Ulama adalah nama yang diberikan kepada seseorang yang terlalu cinta kepada Allah, memiliki ketakutan kuat kepada Allah di dalam hatinya. Takut kepada Allah yang dimiliki oleh ulama adalah tidak sama seperti takut kepada haiwan. Sesetengah kanak-kanak mungkin mempunyai ketakutan kepada hantu atau anggota polis tetapi takut kepada Allah bagi ulama adalah terlalu cinta kepada Allah. Ulama terlalu cinta kepada Allah dan mereka akan mematuhi segala perintah Allah. Ulama takut kemurkaan Allah terhadap mereka. Allah akan murka terhadap mereka jika mereka melanggar perintah Allah. Ulama takut akan kemurkaan Allah terhadap mereka dan menzahirkan ketakutan tersebut dengan mereka mencintai Allah. Ulama adalah seseorang yang mencintai dan takut kepada Allah, mentaati segala perintah Allah pada setiap masa dan keadaan. Ulama adalah seseorang yang mencintai Allah dan Allah mencintai mereka. Oleh kerana Allah mencintai ulama, Allah memberi ulama kefahaman Quran dan Hadis. Allah memberi ulama kesanggupan untuk mengamalkan segala perintah Allah seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang yang mempunyai perasaan yang terlalu takut kepada Allah dan mempunyai pemahaman yang betul terhadap Quran. Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang yang mempunyai perasaan takut yang amat tinggi terhadap Allah dan mempunyai keupayaan untuk mengamalkan segala perintah Allah. Nabi Muhammad s.a.w adalah ulama terbaik sepanjang zaman. Ulama adalah sesuatu keterangan/penjelasan dari satu kualiti yang amat penting bahawa seseorang yang mempunyai kualiti takut kepada Allah. Sesiapa sahaja yang mempunyai kualiti tersebut di dalam hatinya di sebut sebagai ulama. Siapa yang memberi kualiti ulama kepada seseorang? Tiada sesiapa yang boleh memberi kualiti ulama melainkan Allah dan Allah memberikan kualiti ulama kepada sesiapa yang Allah cintai dan seseorang yang Allah cintai adalah mereka yang mengikuti Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya. Bolehkan sesebuah Universiti Islam atau madrasah memberi seseorang nama sebagai ulama? Bolehkah kita mengiktiraf seseorang yang berkelulusan dalam pengajian Islam dari universiti atau madasah sebagai ulama? Universiti Islam atau madrasah boleh memberikan maklumat tentang Islam tetapi bukan kualiti untuk takut kepada Allah.
Siapakah yang memberi Ilmu kepada seseorang? Siapakah sumber segala Ilmu? Tiada sesiapa yang boleh memberikan ilmu melainkan Allah. Allah adalah sumber segala ilmu. Ramai tidak memahami perbezaan di antara seseorang yang Allah berikan ilmu dan Allah berikan pengetahuan Islam. Pengetahuan Islam adalah maklumat tentang islam. Ramai yang berfikir bahawa seorang yang Allah berikan ilmu adalah sama seperti seorang yang Allah berikan pengetahuan Islam atau maklumat Islam. Pengetahuan Islam dan Ilmu adalah berbeza. Ilmu adalah diberi oleh Allah kepada ulama. Allah memberikan maklumat Islam menerusi pembelajaran Islam di Universiti atau Madrasah dan mereka dikenali sebagai cendikiawan Islam dan bukan sebagai ulama. Pada masa kini ramai orang Islam yang tidak memahami perbezaan di antara ulama dan cendikiawan Islam. Ramai umat Islam berfikir ulama dan cendikiawan Islam adalah sama. Ramai umat Islam tidak mengetahui bahawa ulama mempunyai kualiti takut kepada Allah di dalam hatinya yang telah diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang Allah cintai. Seseorang yang mempunyai kualiti takut kepada Allah adalah di kenali sebagai ulama. Ramai umat Islam menterjemahkan cendikiawan Islam juga sebagai ulama. Ramai umat Islam berfikir, cendikiawan Islam yang mengetuai sesebuah penubuhan Institusi Islam dengan bilangan pelajar yang beribu-ribu, atau yang mempunyai beribu pengikut atau menulis ratusan buku mengenai Islam adalah ulama. Di samping itu juga, ramai orang berfikir bahawa seseorang yang mempunyai sepenuhnya pengetahuan atau maklumat tentang ajaran Islam adalah di kenali sebagai ulama. Di Malaysia ulama di kenali sebagai “Tuan Guru”.
Pada masa kini kefahaman umat Islam terhadap siapa sebenarnya ulama adalah tidak berdasarkan Quran. Allah memberitahu ulama adalah seseorang yang mempunyai ketaqwaan terhadap Allah. Mengapa umat Islam tidak memahami maksud ulama seperti di dalam Quran? Terdapat beberapa sebab mengapa ramai umat Islam tidak memahami maksud ulama. Pertama sekali ramai umat Islam tidak membaca Quran. Di kalangan mereka yang membaca Quran, ramai hanya membaca Quran tanpa mengetahui terjemahan ayat-ayat Quran. Terdapat juga di kalangan umat Islam yang memahami bahasa arab dan mengetahui terjemahan ayat-ayat Quran, tetapi Allah tidak memberikan mereka kefahaman dari Quran. Akibatnya, mereka tidak melaksanakan perintah Allah seperti yang termaktub di dalam Quran seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Seseorang yang diberikan oleh Allah kefahaman dari Quran, akan melaksanakan segala perintah Allah seperti yang di nyatakan dalam Quran seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Apabila seseorang tidak melaksanakan apa yang Allah perintahkan di dalam Quran seperti yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, ini bermaksud bahawa Allah tidak memberikan seseorang tersebut kefahaman Quran dan Hadis. Apabila seseorang tidak melaksanakan apa yg terkandung di dalam Quran, ini bermaksud kefahaman hanya di mulut dan fikiran dan tidak di dalam hatinya. Apa yang seseorang lakukan adalah apa yang ada di dalam hatinya. Apabila kefahaman Quran dan Hadis ada di dalam hati seseorang, ini adalah di namakan Ilmu dan apabila kefahaman adalah hanya di mulut dan fikiran ini di namakan maklumat atau pengetahuan. Hanya seseorang yang di cintai oleh Allah adalah diberikan Ilmu dan sesiapa yang di berikan ilmu oleh Allah adalah ulama.
Seseorang yang di cintai oleh Allah adalah seseorang yang Allah berikan kefahaman dari Quran dan Hadis di dalam hatinya. Tiada sesiapa yang boleh memberikan kefahaman dari Quran dan Hadis di dalam hatinya melainkan Allah. Apabila Allah cinta kepada seseorang, Allah akan memberikan ilmu dan keupayaan untuk mengamalkan ilmu tersebut. Seseorang dengan pengetahuan dan maklumat Islam adalah bukan seseorang yang di cintai oleh Allah kerana Allah memberikan maklumat berkenaan Islam kepada semua orang termasuk orang bukan Islam. Seseorang yang mempunyai hanya pengetahuan dan maklumat mengenai Islam tidak di berikan oleh Allah keupayaan untuk mengamalkan maklumat. Seseorang yang mempunyai ilmu adalah seseorang yang taqwa dan mencintai Allah, dan kepada seseorang yang Allah berikan mereka keupayaan untuk mengamalkan segala perintah Allah seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Allah mencintai amalan soleh dan amalan soleh adalah amalan yang di kerjakan kerana perintah Allah dan seperti yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan niat hanya nak sukakan Allah. Apabila Allah mencintai seseorang Allah memberikan mereka ilmu. Seseorang yang Allah berikan kekayaan dan kuasa adalah tidak semestinya di cintai Allah. Allah mungkin atau tidak akan memberikan seseorang yang Allah cintai dengan kekayaan atau kuasa tetapi pastinya, kepada sesiapa yang Allah kasihi, Allah memberikan mereka kefahaman Quran dan Hadis dan kesanggupan untuk mengamalkan segala perintah Allah seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Allah tidak memberikan nilai kepada kekayaan dan kuasa tetapi Allah memberikan nilai kepada amalan baik atau amalan soleh. Kekayaan dan kuasa adalah diberikan kepada manusia oleh Allah untuk menduga manusia, samaada manusia mencintai kekayaan dan kuasa atau manusia mencintai Allah. Apabila seseorang mencintai Allah, dia akan menggunakan kuasa dan kekayaan untuk mentaati segala perintah Allah. Manakala seseorang yang tidak mencintai Allah, akan menggunakan kekayaan dan kuasa untuk melanggar perintah Allah. Seseorang yang diberikan oleh Allah, kekayaan dan kuasa tidak semestinya bermaksud Allah mencintai mereka. Apabila dengan kekayaan dan kuasa seseorang melanggar perintah Allah, ini bermaksud Allah menggunakan kuasa dan kekayaan sebagai maksud untuk menghancurkan seseorang dan di sebut istidroj. Apabila dengan kekayaan dan kuasa, seseorang sentiasa mentaati segala perintah Allah, ini bermaksud, Allah menggunakan kekayaan dan kuasa untuk meninggikan darjat seseorang. Ini tidak bermakna, apabila seseorang tidak di berikan kekayaan dan kuasa, bahawa seseorang adalah tidak di cintai oleh Allah atau apabila seseorang di berikan kuasa dan kekayaan, bermaksud Allah mencintai mereka. Apabila Allah mencintai seseorang, Allah semestinya memberikan seseorang ilmu dan amalan soleh.
Allah mencintai ulama dan ulama mencintai Allah. Di sebabkan Allah mencintai ulama, Allah memberikan ulama Ilmu. Ulama takut untuk melanggar perintah Allah. Terlalu mencintai Allah, ulama tidak bersedia untuk berjalan di muka bumi dengan melanggar perintah Allah. Ulama takut kemurkaan Allah jatuh terhadap mereka apabila mereka ingkar perintah Allah dan ini dikenali sebagai taqwa. Taqwa adalah asas dari amalan soleh. Taqwa adalah kualiti dan terjemahan perkataan adalah takut kepada Allah. Seseorang yang mempunyai taqwa adalah di kenali sebagai mut’taqin. Kualiti berlawanan dengan taqwa adalah cinta dunia dan kuasa dan ini adalah asas kepada kemungkaran. Ulama adalah seseorang yang termaktub dengan amalan soleh dan yang sentiasa mendahului mengerjakan amalan soleh. Oleh kerana Allah mencintai ulama maka Allah memberikan ulama ilmu. Seseorang yang mempunyai pengetahuan Islam (maklumat) tidak akan di berikan Ilmu jika seseorang itu bukan ulama. Semua cendikiawan Islam mempunyai pengetahuan Islam(maklumat) tetapi tidak di berikan Ilmu. Pengetahuan(maklumat) dan ilmu adalah dua perkara yang berbeza. Seseorang dengan pengetahuan Islam(maklumat) di kenali sebagai cendikiawan Islam atau Ahli Kitab. Ahli Kitab atau cendikiawan Islam mempunyai pengetahuan(maklumat) berkenaan dengan kitab suci tetapi Allah tidak memberikan Ahli Kitab Ilmu. Sesiapa yang mempunyai pengetahuan dari mana-mana kitab suci termasuk Taurat dan Injil atau Quran di kenali sebagai Ahli Kitab. Ahli Kitab adalah tidak hanya seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang kitab Taurat dan Injil tetapi, mereka yang memiliki pengetahuan (maklumat) di dalam Quran adalah juga dikenali sebagai Ahli Kitab.
Seseorang yang berpengetahuan (mempunyai maklumat) di dalam Quran tetapi tidak mempunyai ilmu adalah di kenali sebagai Ahli Kitab. Mereka juga di kenali sebagai Ahli Kitab kerana Quran seperti Taurat dan Injil adalah juga kitab wahyu atau kitab dari Allah. Pada masa kini, umat Islam memahami Ahli Kitab adalah mereka yang mempunyai pengetahuan (maklumat) hanya dalam Taurat atau Injil tetapi tidak dalam Quran. Umat Islam memanggil mereka Ahli Kitab kerana mereka bukan Islam. Umat Islam memanggil semua yang mempunyai pengetahuan Quran sebagai Ulama kerana mereka adalah umat Islam. Apabila seseorang mengucap Kalimah Mulia, mereka baru sahaja memeluk Islam (orang Islam) tetapi mereka masih belum menjadi seorang beriman atau mukmin. Seseorang akan hanya menjadi seorang beriman atau mukmin sekiranya Kalimah Mulia telah memasuki ke dalam hati. Seorang adalah diberikan oleh Allah kefahaman Quran apabila orang tersebut menjadi beriman atau Mukmin. Hanya apabila seorang telah menjadi beriman kemudian orang tersebut boleh di sebut sebagai ulama. Mempunyai hanya pengetahuan (maklumat) dari Quran adalah tidak sama seperti mempunyai kefahaman dari Quran. Bagaimana pula orang bukan Islam yang mempunyai pengetahuan (maklumat) terhadap Quran? Bolehkah kita memanggil mereka sebagai ulama? Di kebanyakan sekolah Pengajian Orientalis di Britain dan Amerika, terdapat ramai orang bukan Islam, yang mempunyai pengetahuan (makumat) pada Quran dan Hadis tetapi tidak mempunyai kefahaman dalam Quran. Sesetengah mereka ada yang menjadi pensyarah dan penyelia sarjana Islam. Adakah umat Islam memanggil mereka sebagai ulama atau Ahli Kitab? Seharusnya, Umat Islam memanggil mereka sebagai Ahli Kitab kerana mereka bukan beragama Islam. Adakah umat Islam seharusnya menganggap mereka yang hanya Islam dan belum menjadi beriman tetapi mempunyai pengetahuan (maklumat) pada Quran dan Hadis sebagai ulama? Apakah perbezaan di antara pengetahuan (maklumat) pada Quran dan Hadis, dan Ilmu pada Quran dan Hadis? Ilmu tidak boleh di terjemahkan secara terus sebagai pengetahuan (maklumat) dan ini juga sama seperti kita tidak boleh terjemahkan secara terus berkah sama seperti rahmat. Allah hanya memberi Ilmu kepada Ulama, seorang yang di cintai oleh Allah. Allah memberi pengetahuan Islam (maklumat) kepada umat Islam seperti mana orang bukan Islam dan kita tidak sepatutnya memanggil mereka sebagai ulama tetapi Ahli Kitab atau Cendikiawan Islam.
Umat Islam yang mempunyai pengetahuan (maklumat) dari Quran dan Hadis tiada cinta atau takut pada Allah dalam hati. Mereka mungkin belajar tentang Islam selama bertahun-tahun tetapi Kalimah Mulia tidak berada dalam hati, di sebabkan itu, mereka tidak menjadi beriman atau Mukmin. Belajar pengetahuan Islam tidak memberi maksud bahawa Allah akan menjadikan seseorang itu beriman atau Mukmin. Seseorang adalah beriman atau Mukmin, apabila Kalimah Mulia telah masuk ke dalam hati seseorang. Ulama semestinya beriman atau Mukmin. Kalimah Mulia tidak akan masuk ke dalam hati seseorang, termasuk cendikiawan Islam, melainkan mereka membuat kerja yang berkaitan dengan hak dari pengucapan Kalimah Mulia. Kerja yang berkaitan dengan hak mengucapkan Kalimah Mulia adalah mengajak seluruh manusia kepada kebaikan dan mencegah seluruh manusia dari kemungkaran. Mungkar yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah tidak mengucapkan Kalimah Mulia. Kebaikan yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah mengucapkan Kalimah Mulia. Apabila umat Islam belajar tentang Islam selama bertahun, tetapi tidak menunaikan hak/tanggungjawab berkaitan dengan Kalimah Mulia, Allah tidak akan membuat Kalimah Mulia masuk ke dalam hati, dengan itu, mereka tidak akan menjadi seorang beriman dan Mukmin. Oleh itu, kita tidak sepatutnya memanggil mereka sebagai ulama tetapi Ahli Kitab atau Cendikiawan Islam. Hanya apabila umat Islam tunaikan hak Kalimah Mulia dengan niat hanya nak sukakan Allah sehingga Allah suka, Allah akan menjadikan mereka beriman atau Mukmin, dan kemudian kita boleh memanggil mereka sebagai ulama.
Ahli Kitab mempunyai pengetahuan (maklumat) tentang Islam tetapi bukan Ilmu. Pengetahuan boleh di perolehi dengan belajar tetapi hanya Allah boleh memberi ilmu. Untuk mendapatkan ilmu dari Allah, seseorang mestilah dikasihi Allah. Apabila seseorang dikasihi oleh Allah, Allah memberikan kepadanya ilmu. Seseorang yang mempunyai ilmu adalah di kenali sebagai ulama. Seseorang yang mempunyai ilmu akan mengetahui setiap masa dan keadaan, yang mana satu perintah Allah yang paling dicintai Allah dan pada waktu yang sama di beri taufiq untuk mengamalkan dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ulama adalah seseorang yang sentiasa dengan amalan baik atau amalan soleh dalam setiap keadaan, ulama sentiasa mengingati Allah atau zikrullah, yang mana sentiasa mentaati segala perintah Allah. Ulama pada setiap masa berada dalam keadaan taat kepada perintah Allah dan semua amalan ulama pada setiap masa termasuk makan, tido dan bermacam-macam lagi di lakukan kerana perintah Allah niat hanya nak sukakan Allah. Adakah terdapat sebarang ulama wujud di dunia pada masa kini? Pada masa kini, semua yang di panggil ulama adalah sebenarnya Ahli Kitab atau Cendikiawan Islam. Ulama yang tulen adalah yang mengamalkan semua sunnah dari Nabi Muhammad s.a.w. terutamanya, sunnah yang paling besar iaitu berjumpa dengan orang bukan Islam untuk mengajak mereka mengucap Kalimah Mulia dan pergi kepada orang Islam yang ingkar perintah Allah untuk mengingatkan mereka tentang maksud Kalimah Mulia dan mengajak mereka untuk mentaati perintah Allah. Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang paling besar adalah sama seperti Rukun Islam Pertama iaitu menunaikan hak kepada Rukun Islam Pertama.
Adakah orang yang biasa dengan panggilan “Ulama” atau “Tuan Guru” pada hari ini amalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Atau adakah mereka hanya bercakap atau berpakaian seperti Nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak melaksanakan Sunnah besar Nabi Muhammad s.a.w? Ramai yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama dan waris atau wakil Nabi Muhammad s.a.w tetapi mereka tidak menjalankan kerja mengajak manusia kepada Allah sama seperti Nabi Muhammad s.a.w. Ramai yang bergelar dengan nama ulama hanya memberi ceramah kepada orang Islam dan sebahagian tidak dapat pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardu dengan berjemaah di qariah mereka sama seperti Nabi Muhammad s.a.w. Ramai yang di panggil ulama menyertai parti politik dan menggelar diri mereka adalah ulama dan menyebarkan propaganda bahawa ketua untuk parti hendaklah di pegang oleh ulama. Mengapakah yang di katakan ulama sebenarnya hendak menyertai parti politik? Ramai yang di panggil ulama hanya mahukan kuasa dan kekayaan dan mereka menggelar diri mereka sebagai ulama. Ulama yang sebenar adalah hanya mahukan cinta Allah dan mereka tidak mahukan kuasa dan kekayaan dan untuk apa menyertai parti politik. Pada masa kini perkataan ulama telah disalahgunakan kepada kumpulan-kumpulan manusia yang tidak benar. Ulama adalah nama yang hanya di gunakan untuk seseorang yang takut pada Allah tetapi pada masa kini adalah digunakan oleh orang Islam untuk menerangkan tentang seseorang yang sebenarnya adalah Ahli Kitab. Adakah ulama wujud di dalam dunia pada masa sekarang? Ini adalah satu amalan yang amat memalukan dengan mudah menggunakan sebuah nama yang amat mulia dengan ditujukan kepada mereka yang hakikatnya adalah hanya seorang Ahli Kitab atau Cendikiawan Islam.
Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia