Rukun Islam Pertama dan Kekeliruan Amalannya.

Tiada yang lebih utama kepada umat Islam melainkan melaksanakan dan menghidupkan amalan Rukun Islam pertama. Apakah amalan yang berkaitan dengan rukun islam yang pertama? Persoalan ini tidak pernah terjawab, dan diterangkan serta di huraikan oleh ulama Islam di seluruh dunia. Setiap umat dan ulama Islam sepenuhnya telah berpuas hati dengan pemahaman bahawa Rukun Islam pertama hanya mengucap dua kalimah syahadah iaitu Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah hanya sekali dalam seumur hidup. Selain daripada mengucap dua kalimah syahadah, tiada amalan yang berkaitan dengannya. Seseorang hanya perlu mengucapkan dua kalimah syahadah hanya sekali dan mereka telah pun menjadi seorang muslim dan beriman. Ini merupakan amalan biasa selepas seseorang memeluk agama Islam. Saudara baru(mualaf) akan di beritahu untuk mengerjakan Rukun Islam kedua iaitu melaksanakan solat lima kali sehari. Kecuali Rukun Islam pertama, setiap 4 Rukun Islam mempunyai amalan yang berkaitan dengannya. Kemudian, bagaimana mungkin tiada amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama? Setiap ulama-ulama Islam seluruh dunia telah gagal tampil dengan sebarang penerangan dan memberitahu alasan mengapa Rukun Islam Pertama tiada amalan yang berkaitan dengannya serta hanya mengucap sekali seumur hidup. Amalan yang biasanya berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama adalah hanya mengucap dua kalimah syahadah sekali seumur hidup manakala amalan Rukun Islam yang kedua adalah solat lima kali sehari. Masa yang di ambil untuk melaksanakan solat lima kali sehari secara purata adalah 45 minit hingga 1 jam setiap hari, manakala masa yang di perlukan untuk mengucap dua kalimah syahadah hanya sekali dalam seumur hidup dan amalan ini tidak pun sampai 1 minit. Ini menunjukkan bahawa masa yang di ambil untuk menjalankan Rukun Islam kedua adalah jauh lebih besar jika di bandingkan dengan masa yang di ambil untuk melaksanakan amalan Rukun Islam pertama. Jika mengikut akal yang logik, masa yang di ambil untuk mengerjakan amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama adalah lebih berbanding dengan mengerjakan amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam yang kedua. Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah semasa seseorang memeluk agama Islam, masa yang diperlukan lagi untuk mengucapkan dua kalimah syahadah adalah apabila seseorang itu hendak meninggal dunia. Pada pendapat saya, ini adalah bertentangan dengan akal bahawa masa yang di perlukan untuk mengerjakan Rukun Islam kedua adalah lebih banyak berbanding dengan masa yang di perlukan untuk mengerjakan amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama.

Islam merupakan agama yang sangat logik kerana ia datang dari Allah dan Allah sangat memahami dalam memberikan perintah-Nya kepada manusia. Perintah Allah tidak boleh menjadi tidak logik. Logik datang menerusi akal dan pemikiran kita tetapi perkara yang tidak logik tidak dapat di terima oleh akal dan pemikiran kita yang logik. Sesiapa sahaja yang menggunakan akal akan menjadi logik dan sesiapa sahaja yang tidak menggunakan akal akan bertindak secara tidak logik. Orang gila akan bertindak secara tidak logik kerana mereka tidak dapat menggunakan fikiran dengan betul. Seseorang yang normal akan bertindak secara tidak logik apabila di sebalik menggunakan fikiran maka mereka menggunakan emosi dan nafsu. Quran adalah sebuah kitab yang sangat logik. Kita mestilah membaca Quran dengan menggunakan akal untuk berfikir dan bukan menggunakan emosi dan nafsu. Dalam Al-Quran , Allah sebut berulang-ulang kali supaya kita menggunakan akal untuk berfikir dan bukan menggunakan emosi atau nafsu. Allah perintahkan kita untuk melihat dan memikirkan tentang ciptaan Allah dengan menggunakan akal fikiran. Allah berfirman kepada sesiapa yang mengikut hawa nafsu dan bukan menggunakan akal untuk berfikir adalah haiwan. Allah telah memberikan kita otak dan otak hendaklah di gunakan untuk memikirkan segala ciptaan Allah dan perintah-perintah Allah. Ulama Islam memberitahu kepada umat Islam seluruh dunia bahawa tugas umat Islam hanya mengikuti perintah Allah secara membuta tuli atau tanpa memikirkannya yang mana ini bermaksud umat Islam hanya mentaati perintah Allah tanpa menggunakan akal dan fikiran mereka dalam mentaati segala perintah Allah. Umat Islam telah di beri kefahaman bahawa mereka tidak di boleh menggunakan akal dan fikiran mereka dalam perkara yang berkaitan dengan perintah Allah dan umat Islam hendakah mentaati segala perintah Allah secara membuta tuli.

Ulama Islam memberi amaran kepada umat Islam untuk tidak mempersoalkan segala perintah Allah dan sekiranya ini berlaku maka mereka boleh menjadi murtad atau kafir. Semasa saya berada dalam jemaah tabligh, ramai dari kalangan ahli jemaah menganggap saya seorang yang menggunakan otaknya dalam mentaati perintah Allah. Ramai yang menyebarkan khabar angin mengatakan bahawa, saya telah menjadi orang sakit mental dan ada setengahnya mengatakan saya telah menjadi kafir dan syirik. Ulama Islam telah membuat umat Islam seluruh dunia untuk mempercayai bahawa, hanya ulama Islam sahaja yang dapat memahami tentang Islam dan tiada sesiapa yang dapat berbuat sedemikian. Ini bermaksud, Ulama Islam memberitahu umat Islam bahawa Allah akan memberi kefahaman tentang Islam hanya kepada Ulama Islam dan tidak kepada yang lain. Ulama Islam memberi amaran kepada umat Islam untuk tidak menggunakan akal fikiran berkenaan dengan Islam dan tanggungjawab bagi setiap umat Islam hanya mentaati mereka. Pada pendapat saya, ramai ulama Islam seolah-olah telah menjadi seperti paderi untuk nasrani dan rabbi untuk yahudi yang mana telah mendakwa diri mereka mempunyai hubungan istimewa dengan Tuhan. Apabila mereka menjadi seperti Paderi dan Rabbi maka mereka telah pun mendapat ketaatan sepenuhnya dari semua umat Islam. Setelah mereka mendapat ketaatan sepenuhnya dari seluruh umat Islam, mereka akan menggunakan kesempatan yang ada untuk memesongkan ajaran Islam kepada kepentingan dunia seperti mana yang telah di lakukan oleh Paderi dan Rabbi ke atas seluruh pengikutnya. Walaupun Nabi Muhamad s.a.w tidak pernah memberitahu bahawa untuk memahami Al-Quran, seseorang perlu untuk mahir dan menguasai 15 cabang ilmu Islam tetapi inilah yang telah di lakukan oleh para alim ulama Islam. Dalam usaha untuk menakut-nakutkan umat Islam, mereka menggunakan hadith iaitu sesiapa sahaja yang tidak menghormati ulama Islam, Nabi Muhammad s.a.w tidak akan mengaku mereka adalah pengikutnya. Walau bagaimanapun, hadith merujuk kepada tidak menghormati ulama Islam yang benar adalah direka dan palsu. Pada masa kini, kebanyakannya ulama Islam adalah mereka yang tidak ikhlas yang mana sebenarnya mereka lebih berminat untuk memperolehi kesenangan dunia dalam usaha menyebarkan ajaran Islam.

Kini umat Islam seluruh dunia berada dalam kegelapan di sebabkan oleh Ulama Islam sendiri, yang mana kebanyakkannya adalah Ulama Islam yang tidak jujur dan ikhlas. Tiada sesiapa di dunia berani untuk bertanya kepada ulama Islam mengapa tiada amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam pertama selain daripada mengucapkan dua kalimah syahadah sekali seumur hidup. Ini adalah sangat tidak logik bahawa amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam Pertama adalah hanya mengucap dua kalimah syahadah sekali seumur hidup. Di sebabkan oleh umat Islam telah di ajar oleh Ulama Islam untuk tidak mempersoalkan semua perkara apabila ia datang dari ajaran Islam dan ramai yang memilih untuk taat semua perintah dengan membuta tuli tanpa sebarang pertanyaan setelah lebih dari seribu tahun. Saya telah menulis tentang perkara ini dan kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih tentang Perintah Pertama dari Allah sila rujuk pada artikel dalam blog mthago.com dengan topik Apakah Perintah Pertama Dari Allah dan Lima Rukun Islam. Sebelum ini saya berada di kalangan jutaan dari umat Islam yang tidak pernah berani untuk bertanya tentang perintah Allah. Walau bagaimanapun, kini saya berani untuk bertanyakan hanya setelah saya melalui tahun yang sangat panjang dan berat kepada usaha dan penyelidikan dalam mencari jalan untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam harapan untuk mencari jalan bagi meningkatkan iman, saya telah menyertai jemaah tabligh pada tahun 1976 semasa saya di Melbourne, Australia. Saya telah menyertai pergerakan tersebut kerana mereka mendakwa (selepas kemudiannya saya menyedari ia tidak benar) bahawa untuk meningkat iman seseorang perlu keluar dijalan Allah selama 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup. Jemaah tabligh adalah satu pergerakan Islam yang berasal dan di bangunkan oleh Ulama Islam di India dan berjuta umat Islam telah menyertainya seluruh dunia. Terdapat ramai orang setelah menyertai jemaah tabligh mengambil keputusan untuk meninggalkan jemaah tabligh kerana berbagai-bagai alasan. Setelah saya menyertai pergerakan ini hampir 20 tahun, saya sudah menyedari apa yang di katakan oleh jemaah tabligh, untuk meningkatkan iman, seseorang perlu keluar 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup adalah tidak benar. Ini tidak berlandaskan Quran dan Hadith. Tiada sebarang ayat dalam Quran dan Hadith menyatakan bahawa untuk meningkatkan iman, seseorang perlu keluar 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup seperti yang dituntut oleh jemaah tabligh.

Pada tahun 1996 saya mula berfikir dan mengkaji semula cara bagaimana untuk meningkatkan keimanan saya. Saya memberitahu pada diri saya sendiri bahawa jika saya terus melakukan perkara yang sama seperti yang telah dilakukan selama 20 tahun lepas maka saya akan menghabiskan 20 tahun lagi dalam perkara yang sama dengan tidak meningkatkan iman. Kemudian saya mula mencari jawapan dalam Quran dan Hadith. Saya mendapati satu hadith yang jelas bahawa untuk memperbaharui iman seseorang perlu sentiasa memperbanyakkan menyebut maksud kalimah mulia iaitu Tiada Tuhan Melainkan Allah. Saya sangat yakin dan ingin mengamalkan hadith ini. Saya mula bercakap kepada orang Islam di dalam Masjid Sri Petaling yang merupakan pusat Jemaah Tabligh di Malaysia tentang maksud kalimah mulia, namun saya mendapati iman saya masih juga tidak meningkat. Saya merasa amat hairan dan jauh di lubuk hati saya mengatakan hadith dari Nabi Muhammad s.a.w adalah benar. Apa yang membuatkan ia salah adalah cara saya bercakap kepada orang ramai tentang maksud kalimah mulia. Akhirnya, Allah memberi saya jawapan, saya mesti pergi kepada orang ramai yang tidak mengenali saya dan bercakap kepada mereka setiap hari tentang maksud kalimah mulia. Semenjak hari itu, saya mula meluangkan masa hampir satu jam setiap hari untuk bercakap kepada orang di tempat saya maksud kalimah mulia. Saya bermula dari masjid dan pergi kepada setiap rumah orang Islam di setiap lorong dan bercakap kepada sesiapa sahaja yang bersedia mendengar tentang maksud kalimah mulia. Apabila saya bercakap kepada orang Islam di sekitar tempat kediaman saya tentang maksud kalimah Tiada Tuhan Melainkan Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w maka, saya mendapati iman saya meningkat.

Pada masa itu sehingga tahun 2007, saya hanya pergi kepada rumah orang Islam dan bercakap kepada orang Islam sahaja. Dalam jemaah tabligh kita hanya di benarkan untuk pergi ke rumah orang Islam dan bercakap hanya kepada orang Islam. Dalam jemaah tabligh kita tidak di benarkan untuk mengajak orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam kecuali orang bukan Islam sendiri yang berminat berkenaan dengan Islam. Ulama dalam jemaah tabligh memberi satu arahan khusus kepada pengikut-pengikut pergerakan bahawa masa untuk membuat dakwah kepada bukan Islam belum tiba masa dan kini kerja sepatutnya memberi tumpuan kepada memperbaiki umat Islam yang mana mereka mengatakan untuk menyediakan umat Islam seluruh dunia kepada kerja dakwah. Jemaah tabligh menyediakan umat Islam kepada kerja dakwah tanpa membenarkan mereka dakwah kepada bukan Islam. Dalam jemaah tabligh, menyediakan orang Islam untuk membuat dakwah adalah dengan memberi ceramah kepada orang Islam dan di akhir ceramah adalah mengajak orang Islam untuk keluar 3 hari, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup dan mereka akan menjadi orang Islam yang baik dan orang bukan Islam secara automatik akan masuk islam tanpa perlu orang Islam membuat dakwah kepada bukan Islam seperti Nabi Muhammad s.a.w telah lakukan. Mereka mendakwa oleh kerana kerja Jemaah Tabligh, ramai orang di seluruh dunia telah memeluk agama Islam dan mereka yang memeluk agama Islam tanpa orang Islam member dakwah kepada bukan Islam. Pada hakikatnya, Allah telah memberi hidayah untuk memasuki Islam, tetapi jemaah tabligh mengambil kesempatan ini dengan mengatakan kerja mereka membuatkan Allah memberi hidayah kepada yang telah memeluk Islam.

Saya telah di tipu oleh jemaah tabligh dan jemaahhh tabligh pula telah di tipu oleh Iblis dan syaitan. Dengan rahmat Allah, saya akhirnya di selamatkan dari amalan buruk mereka. Dengan mengabaikan peraturan dalam jemaah tabligh, pada September 2007, saya mula pergi ke rumah orang bukan Islam tapi pada masa tersebut saya hanya berdoa di hadapan rumah mereka. Pada Februari pula saya mula pergi ke rumah orang bukan Islam di kawasan rumah saya dan memberi mereka dakwah dua kalimah syahadah. Inilah hari di mana, dalam pendapat saya, awan gelap yang telah menyelubungi fikiran dan hati saya telah di lenyapkan seluruhnya. Semenjak hari itu, Allah telah memberi saya kefahaman Quran dan Hadith serta kerja dakwah, yang mana anda boleh baca di dalam blog http://www.mthago.com. Semenjak saya mula menjalankan kerja sebenar mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti Nabi Muhammad s.a.w lakukan, Allah telah memberi saya keberkatan wahyu. Kini Allah teleh memberi saya kefahaman apakah hak dua kalimah syahadah. Hak dari dua kalimah syahadah adalah amalan yang berkaitan dengan Rukun Islam yang pertama dan ini telah di terangkan oleh saya dengan izin Allah, dalam artikel saya yang bertajuk Kerja Untuk Memperbaharui Iman. Saya menyampaikan pengetahuan ini kepada semua orang Islam di seluruh dunia dan ini adalah hadiah terbesar yang pernah di berikan oleh Allah kepada saya dan seluruh umat manusia dalam abad ini.

Oleh kerana saya telah melampau batas dalam peraturan Jemaah Tabligh maka saya telah di halang oleh majis tertinggi Jemaah Tabligh yang berpusat di Masjid Banglawali, Hazrat Nizammuddin, New Delhi, India daripada memberi ceramah kepada pengikut jemaah tabligh dan kebolehan serta keupayaan saya untuk membuat keputusan sebagai Syura Malaysia telah di tarik.
Saya hanya kekal menjadi Syura Malaysia tetapi saya tiada keupayaan untuk membuat sebarang keputusan dalam apa jua mesyuarat. Hak saya untuk membuat sebarang keputusan pada apa jua mesyuarat telah dilucutkan. Pada Julai 2009, saya membuat keputusan untuk mufarakah atau meninggalkan terus jemaah tabligh selama-lamanya. Semenjak hari itu dan sehingga sekarang, dengan rahmat dari Allah, saya menjalankan kerja mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran di kariah saya seperti cara Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta dan bukan seperti Jemaah Tabligh lakukan. Beberapa pengikut dari Jemaah Tabligh seperti Haji Abdul Hakim ingin saya pulang semula kepada pergerakan mereka tetapi setelah Allah memberi saya petunjuk untuk mengetahui dan menjalankannya seperti Nabi Muhammad s.a.w lakukan adalah sangat mustahil untuk saya kembali menyertai pergerakan mereka. Di sini saya ingin mengatakan kepada mereka Good BYE dan semoga Berjaya.

Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

This entry was posted in Amar Makruf Nahi Munkar. Bookmark the permalink.

Leave a comment