Pada pendapat saya tafsiran hadis, mencegah mungkar dengan hati adalah membenci amalan mungkar/maksiat tetapi bukan membenci orang yang membuat mungkar/maksiat adalah tafsiran hadis yang sangat salah. Allah tidak memerintahkan umat Islam untuk membenci amalan mungkar, membenci orang yang membuat mungkar/maksiat atau membuat mungkar/maksiat. Mengapa kita mesti membenci amalan mungkar atau mencintai amalan baik? Kita tidak di perintahkan untuk membenci atau mencintai sebarang amalan atau membenci seseorang tetapi mencintai seseorang. Kita di perintahkan untuk membuat amalan baik dan tidak di perintahkan untuk membuat amalan buruk. Allah memerintahkan kita untuk mencintai seluruh manusia dan bukan membenci sesiapa. Kita di perintahkan oleh Allah untuk membuat amalan baik dan tidak membuat amalan buruk. Apabila seseorang membenci amalan buruk maka secara tidak langsung seseorang akan membenci seseorang yang membuat amalan buruk. Apabila seseorang membenci seseorang yang lain maka seseorang itu telah melanggar perintah Allah.
Allah tidak memerintahkan umat Islam untuk membenci amalan mungkar atau membenci orang yang membuat mungkar tetapi Allah memerintahkan umat Islam agar tidak membuat mungkar/maksiat dan mencegah amalan mungkar samaada dengan kuasa, percakapan atau sekurang-kurangnya dengan hati yang bermaksud membuat doa kepada Allah agar orang yang melakukan mungkar diberi oleh Allah taufiq dan hidayah untuk tidak melakukan amalan mungkar.
Pada pendapat saya, hadis ini telah menyebabkan ramai umat Islam percaya bahawa membenci amalan mungkar dan orang yang membuat mungkar adalah amalan yang mulia. Pada pendapat saya, oleh kerana umat Islam percaya bahawa membenci amalan mungkar dan membenci orang yang membuat mungkar adalah amalan mulia adalah alasan mengapa ramai umat Islam telah membenci Yahudi, Kristian dan orang Islam yang melanggar perintah Allah. Umat Islam percaya bahawa apabila mereka membenci Yahudi, Kristian dan orang Islam yang melanggar perintah Allah maka mereka telah mencegah mungkar di dalam hati mereka. Walaupun Hadis ini adalah sahih tetapi tafsiran adalah sangat salah. Siapakah yang mengajar umat Islam tafsiran hadis yang salah? Yang mengajar umat Islam adalah ulama Islam. Terdapat ramai umat Islam yang membenci Yahudi dan orang Amerika kerana percaya Yahudi dan orang Amerika adalah membuat mungkar dan apabila mereka membenci orang yang membuat mungkar maka mereka percaya telah mencegah mungkar dengan hati. Pada pendapat saya, kesilapan dalam pentafsiran hadis telah menimbulkan kebencian di dalam hati umat Islam terhadap orang bukan Islam dan orang yang melakukan mungkar.
Bagaimana ulama Islam salah mentafsirkan hadis sedangkan ulama Islam telah mempelajari Quran dan Hadis dalam jangka masa yang terlalu lama? Hadis telah salah ditafsirkan oleh ulama Islam kerana Hadis telah ditafsirkan tanpa rujukan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan Quran. Seperti yang telah saya jelaskan dalam banyak artikel saya yang lepas bahawa hadis menerangkan sunnah dan sunnah menjelaskan Quran. Sunnah adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud menjelaskan Quran. Dalam maksud lain untuk memahami Hadis perlu kepada sunnah dan Quran. Tanpa menggunakan sunnah dan Quran maka tidak boleh mentafsirkan hadis. Tafsiran hadis tanpa rujukan sunnah dan Quran akan menyebabkan tafsiran hadis yang salah. Kedua-dua sunnah dan Quran adalah sama. Quran adalah perkataan Allah dan sunnah adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w yang menjelaskan Quran. Apabila seseorang mentafsirkan hadis tanpa menggunakan Sunnah dan Quran ini bermaksud penafsirannya adalah hanya daripada akal dan pemikirannya. Seseorang hanya akan dapat memahami maksud perkataan; mencegah mungkar dengan hati apabila melihat sunnah Nabi Muhammad s.a.w dalam mencegah amalan mungkar di Taif. Apakah amalan mungkar penduduk Taif? Amalan mungkar penduduk Thaif adalah mereka tidak mengaku Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Pesuruh Allah. Semasa di Taif, Nabi Muhammad s.a.w tidak menggunakan kuasa untuk mencegah mungkar mereka kerana Allah belum memberikan kuasa pemerintahan kepada Nabi Muhammad s.a.w terhadap penduduk Taif. Oleh yang demikian, Nabi Muhammad s.a.w hanya boleh mencegah mungkar penduduk Taif dengan perkataan. Apabila Nabi Muhammad s.a.w tidak dapat mencegah mungkar penduduk Taif dengan perkataan maka Nabi Muhammad s.a.w mengambil keputusan untuk mencegah amalan mungkar penduduk Taif dengan menggunakan hati.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w mencuba untuk mencegah mungkar penduduk Taif dengan perkataan, Nabi Muhammad s.a.w di maki dan di halau oleh pemimpin Taif dan Nabi s.a.w di paksa keluar oleh pemimpin Taif agar meninggalkan Taif. Semasa meninggalkan bandar Taif, kanak-kanak telah membaling batu terhadap Nabi Muhammad s.a.w sehingga menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w mengalir darahnya. Apabila Nabi Muhammad s.a.w menyedari bahawa tidak dapat mencegah mungkar penduduk Taif dengan perkataan maka Nabi s.a.w mengambil keputusan yang lain agar dapat mencegah amalan mungkar mereka iaitu dengan hati. Adakah Nabi Muhammad s.a.w membenci atau mengutuk amalan mungkar penduduk Taif? Apakah Nabi Muhammad s.a.w lakukan setelah tidak dapat mencegah mungkar penduduk Taif dengan perkataan yang di maksudkan di dalam hadis “mencegah mungkar dengan hati”. Maksud yang sebenar daripada hadis ‘mencegah mungkar dengan hati’ adalah bukan membenci amalan mungkar atau membenci orang yang membuat mungkar. Tafsiran hadis yang benar ‘mencegah mungkar dengan hati’ adalah melakukan doa kepada Allah dengan meminta agar Allah memberikan hidayah kepada orang yang melakukan kemungkaran.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w berada agak jauh daripada bandar Taif, Nabi Muhammad s.a.w menangis dengan bercucuran air mata mengalir di pipinya dan nabi s.a.w berdoa dengan amat panjang kepada Allah dan di dalam doa nabi s.a.w meminta agar Allah memberikan hidayah kepada penduduk Taif dan keturunannya. Apabila Nabi Muhammad s.a.w tidak dapat mencegah mungkar penduduk Taif dengan dengan perkataan, nabi s.a.w tidak membenci amalan mungkar mereka atau tidak mengutuk amalan mungkar mereka tetapi sebaliknya Nabi Muhammad s.a.w berdoa kepada Allah agar penduduk Taif di berikan hidayah. Apabila di kaitkan hadis dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w maka baru dapat memahami tafsiran yang benar daripada maksud hadis ‘mencegah mungkar dengan hati’ bermaksud berdoa kepada Allah agar diberikan hidayah kepada orang yang melakukan kemungkaran. Maksud sebenar hadis bukanlah membenci atau mengutuk amalan mungkar tetapi melakukan doa agar hidayah diberikan kepada yang melakukan kemungkaran untuk tidak melakukan kemungkaran. Hadis ini adalah hadis sahih dan sangat ramai umat Islam tahu tentang hadis ini tetapi tafsiran hadis adalah sangat salah. Pada pendapat saya, salah tafsir hadis ini telah menyebabkan ramai umat Islam berfikir bahawa membenci amalan mungkar/maksiat adalah kaedah yang tepat untuk mencegah mungkar dengan hati. Pada pendapat saya, seseorang yang membenci amalan mungkar/maksiat maka secara tidak langsung juga membenci orang yang membuat mungkar/maksiat. Apabila seseorang telah membenci orang yang membuat mungkar/maksiat maka sebenarnya telah pun melanggar perintah Allah.
Apabila seseorang membenci amalan mungkar maka selepas itu seseorang akan lakukan adalah membenci orang yang melakukan kemungkaran dan seterusnya seseorang akan lakukan adalah membunuh orang yang melakukan kemungkaran. Apabila seseorang membunuh orang yang melakukan kemungkaran, syaitan akan membisikkan kepada yang membunuh bahawa kamu telah mencegah mungkar dengan kuasa dan sekiranya kamu mati dalam jalan ini, kamu mati syahid. Umat Islam yang percaya bahawa amalan membunuh orang yang melakukan kemungkaran adalah amalan mencegah mungkar dengan kuasa akan menjadi umat Islam yang di kenali di dunia ini sebagai pengganas. Umat Islam yang percaya membunuh orang yang melakukan kemungkaran adalah amalan mencegah mungkar dengan kuasa akan menamakan peperangan menentang kemungkaran sebagai jihad dan mati dalam peperangan ini sebagai syahid. Pada masa kini, terdapat ramai umat Islam yang menamakan peperangan mereka menentang Yahudi dan orang Amerika sebagai jihad dan mati dalam peperangan sebegini juga akan syahid. Umat Islam yang menyertai di dalam pergerakan sebegini sentiasa menganggap diri mereka sebagai umat Islam sejati dengan iman yang teguh. Mereka berfikir dan percaya bahawa mereka adalah umat Islam yang benar dengan iman yang kuat kepada Allah kerana mereka boleh mencegah amalan mungkar dengan kuasa. Mereka telah mentafsirkan hadis mencegah mungkar dengan kuasa adalah mengistiharkan peperangan menentang orang bukan Islam yang mereka percaya orang yang membuat mungkar dan musuh Islam. Semenjak Yahudi dan orang Amerika telah di anggap oleh ramai orang Islam sebagai orang yang membuat amalan mungkar dan musuh Islam maka ramai umat Islam yang memulakan peperangan menentang Yahudi dan Amerika sebagai Jihad dan amalan mencegah mungkar dengan kuasa dan mati di dalam peperangan ini adalah sebagai syahid.
Ramai umat Islam yang mahu mati syahid akan menyertai pergerakan sebegini, yang di kenali oleh orang Yahudi dan Amerika sebagai pergerakan pengganas. Allah tidak mengajar umat Islam untuk membenci amalan mungkar dan orang yang membuat mungkar tetapi Allah mengajar umat Islam agar tidak melakukan kemungkaran tetapi mencintai orang yang membuat kemungkaran. Apakah maksud mencintai orang yang membuat kemungkaran? Ini bermaksud mengajak orang yang membuat kemungkaran kepada kebaikan. Allah memerintahkan umat Islam mentaati perintah Allah dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Allah memerintahkan umat Islam untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam hendaklah mentafsirkan Quran dengan berdasarkan sunnah Nabi Muhammad dan bukan hanya mengunakan akal fikiran dan pengalaman. Apabila umat Islam mentafsirkan Quran dan Hadis dengan hanya menggunakan fikiran dan pengalaman mereka maka umat Islam akan tersesat daripada jalan kebenaran. Allah memerintahkan umat Islam untuk mencegah mungkar dengan kuasa atau dengan perkataan atau dengan hati. Ini juga menjelaskan di dalam hadis bahawa seseorang mencegah mungkar dengan hati akan memperolehi tahap beriman paling rendah. Apakah kemungkaran? Apabila manusia tidak mahu mengaku kewujudan Allah atau mempersekutukan Allah dengan yang lain atau mengambil tuhan selain Allah maka manusia telah melakukan kemungkaran. Semua orang bukan Islam telah melakukan kemungkaran. Apabila yang telah mengucapkan Kalimah Mulia tidak menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w maka umat Islam juga melakukan kemungkaran. Kemungkaran yang paling besar di lakukan oleh orang Islam adalah orang Islam tidak menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Allah memerintahkan umat Islam untuk mencegah mungkar dengan mengajak manusia yang melakukan kemungkaran untuk melakukan kebaikan dan bukan membenci amalan mungkar atau orang yang melakukan kemungkaran tetapi mengajak mereka kepada kebaikan.
Seseorang hanya boleh melakukan kemungkaran apabila Allah mengizinkan seseorang untuk melakukan kemungkaran. Allah akan memberi keizinan untuk melakukan kemungkaran apabila seseorang memilih untuk melakukan kemungkaran. Bagaimana untuk mencegah seseorang daripada memilih melakukan kemungkaran? Dalam usaha untuk mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran adalah mencintai seseorang tersebut dan ini bermaksud dengan mengajaknya kepada melakukan amalan baik. Apakah amalan baik? Amalan baik adalah mengucapkan Kalimah Mulia. Apabila seseorang mengucapkan Kalimah Mulia maka seseorang itu menjadi Islam tetapi Kalimah Mulia belum masuk ke dalam hatinya dan seseorang belum lagi menjadi beriman atau kekasih Allah. Dalam usaha untuk seseorang menjadi beriman dan kekasih Allah maka seseorang hendaklah membuat kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.
Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
KolejUniversiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia