Allah telah menciptakan kita dan kerana itu Dia mahu kita mencintai Dia. Allah memberi kita banyak perintah untuk di ikuti dengan niat hanya untuk sukakan Allah sehingga Allah suka. Alllah perintah kita untuk mencintai Allah, mencintai mereka yang di cintai oleh Allah dan mencintai semua makhluk yang telah di cipta oleh Allah. Allah tidak pernah memerintahkan kepada kita untuk membenci sesiapa, mana-mana bangsa dan sebarang agama. Siapakah manusia yang telah di cintai oleh Allah? Manusia yang telah di cintai oleh Allah adalah mereka yang mentaati segala perintah Allah dengan niat hanya untuk sukakan Allah sehingga Allah suka. Bagaimanakah untuk kita mengetahui seseorang itu telah di cintai oleh Allah? Seseorang yang telah di cintai oleh Allah adalah mereka yang memperolehi sifat tawaduk atau merendah diri. Allah Maha Hebat. Tiada yang hebat melainkan Allah. Seseorang yang merasa diri bahawa dia hebat adalah seseorang yang jauh daripada Allah dan tidak di cintai oleh Allah. Seseorang yang mempunyai sifat merendah diri atau tawaduk akan memperolehi perangai atau kelakuan yang amat baik. Seseorang yang daripadanya datang kebaikan kepada orang lain adalah seorang yang sangat baik. Seseorang yang sentiasa membuat kebaikan kepada orang lain, walaupun kepada orang yang membuat buruk kepadanya adalah seorang yang sangat baik. Baik dan buruk datang dari Allah. Allah memberikan rahmat-Nya kepada seluruh manusia melalui seseorang yang Allah telah pilih sebagai maksud untuk menyebarkan kebaikan daripada Allah kepada seluruh manusia. Seseorang yang telah di pilih oleh Allah untuk maksud menyebarkan rahmat-Nya kepada seluruh manusia di kenali sebagai nabi. Nabi Muhammad s.a.w adalah salah satu daripada manusia yang telah di pilih oleh Allah untuk menjadi maksud bagi Allah menyebarkan Rahmat-Nya kepada seluruh manusia dan semua makhluk ciptaan Allah. Allah ada menyatakan di dalam Quran dengan maksud yang lebih kurang; Kami tidak menghantar kamu wahai Muhamamad melainkan sebagai rahmat seluruh manusia. Apakah yang di maksudkan dengan perkataan rahmat seluruh manusia? Rahmat untuk seluruh manusia adalah cara hidup yang betul daripada Nabi Muhammad s.a.w yang mana apabila di amalkan oleh seluruh manusia maka manusia akan memperolehi kehidupan yang penuh rahmat iaitu kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Kebaikan dan keburukan datang dari Allah. Tiada sesiapa yang boleh memberi kebaikan dan keburukan melainkan Allah. Allah tidak pernah membuat sebarang amalan buruk. Baik dan buruk datang dari Allah. Allah memberi kebaikan kepada manusia yang mempunyai amalan baik dan Allah memberikan keburukan kepada manusia apabila manusia membuat amalan buruk. Peperangan yang wujud di kalangan manusia adalah keburukan dan keburukan datang dari Allah. Peperangan dan kedamaian datang dari Allah. Allah yang Maha Esa memberikan kedamaian kepada manusia dan Allah yang Maha Esa memberikan peperangan kepada manusia. Allah yang Maha Esa yang memberikan kebaikan dan Allah yang Maha Esa memberikan keburukan kepada manusia. Apakah yang manusia perlu lakukan untuk membuatkan Allah memberi kebaikan kepada manusia? Manusia perlu membuat amalan baik kemudian Allah akan memberikan kebaikan kepada manusia. Amalan baik adalah bermaksud daripadanya Allah akan memberikan kebaikan kepada manusia dan amalan buruk adalah bermaksud daripadanya Allah akan memberikan keburukan kepada manusia. Allah yang Maha Esa memberikan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Allah membuat keputusan untuk memberikan kebaikan dan keburukan kepada manusia mengikut amalan manusia. Manusia diberi pilihan samaada untuk membuat kebaikan atau keburukan. Apabila manusia memilih untuk membuat kebaikan maka Allah akan memberi keizinan untuk membuat kebaikan.
Sekiranya manusa memilih untuk mencintai sesama manusia maka Allah akan memberikan manusia keizinan untuk mencintai sesame manusia. Apabila manusia memilih untuk membenci sesama manusia maka Allah memberi keizinan untuk membenci sesama manusia. Allah memerintahkan manusia untuk mencintai Allah, mencintai mereka yang di cintai Allah dan mencintai semua makhluk yang di cipta Allah. Allah tidak pernah memerintahkan manusia membenci Allah atau membenci seseorang yang Allah cinta dan membenci makhluk ciptaan Allah. Allah tidak memerintahkan manusia membenci amalan buruk dan membenci orang yang membuat keburukan. Allah memerintahkan kita untuk mencintai walaupun kepada mereka yang membuat keburukan. Apakah maksud mencintai mereka yang membuat keburukan? Ini bermaksud mencegah mereka yang membuat keburukan daripada melakukan keburukan dengan mengajak mereka yang melakukan keburukan untuk melakukan kebaikan. Apabila umat Islam melakukan kebaikan maka umat Islam tidak sepatutnya melakukan kebaikan kerana umat Islam suka melakukan kebaikan tetapi kerana ini adalah perintah Allah dan hanya untuk sukakan Allah. Allah memerintahkan umat Islam agar tidak melakukan amalan buruk. Umat Islam hendaklah mengelakkan daripada membuat amalan buruk bukan kerana umat Islam membenci amalan buruk tetapi kerana ini adalah perintah Allah dan hanya untuk sukakan Allah. Allah perintah umat Islam untuk mencintai Allah, mencintai orang yang Allah cinta dan mencintai makhluk ciptaan Allah. Kebencian adalah bukan kualiti Allah dan sepatutnya tidak menjadi kualiti mereka yang mahu Allah cinta. Apabila umat Islam membenci ciptaan Allah dan ini adalah bukan merupakan kualiti mereka yang mahu menjadi kekasih Allah. Apabila umat Islam membenci ciptaan Allah maka umat Islam telah melanggar perintah Allah. Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah mahu manusia mempunyai kualiti iaitu pengasih dan penyayang. Apabila umat Islam mengasihi dan menyayangi terhadap ciptaan Allah maka sebenarnya umat Islam telah pun mentaati perintah Allah.
Seseorang akan boleh untuk mencintai semua ciptaan Allah dan mencintai mereka yang Allah cinta hanya apabila dalam hati ada mencintai Allah. Apabila tiada mencintai Allah di dalam hati adalah sangat mustahil untuk seseorang mencintai segala ciptaan Allah dan mencintai mereka yang menjadi kekasih Allah. Bagaimana manusia boleh mencintai Allah sedangkan manusia tidak dapat melihat Allah. Walaupun manusia tidak dapat melihat Allah tetapi manusia boleh melihat ciptaan Allah. Manusia juga dapat melihat baik dan buruk yang datang dari ciptaan Allah. Dalam usaha untuk manusia mencintai Allah yang ghaib, manusia perlu percaya bahawa semua ciptaan yang dapat di lihat oleh manusia adalah di cipta oleh Allah. Dalam usaha untuk manusia mencintai Allah yang ghaib maka manusia hendaklah percaya bahawa baik dan buruk yang datang dari ciptaan Allah adalah sebenarnya datang dari Allah. Bagaimanakah boleh kepercayaan sebegini muncul ke dalam hati dan fikiran manusia? Dalam usaha untuk kepercayaan sebegini muncul dalam hati dan fikiran manusia maka perkara pertama yang manusia perlu lakukan adalah mengucapkan Kalimah Mulia. Apakah Kalimah Mulia? Kalimah Mulia adalah, “Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah”.
Apabila seseorang telah mengucapkan Kalimah Mulia maka seseorang hendaklah menjalankan kerja yang mana akan membuatkan Kalimah Mulia masuk ke dalam hati. Apakah kerja yang perlu di lakukan? Kerjanya adalah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. Apakah yang di maksudkan dengan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran? Orang bukan Islam hendaklah di ajak untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan orang Islam hendaklah di ingatkan tentang maksud Kalimah Mulia dan di ajak untuk menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran dan di ajak untuk menjaga solat lima waktu setiap hari. Apabila seseorang sentiasa bercakap dan mendengar tentang maksud Kalimah Mulia secara berulang kali dengan niat hanya nak sukakan Allah sehingga Allah suka maka Allah akan masukkan Kalimah Mulia dan cinta Allah ke dalam hati. Apabila Kalimah Mulia dan cinta Allah ada di dalam hati seseorang maka seseorang itu akan boleh mencintai Allah, mencintai kekasih Allah dan mencintai semua makhluk ciptaan Allah.
Allah perintahkan umat Islam hanya menyampaikan Kalimah Mulia kepada bukan Islam dan bukan untuk meyakinkan orang bukan Islam agar mengucapkan Kalimah Mulia. Allah perintahkah umat Islam mengajak orang bukan Islam untuk menjadi orang Islam dan bukan meyakinkan orang bukan Islam agar menjadi orang Islam. Allah tidak perintahkan umat Islam untuk meyakinkan orang bukan Islam untuk menjadi orang Islam atau meyakinkan orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Umat Islam di perintahkan oleh Allah hanya menyampaikan Kalimah Mulia kepada orang bukan Islam. Allah perintahkan umat Islam menyampaikan Kalimah Mulia kepada orang bukan Islam dengan perasaan kasih sayang. Allah tidak perintahkan umat Islam menyampaikan Kalimah Mulia kepada orang bukan Islam dengan paksaan. Allah tidak perintahkan umat Islam untuk memulakan peperangan terhadap orang bukan Islam yang memilih untuk tidak mengucapkan Kalimah Mulia atau memulakan peperangan terhadap orang Islam yang memilih untuk melanggar perintah Allah. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah memulakan peperangan terhadap orang bukan Islam yang tidak mahu mengucapkan Kalimah Mulia atau kepada orang Islam yang tidak mahu mentaati perintah Allah. Segala yang di lakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah sunnah dan sunnah merupakan penjelasan maksud sebenar Al-Quran. Maksud sebenar Quran hanya boleh di tafsirkan dengan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun amalan para sahabat Nabi s.a.w adalah tidak boleh di gunakan untuk mentafsirkan maksud sebenar Al-Quran. Amalan Nabi Muhammad s.a.w adalah sunnah dan sunnah adalah menerangkan keinginan Allah dan keinginan Allah adalah Quran. Nabi Muhammad s.a.w telah meninggalkan umat Islam dengan Quran dan Sunnah.
Nabi Muhamamad s.a.w ada mengatakan dengan maksud yang lebih kurang; Sesiapa di kalangan umat ku mengikut Quran dan Sunnah, mereka tidak akan selamanya sesat dari jalan kebenaran, walaupun Nabi Muhammad s.a.w telah tiada lagi dengan umat Islam. Amalan Hazrat Abu Bakar r.ahu memulakan peperangan kepada umat Islam yang murtad dan yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w adalah bukan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sama juga amalan Hazrat Abu Bakar r.ahu dan Hazrat Umar r.ahu mengumpulkan Quran menjadi sebuah buku adalah juga bukan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Apa sahaja amalan umat Islam yang bukan sunnah Nabi Muhammad s.a.w adalah di kenali sebagai bidaah. Amalan bidaah boleh menjadi haram(dilarang) atau makruh(tidak di larang). Seseorang yang melakukan amalan bidaah yang haram adalah berdosa manakala seseorang yang melakukan amalan bidaah yang makruh adalah tidak berdosa. Terdapat dua jenis makruh. Yang pertama di kenali sebagai Makruh Tahrimi ( tidak di larang tahap tinggi atau menghampiri haram). Yang kedua di kenali sebagai Makruh Tanzih ( tidak di larang tahap rendah). Amalan Abu Bakar yang memulakan peperangan terhadap orang Islam yang murtad dan orang Islam yang tidak membayar zakat selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w adalah Makruh Tahrimi manakala amalan Hazrat Abu Bakar dan Hazrat Umar r.ahu mengumpul Quran menjadi sebuah buku adalah Makruh Tanzih.
Allah perintahkan umat Islam untuk mencintai Allah, mencintai kekasih Allah dan mencintai segala ciptaan Allah. Cinta bermaksud melakukan keadilan kepada orang bukan Islam dan orang Islam. Cinta bermaksud mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan mengingatkan orang Islam maksud Kalimah dan mengajak orang Islam untuk mentaati segala perintah Allah. Islam adalah agama kecintaan tetapi amalan umat Islam tidak menunjukkan bahawa Islam merupakan agama penuh kasih sayang. Orang bukan Islam tidak mengetahui tentang ajaran sebenar Islam kerana ramai di kalangan mereka tidak pernah membaca buku atau belajar tentang Islam. Orang bukan Islam hanya memahami tentang Islam dengan meihat amalan umat Islam. Pada pendapat saya, adalah sangat sukar bagi orang bukan Islam untuk percaya bahawa Islam adalah satu agama kasih sayang dengan melihat amalan umat Islam. Apakah ajaran sebenar Islam? Islam mengajar umat Islam untuk menyayangi semua orang bukan Islam dan bukan membenci orang bukan Islam. Islam mengajar umat Islam untuk mengajak orang bukan Islam agar mengucap Kalimah Mulia dengan kasih sayang. Menurut ajaran Islam jika seseorang tidak pernah mengucapkan Kalimah Mulia maka tidak akan mendapat kejayaan di dunia dan hari akhirat dan seseorang yang tidak pernah mengucapkan Kalimah Mulia tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam yang sejati akan mencintai orang bukan Islam. Apabila orang Islam menjadi orang Islam yang sejati maka orang Islam akan mencintai orang bukan Islam dengan hatinya dan apabila orang Islam mencintai orang bukan Islam dengan hatinya maka orang Islam akan mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Pada zaman kini, umat Islam tidak mempunyai cinta kepada orang bukan Islam di dalam hati mereka dan kerana itu umat Islam tidak mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Pada pendapat saya, umat Islam pada masa kini tidak mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana umat Islam tidak mempunyai cinta kepada orang bukan Islam di dalam hati mereka.
Allah mencintai manusia dan segala ciptaan-Nya. Allah mahu manusia mencintai Allah. Allah mahu manusia mentaati segala perintah Allah dan menjadi berjaya di dunia dan hari akhirat. Allah menciptakan manusia dengan ‘tangan-Nya’. Jika di bandingkan dengan segala ciptaan Allah, Allah mencintai manusia lebih dari segalanya. Allah menciptakan manusia sebaik-baik ciptaan. Allah telah menciptakan manusia dengan ‘tangan-Nya’ dan Allah mencintai apa sahaja yang telah di ciptakan-Nya. Siapa yang tidak mencintai barang yang telah di ciptakan? Semua orang mencintai barang yang mereka telah ciptakan. Begitu juga, Allah yang merupakan pencipta manusia mencintai manusia dan segala ciptaan-Nya yang telah di ciptakan oleh Allah. Allah telah menciptakan manusia untuk Allah dan Allah telah menciptakan segala ciptaan yang lain untuk berkhidmat kepada manusia. Allah mahu seluruh manusia berjaya di dunia dan hari akhirat. Dalam usaha bagi manusia mencapai kejayaan maka manusia hendakah mentaati segala perintah Allah dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan dengan niat semata-mata hanya untuk sukakan Allah.
Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
KolejUniversiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia
