengajak kepada sesiapa yang tidak pernah mengucap kalimah mulia di ajak kepada mengucap kalimah mulia dan kerja nabi ini lebih dikenali sebagai kerja dakwah iaitu mengajak orang bukan Islam untuk mengucap kalimah mulia iaitu Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Kepada sesiapa yang telah mengucap kalimah mulia dengan bersaksi walaupun sekali, mereka telah pun memeluk agama Islam. Kepada yang telah mengucap kalimah mulia mestilah sentiasa diingatkan tentang maksud kalimah mulia dan tentang perintah-perintah Allah. Ini merupakan kerja nabi atau kerja mengingatkan orang Islam tentang Allah dan perintah-perintah Allah. Allah berfirman dalam Al-Quran yang lebih kurang maksud, ingatkan satu sama lain tentang Allah dan perintah-perintahnya serta ingat mengingat adalah baik dan manfaat bagi orang beriman. Dikalangan orang Islam yang telah diingatkan tentang Allah dan perintah-perintah Allah, sesetengah mereka mahu menjadi hamba yang taat kepada Allah. Ini juga merupakan kerja nabi untuk mengajar mereka yang mahu menjadi hamba yang taat Allah dan bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini juga merupakan sebahagian dari kerja nabi dikenali sebagai mengajar. Dalam erti kata lain kerja nabi juga termasuk mengajak (Dakwah), mengingat dan mengajar. Pada zaman kini hanya satu bahagian sahaja kerja nabi yang masih hidup iaitu, mengajar orang Islam tentang segala perintah Allah melainkan perintah untuk mengajak orang bukan Islam agar mengucap kalimah mulia dan perintah untuk mengingatkan orang Islam tentang maksud kalimah mulia dan perintah Allah. Kedua-dua perintah ini yang merupakan bahagian paling penting dalam kerja nabi telah diabaikan oleh umat Islam dan disebabkan ini bilangan orang yang mengajak orang bukan Islam agar mengucap kalimah mulia telah berkurang dan hampir tiada dan bilangan orang Islam yang mengigatkan orang Islam tetang maksud kalimah mulia juga telah berkurang dan hampir tiada. Ulama Islam hanya sibuk mengajar perintah-perintah Allah melainkan perintah mengerjakan kerja Nabi Muhammad s.a.w dan kebanyakannya mereka yang datang ke ceramah-ceramah yang di jalankan oleh Ulama Islam hanya bercerita berkenaan sejarah Islam yang mana ia tidak lagi diminati untuk dipelajari. Kebanyakan masjid di Malaysia di antara setiap waktu solat maghrib dan Isyak terdapat majlis Ilmu yang mana ahli jemaah yang menyertai kebanyakannya adalah orang yang sudah berumur dan pencen dan tiada apa aktiviti yang lain manakala apa yang mereka pelajari adalah perintah-perintah Allah seperti solat dan bukan kerja Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam seluruh dunia tidak mengetahui bahawa kerja Nabi Muhammad s.a.w. adalah perintah yang wajib kepada setiap individu Islam dan mereka juga tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Apabila umat Nabi Muhammad s.a.w tidak tahu bagaimana hendak melakukan perintah yang penting ini maka Allah sangat murka kepada umat Islam seluruh dunia. Apabila Allah murka dan tidak redha kepada umat Islam, ‘seperti seorang ayah kepada anaknya’, Allah menghukum umat Islam dengan memberi pemimpin yang zalim, tidak adil dan sentiasa melakukan rasuah yang mana mereka ini tiada rasa belas kasihan kepada umat Islam serta Allah menjadikan musuh umat Islam berkuasa ke atas umat Islam seluruh dunia. Allah telah menjadikan umat Islam miskin, tidak pandai, mudah dikuasai dan ditipu oleh musuh-musuh mereka. Sesetengah orang Islam tidak mengetahui bahawa sesungguhnya segala apa yang berlaku adalah atas keizinan dari Allah dan Allah telah membiarkan musuh Islam berkuasa ke atas umat Islam kerana umat Islam telah berhenti dari kerja Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam cuba membalas serangan musuh mereka dengan menggunakan senjata dan peralatan sepertimana musuh mereka lakukan. Kepada orang Islam yang menyerang musuh Islam telah di umumkan oleh musuh Islam dan juga sesetengah orang Islam sebagai pengganas. Kita seharusnya berasa simpati kepada mereka yang cuba menyelesaikan masalah ini dengan tidak berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Semoga Allah memberi hidayat kepada mereka dan jika mereka mati, Allah mengampuni dosa mereka kerana mereka jahil dan mudahan Allah tempatkan mereka di syurga bersama orang-orang yang beriman.
Apabila umat Islam faham dan mula melakukan kerja Nabi Muhammad s.a.w yang mana ia telah diwajibkan oleh Allah, maka Allah sangat gembira dan redha kepada umat Islam. ‘seperti seorang ayah kepada anaknya’. Allah akan berhenti merotan umat Islam dan Allah akan membuang semua rotan yang mana Allah telah guna untuk merotan umat Islam, Allah juga akan jadikan umat Islam bersifat baik dan taat. Allah akan jadikan umat Islam kaya, bijak dan juga akan menjadi lebih hebat berbanding musuh mereka. Umat Islam akan menjadi satu masyarakat yang penyayang yang suka berbuat baik kepada sesiapa walaupun kepada musuh mereka. Umat Islam tidak lagi digambarkan sebagai pengganas tetapi adalah satu masyarakat yang dikurniakan dengan sifat yang sentiasa berbuat baik, berbudi bahasa dan penyayang. Bagi umat Islam mengatasi segala masalah yang dihadapi oleh umat Islam keseluruhannya, umat Islam hendaklah kembali kepada mentaati segala perintah Allah dan perintah pertama yang diberi oleh Allah kepada umat Islam adalah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh melakukan kerja Nabi Muhammad s.a.w.
Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia