Manusia tidak akan dapat mentaati segala perintah Allah dengan cara yang sama seperti Nabi Muhammad s.a.w dan dengan niat hanya untuk sukakan Allah melainkan manusia mempunyai cinta kepada Allah di dalam hatinya. Ini di namakan sebagai mempunyai iman yang betul atau beriman kepada Allah. Manusia tidak akan memperolehi iman yang betul atau beriman kepada Allah melainkan manusia menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran setelah mengucapkan Kalimah Mulia. Apabila umat Islam tidak mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia ini bermaksud umat Islam telah melakukan kemungkaran yang sangat besar. Mungkar besar yang di lakukan oleh orang Islam hendaklah di cegah dengan mengajak orang Islam menjalankan kerja mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan mengingatkan orang Islam tentang maksud Kalimah Mulia dan mengajak orang Islam menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran dan mengajak orang Islam untuk menjaga solat lima waktu setiap hari. Ini merupakan wajib (Fardu Ain)kepada setiap umat Islam bagi lelaki dan perempuan menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan mengerjakan solat lima waktu setiap hari. Ia juga merupakan Fardu Kifayah bagi sebahagian orang Islam yang lelaki untuk menjalankan kerja mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan mengajak orang Islam menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan melaksanakan solat lima waktu secara berjemaah. Kedua-dua perintah adalah wajib kepada setiap orang Islam dan wajib adalah Fardu Kifayah dan Fardu Ain. Dalam Islam, adalah hanya ini sahaja perintah dari Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam dan kewajipannya adalah merupakan Fardu Kifayah dan Fardu Ain.
Allah menyatakan di dalam Quran dengan maksud dengan lebih kurang; Tiada paksaan dalam agama. Ini bermaksud orang Islam tidak dibenarkan mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan tidak dibenarkan mengajak orang Islam menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan tidak dibenarkan mengajak orang Islam untuk menunaikan solat lima waktu dengan paksaan melainkan dengan perasaan cinta dan kasih sayang. Allah memerintahkan umat Islam untuk sentiasa mengajak manusia dengan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan umat Islam untuk mentaati segala perintah Allah walaupun orang bukan Islam sentiasa enggan mengucapkan Kalimah Mulia manakala orang Islam pula enggan mentaati segala perintah Allah. Nabi Muhammad s.a.w sentiasa mengajak bapa saudaranya untuk mengucapkan Kalimah Mulia dengan perasaan cinta dan kasih sayang dan nabi s.a.w sentiasa mengingatkan kawan bapa saudaranya dan bapa saudaranya iaitu Abu Talib walaupun Abu Talib sentiasa tidak mahu mengucapkan Kalimah Mulia. Kemungkinan Nabi Muhammad s.a.w telah mengajak bapa saudaraya iaitu Abu Talib untuk mengucapkan Kalimah Mulia lebih daripada 100 kali . Walaupun Abu Talib enggan untuk mengucapkan Kalimah Mulia tetapi Nabi Muhammad s.a.w masih tetap juga mesra dan sayang terhadap bapa saudaranya iaitu Abu Talib.
Nabi Muhammad s.a.w sentiasa mesra dan sayang kepada Abu Talib, walaupun pada saat kematian Abu Talib. Abu Talib adalah seorang yang paling di cintai oleh Nabi Muhammad s.a.w akhirnya meninggal dunia dalam keadaan enggan mengucapkan Kalimah Mulia. Sangat berbeza dengan amalan Nabi Muhammad s.a.w yang sentiasa mesra dan sayang terhadap sesiapa yang enggan mengucapkan Kalimah Mulia iaitu terdapat satu hadis yang memberitahu orang Islam bahawa mengadakan hubungan buruk dengan orang Islam yang sentiasa melakukan kemungkaran walaupun setelah di beri peringatan untuk berhenti daripada melakukan amalan mungkar. Pada pendapat saya, Hadis tersebut adalah hadis palsu kerana maksud Hadis tidak melengkapi dengan maksud Quran, iaitu Tiada paksaan dalam agama dan hadis ini tidak sama dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Pada pendapat saya, sesiapa sahaja orang Islam yang membenci orang bukan Islam atau membenci orang Islam yang ingkar perintah Allah mestilah orang Islam yang mengamalkan hadis palsu seperti ini. Umat Islam yang mengamalkan Hadis palsu akan membenci orang bukan Islam dan umat Islam yang ingkar perintah Allah. Apabila umat Islam memahami bahawa amalan ini adalah perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w maka mereka tidak akan bergaul dengan orang bukan Islam dan orang Islam yang ingkar perintah Allah. Saya rasa inilah sebab mengapa ramai di kalangan orang Islam yang tidak mesra dengan orang bukan Islam dan tidak mesra dengan orang Islam yang ingkar perintah Allah. Orang Islam yang tidak mesra dengan orang bukan Islam dan tidak mesra dengan orang Islam yang ingkar perintah Allah adalah sebenarnya orang Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam.
Apabila umat Islam tidak mencintai orang bukan Islam maka mereka tidak mahu berkawan dengan orang bukan Islam. Apabila orang Islam tidak mencintai orang bukan Islam maka mereka tidak mahu mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia. Apabila orang Islam tidak mencinta orang bukan Islam maka mereka akan membenci terhadap orang bukan Islam. Apabila orang Islam membenci kepada orang bukan Islam maka orang Islam akan memulakan peperangan terhadap orang bukan Islam. Mengapa orang Islam tidak mencintai orang bukan Islam? Mereka tidak mencintai orang bukan Islam kerana mereka tidak mencintai Allah. Mengapa orang Islam tidak mencintai Allah? Mereka tidak mencintai Allah kerana mereka tidak menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran setelah mereka mengucapkan Kalimah Mulia. Allah tidak perintahkan umat Islam untuk membenci yahudi, Kristian atau membenci sebarang pengikut agama lain, atau membenci sebarang bangsa atau membenci sebarang orang Islam yang ingkar perintah Allah. Adakah terdapat ayat Quran yang menyuruh umat Islam untuk membenci orang bukan Islam seperti Yahudi, Kristian atau sebarang bangsa atau orang Islam yang ingkar perintah Allah? Semua Hadis yang mana merupakan perintah untuk umat Islam agar membenci Yahudi, Kristian atau orang Islam yang ingkar perintah Allah adalah tidak melengkapi dengan maksud Quran dan Sunnah. Hadis yang menyuruh umat Islam membenci orang lain merupakan Hadis palsu. Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan adalah mustahil bagi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang untuk memerintahkan umat Islam agar membenci Yahudi dan Kristian.
Di dalam Quran, Allah memperkenalkan diri-Nya sebagai yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang mahu seluruh manusia mencintai antara satu sama lain sebagai sebuah keluarga. Allah mahu umat Islam mencintai Yahudi dan Allah mahu Yahudi mencintai umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w mahu umat Islam menganggap setiap orang di dunia adalah sama samaada mereka Yahudi atau Arab. Menurut ajaran Islam, seseorang bukan lebih mulia daripada orang lain kerana bangsanya tetapi seseorang lebih mulia daripada orang lain adalah kerana amalannya. Tiada bangsa di dunia ini lebih mulia. Tiada bangsa di dunia ini lebih mulia daripada bangsa lain. Bukan Arab atau Yahudi lebih mulia daripada sebarang bangsa yang wujud di dunia ini. Apabila Yahudi percaya bahawa mereka lebih mulia daripada bangsa Arab atau lain bangsa maka Yahudi akan memandang rendah terhadap Arab dan bangsa lain maka Yahudi akan berlaku ketidakadilan terhadap Arab atau kepada lain bangsa. Pada pandangan saya, masalah yang timbul di antara Arab di Timur Tengah hanya di sebabkan kepercayaan yang salah di antara Yahudi dan Arab. Arab yang kebanyakkannya adalah orang Islam membenci Yahudi kerana mereka menganggap orang Yahudi sebagai orang bukan Islam dan musuh umat Islam. Orang Arab percaya bahawa membenci orang Yahudi yang merupakan musuh Islam adalah satu kebaikan. Ramai orang Islam percaya bahawa segala keburukan/kemungkaran yang berlaku di dunia ini berkaitan dengan orang Yahudi. Dalam Quran, Allah ada menyebut tentang amalan buruk orang Yahudi yang hidup semasa zaman Nabi Muhammad s.aw. tetapi bukan bermaksud semua orang Yahudi yang hidup pada masakini berkaitan dengan keburukan /kemungkaran. Cerita orang Yahudi yang melakukan amalan buruk adalah Yahudi yang wujud pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan bukan Yahudi yang hidup pada masakini. Yahudi pada masakini tiada hubungan dengan kemungkaran yang telah di lakukan oleh Yahudi yang hidup pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Dalam usaha untuk mengajar seluruh manusia tentang akibat yang akan di terima oleh mereka yang ingkar perintah Allah maka Allah menggunakan satu contoh iaitu Yahudi yang telah melakukan keburukan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w tetapi bukan bermaksud bahawa semua Yahudi sehingga hari kiamat adalah buruk.
Apabila Allah menyatakan sebuah cerita tentang amalan buruk yang telah di lakukan oleh Yahudi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w bukan bermaksud bahawa semua Yahudi sehingga Hari Kiamat adalah orang buruk. Yahudi adalah sama seperti bangsa lain yang wujud di dunia ini. Ada Yahudi baik dan Yahudi yang buruk. Terdapat banyak bangsa lain selain Yahudi juga melanggar perintah Allah tetapi nama bangsa tersebut tidak di nyatakan dalam Quran. Apakah alasan yang membuatkan umat Islam mengaitkan Yahudi dengan amalan keburukan? Siapakah yang mengajar umat Islam untuk mengaitkan Yahudi dengan amalan buruk? Pada pendapat saya, ini adalah kerja cendikiawan Islam yang di sebalik mengajarkan amalan Islam yang betul tetapi telah mengajar perkauman terhadap orang Islam. Pada pendapat saya, cendikiawan Islam adalah satu daripada yang mengajarkan umat Islam bahawa kemungkaran ada berkaitan dengan Yahudi dan hendaklah membenci Yahudi. Cendikiawan Islam adalah satu daripada yang mengajar umat Islam untuk membenci Yahudi. Saya belum pernah mendengar sendiri dari mulut cendikiawan Islam samaada di Malaysia atau di luar bahawa umat Islam hendaklah mencintai Yahudi kerana kita adalah sebenarnya daripada satu keluarga Nabi Ibrahim a.s. dan Adam a.s. Pada pandangan saya juga, kerja cendikiawan Yahudi mengajar Yahudi bahawa Yahudi adalah merupakan bangsa sangat mulia daripada seluruh bangsa di dunia ini.
Umat Islam mengaitkan perkataan Yahudi sama dengan kemungkaran kerana ramai umat Islam mengikut cendikiawan Islam secara taksub. Allah tidak memberikan cendikiawan Islam kefahaman yang betul dari Quran kerana cendikiawan Islam tidak menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sama seperti Nabi Muhammad s.a.w. Ramai cendikiawan Islam mengaitkan Yahudi sebagai maksud orang jahat. Ramai umat Islam membenci Yahudi kerana percaya Yahudi adalah orang jahat. Pada masa yang sama juga, Yahudi pula membuat ketidakadilan terhadap bangsa Arab kerana Yahudi percaya bahawa Yahudi lebih mulia daripada Arab. Apabila Yahudi membuat ketidakadilan terhadap Arab, kepercayaan yang ada pada orang Arab terhadap Yahudi telah di warisi turun temurun semenjak lebih seribu tahun lalu bahawa Yahudi adalah orang jahat semakin meningkat. Apabila kepercayaan ini semakin meningkat di dalam hati setiap orang Arab-Islam maka kebencian yang mereka ada di dalam hati juga akan semakin bertambah. Oleh sebab itu, peperangan di antara Yahudi dan Arab sentiasa berlaku dan tidak mungkin akan berakhir. Selagi kepercayaan yang salah wujud di dalam hati antara Yahudi dan Arab-Islam maka selagi itu peperangan antara Yahudi dan Arab-Islam tidak akan berakhir. Allah tidak pernah memerintahkan umat Islam untuk membenci Yahudi atau orang bukan Islam di dunia ini. Hadis yang menyuruh umat Islam untuk membenci Yahudi adalah merupakan Hadis Palsu.
Apakah sebab yang menjadi punca bahawa umat Islam membenci Yahudi dan orang yang membuat kemungkaran/kemaksiatan? Pada pandangan saya, terdapat satu Hadis yang sangat terkenal, yang sebenarnya adalah Hadis Sahih tetapi kerana kesilapan dalam mentafsirkan Hadis yang di lakukan oleh cendikiawan Islam maka menyebabkan umat Islam telah membenci Yahudi dan orang yang membuat kemungkaran/kemaksiatan. Hadis yang di maksudkan adalah; Kamu hendaklah mencegah mungkar dengan kuasa dan jika tidak dengan kuasa, kamu hendaklah mencegah mungkar dengan perkataan dan jika tidak mencegah mungkar dengan perkataan kamu hendaklah mencegah mungkar dengan hati dan inilah selemah-lemah iman. Hadis ini adalah Hadis Sahih tetapi telah seribu tahun lepas di salah tafsirkan oleh cendikiawan Islam. Menurut tafsiran Hadis yang di tafsirkan oleh cendikiawan Islam; mencegah mungkar dengan hati bermaksud membenci amalan kemungkaran/maksiat yang telah di lakukan oleh orang yang membuat kemungkaran/maksiat dan bukan membenci orang yang membuat kemungkaran/maksiat. Pada pandangan saya, adalah sangat mustahil untuk membenci amalan mungkar/maksiat tanpa membenci orang yang melakukan kemungkaran/maksiat. Bagaimana boleh kita mencegah amalan mungkar/maksiat dengan hati bermaksud membenci amalan mungkar/maksiat dalam hati? Pada pendangan saya, membenci amalan mungkar/maksiat dalam hati yang telah di lakukan oleh seseorang tidak akan mencegah orang tersebut daripada melakukan sebarang amalan mungkar/maksiat.
Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
KolejUniversiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia
Tahniah Prof. Dr. Nasoha. Segala puji bagi Allah.