Adakah benar bahawa UMNO adalah sebuah parti yang telah tua? UMNO telah di tubuhkan pada tahun 1946 dan jika UMNO seorang manusia kini UMNO telah mencapai umur 67 tahun. Semasa UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ahli UMNO terutamanya orang melayu yang masih muda dan bertenaga serta bersemangat yang amat tinggi terhadap kebangsaan atau nasionalisme. Pemuda melayu yang menubuhkan UMNO dalam tahun 1946 merupakan pemuda melayu yang menerima pendidikan daripada penjajah tanah melayu iaitu British. Pada pandangan saya, pemuda melayu yang memulakan penubuhan UMNO adalah dari kalangan mereka yang belajar di England dan Australia. Semasa pemuda melayu ini belajar di England atau Australia, mereka sering tinggal bersama keluarga British dan Australia yang merupakan ibu dan bapa angkat mereka. Belajar di England atau Australia dan tinggal bersama keluarga angkat British atau Australia, pada pandangan saya sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemikiran dan kepercayaan pelajar-pelajar melayu ini. Walaupun lahir sebagai melayu dan membesar dengan budaya melayu tetapi selepas mereka lulus dari belajar di Britain atau Australia, pemikiran dan kepercayaan mereka telah menjadi pemikiran dan kepercayaan orang British atau Australia yang sebenarnya telah jauh daripada kepercayaan dan pemikiran Islam. Pada zahirnya mereka orang melayu tetapi cara hidup mereka adalah sama dengan cara hidup orang British dan Australia. Cara pemakaian mereka sama seperti pakaian orang British, masa lapang mereka bermain golf dan masa bersama kawan-kawan dengan minuman alkohol serta menari bersama wanita. Pada pandangan saya, pemimpin-pemimpin UMNO yang awal adalah pemuda melayu yang belajar di Britain atau Australia yang telah menerima pakai kehidupan barat tetapi mereka masih dikurniakan dengan semangat kebangsaan di dalam hati mereka. Mereka sangat di hormati oleh orang melayu di Tanah Melayu dan mereka juga di anggap oleh orang melayu sebagai orang melayu yang bijak pandai, yang sangat berpotensi untuk menggantikan penjajah British sebagai pemimpin.
Menurut Tun Dr Mahathir, UMNO telah menjadi tua dan sebagai seorang yang tua, satu hari nanti UMNO akan mati atau hilang di dunia ini. Dalam usaha untuk mencegah UMNO daripada menjadi tua dan hilang dari dunia ini, menurut Tun Dr Mahathir, orang-orang yang telah lama di dalam UMNO mestilah di gantikan dengan orang-orang yang muda di dalam UMNO. Menurut Tun Dr Mahathir orang yang kini telah lama di dalam UMNO merupakan pemuda-pemuda yang telah menjadi pengasas dan tunggak kepada UMNO pada tahun permulaan UMNO. Menurut Tun Dr Mahathir, mereka yang telah menjadi asas dan tunggak UMNO telah menjadi lemah dan tua. Dalam usaha untuk UMNO mengekalkan tenaga dan kekuatannya, menurut Tun Dr Mahathir, pemimpin UMNO yang telah lama perlu di gantikan dengan orang muda melayu yang bijak di dalam UMNO yang mempunyai semangat kebangsaan di dalam hatinya. Pada fikiran saya, orang muda yang Tun Dr Mahathir katakan di dalam artikelnya adalah orang melayu yang telah menamatkan pelajaran daripada luar negara seperti di England dan Australia kemudian mereka menjadi pemimpin di dalam UMNO. Tun Dr Mahathir adalah di antara orang muda yang berpendidikan kemudian menjadi tunggak dan pengasas UMNO. Beliau menamatkan pelajarannya di dalam bidang perubatan dari Universiti Malaya di Singapura. Selain daripada Tun Dr Mahathir, tiga orang yang pertama menjadi Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan orang muda berpendidikan undang-undang dan wartawan. Presiden UMNO yang pertama Dato’ Onn Jaafar merupakan seorang wartawan dan saya percaya beliau juga lulusan dari luar negara.
UMNO di tubuhkan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada menjadi Malayan Union. Apabila orang muda yang berpendidikan di dalam UMNO telah berjaya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada menjadi Malayan Union, maka orang muda inilah yang mempunyai semangat perjuangan dalam pembebasan Tanah Melayu daripada penjajahan British atau mencapai kemerdekaan Tanah Melayu daripada British. Orang muda melayu yang berpendidikan di dalam UMNO mahu pembebasan Tanah Melayu daripada penjajah British hanya setelah mereka menamatkan pelajaran mereka di England. Mereka baru menyedari bahawa sebenarnya penjajah British bukan merupakan manusia yang hebat sepertimana yang mereka percaya sebelum mereka datang untuk belajar di United Kingdom. Kini, orang melayu muda yang berpendidikan di dalam UMNO percaya bahawa penjajah mereka hanya manusia biasa sama seperti mereka. Sebelum datang belajar di England orang muda melayu ini percaya bahawa penjajah mereka adalah sangat hebat dan mempunyai kuasa untuk menjajah manusia. Pada umumnya, orang melayu semasa zaman penjajahan British menganggap orang British adalah Tuan dan orang melayu terpaksa memanggil orang British sebagai Tuan Orang Putih. Orang muda berpendidikan yang belajar di England, akhirnya menyedari bahawa Tuan Penjajah hanya manusia biasa sama seperti mereka dan bukan semua orang British bijak dan pandai sepertimana yang mereka anggap sebelumnya. Terdapat ramai juga di kalangan orang British yang tidak pandai dan kurang pengetahuan daripada mereka. Apabila orang Jepun merampas Tanah Melayu daripada British, kepercayaan bahawa orang British adalah satu bangsa yang sangat hebat di dunia telah luntur dan pudar daripada hati mereka dan bukan hanya setakat orang melayu muda berpendidikan tetapi juga semua orang melayu di Tanah Melayu. Kepercayaan bahawa orang British bukan merupakan satu bangsa hebat di dunia telah di kuasai dan di masukkan ke dalam semangat untuk pembebasan Tanah Melayu daripada Penjajahan British di dalam hati semua orang melayu di Tanah Melayu.
Semangat untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British semakin bertambah di dalam hati ramai orang melayu di Tanah Melayu apabila Negara Indonesia mengistiharkan kemerdekaan daripada Belanda pada tahun 1946. Apabila Jepun di kalahkan di dalam perang dunia ke-2, Indonesia mengistiharkan kemerdekaan daripada Belanda yang telah menjajah Indonesia dan kemudian Belanda ingin menjajah kembali Indonesia tetapi rakyat Indonesia bangkit mengalahkan Belanda. Di seluruh dunia pada masa itu, semangat membebaskan negara-negara dunia ketiga dari penjajahan kuasa barat telah merebak ibarat api yang marak. Di Tanah Melayu, semangat untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British juga merebak umpama api yang marak di dalam hati semua orang melayu. Dato’ Onn Jaafar yang merupakan anak angkat kepada Sultan Ibrahim, Sultan Johor, yang juga pergi ke negara barat untuk pendidikannya dan kemudian bekerja sebagai wartawan di Singapura menjadi pemimpin semua orang melayu untuk membebaskan Tanah Melayu daripada British. Sebagai seorang penulis Dato’ Onn Jaafar telah menulis banyak artikel tentang masalah orang melayu di Tanah Melayu. Apabila British mahu menubuhkan Malayan Union yang mana kuasa pemerintahan sultan akan di ambil alih oleh British, Dato’ Onn Jaafar dan sahabatnya menubuhkan UMNO (United Malay Nasional Organization) sebagai satu platform untuk menentang Malayan Union. Apabila Dato’ Onn Jaafar meletakkan jawatan daripada menjadi Presiden UMNO, kemudian kepimpinan UMNO di ambil alih oleh Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman menjadikan UMNO mempunyai perikatan dengan MCA (Malayan Chinese Association) dan MIC ( Malayan Indian Association) untuk menubuhkan Parti Perikatan dan dengan menggunakan Parti Perikatan, Tunku Abdul Rahman menuju kepada kemerdekaan pada tahun 1957.
UMNO adalah parti yang meneraju Barisan Nasional bagi mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu daripada British. Semenjak kemerdekaan pada tahun 1957, Barisan Nasional adalah satu-satunya parti yang memerintah Malaysia. Kini umur UMNO lebih kurang 67 tahun dan kebanyakkan orang melayu muda yang telah menjadi tulang belakang UMNO ada yang telah meninggalkan dunia. Kini ahli-ahli UMNO yang telah tua di gantikan dengan anak-anak mereka dan orang-orang melayu yang percaya jika bersama UMNO bermaksud mereka akan menjadi kaya dan mewah. UMNO adalah parti orang melayu dan ramai orang melayu menjadi kaya apabila menyertai UMNO. Oleh kerana UMNO yang memerintah Malaysia maka ramai orang melayu yang menjadi menteri, timbalan menteri, setiausaha menteri, ketua menteri dan manakala orang melayu yang lain boleh mendapat kontrak dan projek yang berharga jutaan dan berbilion ringgit daripada kerajaan yang di terajui oleh UMNO. Kini ramai orang melayu mengetahui bahawa cara untuk melayu menjadi kaya dan mewah adalah dengan menyertai UMNO. Kini, orang melayu di dalam UMNO menunggu masa untuk mereka sampai kepada tahap yang tinggi dalam kepimpinan UMNO yang bermaksud untuk menjadi lebih berkuasa dan kaya. Setiap orang di dalam UMNO di nasihatkan agar menunggu giliran masing-masing untuk sampai kepada peringkat tertinggi di dalam UMNO. Pada pendapat saya, hanya anak kepada tokoh di dalam UMNO sahaja yang di benarkan untuk memintas orang lain yang lebih senior untuk mencapai peringkat tertinggi di dalam UMNO. Najib Tun Razak, Hishammuddin Tun Hussein Onn dan Mukhriz Tun Mahathir adalah semuanya anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia dan di benarkan untuk memintas orang yang lebih senior dalam usaha untuk mendapatkan kepimpinan di peringkat yang tertinggi. Selain daripada mereka ini di dalam UMNO, tanpa mengira sama ada mereka lebih berkebolehan dan bijak berbanding yang lain untuk menjadi pemimpin di dalam UMNO adalah tidak di benarkan bagi memintas senior dalam usaha untuk mencapai kepada peringkat tertinggi di dalam kepimpinan UMNO. Semua orang melayu melainkan anak kepada tokoh UMNO di nasihatkan agar menunggu giliran mereka untuk mencapai kepada peringkat tertinggi di dalam kepimpinan UMNO.
Ramai orang melayu yang berfikir bahawa UMNO adalah parti sekular dan bukan parti Islam atau parti perkauman tidak akan menyertai UMNO tetapi akan menyertai PAS atau Parti Islam SeMalaysia. Orang melayu yang inginkan kuasa dan kekayaan tetapi tidak diberikan peluang untuk mempunyai kuasa dan kekayaan di dalam UMNO tidak akan menyertai UMNO tetapi akan menyertai PKR atau Parti Keadilan Rakyat. Terdapat juga sebahagian ahli UMNO yang menunggu giliran mereka untuk mencapai tahap tertinggi di dalam kepimpinan UMNO juga di pelawa untuk menyertai PAS atau PKR, terutamanya apabila laluan untuk sampai kepada peringkat tertinggi di dalam UMNO untuk mereka di tutup. Walaupun masih ramai orang melayu di dalam UMNO tetapi bilangan orang melayu yang menyertai PKR dan PAS semakin bertambah. Terdapat juga ramai orang melayu yang menjadi ahli UMNO tetapi oleh kerana mereka tidak dapat memperolehi kuasa dan kekayaan semasa mereka bersama UMNO maka mereka menjadi kecewa bersama UMNO dan di dalam pilihanraya yang lepas, di sebalik menyokong calon UMNO, mereka telah menyokong calon daripada parti pembangkang. Mengapa mereka kecewa dengan UMNO? Mereka sangat kecewa dengan UMNO kerana mereka tidak di pilih untuk menjadi calon bagi mewakili UMNO di dalam pilihan raya. Kini pada pandangan saya, majoriti ahli UMNO hanya mahukan kuasa dan kekayaan manakala ahli UMNO yang sangat patriotik terhadap bangsa dan negara telah lama hilang. Walaubagaimanapun, terdapat usaha untuk memulihkan semangat patriotik dan kebangsaan di kalangan ahli UMNO tetapi semangat kebangsaan dan patriotik hanya kekal di dalam pemikiran dan hati ahli UMNO semasa Konvension Tahunan UMNO sahaja. Di sebaliknya, semangat yang kekal di dalam hati dan pemikiran ahli UMNO adalah semangat untuk menambah kekayaan dan kekuasaan.
Pada pendapat saya, ramai orang melayu di Malaysia mengetahui bahawa UMNO bukan lagi satu-satunya parti yang mampu mewakili kepentingan orang melayu di dalam Parlimen. Ramai orang melayu sudah berfikir bahawa PKR dan PAS juga boleh mewakili orang melayu di Parlimen. Ramai orang melayu telah penat untuk menyokong UMNO kerana bagi mereka hanya orang melayu dalam UMNO sahaja diberikan projek. Ramai orang melayu juga percaya mereka tidak memperolehi apa-apa jika menyokong UMNO. Oleh kerana orang melayu telah penat menyokong UMNO, mereka lebih cenderung untuk beralih sokongan mereka kepada parti seperti PKR dan PAS. Kini, ahli-ahli UMNO kebanyakkannya adalah orang-orang tua yang menunggu giliran untuk mencapai tahap tertinggi di dalam kepimpinan UMNO dan orang muda yang bercita-cita menjadi kaya dengan menyertai UMNO. Oleh kerana terlalu ramai orang tua di dalam UMNO yang menunggu giliran untuk mencapai tahap tertinggi di dalam kepimpinan UMNO maka semakin berkurang pengambilan ahli baru di dalam UMNO. Kini ramai orang melayu yang menyertai UMNO hanya kerana mereka melihat UMNO sebagai satu platform bagi mereka memperolehi projek dari kerajaan.
Orang melayu yang melihat UMNO sebagai satu platform untuk memperolehi projek atau perniagaan adalah mereka yang tidak setia kepada UMNO. Mereka tidak setia kepada UMNO kerana mereka hanya berminat untuk memperolehi projek dan perniagaan daripada kerajaan dan apabila mereka tidak dapat projek dan perniagaan daripada kerajaan mereka akan meninggalkan UMNO dan menyertai parti politik yang lain. Orang melayu yang berfikiran bahawa UMNO adalah parti perkauman tidak akan menyertai UMNO. Orang melayu yang berfikiran bahawa UMNO tidak berusaha untuk mencapai tujuan yang sama seperti Nabi Muhammad s.a.w di hantar ke dunia juga tidak akan menyertai UMNO tetapi mereka akan menyertai PAS. Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas bersabda di khutbah terakhirnya; bahawa bukan bangsa arab lebih mulia daripada yang tidak berbangsa arab dan bukan yang tidak berbangsa arab lebih mulia daripada bangsa arab tetapi yang mulia di kalangan kamu adalah yang bertaqwa atau yang takut kepada Allah di dalam hatinya. Pada pendapat saya, UMNO tidak dapat menarik orang melayu yang baik Islamnya untuk menyertai UMNO selagi mana UMNO berasaskan kepada parti perkauman. Pada pendapat saya, ini hanya boleh diterima dan sesuai apabila semua orang melayu yang semestinya Islam untuk menubuhkan satu parti yang mana berasaskan kepada perkauman seperti UMNO dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah orang melayu.
Pada pendapat saya, kini ramai orang melayu yang baik Islamnya, yang akan menyertai UMNO sekiranya UMNO bukan satu parti berasaskan perkauman tetapi parti berasaskan Islam yang mempunyai matlamat menyelesaikan masalah bukan hanya orang melayu tetapi juga menyelesaikan masalah umat Islam di seluruh dunia. Pada pendapat saya, UMNO adalah sebuah parti yang telah tua bukan kerana ahli dan pemimpin UMNO yang terdiri daripada mereka yang telah lama atau veteran di dalam UMNO tetapi adalah kerana matlamat UMNO telah pun luput dan tua. Matlamat UMNO tidak lagi relevan dengan situasi semasa kerana pemikiran dan kepercayaan orang melayu pada hari ini yang secara umumnya adalah umat Islam yang lebih baik daripada umat Islam pada waktu awal penubuhan UMNO. Seseorang yang berada lama di dalam menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran akan menjadi lebih baik kerana seseorang itu akan mempunyai taqwa. Walaubagaimanapun seseorang yang berada lama di dalam UMNO tidak akan memperolehi taqwa dan akan menjadi kurang baik di sebabkan mereka berada lama di dalam UMNO kerana kerja UMNO tidak akan membuatkan ahli UMNO untuk memperolehi taqwa. Seseorang yang berada lama di dalam UMNO akan memperolehi di dalam hati mereka cinta terhadap kekayaan harta dan benda. Seseorang yang memperolehi di dalam hatinya cinta terhadap kekayaan harta dan benda akan menjadi kurang baik jika di bandingkan seseorang yang di dalam hatinya mempunyai cinta terhadap Allah. Apabila bilangan ahli UMNO yang semakin lama di dalam UMNO meningkat maka UMNO akan mempunyai ahli yang semakin kurang baik yang mana bermaksud UMNO menjadi semakin tua dan akhirnya hilang di muka bumi.
Semakin bertambah cinta terhadap kekayaan harta dan benda ke dalam hati seseorang maka semakin bertambah cinta untuk mempunyai banyak duit dan kekayaan. Semakin bertambah cinta untuk mempunyai banyak duit dan kekayaan maka semakin bertambahnya seseorang itu menjadi orang yang kurang boleh di percayai dan semakin bertambahnya orang yang melakukan rasuah. Semakin ramai orang yang cinta terhadap kekayaan harta dan benda di dalam UMNO, semakin hampir UMNO kepada kematian. Bagaimana untuk mencegah UMNO daripada menjadi tua dan tidak relevan kepada masyarakat? Adakah mungkin dapat untuk mengelakkan UMNO daripada menjadi tua dan mati? Tun Dr Mahathir yang di hormati ada membuat cadangan bahawa UMNO dapat di selamatkan daripada mati jika pemimpin UMNO di ambil alih oleh pemimpin yang muda, bertenaga dan bersemangat kebangsaan yang tinggi. Sebahagian ahli UMNO menuduh Tun Dr Mahathir melobi ahli UMNO untuk menyokong anaknya Mukhriz yang bertanding di dalam pilihanraya UMNO pada bulan October 2013 sebagai jawatan Naib Presiden UMNO. Samaada benar atau tidak bahawa Tun Mahathir melobi untuk anaknya iaitu Mukhriz agar menjadi Naib Presiden UMNO hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung di dalam hati Tun Dr Mahathir. Walaubagaimanapun saya tidak bersetuju dengan pendapat Tun Dr Mahathir bahawa UMNO boleh menjadi cergas dan bertenaga sekali lagi dengan menyuntik ke dalam pimpinan tertinggi UMNO seberapa ramai orang muda dari ahli UMNO yang cergas dan bertenaga dan yang mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi.
Saya telah memberitahu pada perenggan yang di atas bahawa kebanyakkan ahli UMNO telah di jangkiti dengan cinta terhadap kekayaan harta dan benda. Di sebabkan UMNO adalah ketua bagi Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia selama 56 tahun telah menjadikan kesemua ahli Barisan Nasional di jangkiti dengan cinta kekayaan harta dan benda. Selama 56 tahun, UMNO bersama Barisan Nasional, ramai ahli UMNO telah mendapat kekayaan dan kemewahan. UMNO telah di jadikan sebagai maksud untuk ramai orang melayu mendapatkan kekayaan dan kemewahan. Ramai dari kalangan ahli UMNO yang menjadi menteri, timbalan menteri, setiausaha politik, ketua menteri negeri, kontraktor yang kaya, ahli perniagaan yang kaya, ramai ahli UMNO yang mampu untuk mendapatkan biasiswa untuk anak mereka belajar di dalam dan luar negara dan terdapat banyak ahli UMNO yang mendapatkan tanah sehingga berekar-ekar dan projek kerajaan serta kontrak daripada kerajaan yang di ketuai oleh UMNO. UMNO telah di jadikan sebagai maksud untuk mengumpul kekayaan sebagaimana di ketahui oleh ramai orang melayu dan setiap ahli UMNO sangat menunggu giliran masing-masing untuk mengumpulkan kekayaan dan pangkat di dalam UMNO dan juga kerajaan. UMNO telah di penuhi dengan lautan kuasa dan kekayaan dan barangsiapa di kalangan orang melayu yang ingin menjadi kaya dan berkuasa hendaklah menyertai UMNO dan semasa di dalam UMNO hendaklah mendaki tangga hierarki dalam UMNO. Terlalu ramai pemuda melayu yang menyertai UMNO tetapi pada pandangan saya, tiada walaupun seorang pemuda melayu yang menyertai UMNO mempunyai semangat kebangsaan sepertimana pemuda melayu pada awal penubuhan UMNO. Tun Dr Mahathir dan yang sama umur dengannya telah menyertai UMNO kerana mereka mahu mendapatkan kemerdekaan dI Tanah Melayu, membina Tanah Melayu menjadi negara yang di hormati di dunia dan menolong orang melayu untuk menjadi bangsa yang di hormati di atas dunia ini. Apakah niat semua pemuda untuk menyertai UMNO? Niat manusia ada di dalam hati dan tiada siapa yang boleh mengetahui niat manusia yang berada di dalam hati melainkan Allah. Walaubagaimanapun amalan seseorang akan menunjukkan apa yang di niatkan di dalam hatinya.
Pada pendapat saya, niat bagi semua pemuda melayu yang menyertai UMNO adalah untuk mendapatkan kekayaan dan kemewahan dan pangkat di dalam masyarakat. Saya berpendapat, adalah amat sukar untuk pemuda melayu yang menyertai UMNO mempunyai niat kerana perintah Allah di sebabkan ini, saya berpendapat tiada walaupun seorang pemuda melayu yang benar-benar beriman yang mempunyai niat yang ikhlas di dalam setiap amalan mereka. Pada pendapat saya, pemuda melayu yang menyertai UMNO hanya orang Islam dan oleh yang demikian adalah sangat sukar untuk orang Islam mempunyai niat yang ikhlas dalam menyertai UMNO. Apakah niat yang ikhlas? Seseorang yang ikhlas menyertai UMNO adalah seseorang yang menyertai UMNO kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah. Siapakah di kalangan pemuda melayu yang menyertai UMNO hanya kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah. Saya berpendapat, tiada walaupun seorang di kalangan pemuda UMNO yang menyertai UMNO dengan niat kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah. Pendapat saya juga bahawa majoriti pemuda melayu yang menyertai UMNO akan mempunyai niat untuk menggunakan UMNO sebagai satu platform untuk memperolehi kuasa dan kekayaan. Ramai yang mengatakan bahawa mereka menyertai UMNO kerana mereka mahu memberikan khidmat kepada orang melayu tetapi hakikatnya mereka menyertai UMNO kerana dengan UMNO mereka boleh menjadi kaya dan mewah. Terdapat juga ramai orang melayu yang kecewa kerana mereka telah menjadi ahli UMNO bagi tempoh yang sangat lama tetapi mereka tidak dapat memperolehi kekayaan dan pangkat di dalam kerajaan. Terdapat ramai dari kalangan orang melayu yang telah menjadi ahli UMNO tetapi oleh kerana kecewa tidak mendapatkan kekayaan dan pangkat semasa mereka berada di dalam UMNO, mereka telah meninggalkan UMNO dan menyertai parti pembangkang.
Saya percaya kebanyakkan pemuda melayu yang menyertai UMNO hanya mahu menggunakan UMNO sebagai platform untuk memperolehi kekayaan dan sekiranya ada pemuda melayu yang menyertai UMNO kerana mereka mahu berkhidmat untuk orang melayu, pada pendapat saya jumlah mereka adalah terlalu sedikit. Bolehkah UMNO menjadi kuat dan bertenaga dengan pemuda UMNO yang hanya mahukan kekayaan dan harta benda dunia apabila mereka menjadi pemimpin UMNO? Bolehkah pemuda UMNO yang di dalam hatinya mempunyai cinta terhadap kekayaan dan pangkat menyumbangkan kesejahteraan terhadap UMNO? Bolehkah pemuda melayu yang mempunyai cinta kepada harta kekayaan di dalam hati mereka memperkuatkan UMNO dan akan transformasikan UMNO? Bolehkah pemuda melayu yang mempunyai cinta kepada harta kekayaan di dalam hati mereka tidak mengambil rasuah dan tidak menjual negara Malaysia yang indah ini kepada orang luar? Sudah pastinya pemuda yang mencintai kekayaan harta di dalam hatinya tidak akan menyumbangkan apa-apa terhadap UMNO tetapi hanya kesengsaraan dan masalah kepada UMNO. Pada pendapat saya, bukanlah faktor umur yang akan menentukan kesejahteraan UMNO atau yang akan transformkan UMNO seperti sekarang kepada UMNO yang bertenaga dan bersemangat atau yang akan mencegah UMNO daripada penuaan dan mati di umur tua tetapi sebenarnya kualiti yang baik daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang merupakan faktor utama yang akan menentukan survival UMNO. Apabila pemimpin mempunyai kualiti yang baik maka adalah mungkin untuk transform UMNO kepada bertenaga dan bersemangat dan dengan itu menghalang UMNO daripada penuaan dan mati tua.
Umur bukan merupakan faktor yang penting bagi survival UMNO jika mahu di bandingkan dengan faktor kualiti yang baik perlu ada dalam pemimpin-pemimpin UMNO. Kualiti pemimpin UMNO yang akan mengubah UMNO daripada lemah dan tua kepada parti muda dan parti kuat. Apakah kualiti utama yang perlu ada pada pemimpin-pemimpin UMNO? Kualiti hanya datang dengan amalan dan hanya akan datang apabila ahli UMNO mentaati perintah Allah. Kualiti tidak datang dengan berceramah tentang kualiti atau membaca buku yang menerangkan secara terperinci mengenai kualiti yang baik. Kualiti yang baik adalah anugerah Allah dan Allah hanya akan menganugerahkan kualiti yang baik kepada ahli UMNO apabila ahli UMNO mentaati perintah Allah yang utama. Salah satu kualiti yang amat penting perlu ada pada pemimpin-pemimpin UMNO adalah taqwa. Taqwa hanya akan diperolehi oleh ahli UMNO apabila ahli UMNO menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran, menjaga solat lima waktu, membayar zakat atau membelanjakan harta di jalan Allah. Adakah semua pemimpin UMNO mentaati perintah Allah yang utama ini? Adalah sangat baik sekiranya ahli UMNO mentaati salah satu daripada perintah Allah yang telah di sebutkan. Pada pandangan saya, dalam pemilihan UMNO yang akan di adakan pada Oktober ini, ahli-ahli UMNO perlu memilih hanya mereka yang melaksanakan solat lima waktu untuk menjadi pemimpin dalam UMNO.
Adakah ahli-ahli UMNO mentaati perintah Allah yang utama iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w? Adakah ahli-ahli UMNO mentaati perintah Allah yang kedua iaitu melaksanakan solat lima waktu setiap hari? Adakah ahli-ahli UMNO mentaati perintah Allah yang ketiga iaitu membayar zakat dan adakah ahli-ahli UMNO membelanjakan sebahagian harta yang di berikan oleh Allah di jalan Allah? Sekiranya ahli-ahli UMNO tidak menjalankan perintah Allah seperti yang di nyatakan, pada pendapat saya tiada walaupun seorang ahli-ahli UMNO yang mempunyai taqwa dan tidak layak untuk menjadi pemimpin-pemimpin UMNO. Apabila pemimpin UMNO tidak mempunyai taqwa maka UMNO akan hanya menjadi satu parti yang di penuhi dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya yang tidak bertaqwa tetapi mencintai selain Allah di dalam hati mereka. Adakah boleh untuk mempunyai pemimpin yang taqwa di dalam UMNO? Sudah tentu mustahil untuk memperolehi seorang pemimpin yang taqwa di dalam UMNO kerana kerja yang di lakukan oleh ahli-ahli UMNO tidak membuatkan mereka menjadi taqwa. Pada pendapat saya, sekiranya UMNO mahu kekal relevan dan hidup di dunia ini, mereka seharusnya membawa masuk ke dalam UMNO pemimpin yang taqwa. Adakah ia mungkin akan membawa pemimpin yang bertaqwa ke dalam UMNO? Adakah masih wujud seseorang yang bertaqwa di dunia ini? Pada pendapat saya, adalah tidak benar bahawa UMNO akan terpadam daripada dunia ini kerana UMNO mempunyai pemimpin yang telah tua. Pada pendapat saya, UMNO akan menjadi tua dan akhirnya akan mati kerana tiada walaupun seorang di dalam UMNO yang mempunyai kualiti taqwa. Cinta terhadap kekayaan dan harta dunia telah menjadi punca ahli-ahli UMNO melanggar perintah Allah dan inilah juga penyebab UMNO menjadi tua dan akhirnya menjadikan UMNO hilang di dunia ini.
Prof Dr Nasoha Saabin
Integrative Holistic Wellness Centre
No 11, Jalan 13,Taman Gombak,
Batu Caves, Gombak, Selangor