Syaitan adalah musuh kita yang sebenar. Allah memberitahu kita bahawa Syaitan adalah musuh kita. Manusia bukan musuh kita. Manusia hanya akan menjadi musuh kita apabila manusia di kuasai oleh Iblis dan syaitan. Bagaimana Iblis dan syaitan menjadi musuh kita? Apakah matlamat kerja Iblis dan syaitan? Iblis dan syaitan hanya mempunyai satu matlamat untuk di capai. Matlamat Iblis dan syaitan adalah untuk membawa seluruh manusia ke api neraka. Apabila manusia memasuki neraka dan terhindar dari syurga, manusia telah pun gagal. Iblis dan syaitan mahu semua manusia menemui kegagalan. Semua manusia akan masuk neraka apabila manusia membuat mungkar dan tidak bertaubat sebelum mereka mati. Apakah yang di maksudkan kemungkaran? Kemungkaran sebenar adalah; manusia tidak mahu mengaku hanya Allah tuhan dan Muhammad sebagai pesuruh Allah; apabila manusia menerima Kalimah Mulia mengingkari perintah Allah; dan apabila manusia yang menerima Kalimah Mulia tetapi mentaati perintah Allah bukan dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanakan Iblis dan syaitan memusnahkan manusia? Syaitan dan Iblis memusnahkan manusia dengan melibatkan manusia dengan maksiat. Sesiapa sahaja yang menghasut manusia untuk melakukan maksiat adalah menjalankan kerja syaitan.
Kini terdapat lebih kurang 7 bilion manusia di dunia ini. Terdapat 1 bilion manusia yang telah mengucapkan Kalimah Mulia. Terdapat 6 bilion masih belum mengucap Kalimah Mulia. Sekiranya 6 bilion manusia yang belum mengucapkan Kalimah Mulia dan mati tanpa mengucapkan Kalimah Mulia maka mereka akan di masukkan ke dalam api neraka. Saya fikir, terdapat lebih dari tiga per empat daripada satu bilion orang Islam yang telah mengucapkan Kalimah Mulia telah ingkar hampir seluruh perintah Allah. Sekiranya mereka mati tanpa bertaubat mereka juga akan memasuki api neraka. Saya fikir, kurang daripada satu perempat daripada satu bilion mentaati perintah Allah. Malangnya mereka mentaati perintah Allah tidak mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. Jika mereka mati tanpa bertaubat mereka juga akan memasuki api neraka. Saya fikir hanya peratus yang kecil sahaja orang Islam yang mentaati perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w dan jika mereka belum menjadi beriman sebelum mereka mati mereka akan pergi secara terus ke dalam syurga. Orang Islam dalam golongan ini yang mati sebelum mereka menjadi beriman, Allah dengan rahmat-Nya akan menjadikan mereka beriman selepas mereka mati dan mereka akan terus memasuki syurga. Iblis dan syaitan tidak akan membiarkan seseorang untuk memasuki syurga dan Iblis dan dan syaitan sedang bekerja keras untuk mengajak seluruh manusia ke dalam api neraka.
Iblis adalah musuh yang sebenar dan Iblis sedang bekerja keras untuk menghancurkan manusia. Syaitan dan Iblis dapat menghancurkan manusia apabila mereka dapat membawa manusia ke dalam neraka. Syaitan dan Iblis benar-benar bekerja keras untuk memusnahkan manusia. Iblis tidak menghancurkan manusia dengan menggunakan bom atom atau peluru berpandu. Iblis menghancurkan manusia dengan mengajak manusia melakukan kemungkaran. Apakah yang manusia lakukan untuk melindungi diri mereka dari di musnahkan oleh Iblis dan syaitan? Ramai manusia tidak mengetahui siapa sebenarnya musuh mereka. Allah memberitahu kita bahawa musuh sebenar kita adalah syaitan. Oleh kerana manusia tidak mengetahui bahawa musuh yang sebenar adalah syaitan, di sebalik dari melindungi diri di serang syaitan, ramai manusia menjadi kawan syaitan. Di sebabkan ramai manusia tidak menggunakan senjata untuk melindungi diri mereka dari syaitan maka ramai manusia dihancurkan oleh syaitan. Apakah senjata untuk melindungi manusia dari di serang oleh syaitan? Senjata yang dapat di gunakan oleh manusia untuk menghancurkan syaitan adalah mengajak seluruh manusia untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan mengajak mereka yang telah mengucapkan Kalimah Mulia untuk melakukan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran dan membuat istighfar dan taubah. Umat Islam tidak menggunakan dua senjata ini yang mana dapat memusnahkan Iblis dan syaitan. Malah Iblis bekerja keras untuk menghalang umat Islam daripada menggunakan senjata yang dapat memusnahkan Iblis dan syaitan. Umat Islam tidak menggunakan senjata untuk menghancurkan Iblis dan syaitan. Iblis dan syaitan menggunakan senjata untuk memusnahkan manusia. Kita sebenarnya sedang berperang melawan Iblis dan syaitan tetapi kita tidak menggunakan senjata untuk mengalahkan musuh kita. Sebaliknya Iblis dan syaitan menggunakan senjata mereka hampir 24 jam setiap hari untuk memusnahkan manusia.
Azazil adalah jin yang Islam. Beliau sentiasa mengerjakan solat dan zikir kepada Allah. Azazil merupakan cendikiawan Islam dan guru kepada semua malaikat. Azazil merupakan jin yang sangat bangga. Dia menjadi sangat bangga kerana dia merupakan cendikiawan Islam yang juga mengajar kepada semua malaikat. Azazil menganggap dirinya sebagai mahkluk yang terbaik bagi semesta alam. Azazil tidak alim dan juga bukan beriman. Disebabkan Azazil tidak alim dan bukan beriman dia dengan mudah tertipu oleh nafsunya. Nafsu seorang yang alim dan beriman adalah hanya untuk mendapat cinta Allah. Seorang alim tidak mudah tertipu oleh keinginan nafsu yang salah dan syaitan. Nafsu Azazil bukan untuk mendapat cinta Allah tetapi untuk menjadi Khalifah. Azazil telah mengerjakan ibadah dengan niat untuk menjadi Khalifah dan bukan dengan niat untuk sukakan Allah. Azazil mempunyai keinginan untuk menjadi seseorang yang berkuasa dan berkedudukan tetapi bukan berkeinginan untuk mendapat cinta Allah. Semua ibadah dari Iblis tidak di terima oleh Allah kerana Iblis telah mempersekutukan Allah dengan selain dari Allah. Azazil telah ditipu oleh keinginan nafsu yang salah. Semua manusia perlu tahu bahawa keinginan nafsu yang salah adalah musuh yang paling utama. Azazil menjadi Iblis kerana dia telah di tipu oleh dengan nafsunya sendiri. Apabila setiap sahaja samaada manusia atau jin mengikut keinginan yang salah dia akan menjadi syaitan dan Iblis.
Azazil tahu bahawa Allah mahu mencipta cipataan baru iaitu Adam. Azazil tahu bahawa Allah mahu menjadikan Adam sebagai Khalifah. Azazil tidak menyukai idea untuk menjadikan Adam sebagai Khalifah Allah kerana dia sendiri mahu menjadi Khalifah. Azazil merayu kepada malaikat untuk memujuk Allah supaya tidak mencipta Adam. Apabila malaikat meminta Allah agar tidak mencipta Adam, Allah memberitahu malaikat bahawa Dia lebih mengetahui apa yang malaikat tidak tahu. Setelah Allah memilih Adam menjadi Khalifah, Azazil menjadi sangat marah dan kecewa terhadap Allah. Allah mengetahui bahawa Azazil ingin menjadi Khalifah dan kerana itu Azazil tidak di pilih untuk menjadi Khalifah. Allah mengetahui Azazil ada kibir dan riak dalam hatinya. Allah cinta Azazil seperti Dia cinta semua ciptaannya. Allah mahu membuang penyakit riak dan kibir dalam hati Azazil. Untuk membuang riak dan kibir dalam hati Azazil maka Allah perintahkan Azazil untuk sujud kepada Adam. Semua malaikat melainkan Azazil tidak sujud kepada Adam. Apabila Azazil tidak sujud kepada Adam, kibir dan riak dalam hati Azazil tidak di buang oleh Allah. Azazil telah di laknat oleh Allah dan menjadi syaitan. Apabila Azazil menjadi syaitan namanya adalah Iblis. Azazil ingkar perintah Allah dan tidak bersedia untuk bertaubah dan Istighfar kerana dia bukan beriman atau alim. Beriman dan alim juga ingkar perintah Allah tetapi apabila teringat tentang amalan yang melanggar perintah Allah maka mereka dengan cepat bertaubah dan beristighfar. Cendikiawan Islam secara mudah di tipu oleh nafsunya atau dengan syaitan dan Iblis, hakikatnya mereka bukan ulama atau alim tetapi hanya ahli kitab. Pada masa kini umat Islam memanggil ahi kitab sebagai ulama atau alim. Iblis dan syaitan sedang menggunakan ahli kitab untuk menyesatkan umat Islam dari jalan yang benar. Semua ulama dan alim adalah beriman dan semua beriman adalah alim dan ulama. Mereka dipelihara oleh Allah. Ulama atau alim tidak mudah di tipu samaada dengan nafsunya atau Iblis dan syaitan.
Allah bertanya kepada Iblis apakah alasan dia mengingkari. Iblis menjawab bahawa dia mengingkari perintah Allah untuk sujud kepada Adam kerana dia lebih hebat dari Adam. Dia memberitahu Allah bahawa dia lebih hebat dari Adam kerana dia diciptakan daripada api manakala Adam dari tanah liat kering yang mana tidak mempunyai rasa dan warna. Kesemua alasan Azazil untuk tidak mentaati perintah Allah adalah tidak di terima oleh Allah. Kita boleh membuat kesimpulan daripada alasan yang di berikan oleh Azazil dan tindakan yang di lakukan oleh Azazil(tidak sujud kepada Adam) bahawa Azazil mempunyai penyakit riak dan kibir. Terdapat ramai manusia dan jin yang juga ingkar perintah Allah tetapi bukan kerana kibir atau riak. Azazil mengingkari perintah Allah kerana dia berfikir dan percaya bahawa dia lebih hebat dari Adam. Beberapa ahli Jemaah Tabligh membuat kesimpulan bahawa Dr. Nasoha mempunyai riak dan kibir kerana Dr. Nasoha menunjukkan kepada orang lain di dalam Facebook dan Youtube bahawa Dr. Nasoha mengajak orang bukan Islam mengucap dua kalimah syahadah dan berjumpa orang Islam untuk mengingatkan tentang maksud Kalimah Mulia dan mengajak orang Islam untuk menjalankan kerja menunaikan hak Kalimah Mulia. Beberapa ahli Jemaah Tabligh juga menganggap Dr. Nasoha mempunyai riak dan kibir kerana Dr. Nasoha tidak mentaati keputusan dari ‘elders’ di Nizammudin.
Apakah keputusan ‘elders’ mereka? ‘Elders’ mereka membuat keputusan bahawa jika Dr. Nasoha mahu memberi ceramah kepada ahli Jemaah Tabligh di Malaysia dan menjadi syurah Jemaah Tabligh yang boleh membuat sebarang keputusan semasa mesyuarat dari Jemaah Tabligh Malaysia, Dr. Nasoha hendaklah tidak membuat kerja mengajak orang bukan Islam kepada Islam. Saya memutuskan untuk tidak taat keputusan dari ‘elders’ mereka kerana saya mahu sentiasa dengan kerja mengajak orang bukan Islam kepada Islam. Ramai dalam Jemaah Tabligh percaya saya mempunyai riak dan kibir dan kerana itu saya tidak taat keputusan ‘elders’ mereka. Ramai dalam Jemaah Tabligh berfikir bahawa saya mempunyai riak dan kibir kerana semasa saya berada dalam jemaah mereka saya di gunakan untuk memegang status syurah selama bertahun-tahun lamanya. Pada tahun 1980 saya telah di lantik menjadi syurah untuk Kuala Lumpur. Pada masa itu saya hanya berumur 25 tahun dan masih belum berkahwin. Pada tahun 1994, Saya masih menjadi salah satu syurah Malaysia, semasa saya dalam Jemaah mereka saya sering memberi ceramah atau bayan dalam kebanyakkan ijtimak mereka. Dalam jemaah tabligh saya sentiasa mendapat perhatian dan sangat popular. Oleh kerana sentiasa popular dan mendapat perhatian ramai, ramai ahli Jemaah Tabligh di Malaysia, terutamanya ustad atau yang di sebut sebagai ulama, sebahagian dari Syurah Malaysia dan ramai orang-orang yang dah lama dalam usaha tabligh menjadi terlalu cemburu disebabkan populariti saya. Pada satu masa, salah seorang dari imam masjid Sri Petaling iaitu Ustaz Hamid datang kepada saya semasa saya sedang memberi ceramah atau bayan di dalam Masjid Sri Petaling dan menyuruh saya untuk mengucap dua Kalimah Syahadah. Saya telah di arahkan oleh beliau untuk mengucap Kalimah Mulia di hadapan orang ramai yang lebih kurang 1000 orang. Menurut beliau, dalam ceramah atau bayan saya telah mengatakan sesuatu yang telah menghina Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan menurut beliau saya telah menjadi bukan Islam. Beliau mahu saya mengucap Kalimah Mulia dan saya akan menjadi Islam semula. Segala puji bagi Allah, saya telah mengucapkan Kalimah Mulia dengan niat untuk sukakan Allah.
Ramai dalam Jemaah Tabligh sangat cemburu dengan populariti saya dan apabila mereka mendapati terdapat percanggahan dalam tertib kerja yang telah saya lakukan mereka akan segera melaporkan kepada ‘elders’ mereka. Mereka berharap dengan tindakan sedemikian, mereka akan dapat menjatuhkan kedudukan saya di mata ‘elders’ mereka. Walaubagaimanapun semua kerja untuk menjatuhkan saya telah gagal dan saya masih popular terhadap ‘elders’ mereka. Sebahagian dari ‘elders’ mereka telah menganggap saya sinonim dengan Malaysia. ‘Elders’ mereka selalu mengatakan kepada ahli Jemaah Tabligh bahawa Dr. Nasoha adalah Malaysia dan Malaysia adalah Dr. Nasoha. Apabila saya tidak taat kepada ‘elders’ ramai yang menuduh saya mempunyai riak dan kibir dan ramai juga menyebut saya Iblis dan syaitan. Mereka memanggil saya Iblis dan syaitan kerana pada mereka, saya tidak taat kepada Allah apabila saya tidak taat kepada ‘elders’ mereka. Ahli Jemaah Tabligh menganggap tidak taat kepada ‘elders’ adalah sama seperti tidak taat kepada perintah Allah. Dalam maksud yang lain, mereka menganggap ‘elders’ mereka adalah sama kedudukan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jemaah Tabligh mahu semua orang dalam Jemaah Tabligh mentaati ‘elders’ mereka secara membuta tuli seperti umat Islam mentaati perintah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w secara membuta tuli.
Jemaah Tabligh menganggap saya sama seperti Iblis dan mempunyai riak dan kibir. Pada pendapat saya apa yang mereka fikirkan tentang saya adalah salah. Pertama sekali, saya mentaati perintah Allah iaitu mengajak orang bukan Islam mengucap Kalimah Mulia sebaliknya Iblis mengingkari perintah Allah. Saya tidak fikir mana-mana dari ahli Jemaah Tabligh akan sanggup mengatakan kepada saya bahawa kerja mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia adalah bukan perintah Allah. ‘Elders’ mereka tidak membenarkan mereka untuk mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia kerana menurut ‘elders’ mereka, pada masa kini umat Islam belum bersedia untuk menjalankan kerja mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Walaupun saya tidak mentaati perintah ‘elders’ mereka tetapi hakikatnya saya mentaati perintah Allah. Apabila saya taat perintah Allah ini bermaksud saya tidak di tipu oleh Iblis dan syaitan. Ini juga bermaksud saya beriman dan saya ikhlas dalam keputusan untuk menjalankan kerja Nabi Muhammad s.a.w. Hakikatnya, Iblis dan syaitan telah menggunakan Maulana Saad dan ‘elders’ mereka di Nizammudin untuk menipu saya agar mengingkari perintah Allah. Segala puji bagi Allah yang telah memelihara saya dari di tipu oleh Iblis dan syaitan. Peristiwa ini menunjukkan bahawa saya adalah seorang beriman, saya tiada riak dan kibir dan saya di pelihara oleh Allah dari Iblis dan syaitan.
Setiap orang beriman tiada riak atau kibir di dalam hatinya kerana dosa riak atau kibir adalah sama seperti dosa syirik. Umat Islam yang telah menjadi beriman tiada syirik di dalam hatinya. Umat Islam yang belum menjadi beriman boleh mempunyai kibir dan riak di dalam hatinya. Umat Islam yang belum menjadi beriman adalah juga dengan mudah di tipu oleh Iblis dan syaitan. Umat Islam yang di tipu oleh Iblis akan melanggar perintah Allah. Apabila umat Islam mentaati perintah Allah ini bermaksud mereka tidak di tipu oleh Iblis dan syaitan. Allah menjadikan Iblis dan syaitan sebagai kawan atau penasihat kepada umat Islam yang mempunyai syirik di dalam hatinya. Keduanya, saya tidak memberi alasan mengapa saya tidak taat kerana seperti Iblis mengatakan kepada Adam saya adalah lebih baik dari ‘elders’ mereka. Saya tidak taat kepada ‘elders’ mereka kerana perintah ‘elders’ adalah bercanggah dengan perintah Allah. Jemaah Tabligh juga berfikir saya mempunyai riak dan kibir kerana saya membenarkan video saya mengajak manusia kepada Allah di tayangkan di dalam facebook dan Youtube. Mereka sepatutnya mengetahui alasan saya mengapa membenarkan video di tayangkan di Facebook atau Youtube. Ini akan membolehkan semua orang Islam di seluruh dunia untuk belajar kerja mengajak orang bukan Islam kepada Kalimah Mulia dan belajar menjalankan kerja mengingatkan umat Islam tentang maksud Kalimah Mulia dan mengingatkan umat Islam untuk menjalankan kerja menunaikan Hak kepada Kalimah Mulia.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda dengan maksud yang lebih kurang; ingatlah Allah dengan banyaknya (taat perintah Allah) sehingga munafiq akan mengatakan kamu ahli riak. Saya berfikir sebagaimana hadis, ahli dalam Jemaah Tabligh yang mengatakan saya adalah ahli riak adalah munafiq. Munafiq adalah orang bukan Islam yang kelihatan seperi Islam tetapi di mata Allah, mereka adalah kafir. Iblis dan syaitan menipu jemaah tabligh dengan hanya menggunakan kaedah menulis buku dan memberi ceramah di dalam masjid untuk menyebarkan agama Islam. ‘Elders’ mereka tidak percaya dengan menggunakan komputer dan internet sebagai alat tambahan untuk menyebarkan Islam. Apakah asas bagi ‘elders’ mereka untuk tidak membenarkan ahli Jemaah Tabligh untuk menggunakan Internet sebagai menyebarkan ayat Allah? Adakah terdapat sebarang ayat dalam Quran atau Hadis yang melarang umat Islam dari menggunakan Internet? Mengapakah ‘elders’ mereka melarang pengikutnya daripada menggunakan internet apabila Allah dan Nabi Muhammad s.a.w tidak melarang umat Islam daripada menggunakan Internet untuk menyebarkan ayat Allah? Allah telah menggunakan Iblis untuk menjadi penasihat kepada ‘elders’ Jemaah Tabligh kerana ‘elders’ mereka mempunyai syirik di dalam hatinya.
Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

Tiada sesiapa pun yg boleh beri taufiq dan hidayah kepada kita untuk mentaati segala perintah Allah kecuali Allah sahaja.