Usaha Untuk Memperbaharui Iman

http://www.youtube.com/watch?v=V80nv1faFH8

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, iman akan luntur seperti besi akan mendapat karat. Pada riwayat yang lain, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, perbaharuilah iman kamu. Kemudian para sahabat r.hum bertanya, bagaimana ya Rasulullah? Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda, perbanyakkan ucapan Tiada Tuhan melainkan Allah. Kita akan memperbaharui iman kita dengan banyak bercakap pergertian kalimah tiada tuhan melainkan Allah. Nabi Muhammad s.a.w berpesan supaya kita banyak bercakap mengenai maksud kalimah tiada tuhan melainkan Allah. Untuk memperbaharui iman, para sahabar r.ahum serng bercakap mengenai kalimah mulia di kalangan mereka. Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w sentiasa bimbang tentang keadaan iman mereka. Apabila mereka merasakan iman mereka agak lemah, mereka duduk dalam satu bulatan dan mengingatkan satu sama lain tentang maksud kalimah mulia. Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w memahami nilai iman dan mereka sentiasa risau dan bimbang tentang iman mereka. Mereka mengetahui dan memahami keadaan iman mereka meningkat dan menurun. Pada masa itu, umat Islam yakin dengan sepenuhnya bahawa tiada yang lebih berharga berbanding iman. Mereka rela mati untuk iman dan mereka tidak sanggup untuk kehilangan iman.

Terdapat perbezaan antara kerja untuk meningkatkan iman dan kerja memperbaharui iman. Dalam usaha untuk meningkatkan keimanan, kita perlu melakukan kerja menyampaikan kalimah mulia kepada bukan Islam sehingga mereka bersedia mengucap kalimah mulia dan kita menjadi saksi ke atas pengucapan kalimah. Apabila kita menjalankan kerja menyampaikan kalimah mulia kepada orang bukan Islam, kita sebenarnya telah menjalankan kerja mengajak kebaikan dan mencegah mungkar. Apabila kita melakukan amalan ini, iman kita akan meningkat. Makna ayat dalam kitab suci Al-Quran, “Kamu adalah sebaik-baik umat yang di hantar bagi seluruh umat manusia. Kamu mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman pada Allah.” Nabi Muhammad s.a.w bersabda, jika kamu melihat kemungkaran kamu hendaklah cegah dengan kuasa. Jika tidak dengan kuasa, hendaklah dengan perkataan jika tidak hendaklah dengan hati dan Nabi Muhammad s.a.w bersabda ini lah selemah-lemah iman. Mencegah iman dengan hati bermaksud kita hendaklah risau dan bimbang dengan kemungkaran yang berlaku dan kita perlu berdoa agar Allah beri taufik yang melakukan kemungkaran berhenti dari melakukan kemungkaran dan dengan berbuat sedemikian kita akan mendapat iman yang paling rendah. Dari Quran dan Hadis menunjukkan kerja mengajak kebaikan dan mencegah mungkar mempunyai kaitan dengan iman. Mungkar yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah tidak mahu mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan kebaikan yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah mengucap bahawa Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Apabila kita melakukan kerja menyampaikan kalimah mulia kepada bukan Islam dan mengajak mereka mengucap kalimah mulia kita sebenarnya melakukan kerja mengajak kebaikan dan mencegah mungkar dan kita melakukan ini maka iman kita akan meningkat.

Apabila kita melakukan sebarang dosa, iman kita akan menjadi luntur dan untuk memperbaharui iman Nabi Muhammad s.a.w memberitahu kita supaya sentiasa mengingatkan satu sama lain dengan maksud kalimah mulia. Apabila kita berjumpa dengan orang Islam kita hendaklah mengingatkan mereka tentang Allah dan perintah-perintah Allah. Kita mesti mengajak manusia mentaati segala perintah Allah terutama sekali adalah perintah pertama dan kedua dari Allah iaitu mengerjakan dakwah dan solat berjemaah di masjid. Allah akan menghidupkan semua perintah-Nya jika perintah pertama dan kedua di jalankan.

Apabila kita berjumpa orang Islam, kita hendaklah memberitahu mereka supaya mereka membuat kerja mengingatkan di antara satu sama lain mengenai Allah dan perintah Allah. Orang lelaki mengingatkan sesama lelaki dan perempuan mengingatkan sesama perempuan. Apabila mereka bersedia memberi masa, kemudian kita mula untuk bercakap mengenai perkara ini. Perkataan di bawah ini adalah sebagai panduan , maka segala percakapan tidak akan tersasar dari maksud sebenar dan mengikut keadaan tertentu; kita juga boleh memendekkan dan memanjangkan masa untuk bercakap. Kita akan mula bercakap kepada mereka tentang Allah dan perintah-perintah Allah.

Sebagai contoh kita juga boleh bercakap seperti ini; Kerana perintah Allah dan niat hanya nak buat Allah suka saya ingatkan diri saya, sahabat bersama saya dan tuan tiada tuhan melainkan Allah. Tiada berkuasa melainkan Allah. Tiada bagi faedah dan bahaya melainkan Allah. Tiada bagi manfaat dan mudarat melainkan Allah. Tiada boleh bagi apa yang kita mahu melainkan Allah. Tiada siapa yang boleh memberi kemuliaan dan kehinaan melainkan Allah. Tiada yang boleh memberi kejayaan dan kegagalan melainkan Allah. Saya juga ingin mengigatkan diri saya, sahabat bersama saya dan tuan jika kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w kita akan berjaya dan jika kita ingkar perintah Allah kita akan gagal dan saya ingin mengajak diri saya, sahabat bersama saya dan tuan untuk mentaati perintah Allah. Perintah pertama adalah selepas kita mengucap Kalimah ialah menyampaikan kalimah mulia iaitu Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah kepada bukan Islam dan mengajak mereka untuk mengucap kalimah mulia. Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat tiada lagi nabi, Allah telah memberi kerja yang mana menjadi kewajipan kepada Nabi Muhammad s.a.w. juga menjadi kewajipan kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w.

Apabila kita menjalankan kerja menyampaikan kalimah mulia kepada orang bukan Islam, Allah akan menguatkan iman kita. Apabila iman menjadi kuat, maka amal juga menjadi amal soleh. Apabila kita menjalankan kerja menyampaikan kalimah mulia kepada bukan Islam kita telah memenuhi hak kalimah dan apabila kita memenuhi hak kalimah maka kita akan mendapat faedah daripada kalimah. Terdapat dua faedah dari kalimah iaitu hilang dukacita tidak ditimpa bala bencana. Perintah ini terlalu mudah ringan untuk di laksanakan berbanding dengan perintah-perintah yang lain. Dalam menjalankan perintah menyampaikan kalimah mulia, kita hanya perlu mengetahui kalimah mulia dan Allah hanya perintahkan kita untuk menyampaikan dan bukan untuk memasukkan mereka kepada Islam. Kerja untuk memasukkan mereka kepada Islam adalah kerja Allah. Perintah kedua dari Allah adalah mengerjakan solat lima kali sehari secara berjemaah di masjid dan kami ingin mengajak diri kami dan saudara untuk menjalankan kerja dakwah dan solat lima kali sehari secara berjemaah di masjid. Dalam menjalankan perintah Allah ini, yang kita hanya perlu adalah masa. Semua orang ada masa kecuali yang sudah mati. Masa yang di perlukan kepada amal ini di masjid dalam sehari termasuk kerja dakwah dan melakukan solat secara berjemaah di masjid hanya 2 jam 30 minit. Adakah anda bersedia untuk memberi 2 jam 30 minit setiap hari untuk melakukan kerja dakwah, mengerjakan lima kali solat secara berjemaah di masjid dan mempelajari semua perintah Allah di masjid?
Sekiranya kita tidak berpeluang berjumpa orang Islam dengan mengingatkan mereka kita boleh berdoa di hadapan rumah mereka;

Contoh doa yang boleh di baca adalah seperti berikut;

Kerana perintah Allah dan niat hanya nak buat Allah suka, saya ingatkan diri saya sahabat bersama saya tiada tuhan melainkan Allah, tiada berkuasa melainkan Allah, tiada yang memberi faedah dan bahaya melainkan Allah, tiada yang bagi manfaat dan mudarat melainkan Allah, tiada yang memberi kemuliaan dan kehinaan melainkan Allah, tiada yang memberi kegagalan dan kejayaan melainkan Allah. Saya ingatkan diri saya dan sahabat bersama saya bahawa taat perintah Allah berjaya dan ingkar perintah Allah gagal. Oh Allah masukkan kalimah yang mulia ini ke dalam hati kami. Oh Allah, sampaikan kalimah yang mulia ini kepada penghuni rumah ini. Oh Allah, terimalah diri kami, keluarga kami, penghuni rumah ini dan semua orang Islam untuk bangkit buat kerja nabi dan menjaga solat.

Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

This entry was posted in Amar Makruf Nahi Munkar. Bookmark the permalink.

1 Response to Usaha Untuk Memperbaharui Iman

  1. Haji-Z's avatar Haji-Z says:

    Tuan,

    saya masih tidak faham mengenai kerja dakwah, yang menjadi kewajipan umat ini, adakah boleh dibuat sekadar termampu atau mesti mengikuti cara-cara yang ditetapkan oleh jemaah Tabligh. Maksud saya sekiranya dakwah dibuat dengan cara-cara lain kurang berkesan tetapi cara jemaah Tabligh yang paling berkesan.

    Bagaimana pula dengan usaha-usaha yang dibuat oleh jemaah-jemaah ilmu dari Yaman yang dipimpin oleh Habib Umar, dan di Malaysia di pimpin oleh Dato’ Sheikh Fuad yang berpusat di Darul Maliki dan Universiti As-Shoffa Rembau, dan di kuala lumpur jemaah ilmu yang semakin ramai pengikut ialah Jemaah Darul Al-Murtaza yang di pimpin oleh Habib Ali.

Leave a comment