Cinta & Benci – Bahagian 4

imagesApakah kebaikan? Seseorang akan di katakan membuat amalan baik apabila seseorang bersedia untuk mengucap Kalimah Mulia. Apakah Kalimah Mulia? Kalimah Mulia adalah Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah. Perkataan ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah’ juga bermaksud tiada yang boleh memberi kebaikan dan keburukan kepada manusia melainkan Allah dan ini juga bermaksud tiada yang boleh memberikan kemuliaan dan kehinaan melainkan Allah. Apakah kemungkaran? Seseorang adalah dikatakan melakukan kemungkaran apabila seseorang tidak bersedia mengucapkan Kalimah Mulia. Seseorang yang tidak bersedia mengucapkan Kalimah Mulia adalah seseorang yang telah melakukan kemungkaran dan kemungkaran hendaklah di cegah dengan mengajak kepada kebaikan atau mengajak mereka mengucapkan Kalimah Mulia. Apakah kemungkaran paling besar yang di lakukan oleh seseorang yang telah mengucapkan Kalimah Mulia? Kemungkaran paling besar yang di lakukan oleh seseorang yang mengucapkan Kalimah Mulia adalah seseorang tidak melakukan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran adalah perintah pertama dari Allah untuk di laksanakan oleh seorang yang telah mengucapkan Kalimah Mulia. Walaubagaimanapun ulama Islam percaya bahawa seseorang akan secara langsung menjadi beriman dan kekasih Allah hanya dengan mengucapkan Kalimah Mulia. Menurut ulama Islam, perintah pertama daripada Allah untuk di laksanakan oleh seseorang yang telah mengucapkan Kalimah Mulia adalah melaksanakan solat lima waktu setiap hari dan bukan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.

Pada pendapat saya, pemahaman bahawa selepas mengucapkan Kalimah Mulia, perintah pertama daripada Allah merupakan solat lima waktu setiap hari adalah salah. Pemahaman sebegini adalah bercanggah dengan Quran. Di dalam Quran, Allah memberitahu kepada Arab Badwi yang menganggap dirinya telah beriman apabila hanya mengucapkan Kalimah Mulia bahawa dirinya belum beriman tetapi hanya masuk Islam. Ini adalah jelas daripada ayat Quran bahawa seseorang belum beriman dengan hanya mengucapkan Kalimah Mulia. Dalam usaha untuk seseorang menjadi beriman selepas mengucapkan Kalimah Mulia, seseorang perlu menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah kerja menunaikan hak Kalimah Mulia. Ini adalah perintah pertama daripada Allah yang perlu di lakukan oleh setiap orang yang telah mengucapkan Kalimah Mulia. Perintah untuk menunaikan solat lima waktu setiap hari bukan perintah pertama daripada Allah tetapi perintah kedua daripada Allah. Adalah fakta yang sangat salah apabila memberitahu kepada umat Islam bahawa selepas mengucapkan Kalimah Mulia perintah pertama daripada Allah adalah solat lima waktu setiap hari. Walaubagaimanapun ulama Islam memberitahu kepada umat Islam bahawa perintah Allah selepas mengucapkan Kalimah Mulia adalah melaksanakan solat lima waktu setiap hari. Pemahaman yang salah ini telah sebati dalam jiwa ulama Islam! Pemahaman yang salah ini menyebabkan umat Islam melakukan amalan yang salah semenjak lebih 1000 tahun yang lepas. Apabila umat Islam melakukan amalan yang salah maka mereka menjadi sesat daripada jalan kebenaran. Semenjak lebih daripada 1000 tahun yang lepas, umat Islam di seluruh dunia telah tersesat daripada jalan yang benar.  Semenjak lebih daripada 1000 tahun yang lepas pemahaman yang salah telah sebati di dalam jiwa umat Islam dan kini, Allah telah memberikan petunjuk kepada umat Islam dengan pemahaman yang betul daripada Quran dan Hadis.

Perintah pertama daripada Allah untuk di kerjakan oleh seseorang yang telah mengucapkan Kalimah Mulia adalah menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Walaubagaimanapun, umat Islam telah mengabaikan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w lebih daripada 1000 tahun yang lepas. Umat Islam tidak menyedari bahawa wajib bagi mereka untuk menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Umat Islam tidak bertaubat terhadap Allah kerana telah mengabaikan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Sejak lebih 1000 tahun yang lepas salah faham ini telah wujud  di kalangan ulama Islam di seluruh dunia. Sejak lebih 1000 tahun yang lepas, umat Islam tidak menganggap kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sebagai perintah pertama daripada Allah atau perintah yang paling utama daripada Allah kepada umat Islam dan kerana ini umat Islam tidak menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Apabila semua umat Islam tidak membuat kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w  maka Allah tidak memberikan ulama dan umat Islam kefahaman daripada Quran dan Hadis.

Apabila umat Islam dan ulama tidak diberikan oleh Allah kefahaman dari Quran dan Hadis maka mereka tersesat dari jalan kebenaran. Apabila umat Islam telah menjadi sesat dari jalan kebenaran maka orang bukan Islam berfikir bahawa agama Islam adalah sama seperti amalan-amalan lain yang sesat. Apabila orang bukan Islam melihat kepada amalan kesesatan yang ada pada orang Islam maka mereka tidak menyukai Islam kerana mereka berfikir Islam adalah sama sahaja dengan amalan-amalan kesesatan yang lain. Oleh sebab lebih 1000 tahun yang lepas umat Islam telah tersesat daripada jalan kebenaran, pada pendapat saya, umat Islam hanya akan kembali kepada jalan kebenaran apabila umat Islam mula menganggap bahawa menjalankan kerja mengajak manusia kebaikan dan mencegah kemungkaran sebagai perintah pertama dan yang paling utama daripada Allah kepada umat Islam. Amalan umat Islam yang buruk telah memadamkan rupa amalan baik Nabi Muhammad s.a.w. Banyak amalan umat Islam pada masakini adalah tidak mengikuti ajaran Islam yang sebenar. Pada masakini umat Islam tidak mengikuti ajaran Islam yang sebenar kerana ulama Islam tidak mengajarkan umat Islam kefahaman yang betul daripada Quran dan Hadis.

Ulama Islam tidak mengajarkan umat Islam pemahaman yang betul daripada Quran dan Hadis kerana mereka tidak diberikan oleh Allah pemahaman yang betul daripada Quran dan Hadis. Ulama Islam tidak di berikan oleh Allah pemahaman yang betul daripada Quran dan Hadis kerana mereka tidak menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Allah tidak memberikan petunjuk kepada ulama Islam untuk menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana ulama Islam tidak menjadikan maksud hidup mereka untuk sukakan Allah. Apabila ulama Islam tidak  menjadikan maksud hidup mereka untuk sukakan Allah maka mereka tdak akan diberi oleh Allah petunjuk dan taufiq untuk menjalankan kerja mengajak  manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Apabila ulama Islam tidak menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w maka Allah tidak memberikan ulama Islam kefahaman daripada Quran dan Hadis. Apabila ulama Islam tidak memahami dengan betul iaitu Quran dan Hadis maka ulama Islam telah pun tersesat daripada jalan kebenaran. Apabila ulama Islam telah tersesat daripada jalan kebenaran maka seluruh umat Islam di seluruh dunia juga tersesat daripada jalan kebenaran.

Apabila umat Islam telah tersesat daripada jalan kebenaran maka umat Islam terpecah kepada banyak kumpulan. Nabi Muhammad s.a.w telah mengatakan di dalam Hadis yang lebih kurang maksud; Bahawa akan datang umatku akan terpecah kepada 73 kumpulan dan semua kumpulan adalah sesat melainkan satu dan apabila di tanya yang manakah adalah berada di jalan yang benar maka Nabi Muhammad s.a.w menjawab bahawa kumpulan yang berada di jalan benar adalah yang mengikut Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya. Walaubagaimanapun, semua umat Islam yang mengikuti 72 kumpulan yang sesat mendakwa bahawa mereka berada di jalan yang benar dan mereka mengikuti Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Apabila umat Islam telah tersesat daripada jalan kebenaran maka umat Islam akan mula caci mencaci antara satu sama lain. Apabila umat Islam caci mencaci antara satu sama lain maka Allah tidak melihat umat Islam dengan pandangan rahmat dan doa umat Islam tidak di kabulkan dan Allah tidak akan membantu umat Islam apabila umat Islam di serang musuh. Pada pendapat saya, inilah keadaan umat Islam di seluruh dunia pada masakini. Bagaimana untuk memulihkan Islam dan umat Islam di seluruh dunia? Pada pendapat saya, perkara pertama yang perlu di lakukan oleh semua umat Islam adalah melakukan taubat kerana umat Islam telah mengabaikan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan perkara kedua yang perlu umat Islam lakukan adalah menukar maksud hidup umat Islam daripada maksud hidup untuk memenuhi hawa nafsu kepada maksud hidup untuk sukakan Allah dengan menunaikan perintah Allah dan untuk mendapatkan cinta Allah serta keredhaan Allah.

Apabila umat Islam telah bertaubat kepada Allah kerana mengabaikan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan umat Islam mula menukarkan maksud hidup hanya untuk sukakan Allah maka dengan ini Allah akan memberikan taufiq untuk menjalankan kerja mengajak  manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sebagai kerja yang paling utama. Apabila umat Islam menjadikan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran sebagai kerja yang paling utama maka dengan ini Allah akan suka dan redha kepada umat Islam. Apabila Allah suka dan redha kepada umat Islam maka Allah akan memasukkan cinta Allah ke dalam hati umat Islam. Apabila Allah telah memasukkan cinta Allah di dalam hati umat Islam maka umat Islam akan dapat mencintai Yahudi, Amerika dan semua bangsa serta semua ciptaan Allah. Pada pendapat saya, apabila umat Islam mula mencintai Yahudi dan Amerika  serta bangsa lain di dunia maka Allah akan bagi kedamaian di dunia ini. Apabila umat Islam mula menjadi beriman maka umat Islam akan mula mengamalkan ajaran Islam yang benar dan pada masa itu, kebencian di dalam hati umat Islam akan bertukar kepada cinta dan peperangan atau keganasan di dalam dunia ini akan bertukar kepada keamanan dan kemesraan.

Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

This entry was posted in Agama, Amar Makruf Nahi Munkar, Isu Semasa, Masjid and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a comment