
Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa, agama dan bahasa. Malaysia adalah sebuah negara kecil yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia yang satu ketika dahulu di kenali sebagai Persekutuan Tanah Malayu telah mendapat kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957 dan kemudian setelah Sabah dan Sarawak serta Singapura memasuki Persekutuan Tanah Melayu pada September 1963 maka Persekutuan Tanah Melayu di tukar kepada Malaysia. Pada tahun 1965, Lee Kuan Yew telah mengambil keputusan untuk mengambil Singapura dari Malaysia untuk menjadi negara merdeka di kenali sebagai Republik Singapura. Semenjak kemerdekaan adalah menjadi harapan semua Perdana Menteri Malaysia bahawa Malaysia hendaklah menjadi sebuah negara yang bersatu dan makmur. Malaysia telah menjadi sebuah negara yang merdeka lebih daripada 56 tahun pada tahun 2013. Sepanjang 56 tahun kemerdekaan, Malaysia telah pun mempunyai 6 Perdana Menteri. Semua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada Barisan Nasional (BN). Semenjak tahun 1957, Malaysia sentiasa berada di dalam keadaan aman damai melainkan kejadian pada 13 Mei 1969, iaitu terdapat satu rusuhan kaum di antara orang melayu dan cina di Kuala Lumpur. Semasa rusuhan, terdapat lebih seribu orang melayu dan cina telah di bunuh dan kejadian itu telah menyebabkan perintah darurat di antara tahun 1969 hingga 1972. Kerajaan darurat di pimpin oleh Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-2 dan juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Dato’ Seri Najib Abdul Razak. Pada zaman pemerintahan darurat, Dasar Ekonomi Baru (DEB) mula di perkenalkan. Tujuan utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk mengagihkan kekayaan Malaysia dengan adil di antara pelbagai kaum di Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk menyusun semula pengagihan kekayaan di antara kaum cina, melayu dan india di Malaysia. Walaupun kaum cina hanya mempunyai 27% daripada penduduk Malaysia tetapi kaum cina telah menguasai lebih kurang 70% dari hasil kekayaan di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah di perkenalkan atas tujuan untuk menjadikan orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan bangsa yang majoriti di Malaysia untuk mendapat 30% daripada hasil kekayaan di Malaysia. Tetapi malangnya, sehingga pada tahun 2013 matlamat utama Dasar Ekonomi Baru atau DEB tidak pernah tercapai. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang di laksanakan oleh Barisan Nasional hanya berjaya dalam membuatkan orang Melayu dan Bumiputera memperolehi 16% daripada kekayaan di Malaysia. Dalam maksud yang sama, sehingga kini pada tahun 2013, Barisan Nasional tidak dapat menyusun semula ekonomi atau tidak dapat mengagihkan kekayaan kepada pelbagai bangsa di Malaysia. Mengapa sehingga pada hari ini, Barisan Nasional tidak dapat menyusun dan mengagihkan semula ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia? Ramai penduduk Malaysia percaya bahawa Barisan Nasional telah gagal untuk mencapai matlamat utama Dasar Ekonomi Baru kerana Kerajaan Barisan Nasional terlalu banyak rasuah, kronisme dan nepotisme di kalangan menteri-menteri melayu dan kakitangan kerajaan melayu. Apabila menteri dan kakitangan kerajaan yang melayu mengambil rasuah daripada ahli perniagaan yang berbangsa cina, matlamat untuk menjadikan orang melayu kaya telah gagal dan di sebalik ingin menjadikan orang melayu kaya, kaum cina pula telah menjadi bertambah kaya. Penyebab sebenar yang menyebabkan matlamat Dasar Ekonomi Baru gagal adalah Menteri dari kalangan orang melayu dan pegawai-pegawai kerajaan berbangsa melayu yang memulakan mengambil rasuah daripada ahli perniagaan yang berbangsa cina. Mengapa Menteri dan Pegawai Kerajaan mengambil rasuah daripada ahli perniagaan yang berbangsa cina adalah kerana Menteri dan Pegawai Kerajaan hanya orang Islam dan bukan orang beriman. Sehingga kini, di sebabkan kegagalan Dasar Ekonomi Baru maka masih banyak orang melayu dan bumiputera yang tinggal di kawasan pendalaman di Malaysia masih berada di dalam kemiskinan dan kesusahan.
Secara umumnya, orang melayu adalah petani manakala yang berpendidikan pula bekerja dengan kerajaan. Ramai orang melayu memilih untuk bekerja dengan kerajaan kerana mereka percaya apabila bekerja dengan kerajaan maka mereka akan mendapat pendapatan yang tetap. Di Malaysia, hanya sebahagian kecil sahaja di kalangan orang melayu yang menjalankan perniagaan manakala majoriti orang melayu bekerja dengan kerajaan atau menjadi petani. Pada pendapat saya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah gagal untuk mencapai matlamat kerana kebanyakan orang melayu bekerja dengan kerajaan atau sebagai petani dan hanya sedikit sahaja yang menjalankan perniagaan. Dalam keadaan begini saya fikir, orang melayu tidak akan mendapat 30% hasil dari kekayaan di bumi Malaysia. Sebagai pekerja kerajaan, orang melayu hanya memperolehi gaji maka orang melayu tidak akan menjadi kaya seperti orang cina. Sebagai petani juga orang melayu tidak akan menjadi kaya kerana sebagai petani mereka terpaksa menjual hasil tanaman mereka kepada orang tengah iaitu orang cina pada harga yang sangat rendah. Sebenarnya orang tengah iaitu orang cina yang banyak menjana kewangan hasil dari perniagaan runcit. Bagaimana mungkin boleh petani dan nelayan menjadi kaya apabila mereka terpaksa menjual hasil mereka kepada orang cina yang merupakan orang tengah pada harga yang sangat rendah. Pada pendapat saya, orang melayu di Malaysia hanya akan boleh menjadi kaya apabila orang melayu bukan hanya menjadi petani dan nelayan tetapi mereka juga menjadi orang tengah yang bukan hanya mengeluarkan hasil tetapi menjadi ahli perniagaan yang menjual sendiri hasil yang mereka perolehi kepada masyarakat.
Malangnya, semua orang tengah dalam perniagaan runcit di Malaysia adalah orang cina dan semenjak dari kemerdekaan tidak banyak yang di lakukan oleh kerajaan Malaysia tentang penguasaan orang cina di dalam perniagaan runcit. Orang cina tidak memberikan peluang kepada orang melayu dan bangsa yang lain di Malaysia untuk menjadi orang tengah di dalam perniagaan runcit. Kerajaan di bawah Barisan Nasional juga tidak menolong orang melayu dan bangsa yang lain untuk menjadi orang tengah di dalam perniagaan runcit di Malaysia. Kaum cina bukan hanya mengawal dalam perniagaan runcit tetapi kaum cina juga mengawal sistem pengangkutan dalam perniagaan runcit dan di sebabkan itu mereka dapat mengawal segala pengeluaran harga barangan di Malaysia. Apabila orang cina menguasai perniagaan runcit seperti gula, beras dan tepung di Malaysia maka secara automatik orang cina akan mengawal harga runcit di Malaysia. Apabila orang cina mengawal harga barangan runcit di Malaysia maka secara automatik orang cina akan menjadi bangsa yang kaya di Malaysia. Pada pendapat saya, orang cina boleh menjadi orang tengah di dalam barangan runcit di Malaysia kerana mereka mempunyai wang, kabel dan kenalan. Ramai orang melayu dan india tidak dapat menjadi orang tengah di dalam perniagaan runcit di Malaysia kerana mereka tidak mempunyai wang, kabel dan kenalan. Di antara sebab lain mengapa orang melayu dan orang india tidak dapat menjadi orang tengah di dalam perniagaan runcit kerana kerajaan di bawah Barisan Nasional tidak menolong kaum melayu dan kaum lain untuk menjadi orang tengah di dalam perniagaan runcit di Malaysia.
Orang tengah yang merupakan kaum cina akan menjual barangan runcit seperti beras, gula dan tepung kepada ahli perniagaan yang juga orang cina pada harga yang telah di kawal oleh orang tengah yang merupakan orang cina. Apabila harga barangan runcit di kawal oleh orang tengah maka sudah tentu orang tengah yang berbangsa cina akan menjadi kaya di Malaysia. Siapakah yang akan menjadi kaya di Malaysia? Orang yang akan menjadi kaya di Malaysia adalah mereka yang memperolehi jumlah wang yang besar daripada hasil perniagaan runcit di Malaysia. Yang kaya adalah orang tengah iaitu orang cina di dalam perniagaan barangan runcit dan ahli perniagaan cina yang menjual barangan runcit di Malaysia dan bukan orang melayu dan India yang mana bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan petani serta nelayan. Sudah semestinya orang cina akan menjadi bangsa yang paling kaya di Malaysia. Sejak merdeka sehingga kini orang cina di Malaysia merupakan bangsa paling kaya di Malaysia sementara bangsa melayu dan india serta bumiputera adalah di kalangan bangsa miskin di Malaysia. Pada pendapat saya, kerajaan di bawah Barisan Nasional telah gagal untuk memahami dan mengetahui mengapa Dasar Ekonomi Baru yang telah mereka perkenalkan pada tahun 1969 telah gagal dalam menyelesaikan masalah ketidaksamaan pengagihan kekayaan terhadap pelbagai bangsa di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru hanya bertujuan untuk membasmi kemiskinan di kalangan kaum melayu tetapi bukan untuk kaum India dan kaum lain di Malaysia. Pada pendapat saya, Dasar Ekonomi Baru hanya berjaya untuk meningkatkan bilangan orang melayu dan bumiputera menjadi profesional. Kerajaan telah berjaya dalam meningkatkan bilangan orang melayu dan bumiputera menjadi golongan profesional dengan memberikan pelajar melayu biasiswa untuk belajar dalam pelbagai kursus samaada di dalam atau luar negara.
Dengan Dasar Ekonomi Baru, kerajaan di bawah Barisan Nasional telah berjaya menghantar beribu-ribu pelajar melayu dan bumiputera untuk menyambung pelajaran mereka di luar negara dalam pelbagai bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan, optometri dan lain-lain. Apabila pelajar melayu dan bumiputera telah menamatkan pengajian mereka dan mereka kembali ke tanah air, mereka lebih memilih untuk bekerja dengan kerajaan atau syarikat swasta dan hanya sebahagian kecil sahaja yang ingin menjalankan perniagaan. Dengan kemunculan profesional dari kalangan melayu, ini hanya akan meningkatkan golongan kelas pertengahan di Malaysia tetapi pendapatan profesional dari orang melayu tidak menyumbangkan kepada peningkatan kekayaan di kalangan orang melayu dan bumiputera di Malaysia. Pada pendapat saya, bangsa melayu adalah satu bangsa yang sangat istimewa dan pada saya, adalah sangat sukar untuk menemui satu bangsa seperti bangsa melayu di atas dunia ini. Bangsa melayu sangat bertolak ansur terhadap semua bangsa di dunia ini. Pada pendapat saya, tiada satu bangsa pun di dunia ini yang sangat bertolak ansur seperti bangsa melayu. Bangsa melayu membenarkan bangsa lain tinggal bersama mereka dengan aman dan harmoni. Bangsa melayu merupakan bangsa majoriti di Malaysia dan bangsa melayu merupakan 65% bilangan penduduk di Malaysia sementara bangsa melayu hanya memegang 16% daripada kekayaan di dalam negara. Pada pendapat saya, peratusan daripada kekayaan negara perlu di pegang oleh bangsa melayu sebanyak 60% dan bukan 30% seperti yang di minta oleh pemimpin orang melayu pada masa Dasar Ekonomi Baru mula di perkenalkan pada tahun 1969. Walaupun bangsa melayu merupakan 65% daripada bilangan penduduk tetapi saya berfikir orang melayu hanya berpuas hati dengan jumlah 30% daripada kekayaan Malaysia.
Bangsa melayu pada umumnya bukan satu bangsa yang tamak. Pada pendapat saya, bangsa melayu adalah satu bangsa yang mudah berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi dari harta benda dunia. Mengapa orang melayu pada tahun 1969 hanya meminta sebanyak 30% dari kekayaan bumi Malaysia untuk di berikan kepada orang melayu, padahal mereka sepatutnya meminta sebanyak 60% perkongsian kekayaan di Malaysia? Orang melayu hanya meminta sebanyak 30% dan bukan 60% perkongsian kekayaan di Malaysia kerana pada pendapat saya, orang melayu pada waktu itu tidak pasti samaada orang melayu boleh memperolehi walaupun hanya 30% perkongsian kekayaan di Malaysia yang mana mereka perkenalkan dalam Dasar Ekonomi Baru. Pada tahun 1969, orang melayu di Malaysia sangat miskin dan sehingga kini dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, orang melayu hanya boleh memperolehi sebanyak 16% perkongsian kekayaan di Malaysia. Dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, orang melayu hanya mampu memperolehi 16% perkongsian daripada kekayaan di Malaysia. Apakah boleh peratusan perkongsian kekayaan di Malaysia di miliki oleh orang melayu pada tahun 1969? Sejak tahun 1957, hanya Barisan Nasional sahaja parti yang telah memerintah Malaysia. Semenjak tahun 1957 sehingga kini tahun 2013, Barisan Nasional tidak boleh mendapatkan 30% perkongsian kekayaan Malaysia untuk diberikan kepada orang melayu. Apa yang telah terjadi dengan UMNO dan Barisan Nasional dan apa yang tidak kena dengan Dasar Ekonomi Baru?
Saya pasti ada sesuatu yang silap dengan UMNO, Barisan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru dan jika tiada silapnya, mengapa matlamat untuk mencapai hanya 30% perkongsian kekayaan Malaysia agar di berikan kepada orang melayu melalui Dasar Ekonomi Baru gagal dalam mencapai matlamatnya pada masakini. Pada pendapat saya, Dasar Ekonomi Baru telah silap kerana, punca sebenar orang cina kaya manakala orang melayu dan India miskin adalah tidak secara betul di selidiki oleh pemimpin melayu pada waktu Dasar Ekonomi Baru di perkenalkan pada tahun 1969. Apabila punca sebenar penyakit tidak di selidiki dengan betul maka ubat untuk menyembuhkan penyakit tidak akan di laksanakan di dalam Dasar Ekonomi Baru. Apabila ubat yang sebenar untuk menyembuhkan penyakit tidak di berikan maka penyakit ketidaksamaan pengagihan kekayaan di antara pelbagai bangsa di Malaysia tidak akan mungkin sembuh sehingga hari ini. Walaupun orang melayu di Malaysia tidak dapat memperolehi walaupun hanya 30% perkongsian kekayaan di Malaysia, orang melayu masih tetapi sabar, tenang dan berpuas hati. Ini adalah alasan saya mengapa saya mengatakan bahawa bangsa melayu adalah satu bangsa yang sangat baik di dunia yang mana merupakan bangsa yang majoriti di Malaysia hanya berpuas hati memperolehi sekadar 16% perkongsian kekayaan di Malaysia. Walaupun orang melayu hanya memperolehi 16% perkongsian kekayaan Malaysia dan orang cina memperolehi 70% kekayaan Malaysia, orang melayu tidak cemburu terhadap orang cina yang merupakan penduduk minoriti tetapi memperolehi 70% daripada kekayaan Malaysia. Walaupun orang melayu memperolehi hanya 16% daripada kekayaan Malaysia, orang melayu tetap tinggal bersama orang cina dan India di Malaysia dalam keadaan aman damai dan harmoni.
Prof Dr Nasoha Saabin
Integrative Holistic Wellness Centre
No 11, Jalan 13,Taman Gombak,
Batu Caves, Gombak, Selangor