Perpaduan di kalangan umat Islam

kesatuan-dalam-desain-grafis

Ini merupakan topik penting yang akan dibincangkan dan diterangkan kepada semua umat Islam. Allah telah perintahkan semua umat Islam untuk bersatu dan berpegang pada tali Allah. Perpaduan umat Islam adalah hasil daripada amalan yang baik dan bukan matlamat dari amalan kita. Perpaduan bukan matlamat kerana matlamat kita adalah hanya untuk taat Allah dan niat kita dalam mentaati Allah hanya nak sukakan Allah sehingga Allah suka. Apabila umat Islam taat segala perintah Allah dengan niat hanya nak buat Allah suka, Allah akan membuat umat Islam bersatu. Umat Islam tidak akan mudah bersatu kerana kita hanya memberitahu mereka untuk bersatu. Kita boleh memberi ceramah yang panjang berkenaan dengan perpaduan tetapi saya percaya perpaduan tidak akan datang kepada umat Islam dengan kuliah semata-mata. Umat Islam akan bersatu hanya apabila mereka mempunyai Allah di dalam hati mereka dan amalan Nabi Muhammad s.a.w pada anggota badan mereka. Allah sahaja yang boleh mengikat hati sesama manusia. Hati akan hanya di ikat apabila hati mempunyai cinta Allah. Apabila terdapat cinta Allah di dalam hati, kita telah pun bersatu. Apabila kita mempunyai Allah dalam hati, kita akan membuat semua amalan kerana perintah Allah dan niat membuat amalan hanya nak sukakan Allah sehingga Allah suka.

Setiap seorang daripada kita boleh mendapat cinta Allah. Kita semua boleh mendapat cinta Allah apabila kita mempunyai amalan baik. Untuk melakukan amalan baik, kita tidak perlu untuk menjadi kaya dan berkuasa, yang di perlukan hanya masa untuk melakukan amalan baik. Umat Islam tidak boleh bersatu atas dasar selain cinta Allah. Umat Islam tidak boleh bersatu berdasarkan bangsa, bahasa dan kekayaan. Umat Islam hanya boleh bersatu berdasarkan cinta Allah. Apabila umat Islam mempunya cinta Allah dalam hati, mereka akan bersatu. Bagaimana untuk menjadikan umat Islam bersatu adalah mengajak mereka untuk menjalankan kerja yang mana Allah perintahkan umat Islam lakukan dan apabila umat Islam melakukannya, Allah akan masukkan cinta Allah ke dalam hati mereka.

Apabila dalam hati umat Islam terdapat cinta selain cinta Allah maka umat Islam selamanya tidak akan bersatu. Mempunyai cinta selain Allah dalam hati umat Islam seperti cinta kekayaan, kuasa dan kedudukan akan membuatkan umat Islam berperang sesama sendiri dan berlaku perpecahan umat. Ramai ulama Islam dan pemimpin hanya memberi ceramah berkenaan perpaduan tetapi mereka tidak mengajak umat Islam untuk membuat kerja yang membuatkan Allah masuk ke dalam hati umat Islam. Kerja yang membuatkan cinta Allah masuk ke dalam hati umat Islam telah hilang dalam amalan. Oleh kerana, umat Islam tidak menjalankan kerja yang Allah janjikan untuk memasukkan cinta-Nya ke dalam hati umat Islam dan membuatkan mereka bersatu maka ia benar-benar menyebabkan tragedi yang amat besar kepada umat Islam apabila umat Islam tidak menjalankan kerja yang cinta Allah masuk ke dalam hati umat ini. Maka hasilnya, dikalangan orang Arab dan orang Melayu sendiri tidak bersatu. Kita tidak dapat satukan orang Arab dengan orang melayu dan kita tidak dapat satukan umat Islam seluruh dunia apabila kerja yang membawa cinta Allah masuk ke dalam hati telah hilang dalam kehidupan semua umat Islam. Kini adalah mustahil untuk mendapatkan perpaduan di kalangan umat Islam. Pemimpin-peminpin dan Ulama-ulama Islam telah mengajak umat Islam untuk bersatu selama beberapa dekad tetapi mereka tidak mengajak umat Islam untuk melakukan kerja yang mana cinta Allah masuk ke dalam hati umat Islam dan satukan mereka. Apabila dalam hati kita mencintai selain Allah, walaupun kita membuat tempoh yang lama dalam ceramah berkenaan perpaduan di kalangan umat Islam dan perpaduan di kalangan umat Islam hanyalah sebuah mimpi.

Kini umat Islam hanya berminat dengan ceramah dan seminar berkenaan dengan perpaduan di kalangan umat Islam. Beribu-ribu perkataan tanpa tindakan tidak akan memberi sebarang hasil. Untuk memdapatkan hasil umat Islam hendaklah melakukan kerja dan kerja mestilah betul serta di terima Allah. Pemimpin dan ulama Islam mestilah mengajak umat Islam melakukan kerja yang membawa cinta Allah ke dalam hati mereka manakala mereka sendiri melakukannya. Apabila pemimpin dan ulama Islam melakukannya maka umat Islam yang lain akan mengikutinya.

Pemimpin dan Ulama Islam hendaklah tidak membuatkan diri mereka sentiasa memberi ceramah, seminar dan forum manakala umat Islam yang lain sentiasa mendengar ceramah dan seminar mereka. Mereka hendaklah menjadikan umat Islam sentiasa menjalankan kerja yang membawa cinta Allah masuk ke dalam hati mereka. Selagi umat Islam masih mempunyai cinta selain Allah di dalam hati mereka, umat Islam akan selamanya tiada perpaduan.

Dengan pemahaman bahawa perpaduan umat Islam akan dapat dicapai apabila kita memberi ceramah yang bagus dan berkesan, maka umat Islam sibuk menjalankan seminar, ceramah dan forum pada setiap masa. Sehinggalah dan melainkan semua umat Islam melakukan kerja yang membawa cinta Allah masuk ke dalam hati, umat Islam tidak akan bersatu sebagai satu Ummah. Semata-mata ceramah, kuliah, seminar dan forum berkaitan dengan perpaduan tidak akan memberi sebarang perpaduan. Kita sepatutnya kurangkan bercakap dan banyakkan kerja seperti junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Ceramah yang dibenarkan hanya yang membuatkan diri kita dan umat Islam kepada kerja Nabi Muhammad s.a.w. Ceramah yang membuatkan umat Islam menerima kerja Nabi Muhammad s.a.w sebagai kerja mereka. Sudah menjadi lumrah pada masa kini, penceramah hanya sekadar memberi ceramah dan selepas waktu ceramah, orang yang hadir di hidangkan dengan makanan. Tujuan asal ceramah adalah menyediakan umat Islam untuk bangun dan berdiri teguh dalam membuat kerja Nabi Muhammad s.a.w. Di sebabkan inilah, umat Islam hanya sibuk membuat ceramah dan mendengar ceramah dan tidak di sibukkan dengan membuat kerja Nabi Muhammad .s.a.w.

Kerja yang memperbaharui cinta kepada Allah dan mengurangkan cinta kepada selain Allah merupakan kerja mengingatkan umat Islam tentang maksud kalimah mulia, Tiada tuhan melainkan Allah dan kejayaan dalam mentaati perintah Allah. Kerja untuk meningkatkan keyakinan atau cinta kepada Allah dan Rasul adalah kerja mengajak orang bukan Islam untuk menerima dan mengucapkan kalimah mulia, Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Penerangan untuk menjalankan kerja Nabi Muhammad s.a.w telah pun di jelaskan dalam saya punya artikel bertajuk Kerja untuk memperbaharui iman dan kerja meningkatkan Iman. Apabila umat Islam melaksanakan kedua-dua kerja iaitu memperbaharui iman dan meningkatkan iman, cinta Allah akan di masukkan ke dalam hati semua umat Islam. Apabila cinta Allah masuk ke dalam hati umat Islam, mereka akan menjadi taat kepada perintah Allah. Apabila umat Islam taat kepada perintah-perintah Allah, mereka sebenarnya telah berpegang pada tali Allah dan mereka menjadi bersatu.

Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

This entry was posted in Agama. Bookmark the permalink.

Leave a comment