Sebelum ini, ramai orang cina percaya bahawa konsep berkongsi kuasa dan kekayaan adalah satu konsep terbaik dan sesuai di dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai dan sejahtera. Oleh yang demikian, orang cina di Malaysia telah menubuhan parti orang cina iaitu MCA yang mewakili orang cina di dalam Barisan Nasional. Hanya terjadi pada PRU13 apabila ramai orang cina telah mula mempersoalkan konsep berkongsi kuasa dan kekayaan di antara pelbagai kaum di Malaysia dan menyebabkan MCA telah kehilangan banyak sokongan daripada orang cina. Mengapa pada PRU13 yang lepas orang cina mula mempersoalkan konsep berkongsi kekayaan dan kuasa yang mana terbukti bahawa konsep ini boleh mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan di Malaysia selama 56 tahun. Pada pendapat saya, ini adalah kerja Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang telah membuatkan orang cina mempersoalkan konsep berkongsi kuasa dan kekayaan yang mana telah 56 tahun di laksanakan dan terbukti dapat mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan di Malaysia. Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah berjanji pada masyarakat cina bahawa Pakatan Rakyat akan dapat memerintah Malaysia dengan syarat semua orang cina di Malaysia mengundi DAP dan parti lain di dalam Pakatan Rakyat tetapi bukan MCA atau Barisan Nasional. Kesannya adalah ramai orang cina yang percaya terhadap janji manis Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang malah hampir keseluruhan orang cina di Malaysia mengundi DAP atau parti di dalam Pakatan Rakyat tetapi bukan Barisan Nasional di dalam PRU13 yang lepas dan fenomena ini di sebut sebagai tsunami cina.
Walaupun bangsa cina telah mengawal lebih kurang 70% daripada kekayaan di Malaysia tetapi mereka tetap berkeinginan untuk mempunyai lebih kekayaan dan kuasa untuk memerintah Malaysia. Terdapat ramai orang cina yang percaya bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi PRU13 tetapi apabila di umumkan keputusan PRU13 sebenarnya Pakatan Rakyat tewas maka mereka terasa sangat kecewa. Mengapa orang cina merasa sangat kecewa dengan keputusan PRU13? Mereka sangat kecewa dengan keputusan PRU13 kerana mereka terlalu yakin bahawa selepas PRU13, mesti terdapat perubahan pada kerajaan. Apabila keputusan PRU13 di umumkan maka orang cina menyedari bahawa mereka sebenarnya telah di tipu oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Orang cina menyedari bahawa Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang hanya bermimpi untuk memerintah Malaysia dan mereka juga hanya bermimpi dengan “INI KALILAH”. Ramai orang cina sangat kecewa kerana walaupun orang cina mengundi Pakatan Rakyat tetapi Barisan Nasional masih memenangi PRU13. Dengan sokongan majoriti orang melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kemenangan tetap berpihak kepada Barisan Nasional. Keputusan PRU13 menunjukkan bahawa sokongan orang cina tidak diperlukan untuk Barisan Nasional menang dalam PRU. Hasil keputusan daripada PRU13 jelas menunjukkan bahawa Barisan Nasional masih tetap akan menang walaupun tanpa sokongan orang cina. Pada pandangan saya, jika semua orang melayu, bumiputera dan India mengundi Barisan Nasional, saya percaya Barisan Nasional akan dapat menang lebih 2/3 majoriti pada PRU13 yang lepas. Walaupun hanya di sokong oleh sebahagian orang melayu dan kebanyakkannya Bumiputera dan hanya sedikit daripada orang India yang mengundi Barisan Nasional pada PRU13 yang lepas, Barisan Nasional masih tetap boleh memenangi PRU13. Saya percaya Allah telah menyelamatkan Malaysia daripada perubahan kerajaan. Selain bangsa cina yang telah kecewa dengan keputusan PRU13, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang lebih kecewa dan sangat dukacita. Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah mendakwa bahawa Barisan Nasional telah menang dalam PRU13 sebab menipu. Pada pandangan saya, sekiranya masyarakat cina memahami bahawa konsep berkongsi kekayaan dan kuasa di antara pelbagai bangsa di Malaysia merupakan konsep yang sangat bagus di amalkan di Malaysia untuk memastikan kestabilan dan kesejahteraan di Malaysia, saya rasa, masyarakat cina tidak akan beralih arah daripada mengundi Barisan Nasional kepada DAP semasa PRU13 yang lepas.
Mengapakah masyarakat cina beralih arah daripada mengundi Barisan Nasional kepada DAP semasa PRU13 yang lepas? Pada pandangan saya, masyarakat cina telah beralih arah daripada mengundi Barisan Nasional kepada DAP semasa PRU13 yang lepas kerana masyarakat cina tidak memahami konsep berkongsi kuasa dan kekayaan di antara pelbagai bangsa di Malaysia yang mana telah di amalkan oleh Barisan Nasional yang merupakan kunci bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai dan sejahtera. Pada pandangan saya, semua orang cina ingin hidup di Malaysia dalam keadaan aman damai dan sejahtera kerana majoriti orang cina di Malaysia menjalankan perniagaan. Dalam usaha untuk menjalankan perniagaan dengan baik, sudah pasti ramai orang cina perlukan Malaysia berada di dalam keadaan aman damai dan sejahtera. Sekiranya orang cina memahami apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, Malaysia tidak lagi menjadi sebuah negara yang aman damai dan sejahtera, pada pandangan saya, semua orang cina tidak akan mengundi Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya mengundi Barisan Nasional. Siapakah yang sepatutnya menjelaskan kepada masyarakat cina bahawa konsep berkongsi kekayaan dan kuasa di antara pelbagai bangsa di Malaysia yang di perkenalkan oleh Barisan Nasional, dengan izin Allah boleh membawa kestabilan dan kesejahteraan di Malaysia? Pada pandangan saya, MCA perlu menjelaskan kepada masyarakat cina bahawa konsep berkongsi kekayaan dan kuasa di antara pelbagai kaum di Malaysia oleh Barisan Nasional telah setakat ini dengan izin Allah boleh membawa kestabilan dan kesejahteraan di Malaysia. MCA hendaklah menjelaskan kepada masyarakat cina bahawa konsep berkongsi kekayaan dan kuasa di antara pelbagai kaum di Malaysia yang di amalkan oleh Barisan Nasional telah membuktikan dan memastikan kestabilan dan kesejahteraan di Malaysia. Ini juga bermaksud, MCA hendaklah memujuk masyarakat cina di Malaysia untuk mengundi Barisan Nasional dan bukan Pakatan Rakyat sekiranya orang cina mahu tinggal di Malaysia dalam keadaan aman damai dan sejahtera.
Orang melayu yang mengundi PAS adalah mereka yang percaya bahawa mengundi PAS adalah mengundi untuk Islam. Ramai yang percaya bahawa PAS adalah parti Islam dan apabila mengundi PAS bermaksud mengundi untuk Islam. Pemimpin PAS telah bekerja keras untuk membuatkan orang Islam di Malaysia untuk percaya bahawa mengundi PAS adalah mengundi untuk Islam. Pemimpin PAS telah membuat orang melayu di Malaysia keliru dan salah faham Islam kerana banyak tuduhan yang di buat oleh PAS terhadap UMNO tidak di bidas atau di balas oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Pemimpin UMNO tidak berupaya untuk menyerang balas beberapa tuduhan yang dibuat oleh PAS terhadap UMNO. UMNO telah di tuduh oleh PAS menjadi Parti Kafir dan mengundi Barisan Nasional atau UMNO menurut pemimpin PAS adalah mengundi untuk Parti Kafir. Pemimpin PAS juga telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa sahaja yang mengundi parti kafir seperti UMNO dan Barisan Nasional akan di masukkan ke dalam neraka. Walaupun PAS telah membuat tuduhan bahawa UMNO sebagai parti kafir tetapi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tidak berupaya untuk menyerang balas segala tuduhan yang telah dibuat oleh PAS terhadap UMNO. Pemimpin UMNO tidak menjelaskan kepada orang melayu dengan berlandaskan Quran dan Hadis bahawa UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya bukan parti kafir dan mengundi UMNO dan Barisan Nasional bukan bermaksud mengundi parti kafir atau masuk neraka. Apabila pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tidak berupaya untuk menyerang balas banyak tuduhan yang telah di buat oleh PAS terhadap UMNO maka ini membuatkan ramai orang melayu telah percaya bahawa beberapa tuduhan yang di buat oleh PAS terhadap UMNO adalah benar. Mengapa ustaz dan agamawan di dalam UMNO dan Barisan Nasional tidak berupaya untuk menyerang balas beberapa tuduhan yang telah di buat oleh PAS terhadap UMNO?
Ustaz Azhar Idrus, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Haji Hadi Awang adalah di kalangan ramai ustaz atau agamawan di dalam PAS yang telah membuatkan tuduhan palsu terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Dengan kata lain, UMNO dan Barisan Nasional tiada walaupun seorang yang mampu untuk menyerang balas beberapa tuduhan yang telah dibuat oleh PAS terhadap UMNO. Apabila UMNO dan Barisan Nasional tidak membalas serangan beberapa tuduhan yang telah di buat oleh PAS terhadap UMNO maka sehingga hari ini orang melayu telah pun mempercayai bahawa segala tuduhan yang di buat oleh PAS terhadap UMNO adalah sangat benar. Pada pandangan saya, orang melayu terutamanya yang tinggal di Kelantan dan Terengganu sesungguhnya telah percaya bahawa pelbagai tuduhan yang di buat oleh PAS terhadap UMNO adalah benar dan oleh yang demikian pada pilihanraya umum hampir semua orang melayu di Kelantan dan Terengganu telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat tetapi bukan UMNO dan Barisan Nasional. Apakah yang sepatutnya UMNO dan Barisan Nasional perlu lakukan dengan semua tuduhan yang telah di buat oleh PAS terhadap UMNO? Pada pandangan saya, UMNO sepatutnya menerangkan kepada semua orang melayu di Malaysia tentang ajaran Islam yang sebenar. Pada pandangan saya, UMNO sepatutnya menerangkan kepada semua orang melayu di Malaysia bahawa PAS sebenarnya bukan parti yang mewakili Islam dan UMNO bukan parti kafir. Apabila tiada penjelasan yang betul daripada UMNO dan Barisan Nasional tentang semua tuduhan yang telah di buat oleh PAS terhadap UMNO, semua orang melayu di Malaysia telah menjadi keliru tentang Islam.
Pada pandangan saya, ramai orang melayu dan Islam di Malaysia mahu Islam tetapi tidak mengetahui bagaimana untuk membawa Islam di dalam kehidupan mereka. Semua ustaz termasuk di dalam PAS hanya mengetahui bagaimana untuk bercakap mengenai Islam tetapi mereka tidak mengetahui bagaimana untuk membawa Islam ke dalam kehidupan mereka. UMNO dan Barisan Nasional hendaklah mengambil tanggungjawab di dalam mengajar orang melayu bagaimana untuk membawa Islam di dalam kehidupan mereka. UMNO hendaklah membiarkan PAS menjadi satu parti yang mana hanya tahu bercakap tentang Islam dan negara Islam tetapi dalam masa yang sama, UMNO dan Barisan Nasional mengajarkan umat Islam di Malaysia terutamanya tentang kerja yang mana dengan izin Allah mendapatkan Iman dan Islam ke dalam kehidupan semua orang melayu dan umat Islam di Malaysia. UMNO dan Barisan Nasional akan secara praktikal menubuhkan Malaysia sebagai negara Islam sebenar sementara PAS hanya bercakap tentang Islam dan negara Islam. UMNO dan Barisan Nasional seharusnya sedar bahawa orang melayu yang mengundi PAS adalah orang melayu yang mahukan Islam dan mereka yang mahukan Malaysia menjadi negara Islam. Kini, UMNO dan Barisan Nasional hendaklah secara praktikal boleh mengajarkan orang melayu tentang kerja yang dengan izin Allah akan menjadikan orang melayu dan umat Islam di Malaysia menjadi benar-benar beriman dan kemudian UMNO dan Barisan Nasional secara praktikal boleh menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang sebenar. Dengan ini, saya percaya semua orang melayu yang sebelumnya telah menyokong PAS kini akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional. UMNO dan Barisan Nasional hendaklah mempunyai keinginan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam jika UMNO dan Barisan Nasional mahu sokongan semua orang melayu dan umat Islam di Malaysia. Sekiranya keinginan untuk menjadi negara Islam bukan keinginan umat Islam di dalam UMNO maka Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara Islam. Dalam maksud yang lain, Malaysia hanya akan di perintah mengikut ajaran Quran dan sunnah jika sekiranya semua umat Islam di dalam UMNO mempunyai keinginan memerintah Malaysia mengikut ajaran Islam. Jika PAS bersendirian tidak akan dapat walaupun untuk memerintah Malaysia, apatah lagi untuk memerintah Malaysia mengikut Quran dan Sunnah. Pada pendapat saya, orang melayu Islam yang mengundi PAS kerana mereka mahukan Malaysia di perintah mengikut Quran dan Sunnah sebenarnya telah ditipu oleh pemimpin PAS. Pada pendapat saya, semua pemimpin PAS adalah sama sahaja dengan pemimpin UMNO yang tidak bersungguh-sungguh untuk menubuhkan Malaysia sebagai negara Islam. Pada pandangan saya, pemimpin PAS dan UMNO hanya mahukan kuasa dan kekayaan. Sekiranya pemimpin UMNO dan PAS bersungguh-sungguh mahu menubuhkan Malaysia sebagai negara Islam, perkara pertama yang perlu di buat oleh setiap parti adalah menyatupadukan orang melayu samaada di dalam UMNO ataupun PAS untuk bersatu menjadi sebagai satu parti.
Pada pandangan saya, dengan keadaan sistem demokrasi pada masakini, adalah sangat mustahil bagi PAS bersendirian untuk mendapatkan kuasa pemerintahan Malaysia dan melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Sebagai contoh, pada PRU13 yang lepas, PAS hanya menang 21 kerusi daripada 220 kerusi. Dengan hanya 21 kerusi di parlimen, adalah sangat mustahil untuk PAS memerintah Malaysia dan melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Walaupun ramai yang bersetuju dengan saya bahawa PAS bersendirian tidak akan dapat memerintah Malaysia dan melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia tetapi mengapa ramai orang melayu di Malaysia yang percaya apabila mereka mengundi PAS mereka sebenarnya mengundi untuk menubuhkan kerajaan Islam. Saya percaya semua pemimpin PAS mengetahui sekiranya PAS hanya bersendiri tidak akan boleh memerintah Malaysia dan melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Pada pendapat saya, sekiranya pemimpin PAS benar ikhlas untuk memerintah Malaysia mengikut Quran dan Sunnah maka pemimpin PAS seharusnya membuat keputusan untuk menyertai UMNO atau Barisan Nasional dan bukan menyertai DAP dan PKR. Mengapa pemimpin PAS telah membuat keputusan untuk menyertai DAP walaupun bersedia untuk menukar matlamat parti daripada menubuhkan negara Islam kepada menubuhkan negara berkebajikan? Mengapa pemimpin PAS memilih untuk bersama PKR dan DAP dan bukan bersama UMNO? Adakah pemimpin PAS percaya bahawa lebih baik bersama PKR dan DAP berbanding bersama UMNO dan Barisan Nasional? Pada pendapat saya dan saya rasa bahawa sebenarnya ramai orang melayu berfikir bahawa adalah lebih baik untuk orang melayu di dalam PAS agar bersama orang melayu di dalam UMNO atau Barisan Nasional berbanding bersama dengan orang cina di dalam DAP dan India, melayu dan cina di dalam PKR. Sekiranya orang melayu di dalam PAS percaya bahawa orang melayu UMNO dan Barisan Nasional telah tersesat dari jalan yang benar maka orang melayu di dalam PAS seharusnya mencuba untuk mendidik orang melayu yang telah tersesat di dalam UMNO untuk menjadi orang melayu yang berada di jalan yang lurus dan menjadi umat Islam yang sejati.
PAS seharusnya kekal dengan matlamat untuk menubuhkan negara Islam dan bukan dengan matlamat menubuhkan negara berkebajikan. Orang melayu di dalam PAS seharusnya memujuk orang melayu di dalam UMNO untuk menukar matlamat UMNO daripada menjadikan bangsa melayu gemilang, cemerlang dan terbilang kepada umat Islam dan Islam gemilang, cemerlang dan terbilang. PAS seharusnya memujuk UMNO untuk menukar slogan tradisinya iaitu Hidup Melayu! kepada Hidup Muslim! dan Hidup Islam!. Apabila PAS menyertai UMNO dan Barisan Nasional, pada pandangan saya, nama UMNO yang bermaksud United Malays National Organization boleh di tukar kepada United Muslims National Organisation. Dengan sistem demokrasi masakini, PAS hanya bersendiri dan tidak akan mungkin memerintah Malaysia. Pada pendapat saya, PAS hanya boleh memerintah Malaysia dan melaksanakan undang-undang Islam apabila semua orang melayu dan umat Islam di Malaysia mengundi PAS. Pada pendapat saya, adalah mustahil bagi semua orang melayu dan umat Islam di Malaysia untuk mengundi PAS tetapi adalah mungkin untuk semua umat Islam dan orang melayu di Malaysia untuk mengundi UMNO sekiranya semua orang melayu di dalam PAS dan semua orang melayu di dalam PKR dan semua orang melayu di dalam UMNO untuk membentuk UMNO yang bermaksud United Muslims National Organisation dan bukan United Malays National Organization. Pada pandangan saya, apabila semua orang melayu dan semua umat Islam di Malaysia menyertai UMNO iaitu United Muslims National Organisation maka UMNO akan menjadi satu parti yang sangat kuat di dalam Barisan Nasional. Pada pendapat saya, dengan izin Allah, Barisan Nasional akan menjadi parti yang sangat kuat di Malaysia dan pada masa hadapan tiada lagi parti yang lebih kuat berbanding Barisan Nasional dan Barisan Nasional akan menjadi satu-satunya parti yang mana akan memenangi kesemua pilihanraya umum di masa hadapan. Jika keadaan ini berlaku di Malaysia maka Malaysia akan menjadi sebuah negara yang sangat berjaya dalam mengamalkan sistem demokrasi dengan hanya satu parti sistem.
Sekiranya pemimpin PAS benar ikhlas ingin melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia, pada pendapat saya, PAS seharusnya menyertai UMNO dan Barisan Nasional dan bukan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat. Dengan orang melayu di dalam PAS menyertai orang melayu di dalam UMNO, saya rasa Barisan Nasional, walaupun tanpa pertolongan orang cina di Malaysia akan boleh memenangi PRU dengan 2/3 majoriti di Parlimen. Apabila Barisan Nasional menang 2/3 majoriti di Parlimen maka Barisan Nasional dengan 2/3 majoriti di Parlimen akan boleh mendapatkan kelulusan untuk kerajaan di bawah pemerintah Barisan Nasional melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Mengapa PAS menyertai Pakatan Rakyat sekiranya PAS benar ikhlas di dalam melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia? Adakah PAS menyertai Pakatan Rakyat kerana PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia atau PAS hanya mahu dan berminat untuk memperolehi kuasa dan kekayaan? Sekiranya PAS menyertai Pakatan Rakyat kerana PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia tetapi mengapa PAS telah menukar matlamat sebenar parti daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan? Sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum dengan kemenangan 2/3 majoriti, adakah pemimpin Pakatan Rakyat membenarkan PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia? Pada pandangan saya, Karpal Singh yang merupakan pemimpin DAP tidak akan membenarkan PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia walaupun Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum dengan kemenangan majoriti 2/3. Sekiranya PAS benar-benar ikhlas mahu melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia dan ini adalah pendapat daripada majoriti orang melayu dan umat Islam di Malaysia bahawa PAS seharusnya menyertai UMNO dan Barisan Nasional bukan menyertai Pakatan Rakyat.
Prof Dr Nasoha Saabin
Integrative Holistic Wellness Centre
No 11, Jalan 13,Taman Gombak,
Batu Caves, Gombak, Selangor
