Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 5

UMNOAnwar Ibrahim sangat bijak membuatkan pemimpin PAS agar bersetuju dengan cadangannya bahawa PAS tidak bersendirian malah dapat bersama-sama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk melawan Barisan Nasional. Saya yakin dengan matlamat utama yang di gunakan oleh Anwar Ibrahim untuk meyakinkan pemimpin PAS untuk bersama Pakatan Rakyat adalah untuk membentuk gabungan parti pembangkang yang sangat kuat. Saya pasti bahawa Anwar Ibrahim telah menggunakan idea bahawa hanya gabungan parti pembangkang dapat melawan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tidak akan mempunyai kekuatan gabungan pembangkang tanpa PAS menyertai Pakatan Rakyat. Saya pasti pada mulanya PAS sangat teragak-agak untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana apabila menyertai Pakatan Rakyat in i bermakna PAS juga akan mempunyai kerjasama dengan DAP yang merupakan parti bukan Islam. Mengapa dan bagaimana PAS akhirnya boleh menyertai Pakatan Rakyat? Sebelum menyertai Pakatan Rakyat, saya mendengar bahawa pemimpin PAS pergi untuk berjumpa dan meminta nasihat daripada ulama terkenal iaitu Sheikh Yusuf Qardawi dan ulama tersebut telah menasihati pemimpin PAS bahawa dibenarkan untuk bersekutu dengan parti orang bukan Islam selagi mana tujuan bersekutu dengan parti orang bukan Islam untuk menggulingkan kerajaan zalim dan menurut pemimpin PAS, Barisan Nasional adalah kerajaan zalim. Dengan berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Sheikh Yusuf Qardawi maka PAS membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha menggulingkan Barisan Nasional yang mana PAS percaya dengan yakin bahawa Barisan Nasional adalah satu kerajaan yang sangat zalim.

Pada pendapat saya, apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat, PAS telah membuat satu kesilapan besar. Sebenarnya adalah salah kepercayaan apabila PAS bersama PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat bahawa parti pembangkang akan memenangi dan boleh melawan Barisan Nasional. Perkataan ini telah menguasai minda dan jiwa Pemimpin PAS  apabila bersama PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat. Adakah semua ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat mempunyai matlamat yang sama? Jawapannya adalah tidak. Ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama untuk membentuk gabungan parti pembangkang yang kuat. Apakah matlamat sebenar yang membuatkan ketiga-tiga parti untuk bersetuju bekerjasama antara parti? Matlamat utama bagi semua parti adalah hanya menggulingkan Barisan Nasional. Semua ketiga-tiga parti politik hanya mempunyai keinginan untuk merampas kuasa untuk memerintah Malaysia daripada Barisan Nasional dan semua daripada mereka sangat membenci UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya adalah Mursyidul Am PAS iaitu Dato’ Nik Aziz. Pada pendapat saya, pemimpin PAS bersedia untuk bersama PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat hanya kerana mereka membenci UMNO dan Barisan Nasional. Mengapa pemimpin PAS membenci UMNO dan Barisan Nasional? Apakah kesalahan yang UMNO dan Barisan Nasional telah lakukan yang mana telah membuatkan orang alim dan pemimpin beriman di dalam PAS tidak dapat memaafkan kesalahan pemimin UMNO dan Barisan Nasional?

Saya percaya para pemimpin PAS terlalu membenci terhadap UMNO dan Barisan Nasional kerana itu mereka sanggup mengabaikan fatwa ciptaan mereka yang telah di buat terhadap UMNO. Apakah fatwa yang telah mereka buat sebelum ini terhadap UMNO? Fatwanya adalah UMNO adalah parti kafir.  PAS membuat fatwa tersebut kerana UMNO bersama-sama parti bukan Islam iaitu MCA dan MIC untuk menubuhkan Parti Perikatan atau Barisan Nasional. Pada pendapat saya, Anwar Ibrahim berjaya meyakinkan pemimpin PAS untuk bersama DAP dan PKR untuk menubuhkan Pakatan Rakyat dengan idea untuk menubuhkan gabungan pembangkang yang kuat yang mana akan menang dan boleh merampas kuasa memerintah Malaysia daripada Barisan Nasional. Pada pandangan saya, Anwar Ibrahim sudah tentu telah mengatakan kepada pemimpin PAS bahawa Pakatan Rakyat sudah pasti akan memenangi PRU13 dan sudah pasti beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Walaubagaimanapun, Barisan Nasional masih memenangi PRU13. Mengapa Barisan Nasional masih menang PRU13? Barisan Nasional masih memenangi PRU13 kerana pada pandangan saya, Pakatan Rakyat belum cukup bagus untuk menjadi parti lawan kepada Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat adalah kerjasama tiga parti yang tidak mempunyai matlamat yang sama. Pakatan Rakyat bukan merupakan gabungan parti seperti Barisan Nasional dan tidak mempunyai matlamat yang teguh melainkan dengan hanya merampas kuasa untuk memerintah Malaysia daripada Barisan Nasional. Apabila Pakatan Rakyat merupakan kerjasama antara tiga parti masih tidak berupaya untuk memenangi PRU13, apatah lagi jika tiga parti itu bertanding secara sendiri terhadap Barisan Nasional. Sekiranya setiap parti daripada Pakatan Rakyat bertanding secara sendiri untuk menentang Barisan Nasional, sudah tentu Barisan Nasional akan memperolehi lebih besar kemenangan pada pilihanraya umum. Setelah 56 tahun kemerdekaan, Malaysia masih tidak mempunyai parti yang sama kekuatan seperti Barisan Nasional. Saya menjangkakan bahawa pada PRU14 nanti, Barisan Nasional akan tetap menang. Apakah yang akan terjadi kepada Malaysia sekiranya hanya Barisan Nasional sahaja yang memenangi dalam setiap PRU di Malaysia?  Sekiranya ini berlaku, maka pada pandangan saya ini adalah tidak bagus bagi Malaysia. Negara demokrasi dengan hanya satu parti sistem yang sentiasa menang dalam setiap PRU adalah amalan tidak sihat bagi negara. Negara demokrasi dengan hanya satu parti sistem yang sentiasa menang dalam setiap PRU dan memerintah negara akan banyak di jangkiti dengan penyakit rasuah, kronisme dan nepotisme.

Ramai rakyat Malaysia percaya bahawa Barisan Nasional adalah satu parti yang penuh dengan rasuah, kronisme dan nepotisme. Terdapat banyak bukti yang menyokong tuduhan tersebut. Pada pandangan saya, negara demokrasi dengan satu parti sistem adalah tidak bagus kerana ini akan menyebabkan meningkatnya amalan rasuah, nepotisme dan kronisme seperti yang telah berlaku di Malaysia. Apabila amalan rasuah, nepotisme dan kronisme sentiasa berlaku maka Malaysia akan menjadi satu negara yang hanya mempunyai golongan kaya yang minoriti manakala orang miskin merupakan golongan yang majoriti. Saya percaya rakyat tidak mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai golongan kaya yang minoriti manakala orang miskin merupakan golongan yang majoriti. Apakah kaedah yang terbaik dan sistem yang sesuai bagi Malaysia? Apakah cara terbaik untuk masa hadapan Malaysia dalam sistem politik? Apabila mustahil dan tidak sesuai bagi Malaysia mempunyai negara demokrasi dengan dua parti sistem seperti Amerika Syarikat dan juga apabila mustahil dan tidak sesuai bagi Malaysia untuk mempunyai negara demokrasi dengan satu parti sistem seperti di China maka apakah sistem yang paling sesuai dan mungkin untuk di amalkan di Malaysia?

Mengapa Malaysia tidak sesuai mengikuti sistem politik demokrasi yang sama dengan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia? Sebenarnya adalah mustahil bagi Malaysia untuk mengikuti sistem politik demokrasi yang sama dengan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia kerana masyarakat yang ada di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia tidak sama seperti masyarakat di Malaysia. Adalah tidak sesuai dan mustahil kerana keadaan dan situasi masyarakat adalah tidak sama dengan keadaan dan situasi masyarakat di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Masyarakat di semua negara tersebut adalah terdiri daripada bangsa yang sama, bahasa yang sama, dan agama yang sama serta tinggal dengan budaya yang sama. Walaupun orang Afrika di Amerika Syarikat mempunyai warna kulit hitam yang dahulunya Islam serta bercakap dalam bahasa yang berbeza dan budaya yang berbeza daripada orang Amerika yang berkulit putih tetapi kebanyakkannya pada masakini mereka telah menjadi kristian, bercakap dalam bahasa Inggeris dan setengahnya telah lupa bahasanya sendiri dan telah mengambil budaya yang sama seperti orang kulit putih yang tinggal di Amerika, United Kingdim dan Australia.

Kini sekiranya kita melihat keadaan dan situasi masyarakat kita di Malaysia sebenarnya terlalu besar perbezaan masyarakat yang terdapat di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Bagaimana keadaan dan situasi pelbagai bangsa yang wujud di Malaysia? Di Malaysia, walaupun ramai orang cina dan India yang lahir di Malaysia tetapi mereka tidak mengetahui untuk bercakap dalam bahasa Melayu dan tidak memahami budaya bangsa Melayu. Di Malaysia, majoriti orang cina adalah beragama Budha atau Kristian manakala majoriti orang India pula beragama hindu atau Kristian sementara semua orang melayu adalah beragama Islam. Hanya terlalu sedikit sahaja orang cina dan India yang beragama Islam di Malaysia. Di Malaysia semua tiga bangsa utama ini masih berpegang teguh dengan budaya mereka sendiri. Dengan tiga perbezaan besar bagi bangsa yang tinggal di Malaysia mempunyai perbezaan bahasa, budaya dan agama, pada pandangan saya, adalah tidak sesuai dan mustahil untuk mempunyai negara demokrasi yang mengamalkan dua parti sistem sepertimana yang berlaku di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Pada pandangan saya, kita tidak akan berjaya untuk menjadi sebuah negara yang stabil, sejahtera dan harmoni apabila kita cuba untuk menjadi sebuah negara demokrasi dengan dua parti sistem seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Pada pendapat saya, Malaysia hanya akan menjadi sebuah negara yang stabil, sejahtera dan harmoni apabila Malaysia di bawah pemerintahan satu parti politik yang mana sama dengan Barisan Nasional tetapi bebas daripada amalan rasuah, nepotisme dan kronisme.

Sepertimana semua orang mengetahui bahawa Pakatan Rakyat telah tewas dan Barisan Nasional adalah parti yang telah memenangi PRU13 yang lepas. Anwar Ibrahim yang merupakan pemimpin Pakatan Rakyat adalah sangat yakin bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi dalam PRU13 dan beliau akan dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anwar Ibrahim telah mengumumkan kepada orang ramai bahawa beliau akan bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam PRU13. Pada pukul 6 petang, 5 Mei 2013, Anwar Ibrahim dengan penuh keyakinan telah mengistiharkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat telah memenangi PRU13. Sangat memalukan bagi Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat apabila keputusan sebenar PRU13 apabila secara rasmi di umumkan oleh SPR pada pukul 2 pagi, 6 Mei 2013, pemenang bagi PRU13 adalah Barisan Nasional dan bukan Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim tidak dapat menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat telah kalah dalam PRU13 dan dia berkelakuan seperti orang gila iaitu dengan segera mengumumkan kepada orang ramai bahawa keputusan PRU13 adalah batal dan tidak sah. Anwar Ibrahim percaya bahawa sebenarnya Pakatan Rakyat telah memenangi PRU13 tetapi Barisan Nasional telah menipu dan menukar keputusan.

Di sebalik menerima kekalahan Pakatan Rakyat pada PRU13, Anwar Ibrahim telah menyalahkan SPR tidak melakukan kerja dalam mencegah amalan menipu Barisan Nasional. Anwar Ibrahim mendakwa Barisan Nasional telah memenangi PRU13 kerana amalan menipu. Anwar Ibrahim mendakwa bahawa Barisan Nasional dengan kerjasama dari SPR telah membawa ramai pengundi haram ke negara ini dengan tujuan untuk mengundi Barisan Nasional. Walaupun tiada bukti yang menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah membawa ramai pengundi haram untuk masuk ke dalam negara dengan tujuan mengundi Barisan Nasional tetapi Anwar Ibrahim terus menghasut dengan persepsi palsu terhadap Barisan Nasional di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia. Apakah persepsi palsu yang mana Anwar Ibrahim cuba untuk masukkan ke dalam pemikiran, terutamanya golongan belia? Anwar Ibrahim cuba untuk menjadikan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia untuk percaya bahawa Barisan Nasional telah memenangi PRU13 dengan sebab amalan menipu. Pada masa artikel ini di tulis, Anwar Ibrahim masih terus menghasut dengan persepsi palsu terhadap Barisan Nasional di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia dengan menganjurkan perhimpunan besar-besaran daripada beratus ribu orang yang hadir di beberapa stadium seluruh Malaysia. Anwar Ibrahim memberi ceramah berapi-api yang mana Anwar Ibrahim berharap dengan ceramahnya akan merangsang terutamanya golongan belia untuk mempunyai pandangan buruk terhadap Barisan Nasional. Allah telah memberikan Anwar Ibrahim kebolehan untuk memberi ceramah berapi-api walaupun tanpa fakta atau bukti sebenar dan dengan ayat yang menipu yang hanya boleh menyemarakkan dan merangsang sentimen kebencian di dalam hati dan pemikiran terutamanya golongan belia terhadap Barisan Nasional. Apabila tahap kebencian yang ada di kalangan belia terhadap Barisan Nasional telah sampai ke tahap kemuncak maka Anwar Ibrahim berharap untuk membawa golongan belia ke jalan raya untuk berdemonstasi dan dengan adanya demonstrasi jalanan maka Anwar Ibrahim berharap dapat menimbulkan huru-hara dan ketidakstabilan di dalam negara dan dengan huru-hara dan ketidakstabilan di dalam negara maka Anwar Ibrahim berharap akhirnya untuk menggulingkan kerajaan yang di pilih secara sah. Apabila kerajaan yang di pilih secara sah dapat digulingkan maka Anwar Ibrahim berharap orang ramai secara sebulat suara akan memilih beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mengapa Anwar Ibrahim begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU13? Anwar Ibrahim begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi PRU13 kerana apabila beliau pergi untuk berkempen dalam PRU13 di seluruh negara, Anwar Ibrahim melihat beratus ribu orang datang untuk mendengar ceramahnya. Sebenarnya dengan kehadiran beratus ribu orang yang bersedia untuk mendengar ceramah politik Anwar Ibrahim bukanlah bermaksud mereka semua menyokong Anwar Ibrahim pada PRU13 tetapi Anwar Ibrahim telah tersilap tafsir  dengan kehadiran beratus ribu orang yang datang untuk mendengar ceramah politiknya sebagai satu petanda bahawa Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU13. Malangnya pada PRU13 yang lepas,  Pakatan Rakyat telah kalah lagi terhadap Barisan Nasional. Pakatan Rakyat hanya menang 89 kerusi dan hanya boleh mentadbir tiga negeri sahaja daripada 14 buah negeri yang ada di Malaysia. Dengan melihat kepada keputusan PRU13 yang lepas, jumlah pengundi Pakatan Rakyat telah meningkat secara mendadak yang mana di jangkakan daripada belia yang merupakan pengundi baru dan pengundi yang telah mempunyai fikiran dalam agama. Peningkatan jumlah pengundi Pakatan Rakyat adalah juga di jangkakan datang daripada orang cina yang tinggal di kawasan bandar yang mana percaya bahawa INI KALILAH! Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia.

Dalam PRU13 yang lepas, bilangan orang yang mengundi Pakatan Rakyat juga meningkat secara mendadak terutamanya di Kelantan dan Terengganu yang mana ramai percaya datang daripada golongan belia yang bekerja dan menetap di Kuala Lumpur, Penang dan Singapura dan pada masa PRU13 mereka pulang ke kampung halaman di Kelantan dan Terengganu untuk mengundi. Golongan belia yang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur, Penang dan Singapura telah menjadi lebih Islamik kerana mereka mendengar ceramah yang telah di berikan oleh ramai ulama seperti Ustaz Azhar Idrus dan ahli Jemaah Tabligh. Orang yang tinggal di kawasan pedalaman dan kampung yang tidak terdedah kepada ceramah yang diberikan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Azhar Idrus adalah masih kuat menjadi pengundi dan menyokong Barisan Nasional. Anwar Ibrahim dan Ustaz Azhar Idrus adalah penceramah terkenal yang boleh mengumpulkan bilangan orang dengan jumlah yang sangat besar untuk datang mendengar ceramah. Apabila Anwar Ibrahim dan Ustaz Azhar Idrus memberi ceramah,  terdapat beratus ribu orang bersedia untuk mendengar ceramah dan kedua-dua mereka iaitu Anwar Ibrahim dan Ustaz Azhar Idrus telah mengajak rakyat Malaysia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ustaz Azhar Idrus telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa mengundi Barisan Nasional akan menjadikan seseorang itu kafir dan kemudian akan masuk ke dalam neraka. Ustaz Azhar Idrus juga menasihati rakyat Malaysia untuk mengundi Pakatan Rakyat dan bukan Barisan Nasional jika mereka tidak mahu masuk ke neraka. Walaupun Ustaz Azhar Idrus sebenarnya telah menipu orang ramai apabila memberitahu orang ramai bahawa akan masuk neraka jika mengundi Barisan Nasional tetapi saya percaya tiada walaupun seorang di kalangan yang mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus menyedari bahawa mereka telah di tipu malah ramai yang telah mempercayai Ustaz Azhar Idrus memberitahu tentang kebenaran dan oleh yang demikian ramai dari kalangan belia percaya bahawa mengundi Barisan Nasional akan membuatkan seseorang itu masuk neraka. Saya amat yakin ramai belia yang mendengar nasihat Ustaz Azhar Idrus telah mengundi PAS dan bukan Barisan Nasional. Mengapa belia percaya dengan nasihat Ustaz Azhar Idrus kerana mereka percaya bahawa Ustaz Azhar Idrus adalah ulama dan sebagai seorang ulama ramai yang percaya Ustaz Azhar Idrus memberitahu tentang kebenaran. Ramai belia melayu pada PRU13 yang lepas telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat dan bukan UMNO daripada Barisan Nasional. Ramai belia melayu mahu Islam tertegak dan mereka percaya apabila mengundi parti Islam seperti PAS di dalam Pakatan Rakyat maka mereka menyokong Islam. Ramai golongan belia percaya apabila mereka menyokong Islam, maka tiada lagi rasuah, nepotisme dan kronisme di Malaysia. Saya percaya dengan banyak ceramah yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus dan ustaz-ustaz serta ahli jemaah Tabligh telah menjadikan ramai orang melayu di Malaysia telah mula berfikiran Islam dan mereka telah menukar arah untuk menyokong Islam dan kerana mereka mahukan Islam, pada PRU13 mereka telah pun pergi mengundi untuk PAS dan bukan untuk parti UMNO.

Prof Dr Nasoha Saabin
Integrative Holistic Wellness Centre
No 11, Jalan 13,Taman Gombak,
Batu Caves, Gombak, Selangor

This entry was posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a comment