Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 6

UMNO

Saya berpendapat bahawa kemungkinan besar ramai orangmelayu terutamanya golongan belia telah berfikiran agama setelah mendengar banyak ceramah yang telah di berikan oleh Ustaz Azhar Idrus dan ustaz-ustaz lain di tambah dengan kerja yang di lakukan oleh ahli Jemaah Tabligh. Pada pendapat saya, orang melayu lebih berfikiran ke arah agama pada PRU13 telah mengundi untuk Pakatan Rakyat yang mana sebelumnya mereka telah mengundi Barisan Nasional. Saya percaya ramai orang cina dan golongan belia kaum cina juga telah mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lepas kerana mereka mahu satu kerajaan yang lebih mengutamakan kaum cina dan kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme. Saya berfikir bahawa PRU13 yang lepas, ramai orang cina yang telah mengundi DAP daripada mengundi MCA kerana mereka percaya bahawa DAP lebih mewakili mereka berbanding MCA di dalam kerajaan dan mereka percaya dengan janji yang telah di buat oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim bahawa INI KALILAH! Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional. Ramai orang cina sangat yakin bahawa INI KALILAH! Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional. Pandangan saya adalah ramai orang cina tidak berasa puas hati dengan keputusan PRU13 kerana mereka tidak menjangkakan bahawa Barisan Nasional masih dapat memenangi pilihanraya umum. Untuk mengelakkan daripada di salahkan oleh orang cina kerana kekalahan Pakatan Rakyat, dengan pantas selepas keputusan PRU13 di umumkan, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang mendakwa bahawa keputusan PRU13 adalah tidak sah dan batal. Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menyalahkan SPR sebagai satu badan yang tidak mempunyai integriti kerana SPR membolehkan Barisan Nasional menang dalam PRU13 dengan amalan menipu.

Jadi… Apakah hala tuju untuk Malaysia? Pada pandangan saya, satu-satunya jalan penyelesaian bagi Malaysia adalah menjadi negara demokrasi dengan satu parti sistem tetapi tanpa mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme. Adakah mungkin boleh di capai oleh rakyat Malaysia? Sebuah negara demokrasi dengan satu parti sistem sebenarnya tidak mempunyai kekuatan  dalam keseimbangan sistem jika hendak di bandingkan dengan negara demokrasi yang mempunyai dua parti sistem. Sebuah negara demokrasi yang mempunyai satu parti sistem sudah pasti akan menuju kearah amalan rasuah, nepotisme dan kronisme. Satu contoh pada masakini adalah seperti negara China yang mengamalkan sistem komunis dengan satu parti sistem. Malaysia bukan satu negara yang mengamalkan sistem komunis tetapi satu negara yang mengamalkan demokrasi dengan kehadiran banyak parti dan di setiap pilihanraya umum yang di kendalikan dengan keadilan serta ketelusan di negara ini maka hanya satu parti sahaja yang sentiasa memenangi pilihanraya umum. Sistem ini telah di jalankan dengan baik di Malaysia selama 56 tahun dan pada pandangan saya, ini juga boleh di guna pakai untuk masa hadapan dengan syarat Barisan Nasional, terutamanya UMNO perlu menjalani proses transformasi atau seperti yang di cadangkan iaitu “Negara demokrasi dengan satu parti sistem tanpa amalan rasuah, nepotisme dan kronisme di dalam parti” dan jika sekiranya tidak berlaku maka idea ini akan di salah anggap manakala Malaysia akan menuju kekacauan dan kemusnahan. Sebenarnya selama 56 tahun, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan satu parti sistem dengan berleluasa amalan rasuah, nepotisme dan kronisme. Sekiranya UMNO atau Barisan Nasional tidak membuat transformasi kepada pendekatan baru, dasar-dasar yang baru, idea baru dan keterampilan yang baru yang mana lebih menarik minat terhadap majoriti rakyat Malaysia maka dengan ini saya percaya pada masa hadapan di mana UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi menjadi relevan di Malaysia dan di hati rakyat Malaysia. Apabila UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi menjadi relevan kepada Malaysia dan rakyat Malaysia maka UMNO dan Barisan Nasional sudah pasti akan hilang daripada arus perdana sistem politik di Malaysia dan akan datang hanya akan di rekodkan di dalam sejarah Malaysia sebagai satu parti politik yang pernah memerintah Malaysia selama 56 tahun. Untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional menjadi relevan kepada Malaysia dan rakyat Malaysia maka UMNO dan Barisan Nasional hendaklah membuat perubahan dan sanggup menerima perubahan baru yang perlu di buat di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Sebenarnya memang sangat sukar bagi ramai manusia untuk melakukan perubahan dan menerima serta menyesuaikan diri dengan perubahan dan sekiranya UMNO dan Barisan Nasional tidak bersedia melakukannya maka UMNO dan Barisan Nasional tidak akan boleh kekal dan hidup subur di Malaysia dan rakyat Malaysia.

Dalam usaha untuk UMNO dan Barisan Nasional menjadi relevan di Malaysia, pemimpin dan ahli UMNO dan Barisan Nasional hendaklah bekerja keras untuk menunaikan keinginan bangsa majoriti  di Malaysia. Bangsa apakah yang merupakan bangsa majoriti di Malaysia?  Majoriti bangsa di Malaysia adalah bangsa melayu. Semua bangsa melayu adalah beragama Islam. Adakah terdapat bangsa melayu di Malaysia yang tidak Islam? Menurut perlembagaan Malaysia, orang melayu adalah mereka yang bercakap melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya melayu. Menurut perlembagaan Malaysia seseorang yang bercakap melayu, mengamalkan budaya melayu tetapi tidak Islam maka mereka adalah bukan bangsa melayu. Sama juga dengan seseorang Islam tetapi tidak bercakap melayu dan tidak mengamalkan budaya melayu juga bukan bangsa melayu di Malaysia. Seseorang yang tidak bercakap melayu dan tidak mengamalkan budaya melayu dan tidak beragama Islam adalah bukan melayu di Malaysia. UMNO adalah parti bangsa melayu dan bangsa melayu adalah mereka yang bercakap melayu, budaya melayu dan beragama Islam. UMNO merupakan parti utama dalam Barisan Nasional dan parti yang mewakili bangsa melayu yang merupakan bangsa majoriti di Malaysia. Maka dengan ini tidak bolehkah keinginan bangsa majoriti iaitu melayu juga menjadi keinginan UMNO dan Barisan Nasional?

Apabila keinginan UMNO dan Barisan Nasional selari dengan keinginan bangsa majoriti iaitu bangsa melayu maka dengan ini hanya UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang akan menjadi relevan terhadap bangsa melayu di Malaysia. Apabila UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang menjadi relevan kepada bangsa melayu di Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional  sahaja parti yang akan menjadi parti utama yang dapat mewakili bangsa melayu dan parti yang akan memenangi dalam setiap pilihanraya umum di Malaysia dan parti selamanya mentadbir Malaysia. Apakah keinginan bangsa melayu pada masakini di Malaysia? Adakah UMNO dan Barisan Nasional benar-benar mengetahui keinginan dan hasrat bangsa melayu pada masakini? Adakah UMNO dan Barisan Nasional masih berfikir bahawa keinginan dan hasrat bangsa melayu pada masakini adalah tetap sama keinginan dan hasrat pada waktu UMNO mula di tubuhkan pada tahun 1948? Pada pandangan saya, keinginan dan hasrat bangsa melayu di Malaysia tidak lagi sama seperti keinginan dan hasrat bangsa melayu pada masa UMNO mula di tubuhkan pada tahun 1948. Pada waktu itu, keinginan majoriti orang melayu adalah hanya mahu keluar daripada garis kemiskinan dan kemunduran. Pada pandangan saya, keinginan orang melayu yang merupakan bangsa majoriti masakini bukan lagi untuk keluar dari garis kemiskinan dan kemunduran tetapi mahu keluar dari amalan rasuah, nepotisme dan kronisme dan ingin menjadi lebih Islamik. Pada zaman ini, orang melayu menjadi lebih islamik berbanding orang melayu pada waktu permulaan UMNO di tubuhkan iaitu pada tahun 1946. Kini ramai orang melayu mahu kerajaan yang lebih telus dan mampu menangani sebarang isu dengan lebih adil tanpa mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme.

Terdapat ramai orang melayu lebih cenderung untuk mempercayai bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah parti yang mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme. Dalam usaha untuk UMNO dan Barisan Nasional kekal menjadi lebih relevan kepada orang melayu di Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional hendaklah kelihatan di mata orang melayu sebagai sebuah parti yang tidak mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme. UMNO dan Barisan Nasional hendaklah kelihatan di mata orang melayu sebagai sebuah parti yang lebih Islamik berbanding PAS dan sebuah parti yang tidak mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme. Apabila UMNO mula di tubuhkan dalam tahun 1948, ramai orang melayu pada waktu itu hanya mahukan kekayaan harta benda dan ramai orang melayu pada waktu itu tidak mahu mengamalkan ajaran Islam tetapi pada masakini terdapat ramai orang melayu yang mahukan Islam di sebalik hanya mahukan kekayaan harta dan benda. Mengapa terdapat ramai orang melayu yang mahu mengamalkan ajaran Islam di Malaysia pada masakini? Saya percaya telah ramai orang melayu yang ingin mengamalkan ajaran Islam di Malaysia kerana terdapat kerja yang mengajak orang melayu untuk mengamalkan ajaran Islam semenjak tahun 1974 iaitu kerja jemaah tabligh. Di sebabkan oleh kewujudan kerja mengajak orang melayu kepada mengamalkan ajaran Islam maka ramai orang melayu di Malaysia telah mula mengamalkan ajaran Islam dan ramai juga orang melayu yang mahukan kerajaan yang mengamalkan ajaran Islam. Apabila terdapat ramai orang melayu yang mahu mengamalkan Islam maka kesannya adalah ramai orang melayu yang percaya bahawa amalan rasuah, nepotisme dan kronisme hendaklah di hapuskan daripada parti yang memerintah Malaysia. Pada pandangan saya, orang melayu samaada yang tinggal di kampung atau bandar tetapi telah mula mengamalkan Islam dan mahu mempunyai satu kerajaan yang mengamalkan Islam telah mengundi PAS pada PRU13 yang lepas. Orang melayu yang tidak suka kerajaan Barisan Nasional kerana amalan rasuah, nepotisme dan kronisme telah mengundi PKR pada PRU13 yang lepas sementara orang cina yang mahu kerajaan di tukar dan tidak suka kepada kerajaan Barisan Nasional kerana mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme pada pandangan saya mereka telah mengundi DAP atau PKR atau PAS dan bukan Barisan Nasional. Siapakah yang anda fikir telah mengundi Barisan Nasional pada PRU13 yang lepas? Pandangan saya bahawa orang melayu dan Bumiputera yang tinggal di kampung atau bandar tetapi mahu kerajaan yang mana boleh membawa mereka keluar daripada kemiskinan dan kemunduran telah mengundi UMNO atau Barisan Nasional. Pandangan saya juga, orang melayu yang tinggal di kawasan kampung dan bumiputera yang tinggal di Sabah dan Sarawak yang berkeinginan yang sama seperti orang melayu pada tahun permulaan UMNO di tubuhkan iaitu 1946 telah memilih untuk mengundi UMNO dan Barisan Nasional. Bilakah UMNO di tubuhkan? UMNO telah di tubuhkan 67 tahun yang lepas.  Apakah harapan dan keinginan UMNO 67 tahun yang lepas? Keinginan UMNO pada 67 tahun yang lepas adalah hanya mahu membasmi kemiskinan dan kemunduran orang melayu dan Bumiputera dan juga membangunkan Malaysia untuk menjadi negara maju dan sejahtera.

Malaysia akan menjadi negara dunia ketiga apabila tiada aman damai dan kestabilan di Malaysia. Pada pendapat saya, apabila tiada aman damai dan kestabilan di Malaysia, orang yang kaya dari kalangan cina, india dan melayu akan berpindah ke Singapura, United Kingdom, China, Amerika, Kanada, Australia atau India. Manakala orang miskin dari kalangan bangsa melayu, cina dan india pula tidak boleh pergi kemana-mana melainkan terpaksa tinggal di Malaysia. Dalam usaha untuk memastikan Malaysia sentiasa aman damai dan sejahtera, orang melayu dalam UMNO dan Barisan Nasional hendaklah memperbaharui UMNO dan Barisan Nasional bagi memastikan mereka masih kekal relevan kepada Malaysia dan masih tetap memerintah Malaysia. Bagaimana untuk memastikan Malaysia akan tetap kekal di bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional? Dalam usaha untuk memastikan Malaysia tetap kekal di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional maka UMNO dan Barisan Nasional hendaklah melakukan perubahan dan keinginan UMNO dan Barisan Nasional hendaklah sentiasa selari dengan keinginan majoriti orang melayu dan juga dengan keinginan rakyat Malaysia umumnya.

Kesimpulannya, UMNO dan Barisan Nasional hendaklah bekerja keras untuk menunaikan keinginan majoriti orang melayu dan juga keinginan seluruh rakyat Malaysia. Keinginan majoriti orang melayu dan majoriti rakyat Malaysia hendaklah kini menjadi keinginan UMNO dan Barisan Nasional. Pada pandangan saya, UMNO hendaklah menjadi lebih Islam berbanding PAS dan UMNO hendaklah mengambil tanggungjawab di dalam memastikan orang melayu di dalam UMNO dan orang melayu di seluruh Malaysia serta umat Islam di dalam Malaysia mentaati segala perintah Allah. Pada pandangan saya, UMNO hendaklah mengambil tanggungjawab untuk mengajak orang bukan Islam di Malaysia  untuk masuk Islam. Apabila orang melayu di dalam UMNO, orang melayu di Malaysia dan semua umat Islam di Malaysia telah menjadi beriman maka semua orang melayu dan umat Islam di Malaysia tidak akan mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme. Apabila orang melayu dan semua umat Islam di Malaysia tidak mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme maka dengan sendirinya semua orang melayu di dalam UMNO dan Barisan Nasional tidak mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme. Selain UMNO menjadi lebih Islam berbanding PAS, UMNO dan Barisan Nasional hendaklah sentiasa memastikan orang melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya bebas daripada kemiskinan dan kemunduran dan UMNO dan Barisan Nasional hendaklah tetap menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai dan sejahtera. Apabila UMNO dan Barisan Nasional bersedia untuk menjadikan keinginan orang melayu dan rakyat Malaysia agar menjadi keinginan UMNO dan Barisan Nasional, maka dengan ini seluruh orang melayu dan rakyat Malaysia akan mencintai UMNO dan Barisan Nasional.

Pada pendapat saya, hanya parti yang sama konsep sepertimana Barisan Nasional sahaja yang sesuai untuk memerintah Malaysia. Dengan izin Allah, pada pandangan saya, hanya parti yang mempunyai konsep yang sama dengan Barisan Nasional akan boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman damai dan sejahtera. Dengan jelas lebih 56 tahun, Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO telah berjaya dalam melahirkan Malaysia menjadi sebuah negara aman damai dan sejahtera. Dalam setiap 13 pilihanraya umum di Malaysia, Barisan Nasional telah memenangi PRU. Semua Perdana Menteri Malaysia yang lepas adalah daripada UMNO yang merupakan parti orang melayu di dalam Barisan Nasional. Semenjak PRU1, 1955 sehingga PRU13, 2013, hanya Barisan Nasional sahaja yang memenangi semua PRU di Malaysia. Mengapa sejak PRU1 sehingga PRU13 hanya Barisan Nasional sahaja yang dapat memenangi PRU di Malaysia? Apakah keistimewaan UMNO dan Barisan Nasional yang mana merupakan parti ini sahaja yang sentiasa menang di dalam setiap PRU di Malaysia? Pada pandangan saya, konsep yang telah di amalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional telah boleh menjadikan UMNO dan Barisan Nasional menjadi sangat istimewa dan sesuai bagi pelbagai bangsa di Malaysia. Segala puji Allah yang telah menggunakan Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk mereka bentuk konsep berkongsi kekayaan dan kuasa yang sehingga kini masih digunakan oleh Barisan Nasional, satu konsep yang mana telah berjaya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai dan sejahtera.

Barisan Nasional telah mengamalkan konsep berkongsi kekayaan dan kuasa yang mana telah di persetujui oleh semua bangsa di Malaysia pada waktu untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada Bristish. Walaupun terdapat sedikit orang melayu, cina dan India yang tidak bersetuju dengan konsep berkongsi kuasa dan kekayaan di antara pelbagai kaum di Malaysia tetapi bilangan mereka adalah terlalu sedikit. Orang cina yang tidak bersetuju dengan konsep berkongsi kuasa dan kekayaan di antara pelbagai bangsa di Malaysia telah membentuk parti di kenali sebagai DAP dan orang melayu yang juga tidak bersetuju dengan konsep ini dan mahu melaksanakan hukuman hudud secara paksa ke atas orang melayu telah membentuk parti  Islam di kenali sebagai PAS sementara kini Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia juga telah membentuk parti yang di kenali sebagai Keadilan Rakyat atau PKR. Semenjak dua PRU yang lepas, tiga parti ini telah membuat kerjasama dan membentuk gabungan di kenali sebagai Pakatan Rakyat atau PR dan matlamat utama yang akan dapat menyatupadukan semua parti di dalam PR adalah merampas kuasa untuk memerintah Malaysia daripada Barisan Nasional.

Prof Dr Nasoha Saabin
Integrative Holistic Wellness Centre
No 11, Jalan 13,Taman Gombak,
Batu Caves, Gombak, Selangor

This entry was posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a comment