Bagaimana Jemaah Nabi Muhammad s.a.w. yang sebenar?

Kita mestilah berada bersama jemaah Muhammad s.a.w dan hanya dengan bersama jemaah ini kita akan mencapai keselamatan. Dalam usaha untuk mendapat cinta Allah, kita perlu menjadi sebahagian dari Jemaah Muhammad s.a.w. Kini terdapat banyak jemaah atau kumpulan orang Islam di seluruh dunia. Kesemua mereka mendakwa berada dalam Jemaah Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dengan makna yang lebih kurang ; umatku akan berpecah kepada 73 jemaah (kumpulan) tetapi hanya satu jemaah (kumpulan) sahaja mengikut jalan yang benar. Apabila para sahabat Nabi s.a.w. bertanya yang manakan jemaah (kumpulan) mengikut jalan yang benar? Nabi Muhammad s.a.w menjawab dengan makna yang lebih kurang; jemaah atau kumpulan yang mengikut aku dan sahabatku. Sesiapa yang mengikuti para sahabat Nabi Muhammad s.a.w akan juga mengikuti Nabi Muhammad s.a.w dan jemaah atau kumpulan yang mana mengikut jalan yang benar adalah jemaah atau kumpulan yang mengikuti Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya. Sekumpulan manusia tidak akan membentuk jemaah atau kumpulan melainkan mereka mempunyai ketua atau Amir. Amir jemaah Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya adalah Nabi Muhammad s.a.w sendiri dan selepas kewafatan baginda s.a.w. amir jemaah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya adalah ‘Naib’ Nabi Muhammad s.a.w atau ‘Naib’ Nabi Muhammad s.a.w. ‘Naib’ Nabi Muhamamad s.a.w bukannya nabi tetapi mempunyai misi, visi dan kerja yang sama seperti Nabi Muhammad s.a.w. Apakah kerja Nabi Muhammad s.a.w? Kerja Nabi Muhammad s.a.w adalah mengajak manusia kepada Allah dengan penuh keyakinan, kesabaran dan ketabahan.

Apabila tiada walaupun seorang dari kalangan umat Nabi Muhammad s..a.w yang mempunyai sama misi, visi dan kerja seperti Nabi Muhammad s.a.w maka tiada seorang pun yang layak menjadi ‘Naib’ Nabi Muhammad s.a.w. Apabila tiada seorang pun yang layak menjadi amir jemaah Nabi Muhammad s.a.w maka tiada jemaah Nabi Muhammad s.a.w di dunia ini. Ini boleh juga dikatakan, dalam dunia ini boleh jadi tiada jemaah yang berada di jalan yang benar. Apabila ketua adalah salah, semua yang mengikut ketua juga adalah salah. Tanpa walaupun seorang yang mengikut jalan atau Tarikat Nabi Muhammad s.a.w maka tiada jemaah atau kumpulan dalam dunia ini yang mana adalah mengikut jalan yang benar. Ramai percaya bahawa pada setiap masa mestilah sekurang-kurangnya satu jemaah atau kumpulan dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w yang mana adalah mengikut jalan yang benar. Ini adalah tidak benar. Apabila tiada dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w yang berusaha kearah jalan yang benar, Allah tidak akan membimbing sesiapa pun dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w ke arah jalan yang benar. Petunjuk atau hidayah bukan merupakan kebetulan. Allah perintahkan kita untuk berusaha mendapatkan petunjuk atau hidayah. Allah akan memberi petunjuk dan hidayah hanya kepada sesiapa yang berusaha kearah hidayah. Apabila semua umat Nabi Muhammad s.a.w mencintai dunia, hati mereka luput dari mencintai Islam. Apabila hati mereka luput dari mencintai Islam, tiada yang akan membuat kerja mengajak kebaikan dan mencegah mungkar (amar makruf nahi mungkar). Apabila ini terjadi, bermaksud tiada sesiapa di antara mereka yang menunaikan hak kalimah mulia (Rukun Islam yang pertama) dan Allah tidak akan membuatkan kalimah mulia masuk ke dalam hati. Apabila kalimah mulia tidak masuk ke dalam hati, amalan tiada keikhlasan, Allah tidak akan memberi kefahaman Al-Quran dan Allah akan membuat mereka tersesat dari jalan yang benar.
Ramai dari kalangan jemaah dan kumpulan mendakwa bahawa mereka juga membuat kerja mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran. Walau bagaimanapun cara mereka mengerjakan amalan mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sepenuhnya berbeza dengan cara yang telah di lakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Umumnya, ramai umat Islam percaya kemungkaran adalah amalan yang tidak baik atau ketidakadilan di lakukan oleh orang bukan Islam kepada orang Islam. Ramai umat Islam percaya kemungkaran yang di lakukan oleh orang bukan Islam hendaklah di cegah dengan menganjurkan demonstrasi jalanan, mengajak umat Islam memboikot barangan Israel atau mengistiharkan peperangan kepada orang bukan Islam dan negara mereka. Umat Islam tidak menganggap kemungkaran paling besar orang bukan Islam adalah tidak mengucapkan Kalimah Mulia dan untuk mencegah kemungkaran mereka dengan mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Ramai umat Islam berfikir, apabila orang bukan Islam melakukan ketidakadilan terhadap orang Islam maka orang bukan Islam adalah musuh Islam dan orang Islam. Mereka percaya orang Amerika dan Yahudi adalah musuh Islam dan umat Islam manakala membunuh mereka merupakan jihad dan apabila mati dalam membuat amalan tersebut sebagai syahid. Mereka mendakwa diri mereka sebagai mujahidin dan mereka memandang rendah kepada umat Islam yang tidak sealiran dengan perjuangan mereka dan mereka mengatakan umat Islam yang lain sebagai pengecut. Mereka mentafsir hadith yang mengatakan mencegah kemungkaran dengan hati adalah dengan membenci kepada sesiapa yang membuat kemungkaran. Apabila orang Yahudi dan Amerika membuat kemungkaran, umat Islam hendaklah membenci mereka dan mendoakan kebinasaan bagi mereka. Malah jemaah atau kumpulan ini percaya mereka adalah jemaah atau kumpulan yang seperti Nabi Muhammad s.a.w sebutkan di dalam hadis sebagai satu-satunya yang mengikuti jalan yang benar. Di antara kumpulan atau jemaah yang terkenal seperti ini adalah Al-Qaeda, Jemaah Muslimin, Buku Haram (di Nigeria) dan lain-lain.Terdapat banyak jemaah atau kumpulan umat Islam di dunia ini tetapi mereka semua mendakwa bahawa mereka mengikut jalan yang benar dan mereka mengikut Nabi Muhammad s.a.w dengan mengajak kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran.

Apabila orang Yahudi melakukan ketidakadilan terhadap rakyat Palestin, ramai umat Islam mengatakan perbuatan itu sebagai perbuatan mungkar. Apabila orang Amerika membakar Al-Quran di Afghanistan, ramai umat Islam mengatakan ini adalah perbuatan mungkar. Apabila terdapat kemungkaran di lakukan, menurut hadis. Umat Islam hendaklah mencegah kemungkaran, samaada dengan kuasa atau dengan perkataan atau dengan membenci terhadap kemungkaran dengan hati. Ramai umat Islam yang taksub dengan kepercayaan seperti Al-Qaeda, Jemaah Muslimin, Buku Haram dan lain-lain ingin menggunakan kuasa untuk mencegah kemungkaran yang telah di lakukan oleh Amerika dan Yahudi. Apa yang mereka telah faham mencegah mungkar dengan kuasa adalah membunuh Yahudi dan Amerika atau memusnahkan tempat-tempat penting bagi orang Yahudi dan Amerika. Orang Islam yang tidak bersedia untuk menggunakan kuasa dalam mencegah kemungkaran maka mereka akan menggunakan percakapan untuk mencegah kemungkaran. Apa yang mereka faham dengan menggunakan percakapan untuk mencegah mungkar adalah mereka membuat demostrasi jalanan dan menjerit dengan perkataan yang buruk di jalanan atau menunjukkan banner yang di tulis dengan perkataan buruk terhadap orang Yahudi dan Amerika. Orang Islam yang tidak mencegah mungkar dengan perkataan mereka mencegah mungkar dengan hati. Apa yang mereka faham mencegah mungkar dengan hati adalah membenci sesiapa yang membuat kemungkaran dan dalam kes seperti ini adalah membenci orang Yahudi dan Amerika. Di sebalik mengajak orang Yahudi dan Amerika untuk mengucap Kalimah Mulia dengan kasih sayang, dan jika mereka tidak mahu memeluk agama Islam, orang Islam sepatutnya mendoakan orang Yahudi dan Amerika untuk masuk agama Islam. Umat Islam telah diberitahu oleh Cendikiawan Islam untuk membenci terhadap Yahudi dan Amerika. Ini sebenarnya tidak di ajar oleh Islam tetapi di sebabkan tidak memahami Al-Quran dan Hadis dengan betul, kebencian terhadap Yahudi dan Amerika menjadi kemuliaan bagi sesetangah umat Islam.

Apabila umat Islam telah di ajar oleh Cendikiawan Islam untuk membenci Yahudi dan Amerika, ramai umat Islam mengikutnya secara membuta tuli nasihat dari Cendikiawan Islam dan akan menggunakan apa sahaja asalkan dapat membenci atau membunuh Yahudi dan Amerika. Umat Islam yang tidak memahami Al-Quran dan Hadith adalah mereka yang mengebom Kasino di Bali dan banyak lagi di tempat lain. Walaupun amalan mereka tidak mengikut Al-Quran dan Hadis tetapi mereka menganggap mereka adalah mengikut jemaah Nabi Muhammad s.a.w. Mereka juga percaya, sekiranya mereka mati dalam jalan ini mereka akan mati syahid dan terus masuk ke syurga. Ramai umat Islam tidak memahami maksud hadis Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan; Jika kamu melihat mungkar yang di lakukan secara terang-terangan hendaklah kamu cegah mungkar tersebut dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu dengan tangan, hendaklah mencegah dengan mulut (perkataan) dan jika kamu tidak mencegah menggunakan mulut, hendaklah mencegah dengan hati (doa). Ramai umat Islam yang mentafsir dan memahami menggunakan kuasa sebagai menggunakan senjata api, bom dan peluru untuk membunuh sesiapa sahaja yang membuat kemungkaran dan dalam situasi sebegini yang membuat kemungkaran adalah Yahudi dan Amerika.

Terasa amat dukacita bahawa ramai umat Islam termasuk Cendikiawan Islam tidak memahami maksud sebenar Al-Quran dan Hadis. Disebabkan kesilapan dalam mentafsirkan Al-Quran dan Hadis, umat Islam di kenali di dunia sebagai pengganas. Tiada siapa yang dapat memberikan umat Islam kefahaman Al-Quran dan Hadis melainkan Allah. Mengapa Allah tidak memberikan umat Islam kefahaman Al-Quran dan Hadis? Walaupun ramai umat Islam yang membaca dan menghafal Al-Quran dan Hadis tetapi Allah tidak memberikan mereka kefahaman Al-Quran dan Hadis. Allah tidak memberikan kefahaman Quran dan Hadis kepada umat Islam dan Cendikiawan Islam kerana umat Islam tidak mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran seperti yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ramai umat Islam termasuk Cendikiawan Islam tidak memahami maksud “Kebaikan” dan “Kemungkaran” seperti yang dinyatakan dalam Quran dan Hadis. Ramai umat Islam termasuk Cendikiawan Islam tidak mengetahui bahawa perintah ‘ mengajak manusia kepada kebaikan’ dan ‘mencegah manusia dari kemungkaran’ adalah sebenarnya memenuhi hak kepada perintah Allah yang pertama iaitu mengucapkan Kalimah Mulia, Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Ramai umat Islam dan Cendikiawan Islam tidak mengetahui bahawa kemungkaran yang di sebutkan di dalam Quran dan Hadis; bermaksud tidak mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah atau tidak mahu mengucapkan Kalimah Mulia. Ramai umat Islam termasuk Cendikiawan Islam tidak mengetahui ‘Kebaikan’ yang di sebut dalam Quran dan Hadis bermaksud mengucapkan Kalimah Mulia.

Segala kemungkaran yang dilakukan oleh manusia hanya boleh dicegah apabila kemungkaran paling besar dilakukan oleh manusia dicegah oleh orang Islam. Tiada gunanya untuk mencegah mungkar sekiranya mungkar paling besar tidak dicegah. Bagaimana orang Islam mencegah mungkar besar yang di lakukan oleh manusia? Kemungkaran paling besar dapat dicegah oleh orang Islam dengan orang Islam mengajak kepada kebaikan paling besar. Apakah kebaikan paling besar dilakukan oleh manusia? Kebaikan paling besar dilakukan oleh manusia adalah mengucapkan Kalimah Mulia, Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Umat Islam perlu mengajak manusia membuat kebaikan paling besar dengan tanpa paksaan. Umat Islam hendaklah mengajak manusia membuat kebaikan paling besar dengan cara Nabi Muhammad s.a.w lakukan. Allah mahu manusia mengucapkan Kalimah Mulia tanpa paksaan atau dengan kerelaan. Umat Islam hendaklah mengajak manusia untuk mengucapkan Kalimah Mulia dengan rasa kasih sayang dan berbudi bahasa. Umat Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan sebarang kekerasan untuk mengajak manusia mengucapkan Kalimah Mulia. Allah mahu manusia mengucapkan Kalimah Mulia dengan kerelaan. Allah tidak menerima pengucapan Kalimah Mulia yang dilakukan dengan tiada kerelaan. Allah memberi manusia pilihan samaada mahu atau tidak mahu mengucapkan Kalimah Mulia. Umat Islam hanya di perintahkan untuk mengajak bukan Islam tetapi bukan memaksa mereka untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Umat Islam tidak akan berperang dengan sesiapa yang enggan mengucapkan Kalimah Mulia. Umat Islam tidak akan merampas sebarang harta benda dari sesiapa yang enggan mengucapkan Kalimah Mulia. Umat Islam hendaklah mengajak manusia mengucapkan Kalimah Mulia seperti cara Nabi Muhammad s.a.w.

Niat kita mengajak manusia untuk mengucapkan Kalimah Mulia hanya untuk sukakan Allah dan bukan untuk mendapat sokongan dan menjadi terkenal atau sebarang kebendaan. Umat Islam tiada hak untuk memaksa manusia mengucapkan Kalimah Mulia. Umat Islam hanya akan berperang dengan mereka yang menyerang kepada umat Islam. Allah tiada perintahkan umat Islam untuk mulakan sebarang peperangan kepada sesiapa dan pada bila-bila masa. Umat Islam hanya akan berperang dengan mereka yang menyerang kepada umat Islam. Peperangan akan menjadi perintah Allah apabila umat Islam di serang oleh musuh. Peperangan akan hanya di benarkan untuk mempertahankan umat Islam dari serangan musuh. Allah perintahkan umat Islam mencegah mungkar dengan menggunakan tangan bukan bermaksud untuk memaksa mereka mengucapkan Kalimah Mulia. Apakah maksud ini adalah; apabila umat Islam diberi kuasa oleh Allah , beliau hendaklah mengajak manusia kepada Allah dengan kasih sayang dan bukan menggunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan dan tanah. Apabila seorang Islam diberi kuasa oleh Allah, contohnya menjadi Perdana Menteri dalam sesebuah negara dan sebagai seorang Perdana Menteri, beliau mempunyai kuasa untuk menggunakan sebarang media seperti surat khabar, radio, televisyen dan Internet untuk mengajak manusia kepada Allah dengan kasih sayang. Sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai kuasa untuk melawat dan mengumpulkan rakyat dalam jumlah yang besar dalam banyak tempat di dalam negara dan menggunakan peluang tersebut untuk mengajak manusia kepada Allah dengan kasih sayang. Walaupun Perdana Menteri mempunyai kuasa dalam kaedah mengajak manusia kepada Allah, perasaan kasih sayang dalam mengajak masih dikekalkan tanpa membuat sebarang paksaan atau apa jua kekerasan.

Walaubagaimana pun, para sahabat Nabi Muhammad s.a.w telah menggunakan kaedah yang mana sesuai di zaman mereka. Sahabat pada mulanya akan mengajak Raja untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Sekiranya Raja tersebut enggan untuk mengucapkan Kalimah Mulia, sahabat akan bertanya kepada Raja untuk membayar duit yang dinamakan jizyah kepada umat Islam dan sekiranya Raja enggan membayar jizyah, sahabat akan mengistiharkan peperangan kepada Raja dan tenteranya. Umat Islam akan memberi Raja tiga hari untuk berfikir samaada menerima Islam atau membayar jizyah atau berperang dengan umat Islam. Walaupun kaedah yang telah digunakan pada zaman sahabat sesuai pada zaman mereka tetapi kaedah Nabi Muhammad s.a.w pula sesuai sepanjang zaman. Ramai umat Islam pada masa ini tidak memahami Quran dan Hadis dan hasilnya banyak jemaah atau kumpulan yang di tubuhkan oleh orang Islam adalah bukan merupakan Jemaah Nabi Muhammad s.a.w walaupun mereka mendakwa mereka adalah Jemaah Nabi Muhammad s.a.w. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. menasihati umat Islam agar tidak keluar dari Jemaah dan jika sekiranya mereka lakukan, mereka akan mati sebagai seorang jahiliah atau seorang kafir. Apa yang di maksudkan dalam hadis ini adalah jemaah Nabi Muhammad s.a.w dan bukan mana-mana jemaah atau kumpulan. Ini adalah amalan yang bijaksana untuk meninggalkan jemaah atau kumpulan yang bukan merupakan Jemaah Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai contoh, orang Islam dari jemaah tabligh berfikir mereka adalah Jemaah Nabi Muhammad s.a.w tetapi hakikatnya mereka bukan. Oleh kerana mereka berfikir berada di jalan yang benar, mereka memberitahu saya jangan meninggalkan jemaah tabligh, jika tidak saya akan mati jahiliah atau seorang kafir. Ahli jemaah tabligh berfikir dan percaya mereka merupakan Jemaah Nabi Muhammad s.a.w tetapi semua amalan mereka bertentangan dengan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Satu panduan yang sangat penting atau dasar atau ‘tertib’ dalam Jemaah Tabligh yang mana bertentangan dengan amalan Nabi Muhammad s.a.w adalah mereka tidak membenarkan ahli jemaah mengajak orang bukan Islam untuk masuk Islam dengan alasan mereka berkata; umat Islam perlu di perbaiki dahulu sebelum umat Islam boleh mengajak orang bukan Islam mengucapkan Kalimah Mulia. Apalah Jemaah tabligh ni sungguh memalukan!

Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

This entry was posted in Amar Makruf Nahi Munkar, Masjid and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a comment