Tarikat, Syariat, Hakikat & Makrifat

Tarikat

Tarikat bermaksud laluan atau jalan yang seseorang perlu ambil untuk sampai kepada Allah. Laluan atau jalan hendaklah laluan atau jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat hanya satu laluan atau jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya untuk mendapatkan Allah.  Terdapat hanya satu jalan untuk mendapatkan Allah dan tiada jalan lain selain daripada jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapatkan Allah. Ada yang mengatakan bahawa destinasi kita adalah sama, tetapi terdapat banyak cara atau jalan untuk sampai ke destinasi. Sebagai contoh; destinasi kita adalah Kuala Lumpur tetapi terdapat banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Hujah tersebut kedengaran logik tetapi sangat mengelirukan. Pertama sekali, kita tidak boleh samakan Kuala Lumpur dengan Allah dan jalan atau tarikat untuk sampai kepada Allah dengan jalan untuk sampai kepada Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah tempat di dunia dan sudah tentu, banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Sesiapa boleh sampai Kuala Lumpur samaada melalui udara, jalan raya atau keretapi. Terdapat banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Walaupun maksud tarikat adalah laluan atau jalan tetapi ini adalah tidak sama seperti Tarikat atau jalan untuk sampai kepada Allah. Allah adalah pencipta dunia dan alam semesta. Kita tidak boleh samakan jalan untuk sampai kepada Allah dengan jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Dalam usaha untuk sampai ke Kuala Lumpur kita perlukan jalan tetapi kita tidak boleh gunakan analogi yang sama untuk sampai kepada Allah. Dalam usaha untuk sampai kepada Allah kita perlu menggunakan amalan soleh. Amalan soleh adalah jalan untuk sampai kepada Allah. Allah tidak mencintai kebendaan dunia tetapi Allah mencintai amalan soleh. Dengan kebendaan dunia, kita tidak boleh mendapatkan Allah tetapi kita boleh mendapatkan Allah dengan amalan soleh. Amalan soleh yang membawa kita hampir kepada Allah adalah Tarikat untuk mendapatkan Allah. Amalan soleh yang membawa kita hampir kepada Allah merupakan IBU kepada semua amalan soleh yang melahirkan semua amalan soleh. Allah mengatakan dalam Quran yang lebih kurang maksud; Katakanlah Muhammad(maksudnya untuk memberitahu kepada semua manusia) bahawa inilah jalanku (tarikat) untuk mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh dan ini  adalah jalanku dan jalan orang-orang yang mengikutiku, Surah Yusuf; Ayat 108. Tarikat atau jalan adalah amalan soleh yang membawa kita hampir kepada Allah dan sesiapa sahaja yang mengerjakan amalan soleh akan boleh mengerjakan semua amalan soleh. Dalam ayat di atas, Allah menerangkan secara khusus bahawa jalan untuk mendapatkan Allah adalah dengan menjalankan kerja mengajak manusia kepada Allah. Kerja mengajak manusia kepada Allah iaitu IBU bagi segala amalan soleh dan dengan menjalankan kerja mengajak manusia kepada Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w maka iman kita akan meningkat. Apabila iman kita meningkat sehingga tahap yang Allah kehendaki, kita akan mampu mengerjakan semua amalan soleh.Kerja mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh adalah sama dengan kerja menunaikan hak kepada Rukun Islam pertama. Perintah pertama dari Allah adalah mengucap, Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah’, selepas mengucap kalimah mulia terdapat kewajipan hak kalimah mulia yang perlu dikerjakan.Apakah hak kepada mengucapkan kalimah mulia? Apabila seseorang mengucapkan kalimah mulia, tanggungjawab yang besar datang bersama dengan pengucapan kalimah mulia. Ini adalah sama seperti seseorang yang telah mengucapkan kalimah nikah dan terdapat tanggungjawab yang di perlukan oleh isterinya. Begitu juga, apabila ucapan dari kalimah mulia, Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah; terdapat tanggungjawab yang perlu di lakukan terhadap Allah. Menunaikan tanggungjawab ke atas Allah bermaksud untuk menunaikan hak kepada Kalimah Mulia. Hak Kalimah Mulia adalah mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran (Amar ma’ruf nahi mungkar) dan ini adalah sama seperti kerja mengajak manusia kepada Allah. Kebaikan bermaksud mengucapkan Kalimah Mulia dan tunaikan hak Kalimah Mulia dan Mungkar bermaksud tidak mengucapkan Kalimah Mulia dan tidak tunaikan hak Kalimah Mulia. Terdapat banyak pergerakan Tarikat di dalam dunia ini dan semua mereka adalah tidak membuat amal iaitu mengajak manusia kepada Allah tetapi sebaliknya membuat amal mengingati Allah atau zikir atau amal-amal yang lain. Mereka mempunyai anggapan yang salah berkenaan dengan maksud Tarikat seperti yang di nyatakan dalam Quran. Di dalam Quran, khususnya menyatakan; Katakanlah Muhammad(kepada umatmu), ini adalah Tarikatku (Jalan), untuk mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh dan ini adalah Tarikatku dan Tarikat mereka yang mengikutiku”. Allah tidak menyatakan dalam Quran bahawa Tarikat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikutnya adalah mengingati Allah(berzikir dengan menggunakan tasbih) tetapi Allah menyatakan dalam Quran bahawa Tarikat yang sepatutnya di ikuti oleh Muhammad s.a.w dan pengikutnya adalah mengajak manusia kepada Allah. Amalan mengajak manusia kepada Allah bermaksud orang bukan Islam mestilah di ajak oleh orang Islam mengucap Kalimah Mulia; “Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah” dan umat Islam yang telah mengucap Kalimah Mulia mestilah di ajak kepada menunaikan hak Kalimah Mulia. Banyak pergerakan tarikat di dalam dunia ini termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengikut Quran. Jemaah Tabligh adalah salah satu pergerakan Tarikat sesat yang mempunyai berjuta-juta pengikut di seluruh dunia. Jemaah Tabligh dapat ‘recruit’ ramai pengikut berbanding pergerakan Tarikat yang lain kerana mereka mengajak umat Islam dengan cara yang bersungguh-sungguh untuk menyertai pergerakan Tarikat mereka. Di mana-mana qariah yang Jemaah Tabligh ‘keluar’, mereka akan membentuk jemaah untuk melawat rumah orang Islam di qariah tersebut dan mengajak umat Islam untuk datang ke masjid dan mendengar ceramah mereka atau ‘bayan’. Tujuan ceramah atau ‘bayan’ adalah untuk bersungguh-sungguh mengajak umat Islam supaya duduk dalam ceramah mereka dan menyertai kumpulan Tarikat mereka dengan mengajak umat Islam untuk meluangkan masa samada, 3hari, 40hari atau 4bulan. Jemaah Tabligh berfikir, untuk mengajak umat Islam ‘keluar’ selama 3hari, 40hari atau 4bulan adalah sama seperti mengajak manusia kepada Allah sepertimana yang dinyatakan dalam Quran. Jemaah Tabligh tidak mengetahui apakah yang di maksudkan dengan “mengajak manusia kepada Allah” seperti yang dinyatakan dalam Quran. Apakah maksud “mengajak manusia kepada Allah” adalah untuk mengajak orang bukan Islam mengucapkan Kalimah Mulia manakala orang Islam pula di ingatkan tentang maksud Kalimah Mulia dan di ajak kepada menunaikan Hak Kalimah Mulia.

Syariat

Umat Islam perlu melakukan kerja mengajak manusia kepada Allah(yang mana ia adalah Tarikat Nabi Muhammad s.a.w dan sesiapa sahaja yang mengikutinya) dengan mengikut syariat atau cara Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w keluar ke setiap jalan di Mekah, ke setiap rumah dan kedai yang berada di Mekah dan mengajak mereka kepada Allah di sebalik mengumpulkan mereka di Masjid dan memberi ceramah atau bayan kepada mereka. Di sebalik mengajak manusia kepadanya, Nabi Muhammad s.a.w sendiri pergi keluar dari Masjid, jumpa semua manusia dan mengajak mereka kepada Allah. Nabi Muhammad s.a.w telah membuat kerja mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh dan meluangkan masa setiap hari untuk mengajak manusia kepada Allah. Di Mekah, Nabi Muhammad s.a.w akan meluangkan masa dari pagi sampai lewat malam untuk mengajak manusia kepada Allah. Apakah perkara yang di ajak oleh Nabi Muhammad s.a.w ? Nabi Muhammad s.a.w mengajak manusia yang berada di Mekah untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Adakah Nabi Muhammad s.a.w mengajak mereka meluangkan masa selama 3hari, 40hari dan 4bulan dan adakah Nabi Muhammad s.a.w hanya mengajak beberapa kumpulan tertentu yang ada di Mekah kepada Allah? Jawapannya tidak. Nabi Muhammad s.a.w mengajak setiap orang di Mekah kepada Allah. Tidak terlepas juga termasuk kepada Yahudi dan Kristian. Kaedah yang di gunakan untuk mengajak manusia kepada Allah adalah ummumiat dan bukan khususiat . Ummumiat bermaksud mengajak manusia dengan tanpa mengira status, bangsa, agama dan bahasa kepada Allah manakala khususiat pula adalah mengajak hanya golongan tertentu kepada Allah. Ramai Cendikiawan Islam berpendapat, dengan hanya memberi ceramah di dalam Masjid ini juga mengajak manusia kepada Allah. Walaupun mereka boleh mengatakan mengajak manusia kepada Allah dengan memberi ceramah di dalam Masjid tetapi mereka tidak mengajak manusia kepada Allah menurut syariat Nabi Muhammad s.a.w. Cendikiawan Islam yang lazimnya memberi ceramah di dalam masjid sepatutnya keluar dari masjid dan berjumpa manusia,  tanpa mengira mereka adalah orang Islam atau bukan Islam dan mengajak mereka kepada Allah. Nabi Muhammad s.a.w tidak mengajak manusia kepada Allah dengan hanya memberi ceramah di masjid seperti yang telah di lakukan oleh Jemaah Tabligh dan cendikiawan Islam tetapi Nabi Muhammad s.a.w pergi jumpa manusia, berjumpa mereka secara individu ataupun dalam keadaan berkumpulan dan mengajak manusia kepada Allah. Apakah maksud mengajak manusia kepada Allah? Ini bukanlah mengajak manusia untuk pergi ke masjid atau meluangkan masa selama 3hari, 40hari dan 4bulan tetapi mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan mengingatkan umat Islam tentang maksud Kalimah Mulia dan mengajak mereka menunaikan Hak Kalimah Mulia. Ini juga adalah syariat atau cara Nabi Muhammad s.a.w untuk mengajak manusia kepada Allah dengan akhlak yang baik, walaupun kepada mereka yang buat tidak baik. Apabila kita membuat kerja mengajak manusia(termasuk orang Islam dan bukan Islam) kepada Allah, ini bermaksud, kita telah mengikut Tarikat dari Muhammad s.a.w dan dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w. Kebanyakkan pergerakan Tarikat termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengajak semua manusia kepada Allah. Kebanyakkan kumpulan tarikat hanya bekerja ke atas umat Islam dan tujuan adalah bukan mengajak manusia kepada Allah tetapi adalah mengajak umat Islam menyertai kumpulan mereka. Mereka tidak mengajak umat Islam kepada Allah kerana mereka tidak mengingatkan umat Islam tentang maksud Kalimah Mulia dan mereka tidak mengajak umat Islam untuk menunaikan Hak kepada Kalimah Mulia. Kebanyakkan kumpulan tarikat termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengikut Tarikat Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka  mengajak umat Islam untuk menyertai kumpulan Tarikat mereka dan mereka tidak mengajak orang bukan Islam untuk mengucap Kalimah Mulia. Kebanyakkan kumpulan Tarikat termasuk Jemaah Tabligh adalah tidak mengikut Syariat Nabi Muhammad s.a.w dan hasilnya adalah iman mereka  tidak meningkat. Ini hanya apabila umat Islam melakukan Tarikat Nabi Muhammad s.a.w dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w iman mereka akan meningkat.  Apabila iman umat Islam meningkat dan mencapai tahap yang Allah kehendaki, kemudian mereka akan menjadi orang beriman. Seseorang yang di kenali sebagai orang beriman hanya apabila mereka mencapai  iman seperti yang Allah kehendaki. Semua orang Islam yang tidak mencapai tahap iman yang Allah kehendaki di kenali sebagai orang yang baru masuk Islam atau orang Islam dan bukan orang beriman. Seseorang yang beriman boleh memperolehi hakikat amal atau amalan soleh. Seseorang yang beriman adalah boleh mengerjakan segala amal yang di wajibkan atau fardu dan meninggakan segala amal yang dilarang atau haram.

Hakikat

Apakah hakikat? Hakikat bermaksud sesuatu yang realiti. Bunga plastik adalah bukan bunga yang realiti. Bunga plastik kelihatan seperti bunga sebenar tetapi bunga plastik tidak mengeluarkan bau. Bunga plastik tidak dapat mengeluarkan bau dari bunga kerana ia hanya bunga palsu. Bunga palsu boleh mempunyai nama bunga, kelihatan seperti bunga tetapi tidak mempunyai hakikat atau realiti dari bunga iaitu mengeluarkan bau. Bunga sebenar mempunyai nama bunga, rupa bunga dan hakikat bunga iaitu dapat mengeluarkan bau. Amal yang palsu atau amalan yang mempunyai nama amal, rupa amal tetapi amal tidak mempunyai hakikat amalan. Seseorang yang mengerjakan solat yang palsu,  ia seperti di lihat oleh orang lain mengerjakan solat tetapi dalam realiti, dia hanya mengerjakan solat palsu. Solat palsu tidak akan mempunyai hakikat solat. Solat tanpa hakikat tidak akan dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Seperti bunga yang tulin dapat mengeluarkan bau, bersamaan juga dengan solat iaitu mempunyai keupayaan untuk mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Apabila solat tidak dapat mencegah diri orang yang melakukan solat dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, ini bermaksud solat tersebut adalah palsu. Solat yang palsu adalah solat yang tiada hakikat. Solat yang tiada hakikat adalah solat tanpa iman yang betul. Solat tanpa iman yang betul adalah solat yang tiada keikhlasan, ikhsan dan ihtisab. Allah tidak akan suka atau redha dengan seseorang yang mempunyai amalan yang palsu. Seseorang dengan amalan palsu tidak akan memperolehi Makrifatullah atau cinta dari Allah. Hanya seseorang yang mempunyai amalan yang betul akan menjadi kekasih Allah dan hanya kekasih Allah dapat mengenali Allah atau memperolehi Makrifatullah.

Makrifatullah

Apabila tarikat dari Nabi Muhammad s.a.w di lakukan dengan Syariat Nabi Muhammad s.a.w, Allah akan memberi  kita Hakikat Iman. Dengan hakikat iman kita akan memperolehi hakikat amal. Dengan hakikat iman dan hakikat amal, kita akan memperolehi Makrifatullah atau cinta dari Allah. Seseorang yang mempunyai cinta Allah akan menjadi kekasih Allah. Kekasih Allah akan mengetahui pada setiap masa apa perintah Allah yang Allah suka dan Allah akan memberi kekasih Allah keupayaan untuk melakukan perintah Allah  dengan cara yang Allah suka. Apabila seseorang memperolehi Makrifatullah, mereka memperolehi cinta dari Allah dan apabila seseorang mempunyai cinta Allah, mereka mendapat agama yang benar dari Allah, seperti yang sering di perkatakan oleh orang melayu; Awal agama mengenal Allah atau permulaan agama apabila seseorang itu mengenali Allah.

Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

This entry was posted in Agama. Bookmark the permalink.

17 Responses to Tarikat, Syariat, Hakikat & Makrifat

  1. khairrul afif's avatar khairrul afif says:

    jamaah tablig kok sesat?sesat dimananya?ngajak sesama muslim untuk mendekatkan diri ke Allah kok sesat,bgm caranya mau ngajak non muslim kalo yg muslim aja belum bener…makanya tugasnya tabligh untuk mengajak sesama muslim untuk memperbaiki diri agar menjadi teladan bagi yg non muslim seperti halnya rosul yg menjadi rahmat dan teladan bagi seluruh alam jgn terlalu cepat menvonis sesama Islam sesat.

  2. farid's avatar farid says:

    jgn mengatakan org lain sesat jika anda tidak mahu dikatakan sesat oleh org lain… jemaah tabligh dah banyak sgt mengislamkan org kafir..apa bukti anda kata jemaah ni tak dakwah pada org kafir?
    jemaah keluar 3, 40 hari untuk belajar dakwah cara nabi.. secara tak langsung dakwah pada org islam yg jauh dari Allah kembali kepangkuan jalan dan tidak terjebak dengan dakwah kristian yg dah ramai melayu dikristiankan sebab tidak kenal Allah..bawa org lain pada Allah adakah sesat?
    jakim pun dah buat penyelidikan dan tiada fatwa yg mengatakan jemaah ini sesat.. ulama2 seluruh dunia bergabung tenaga dalam usaha ini,. setinggi mana ilmu kamu nak mengatakan mereka sesat?
    Allah lebih mengetahui siapa yg sesat dan siapa tidak..

    • kamal's avatar kamal says:

      Orang tabligh kata x wajib dakwah orang bukan Islam sebab belum bersedia lagi.habis tu dah hari kiamat baru org tabligh bersedia ke?

  3. samoga allah muliakan tuan dan beri keberkatan pada usaha yg tuan buat. kita hanya berusaha dan serah pada allah sepenuhnya's avatar samoga allah muliakan tuan dan beri keberkatan pada usaha yg tuan buat. kita hanya berusaha dan serah pada allah sepenuhnya says:

    jemaah tabligh x sesat. usaha yg di buat selama ini ialah untuk sedarkan org islam sepatutnya kita org islam kena bergerak seperti itu di depan rumah org bukan islam. tapi usaha menyeru manusia pada allah seperti itu x dibuat. kita memang bersalah. usaha atas iman x dibuat kita org islam lemah dan lesu. usaha tablight adalah untuk melahirkan org berfikir seperti dr nasuha. tablight betul dan dr nasuhah pun betul

  4. samoga allah muliakan tuan dan beri keberkatan pada usaha yg tuan buat. kita hanya berusaha dan serah pada allah sepenuhnya's avatar samoga allah muliakan tuan dan beri keberkatan pada usaha yg tuan buat. kita hanya berusaha dan serah pada allah sepenuhnya says:

    org tablight x pernah islamkan org kafir. mereka yg islamkerana allah nk mereka islam. tanpa kehendak allah siapa pun x blh buat apa2. berapa byk nabi2 yg ahli keluarga mereka x beriman. allah nk kita menyeru dn bergerak untuk allah. yg lain serah pada allah. jng cela dr nasuhah. dia sudah sampai pada maksud dn tujuan sebenar dakwah dan tabligh. kita akan sampai tahap itu jika kita sungguh2 dlm kerja2 dakwah dn tabligh.

    • gaban4's avatar gaban4 says:

      terjemahan kuntum khairuummatun ukhrijatlinnas hingga akhir ayat ini satu pun x ada kena mengena dng kita. ayat ini bukan memuji kita org islam. alquran diturunkan pada nabi menegur, tunjuk jalan , memuji sahabat. dan pujian ini hanya untuk sahabat. sahabat nabi adalah ummat dan kita adalah mamusia. untuk sampai tahap ummat pertama kita kena islam, tapi islam masih lagi manusia. kedua kita kena menyeru manusia pada allah dng sungguh2. ketiga, setelah 1 dan 2 dibuat kita berserah pada allah. allah yg buat keputusan atas kita. ummat akan berusaha keras untuk sebarkan kalimah lailahaillallah. untuk tanamkan kalimah dalam hati manusia samaada islam ataupun bukan . bila usaha dibuat dan allah terima usaha kita kita akan dapati manusia akan datang ke masjid. tapi harus diingat manusia yg datang kemasjid pun ramai yg x beriman. usaha atas mereka juga perlu di buat. wahai org islam jangan rasa bangga dng ayat ini. ayat ini bukan puji kita tapi puji sahabat. untuk kita sampai tahap itu kita kena ikuti jejaklangkah sahabat. sesiapa yang membaca pesanan ini sadar lah. bangkit lah untuk jadi satu ummat.

  5. ahmad nadzri's avatar ahmad nadzri says:

    prof kena menjelaskan secara terperinci iaitu iman,syariat,islam,tariqat,tauhid,hakikat dan barulah makrifat..tabligh bermaksud menyampaikan maka harap benar Jemaah tabligh menyampaikan dgn tertib,sidiq,amanah dan fatonah.

  6. Salam Sejati's avatar Salam Sejati says:

    Assalamu’alaikum,

    Allah s.w.t. telah menjadikan berbagai golongan manusia, ada Islam dan bukan Islam. Dalam Islam sendiri terdapat berbagai golongan, mereka itu Allah jadikan supaya saling melengkapi.

    Bahayanya apabila menjadi orang yang berilmu adalah apabila menyangka..
    “Aku lebih baik, aku lebih Islam, aku lebih benar”….(contoh.)

    Semudah itu mengatakan sesat pada seseorang atau pada sesuatu golongan.

    Kerana itu dalam Islam ada muzakarah, antara golongan cerdik pandai, supaya ilmu pengetahuan itu berkembang, memberi pendapat adalah bagus, tapi apabila masuk bab menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya tu yang tak bagus.

    Setiap manusia Islam ada kelebihan dan kekurangan, begitu juga jemaah-jemaah Islam atau jemaah-jemaah Tareqat, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing, kerana mereka dipimpin oleh manusia, bukannya Nabi.

    Sebelum fatwa hukum itu kembali kepada diri, marilah kita bersama-sama memohon taubat kepada Allah s.w.t., agar kita kembali ke landasan yang benar dan diberi petunjuk, aamiin.

  7. Murdan Benny's avatar Murdan Benny says:

    Salam…

    I am a sdarian too but very much your senior. And good to hear a lot of sdarians make it good in life. I happened to glimpse a visit from you to my humble blog, “wafat abadi”.

    I hope we could engage in e-mail correspondences about Islam and about my blog (and yours too).

    Thank you

    Terima kasih ya Allah

    Murdan

  8. Semoga al-Quran ditafsir mengikut pimpinan ulama dan bukan menggunakan akal sendiri tanpa mempelajari lima jurusan ilmu (badi’, isytiqaq, balaghah, bahasa arab, nahu, sorof,..bla3). Barangsiapa yang menafsirkan ayat al-Quran menggunakan akal sendiri, dia telah melakukan kesalahan sekalipun pendapat itu betul. Tafsiran perlu mengikut apa yang ditafsir ulama dan perlu pemahaman, belajar secara bertalaqqi, berguru dengan guru yang bersanad.Mafhum kata Imam Syafei, belajar tanpa guru sama seperti belajar dengan syaitan. Analoginya mudah, tidak mungkin seseorang itu boleh merawat orang yang berpenyakit mata hanya berpandukan buku.

    Syeikh Nuruddin al-Banjari (ulama indonesia) yg mendapat julukan al-azharuthani (al-azha kedua) pernah berkata: “Jangan memperlekehkan dua golongan ini: golongan ulama dan jemaah tabligh”. Mengapa? Jahilkah beliau ketika mengotarakan kata-kata ini? Baba Ismail (ulama thailand) juga telah turut sama dalam usaha ini semenjak tahun 2009. Beliau, telah mensyarahkan puluhan kitab hadis. Sebelumnya, beliau juga menentang usaha ini sebagai sesat, namun, setelah melakukan kajian, mengapa beliau turut menyertai usaha ini? Adakah beliau telah disesatkan syaitan? Tambahan pula, Qari terkenal dari mekah Syeikh Sudais juga telah turut serta dalam usaha ini. (Pernah prof membaca kisah ketika beliau mentakwikn mimpi seorang muridnya? -Mimpi melihat orang berbogel mengeliligi kaabah-) Apakah mereka buta, tidak dapat melihat kesesatan yang didakwa Profesor? Malah, Habib Umar (ulama ahlul bait) juga menyokong usaha ini. Ayahnya, Habib Muhammad Salim juga melakukan usaha ini bersama Maulana Yusuf suatu ketika dulu (Terlibat sama dalam menulis kitab Hayatus Sahabah).

    Permintaan saya, sila nyatakan dalil daripada mana-mana tokoh jemaah tabligh (sama ada Maulana Saad/Maulana Ilyas/Maulana Yusuf/Maulana Umar/Maulana Zubir/Maulana Syaukat/ Maulana Tariq Jamil) yang pernah berkata atau berfatwa, ‘Dakwah kepada orang bukan Islam itu tidak wajib’. Setahu saya, kesemua mereka mengatakan dakwah ini wajib (khulasahnya, secara umum, dakwah kepada semua orang tidak kira mereka Islam atau tidak, semua wajib). Malah, mereka mengatakan, dakwah bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri agar sentiasa kekal dalam hidayah (Maulana Saad) dan bukannya untuk mengubah orang lain kerana kita, manusia, walau hebat macam mana sekalipun, tetap tidak mampu memberi hidayah kepada manusia. Bapa saudara nabi sendiri mati di dalam kafir. Nabi, bukankah baginda merupakan manusia paling hebat (bertaqwa)?

    Ulama adalah pewaris nabi. Apa-apapun, setiap apa yang dibuat, apapun usaha hendaklah mengikut apa yang telah dimusyawarahkan ulama dan pastinya, keputusan itu bukanlah mengikut nafsu, malah mengikut keperluan ummah semasa. Tertib perlu diikuti walaupun kita sudah mampu bergerak sendiri.

    Setiap kata-kata akan ditanya apa tujuan kata-kata itu dilontarkan. (Mafhum hadis yang telah membuatkan Saidina Umar menangis.) Akhir kata, saya petik kata-kata Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya rah:

    “Tidak lama lagi, akan tiba masanya. Apabila tersingkap debu-debu, kamu akan nampak sama ada kamu menunggang kuda atau keldai.”

    Wallahualam.
    Manusia tiada kuasa untuk memberikan hidayah. Hidayah itu milik Allah.

    Saya yang mencari kebenaran.

  9. masturah's avatar masturah says:

    bukankah dahulu tuan juga keluar ikut buat usaha tobligh… n… ya ALLAH.. bukakablah hati ameersab kami ini buat usaha lagi..amin

  10. Mohd hussef soffry's avatar Mohd hussef soffry says:

    Apa la korang ni..sikit2 nk kritik2 org…tarikat ni jalan mengenal diri,mengenal tuhan tu je…sape yg banyak mengamal…power la makrifat dia..sebab tu ada pangkat,insan,keramat,anbia,wali,…tarikat ni sebenarnya,jalan mendidik hati kite dan menjaga iman kite…sikit2 nk keritik je..hidup kite kena mencari ilmu kalau duk depan kumputer jaaa..jiwe noon la…so jadi la insan yang suci…

  11. Mohd hussef soffry's avatar Mohd hussef soffry says:

    Kalau abang2 pakcik2 tak nak sakit kepala senang je, saya bagi tip’s…
    Belajar tarikat,dalam tarikat tu akan terjawab ape itu syariat,hakikat,makrifat,tarikat..
    Kalau betul nk belajar email je saya insyaallah saya tolong..
    Amalannya banyak sangat,tapi kite kena cari dari akar umbi,kejadian kite sifat2..
    Selagi kite di panggil manusia,selagi tu kite same je macam binatang…k?
    Saya bagi contoh: makkah tu syariat bagi kite…tapi hakikatnya..di mano? dalam diri kite sebenarnya.
    Sebab tu kite sebaik2 kejadian…semua teserah kt diri kite di dunia ni,nak jadi aeron aziz ke,rambo ke…
    Kite ni semua tak ada ape pun semua allah punya,yang istimewanya kite boleh pilih nak belakon jadi ape…tapi yang seeloknya jadi la diri sendiri…jaga iman yang tuhan larang jangan buat leyyy…lol saya pun tak lah pandai banyak sgt sekolah sampai darjah 6 je..apa yang saya tahu dan belajar saya kongsi saya ni pun budak2 lagi…di turunkan ilmu ni oleh ayah saya sendiri dan guru2 yang pandai..

  12. Hamba Allah's avatar Hamba Allah says:

    Saya sanjung dr Nasoha kerana pernah terlibat dalam Jemaah Tabligh satu ketika dulu, saya pun pernah terlibat juga tapi sekarang tidak lagi kerana sibuk dengan hal dunia dan saya menyalahkan diri saya kerana satu ketika dulu saya rasa dekat dengan Allah asbab dengan usaha ini, saya pun tak berani tuduh mereka sesat kerana tanpa usaha ini saya pun tak kenal Allah dan Sunnah, tapi janagan kerana tuan x dapat kedudukan yang tertentu tuan keluar dari usaha ini dan menghentam usaha ini sebagai sesat, kerana kita bukan mudah untuk menghukum hanya Allah jua. Bertaubatlah kerana takut usaha kita yang lampau menjadi sia-sia dan saya berdoa sesama kita semoga Allah ampunkan dosa saya dan tuan kerana x dpt laksanakan hak kalimah yang dituntut oleh agama kita sendiri disebabkan beberapa ujian yang kita sendiri x mampu tempuhi, maafkan saya jika komen saya ada menyinggung tuan, saya mengingatkan terlebih lagi untuk diri saya sendiri kerana dari hari ke hari manusia dekat dengan Neraka Allah kita sesama sendiri sibuk berbalah.

  13. heri's avatar heri says:

    makrifat : mengenal Alloh/ menjadi saksi ( menyaksikan dzat Nya / mikradt dulu..baru bersahadat. jadi sahadat benar )

Leave a comment