Kebenaran

KEBENARAN

Apakah yang benar? Ramai yang percaya terdapat banyak kebenaran tetapi hakikatnya hanya satu sahaja kebenaran. Apakah satu yang benar?  Satu yang benar adalah TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH. Selain dari Allah adalah bukan tuhan dan mempercayai  terdapat tuhan selain Allah adalah kepercayaan yang sangat salah. Tiada tuhan selain Allah adalah satu perkataan yang benar dan mempercayai bahawa tiada tuhan melainkan Allah adalah kepercayaan yang sangat benar. Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah adalah juga perkataan yang sangat benar dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah adalah kepercayaan yang sangat benar. Perkataan Allah adalah perkataan yang benar dan perkataan selain Allah adalah perkataan yang sangat salah. Seseorang yang mempercayai perkataan Allah adalah mempercayai yang benar dan seseorang yang mempercayai perkataan selain Allah adalah mempercayai yang tidak benar. Ramai yang percaya bahawa terdapat banyak jalan yang benar tetapi hakikatnya jalan yang benar hanya satu jalan. Yang mana satukah jalan yang benar? Jalan yang benar adalah jalan mengajak manusia kepada Allah. Terdapat banyak jalan yang salah tetapi hanya ada satu jalan yang benar. Yang manakah jalan yang salah? Jalan yang salah adalah jalan mengajak manusia kepada selain Allah. Ramai manusia berada di jalan yang salah tetapi mereka berfikir bahawa mereka mengikuti jalan yang benar malah mereka  mengajak manusia untuk mengikuti jalan yang salah yang mereka percaya inilah jalan kebenaran.

Terdapat banyak jalan yang telah dilalui oleh manusia di dunia ini tetapi jalannya adalah salah. Ramai yang tidak mengetahui yang mana satu merupakan jalan yang benar. Jika ramai manusia ikut dan mereka fikir bahawa jalan yang ramai manusia ikut adalah jalan yang benar. Terdapat banyak jalan yang salah tetapi jalan yang benar hanya satu jalan. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda; Umatku akan terpecah kepada 73 kumpulan dan hanya satu kumpulan sahaja di kalangan 73 kumpulan berada di jalan yang benar. Apabila sahabat Nabi Muhammad s.a.w  bertanya, kumpulan manakah yang mengikut jalan yang benar maka Nabi Muhammad s.a.w menjawab dengan maksud yang lebih kurang; kumpulan yang mengikut jalan yang benar adalah kumpulan yang mengikut aku dan sahabatku. Walaubagaimanapun setiap kumpulan mengatakan mereka mengikut jalan yang benar. Sebenarnya, hanya satu kumpulan sahaja yang mengikut jalan yang benar iaitu jalan yang di ikuti oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya. Jalan yang manakah di ikuti oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya? Jalannya adalah mengajak manusia kepada Allah. Allah menyatakan di dalam Quran dengan makna yang lebih kurang; Katakanlah wahai Muhammad, Inilah jalanku, jalan mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan inilah jalanku dan jalan orang yang mengikutiku. Ramai yang mengikuti jalan yang salah tetapi mereka sangat yakin dan percaya bahawa jalan yang telah mereka ikut adalah jalan kebenaran malah mereka mengajak orang lain untuk mengikut jalan mereka. Terdapat sesetengahnya memaksa orang lain untuk mengikuti jalan yang mereka percaya jalan yang benar malah sanggup membunuh orang lain yang tidak mahu mengikuti jalan mereka.

Manusia ada pilihan samaada boleh memilih jalan yang benar atau salah. Tiada sesiapa pun yang boleh memaksa orang lain untuk mengikuti jalan yang bukan pilihan mereka. Jalan kebenaran adalah jalan yang di ikuti oleh orang yang benar. Siapakah orang yang benar? Orang yang benar adalah orang yang mengamalkan perkataan Allah di dalam setiap amalannya. Perkataan Allah adalah Quran dan orang yang mengikut Quran adalah orang yang benar. Siapakah orang yang mengamalkan Quran? Siapakah orang yang amalannya adalah Quran? Nabi Muhammad s.a.w adalah orang yang mengamalkan Quran dan setiap amalan Nabi Muhammad s.a.w adalah Quran. Quran adalah perkataan Allah. Perkataan Allah adalah benar. Orang yang mengamalkan Quran adalah orang yang benar. Nabi Muhammad s.a.w adalah orang yang benar kerana setiap amalan Nabi Muhammad s.a.w adalah Quran. Sesiapa sahaja yang mahu menjadi orang benar hendaklah mengikut Nabi Muhammad s.a.w. Sunnah Nabi Muhammad s.a.w adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada seorang pun yang di dunia ini lebih memahami Quran lebih daripada Nabi Muhammad s.a.w. Quran telah di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan seseorang yang sangat memahami Quran di dunia ini tiada lain melainkan Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w mengamalkan keseluruhan Quran. Segala yang di amalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w di kenali sebagai sunnah. Sunnah adalah amalan yang mentafsirkan Quran. Maksud ayat Quran di jelaskan oleh sunnah. Quran adalah perkataan Allah. Allah adalah benar dan perkataan Allah juga benar. Sesiapa sahaja yang mengamalkan perkataan Allah di dalam kehidupannya adalah mengamalkan kebenaran. Manusia yang mengamalkan kebenaran adalah manusia yang benar. Manusia yang benar adalah Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa sahaja yang ingin menjadi manusia yang benar hendaklah mengikut Nabi Muhammad s.a.w. Sejauh mana amalan kita daripada amalan Nabi Muhammad s.a.w adalah sejauh itu juga kita daripada kebenaran. Kebenaran adalah dinilai atau di ukur dengan amalan daripada manusia yang benar atau dengan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Ramai yang percaya bahawa ramai manusia yang benar di dalam dunia ini tetapi hakikatnya terdapat hanya seorang sahaja manusia yang benar. Manusia yang benar adalah manusia yang mengamalkan segala isi kandungan Quran dan yang mengamalkan keseluruhan Quran adalah hanya Nabi Muhammad s.a.w. Segala amalan Nabi Muhammad s.a.wadalah Quran dan ini di kenali sebagai Sunnah. Seseorang yang mengamalkan sunnah adalah seseorang yang mengamalkan Quran manakala seseorang yang tidak mengamalkan sunnah maka seseorang itu tidak mengamalkan Quran. Manusia yang benar-benar manusia benar adalah Nabi Muhammad s.a.w  dan sesiapa sahaja yang ingin menjadi manusia benar hendaklah mengikut Nabi Muhammad s.a.w. Seseorang tidak akan menjadi manusia benar sekiranya seseorang itu tidak mahu mengikut manusia yang benar-benar manusia benar. Amalan akan menjadi amalan benar sekiranya amalan mengikut amalan Nabi Muhammad s.a.w. Sejauh mana amalan terpesong daripada kebenaran adalah di ukur dengan sejauh mana amalan terpesong daripada amalan Nabi Muhammad s.a.w. Ramai yang suka mendakwa menjadi manusia yang benar tetapi amalan adalah jauh terpesong dengan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Amalan Nabi Muhammad s.a.w adalah sebagai tanda aras kebenaran dan sesiapa sahaja mengikut amalan Nabi Muhammad s.a.w adalah mengikut yang benar. Apakah sumber kebenaran? Sumber kebenaran adalah Quran dan Sunnah. Sesiapa sahaja yang mengikut Quran dan Sunnah adalah mengikut yang benar. Sesiapa sahaja yang tidak mengikut Quran dan Sunnah adalah tidak mengikut yang benar. Ramai yang mendakwa meraka mengikut Quran tetapi apabila mereka tidak mengamalkan sunnah maka ini bermaksud mereka tidak mengikut Quran. Quran adalah perkataan Allah dan sunnah adalah amalan Quran. Sesiapa yang tidak mengamalkan sunnah adalah tidak mengamalkan Quran. Seseorang yang tidak mengamalkan Quran adalah seseorang yang tidak mengikut yang benar. Nasihat terakhir yang di berikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh manusia adalah hendaklah mengikut Quran dan sunnah atau sebaliknya manusia akan menjadi sesat daripada jalan kebenaran.

Ramai umat Islam percaya mereka berada di jalan kebenaran tetapi mereka mengamalkan banyak amalan yang bukan sunnah. Ramai ulama memperkenalkan banyak amalan yang bukan sunnah dan apabila umat Islam mengamalkan amalan bukan sunnah maka umat Islam akan menjadi sesat dari jalan kebenaran. Lazimnya, umat Islam mengikut ulama secara membuta tuli kerana mereka percaya bahawa ulama mereka mengikut sunnah. Ramai umat Islam tidak mengetahui bahawa ulama mereka sebenarnya tidak mengikut Quran dan sunnah dan sebenarnya tersesat daripada jalan kebenaran. Apabila umat Islam mengikut ulama yang telah tersesat, maka umat Islam juga menjadi sesat dari jalan kebenaran. Ramai ulama telah memperkenalkan banyak amalan-amalan yang bukan sunnah tetapi umat Islam dalam masa yang sama percaya apa sahaja amalan yang di perkenalkan oleh ulama adalah sunnah. Ramai umat Islam telah menjadi sesat daripada jalan kebenaran kerana mereka mengikut ulama secara membuta tuli. Bagaimana seseorang boleh tersesat daripada jalan kebenaran? Seseorang tidak kira samaada ulama atau bukan ulama akan menjadi sesat daripada jalan kebenaran apabila seseorang tidak mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Ulama adalah seseorang yang takut pada Allah di dalam hatinya dan oleh sebab mereka takut terhadap Allah di dalam hati mereka maka mereka memahami Quran dan Hadis. Pada zaman sekarang, umat Islam percaya ulama adalah seseorang yang belajar tentang Quran dan Hadis. Ramai umat Islam menyangka sesiapa sahaja yang belajar Quran dan Hadis sebagai ulama. Jika seseorang yang belajar tentang Quran dan Hadis tidak takut terhadap Allah (taqwa) maka Allah tidak akan memberi mereka kefahaman tentang Quran dan Hadis. Ramai yang belajar tentang Quran dan Hadis tidak dapat menjadi ulama kerana mereka tidak takut terhadap Allah(taqwa) dan mereka tidak mempunyai kefahaman Quran dan Hadis. Ramai yang mempelajari tentang Quran dan Hadis adalah bukan ulama tetapi umat Islam umumnya menganggap mereka sebagai ulama dan mengikuti mereka secara membuta tuli.

Banyak amalan yang telah di perkenalkan oleh ulama adalah bukan sunnah Nabi Muhammad s.a.w tetapi oleh kerana amalan itu datangnya dari ulama maka umat Islam percaya bahawa amalan tersebut adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat banyak amalan yang tidak di amalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w tetapi terdapat dalam hadis palsu sebagai sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Banyak hadis walaupun yang telah di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim adalah hadis palsu. Apabila umat Islam mengamalkan amalan yang bukan sunnah Nabi Muhammad s.a.w maka umat Islam akan tersesat daripada jalan kebenaran. Apakah jalan kebenaran? Jalan kebenaran adalah mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Apabila umat Islam tidak mengamalkan sunnah,  ini bermaksud umat Islam masih berada di jalan kesesatan. Ramai umat Islam percaya mereka berada di jalan kebenaran hanya apabila mereka menjadi orang Islam. Tetapi hakikatnya umat Islam benar-benar berada di jalan kebenaran hanya apabila mereka mengamalkan semua sunnah samaada fardu ataupun sunnah yang sunnat. Umat Islam pastinya tidak akan berada di jalan yang benar apabila umat Islam tidak mengamalkan sunnah yang fardu pada setiap umat Islam. Orang Islam yang hanya mengamalkan sunnah yang sunnat tetapi tidak mengamalkan sunnah yang fardu juga tersesat dari jalan yang benar. Apakah sunnah yang fardu bagi setiap umat Islam? Sunnah yang fardu bagi setiap umat Islam adalah kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Apakah sunnah yang ke dua fardu bagi setiap umat Islam? Sunnah ke dua fardu bagi setiap umat Islam adalah mengerjakan solat lima waktu. Ramai umat Islam yang menganggap bahawa seorang Islam yang baik adalah hanya mengerjakan solat lima waktu tetapi tidak mengamalkan sunnah yang fardu bagi umat Islam. Apabila umat Islam tidak membuat kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran mereka sebenarnya tidak mengamalkan sunnah yang fardu bagi umat Islam. Apabila umat Islam tidak mengamalkan sunnah yang fardu bagi umat Islam maka pastinya umat Islam telah tersesat daripada jalan kebenaran.

Apakah kerja yang benar? Terdapat banyak jenis kerja  tetapi kerja yang benar adalah adalah kerja mengajak manusia mengucapkan kalimah mulia dan mengajak mereka yang telah mengucapkan kalimah mulia untuk mentaati segala perintah Allah. Apakah kalimah mulia? Kalimah mulia adalah; Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah. Kalimah mulia adalah kalimah yang benar dan mengajak manusia kepada mengucapkan kalimah mulia adalah kerja yang benar. Seseorang hanya akan menjadi manusia benar apabila mereka membuat kerja yang benar. Apakah yang akan di perolehi  oleh seseorang yang membuat kerja yang benar? Apabila seseorang membuat kerja yang benar maka mereka akan memperolehi iman. Apakah iman? Iman hanya akan di perolehi apabila perkataan yang benar atau kalimah benar berada di dalam hati. Apabila kalimah benar berada di dalam hati seseorang maka seseorang akan menjadi manusia benar. Manusia yang benar adalah manusia yang beriman. Manusia tidak akan jadi manusia benar tanpa menjalankan kerja yang benar. Terdapat banyak kerja tetapi hanya ada satu sahaja kerja benar. Kalimah mulia adalah kalimah benar. Apabila kalimah mulia hanya adalah di mulut maka seseorang hanya menjadi seorang Islam. Seseorang hanya akan menjadi seseorang yang benar atau beriman apabila Kalimah Mulia telah masuk ke dalam hati seorang Islam. Tiada sesiapa yang boleh memasukkan Kalimah Mulia ke dalam hati seseorang melainkan Allah. Allah hanya akan memasukkan Kalimah Mulia ke dalam hati seorang Islam apabila seorang Islam menjalankan kerja benar.

Di dalam dunia ini, manusia tidak akan mendapatkan sesuatu tanpa bekerja. Di dunia manusia perlu bekerja agar memperolehi sesuatu yang manusia mahukan. Hanya Allah yang Esa boleh memberikan segala yang manusia perlukan. Apabila manusia mahu memperolehi sesuatu maka manusia perlu bekerja. Allah perintahkan manusia untuk bekerja agar manusia memperolehi apa yang di perlukan. Bukan kerja yang memberikan segala apa yang manusia perlukan tetapi Allah yang memberikan segala apa yang manusia perlukan. Manusia bekerja kerana perintah Allah dengan niat hanya untuk sukakan Allah. Dalam usaha untuk menjadi manusia benar, manusia perlukan kerja benar. Orang Islam yang tidak membuat kerja benar maka orang Islam tidak akan menjadi beriman atau manusia benar. Selain daripada kerja benar, semua kerja bermaksud untuk mendapatkan duit dan duit adalah bermaksud untuk manusia memperolehi kebendaan. Manusia hanya boleh menggunakan benda/barang semasa hidup di dunia sahaja. Manusia tidak dapat menggunakan benda/barang semasa manusia di hari akhirat. Di hari akhirat manusia perlukan amalan soleh dan bukan benda/barang. Semua kerja bermaksud untuk memperolehi kebendaan melainkan kerja benar untuk memperolehi amal soleh. Orang Islam adalah seseorang yang telah mengucapkan Kalimah Mulia. Apabila orang Islam tidak membuat kerja benar maka Kalimah Mulia tidak masuk ke dalam hati orang Islam dan mereka hanyalah seorang Islam. Apabila orang Islam meninggal dunia, maka orang Islam akan memasuki neraka sebelum masuk ke syurga. Orang Islam hanya akan memasuki syurga setelah di seksa di dalam neraka. Apabila orang Islam membuat kerja benar dengan niat untuk sukakan Allah sehingga Allah suka maka Allah akan membuat orang Islam menjadi orang beriman. Apabila orang beriman meninggal dunia maka orang beriman akan terus masuk ke dalam syurga tanpa memasuki neraka. Seseorang yang boleh masuk syurga tanpa masuk neraka adalah seseorang yang benar-benar berjaya di dunia dan hari akhiarat.

Pada masakini, hampir keseluruhan umat Islam seluruh dunia tidak membuat kerja benar. Orang Islam tidak lagi membuat kerja mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan tidak mengingatkan orang Islam tentang maksud Kalimah Mulia dan mengajak orang Islam kepada kerja benar. Semenjak hampir keseluruhan umat Islam di seluruh dunia tidak membuat kerja benar maka secara logiknya untuk percaya bahawa hampir tidak ada bagi orang Islam di seluruh dunia menjadi orang Islam yang benar.  Manusia benar tidak akan wujud atau lahir daripada bayi atau lahir daripada keturunan tetapi manusia benar akan wujud atau lahir hanya dengan kerja benar. Ramai umat Islam menunggu Imam Mahdi yang umat Islam percaya merupakan manusia benar. Sejak beberapa abad yang lalu umat Islam menunggu kedatangan Imam Mahdi yang mana umat Islam percaya boleh membuatkan keseluruhan manusia di dunia ini menjadi manusia benar. Manusia yang benar tidak akan lahir tetapi manusia yang benar akan datang dengan kerja benar. Seseorang tidak akan menjadi manusia benar tanpa membuat kerja benar. Apakah kerja benar? Kerja benar adalah mangajak manusa kepada Allah atau kerja mangajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Ramai orang Islam  masih menunggu kedatangan Imam Mahdi atau manusia benar. Manusia benar hanya akan datang apabila orang Islam membuat kerja benar.  Apakah yang di maksudkan dengan Imam Mahdi? Pada pendapat saya, Imam Mahdi bukan manusia tetapi adalah kebangkitan kerja benar atau kebangkitan sunnah yang fardu bagi umat Islam atau kebangkitan kerja mengajak  manusia kepada Allah atau kebangkitan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Apabila umat Islam membuat kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran maka hanya dengan ini sahaja akan lahir di kalangan umat Islam manusia yang benar. Apabila umat Islam tidak membuat kerja benar, umat Islam hanya akan menunggu kedatangan manusia benar atau Imam Mahdi tetapi manusia benar atau Imam Mahdi tidak akan muncul daripada umat Islam. Sejak lebih daripada 1000 tahun yang lalu, umat Islam hanya menunggu kemunculan manusia benar atau Imam Mahdi tetapi sehingga zaman kini Imam Mahdi tidak muncul dari kalangan umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi yang di hantar bagi seluruh manusia hingga hari kiamat. Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi Allah dan tiada lagi nabi yang akan di hantar oleh Allah selepas Nabi Muhammad s.a.w di dunia ini.

Seseorang akan di kenali sebagai nabi apabila seseorang menerima wahyu dari Allah s.w.t.  Dengan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w maka tiada lagi wahyu kepada manusia dan ini bermaksud selepas Nabi Muhammad s.a.w tiada lagi nabi yang akan di hantar kepada seluruh manusia. Selepas Nabi Muhammad s.a.w, Alllah mungkin menghantar Naib Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh manusia tetapi Allah tidak akan menghantar lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga hari kiamat nabi untuk seluruh manusia adalah Nabi Muhammad s.a.w. Dengan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w tiada lagi wahyu akan di berikan kepada seluruh manusia dan ini bermaksud tiada lagi perintah yang baru daripada Allah kepada seluruh manusia selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah sempurnakan wahyu kepada seluruh manusia dan ini bermaksud Allah telah sempurnakan perintah-perintah Allah dan sempurnakan nikmat-Nya terhadap manusia dan Allah telah menerima Islam sebagai agama untuk seluruh manusia.

Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
KolejUniversiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

This entry was posted in Agama, Amar Makruf Nahi Munkar, Isu Semasa and tagged . Bookmark the permalink.

4 Responses to Kebenaran

  1. “Apabila orang beriman meninggal dunia maka orang beriman akan terus masuk ke dalam syurga tanpa memasuki neraka.” Prof, harap dapat berikan dalil atau sumber untuk statement ini..

  2. Diriwayatkan dari ‘Ali Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

    اَلْمَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ، يُصْلِحُهُ اللهُ فِيْ لَيْلَةٍ.

    ‘Al-Mahdi dari keturunan kami; Ahlul Bait, Allah akan memperbaikinya dalam satu malam.’”(Musnad Ahmad (II/58, no. 645) dan Sunan Ibni Majah (II/1367)).

    Diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

    اَلْمَهْدِيُّ مِنِّي، أَجْلَى الْجَبْهَةِ، أَقْنَى اْلأَنْفِ، يَمْلأُ اْلأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجُوْرًا، يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِيْنَ.

    ‘Al-Mahdi dari keturunanku, dahinya lebar, hidungnya mancung. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan, sebagaimana bumi telah dipenuhi dengan kezhaliman dan kelaliman sebelumnya. Dia akan berkuasa selama tujuh tahun.’” (Sunan Abi Dawud, kitab al-Mahdi (XI/375, no. 4265), dan Mustadrak al-Hakim (IV/557))

    Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu anhuma, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

    اَلْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِيْ، مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ.

    ‘Al-Mahdi berasal dari Ahlul Baitku, dari keturunan Fathimah.’”(Sunan Abi Dawud (XI/373), dan Sunan Ibni Majah (II/1368))

  3. leng loi's avatar leng loi says:

    TAPAK KAKI SAIZ 9 MUAT X KT MUKE LU????

  4. panglima's avatar panglima says:

    Benar, Prof. Dr. Nasoha bin Saabin…saya banyak melakukan dosa kepada Allah dan makhluk Allah.

Leave a comment