Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 8

Pada pendapat saya, UMNO dan Barisan Nasional akan boleh mendapatkan 2/3 majoriti di dalam Parlimen sekiranya semua orang melayu di dalam PAS dan semua orang melayu di dalam PKR menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Apabila semua orang melayu di dalam PAS dan semua orang melayu di dalam PKR menyertai UMNO, sudah tentu ini sangat baik untuk agama Islam, baik untuk orang melayu dan juga untuk Malaysia. Apabila orang melayu samaada di dalam UMNO, PAS dan PKR telah bersatu, maka inilah sebenarnya hari yang mana semua orang melayu mula menjadi gemilang, cemerlang dan terbilang. Apabila semua orang melayu bersatu di dalam UMNO yang bermaksud United Muslims National Organisation, pada pandangan saya, dengan izin Allah, UMNO dan Barisan Nasional akan boleh memenangi 2/3 majoriti di Parlimen walaupun tanpa sokongan daripada orang cina atau India semasa pilihanraya umum. Dengan izin Allah, apabila Barisan Nasional boleh memperolehi 2/3 majoriti di Parlimen walaupun tanpa sokongan orang cina dan India maka jalan bagi melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia akan bertambah mudah dan senang. Pada pandangan saya, apabila UMNO sebagai parti terbesar di dalam Barisan Nasional bersetuju di dalam melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia maka parti lain di dalam Barisan Nasional termasuk MCA dan MIC pasti juga akan bersetuju bersama UMNO untuk melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Sekiranya sebarang parti orang bukan Islam di dalam Barisan Nasional tidak bersetuju dengan perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia tetapi lebih daripada 2/3 ahli-ahli Parlimen yang merupakan orang melayu dan orang Islam daripada UMNO dan Barisan Nasional, pada pandangan saya, perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia dengan mudah akan di luluskan oleh Parlimen Malaysia.

Sekiranya pemimpin PAS benar ikhlas di dalam perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, pemimpin PAS hendaklah membuat keputusan untuk menyertai UMNO dan Barisan Nasional dan meninggalkan Pakatan Rakyat. Sekiranya PAS kekal bersama Pakatan Rakyat, PAS tidak akan dapat melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Mengapa PAS tetap mahu bersama Pakatan Rakyat apabila Pakatan Rakyat tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia? Tidakkah matlamat utama penubuhan PAS di Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang Islam? Mengapa PAS mahu bersama Pakatan Rakyat apabila PAS tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia malah PAS telah terpaksa menukar matlamat parti daripada menubuhkan Malaysia sebagai negara Islam kepada menubuhkan Malaysia sebagai negara berkebajikan. Sebagai contoh, di dalam kes penggunaan Kalimah Allah di dalam Kitab Bible bahasa melayu, PAS terpaksa bersetuju bahawa Kalimah Allah digunakan di dalam Kitab Bible bahasa melayu apabila DAP dan PKR yang merupakan sekutu PAS di dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan penggunaan Kalimah Allah di dalam Bible versi melayu di Malaysia. Mengapa orang kristian di Malaysia mahu menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bahasa melayu di Malaysia? Orang Kristian di Malaysia mahu menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bahasa melayu kerana mereka mahu orang melayu di Malaysia menjadi Kristian. Menurut kepercayaan orang cina yang beragama Kristian di Malaysia, orang melayu tidak akan menyokong UMNO dan PAS apabila orang melayu menjadi Kristian. Ramai orang cina yang beragama Kristian di Malaysia percaya bahawa orang melayu yang beragama Kristian akan menyokong DAP dan PKR dan mereka tidak akan lagi menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Apabila terdapat ramai orang melayu di Malaysia menjadi Kristian maka mereka percaya UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi akan menjadi parti terbesar di Malaysia tetapi DAP dan PKR dan parti orang bukan Islam di Malaysia akan menjadi parti terbesar di Malaysia. Apabila DAP, PKR dan parti orang bukan Islam di Malaysia menjadi parti terbesar, Malaysia secara langsung akan di perintah oleh parti orang bukan Islam dan mereka akan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Apabila orang melayu yang Islam menjadi bangsa yang minoriti di Malaysia maka semua sultan dan raja juga akan di paksa melepaskan kuasa mereka dan menjadi orang biasa. Pada waktu itu, Malaysia tidak lagi akan menjadi negara dengan sistem Raja Berpelembagaan dan Islam sebagai agama rasmi negara tetapi Malaysia akan menjadi sebuah negara Republik dengan Presiden sebagai ketua negara manakala Kristian akan menjadi agama rasmi bagi Malaysia.

Apabila pemimpin PAS dan Anwar Ibrahim bersetuju untuk membenarkan orang Kristian menggunakan Kalimah Allah di dalam Bible versi melayu, ini juga bermaksud, PAS dan Anwar Ibrahim telah membenarkan orang Kristian menggunakan Bible sebagai satu alat untuk menarik minat orang melayu Islam untuk menjadi Kristian. Adakah pemimpin PAS dan Anwar Ibrahim yang pembohong mahu orang melayu Islam untuk menjadi Kristian apabila PAS adalah sepatutnya menjadi satu parti yang memelihara dan meninggikan Islam? Apabila pemimpin PAS dan Anwar Ibrahim bersetuju untuk membenarkan orang kristian menggunakan Kalimah Allah  dalam Bible versi melayu ini bermaksud pemimpin PAS dan Anwar Ibrahim adalah sangat bodoh dan jahil walaupun  hanya setakat membenarkan orang Kristian menggunakan Bible versi melayu sebagai satu alat untuk menarik minat orang melayu Islam untuk menjadi Kristian. Terdapat ramai paderi dan biarawati dan juga orang Kristian yang mengajak orang lain untuk memeluk agama Kristian. Mereka mengajak orang lain untuk memeluk agama Kristian kerana mereka percaya bahawa kerja mengajak orang lain untuk memeluk agama Kristian adalah perintah Tuhan mereka. Adakah orang Islam yang menjadi ustaz, imam masjid dan semua umat Islam di seluruh dunia mengajak orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam terutamanya di Malaysia? Adakah semua ustaz, imam masjid dan semua umat Islam di seluruh dunia percaya bahawa kerja mengajak orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam adalah bukan perintah Allah? Saya berani mengatakan bahawa hanya terlalu sedikit sahaja di kalangan umat Islam di  seluruh dunia yang mengajak orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam kerana mereka percaya bahawa ini adalah perintah Allah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan dengan niat hanya untuk sukakan Allah.

Saya boleh mengatakan bahawa hampir tiada di kalangan ustaz dan imam masjid di seluruh Malaysia yang mengajak orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam kerana semua ustaz dan imam masjid di Malaysia percaya bahawa perintah Allah untuk mengajak orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam adalah hanya untuk sebahagian sahaja umat Islam tetapi bukan merupakan perintah fardu ain bagi setiap umat Islam. Menurut kepercayaan semua ustaz dan imam masjid di Malaysia, apabila telah wujud sebahagian orang Islam di Malaysia menjalankan kerja mengajak orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam maka tidak menjadi kewajipan atau bukan fardu ain bagi setiap umat Islam yang lain di Malaysia untuk melakukannya. Ini adalah fatwa yang sangat salah yang mana telah diberikan oleh ramai ustaz di Malaysia dan seluruh dunia! Mereka mengatakan bahawa kerja mengajak orang bukan Islam untuk menjadi Islam adalah tidak wajib atau bukan fardu ain bagi setiap lelaki dan perempuan Islam. Ini adalah satu penipuan yang sangat besar tentang Islam yang mana telah di sebarkan oleh semua ustaz dan ulama Islam di seluruh dunia! Apakah yang benar? Kebenaran adalah kerja mengajak orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam dan mengajak orang Islam yang telah ingkar perintah Allah kepada mentaati segala perintah Allah adalah merupakan wajib dan FARDU AIN bagi setiap lelaki dan perempuan yang telah baligh manakala hukum secara berjemaah di lakukan oleh sebahagian orang lelaki di setiap masjid di seluruh dunia adalah fardu kifayah dan ini sama seperti hukum solat fardu lima waktu setiap hari. Pada pendapat saya, semua orang melayu di Malaysia perlu bersatu di bawah UMNO dan UMNO perlu memperjuangkan kerja mengajak orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam dan mengajak orang Islam yang ingkar perintah Allah kepada mentaati segala perintah Allah dan perintah pertama daripada Allah kepada umat Islam adalah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran manakala perintah kedua daripada Allah adalah melaksanakan solat lima waktu setiap hari. Saya percaya dengan ini maka segala masalah yang terdapat di dalam UMNO, PAS dan semua orang melayu di bumi Malaysia terletak hanya dalam mentaati perintah Allah yang pertama dan kedua.

PAS adalah parti orang melayu Islam, yang mana sepatutnya melindungi dan meninggikan Islam di Malaysia dan PAS tidak sepatutnya membenarkan orang Kristian di Malaysia untuk menggunakan Kalimah Allah di dalam Bible versi melayu. Pada pendapat saya, PAS hendaklah mengikut nasihat Sultan Selangor yang tidak membenarkan orang Kristian untuk menggunakan Kalimah Allah di dalam Bible versi Melayu di Selangor. Pada pandangan saya, sangat malang apabila ramai Sultan di Malaysia yang hanya berdiam diri dalam isu berkaitan Kalimah Allah di dalam Bible versi Malayu seolah-olah ramai Sultan membiarkan orang Kristian di Malaysia untuk menggunakan Kalimah Allah di dalam Bible versi Melayu atas maksud untuk menarik minat orang melayu untuk menjadi Kristian. Saya ingin mengingatkan Sultan dan Raja-Raja melayu di Malaysia bahawa mereka tidak akan kekal menjadi sebagai Sultan dan Raja-Raja melayu di setiap negeri masing-masing apabila semua orang melayu di Malaysia menjadi Kristian. Pada pendapat saya, semua Sultan dan Raja-Raja melayu di Malaysia sebulat suara harus bersetuju bahawa Kalimah Allah tidak boleh di gunakan di dalam Bible versi Melayu di Malaysia. Jika PAS mahu kembali dan melaksanakan matlamat asal PAS iaitu untuk menubuhkan Malaysia sebagai negara Islam, PAS hendaklah menyertai UMNO dan UMNO hendaklah di tukar maksudnya kepada “United Muslims National Organisation” dan bukan United Malays National Organisation. Apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat, PAS terpaksa bersetuju dengan sekutunya di dalam Pakatan Rakyat yang mana DAP dan PKR membenarkan orang Kristian menggunakan Kalimah Allah di dalam Bible versi melayu dan juga PAS terpaksa menukar matlamat asal daripada menubuhkan negara Islam kepada menubuhkan negara berkebajikan. Betapa malu dan hinanya PAS apabila di paksa mengikut kehendak DAP dan PKR dengan idea untuk membenarkan orang Kristian untuk menggunakan Kalimah Allah di dalam Bible versi Melayu dan juga menukar matlamat sebenar parti daripada menubuhkan negara Islam kepada menubuhkan negara berkebajikan.

Pada pendapat saya, apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat, PAS bukan lagi parti Islam. PAS telah mendakwa bahawa UMNO adalah Parti Kafir kerana UMNO tidak mahu menubuhan negara Islam. Matlamat untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia telah menjadi matlamat utama PAS untuk tempoh masa yang sangat lama dan kini apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat matlamat utama untuk menubuhkan negara Islam telah berubah tiba-tiba kepada menubuhkan negara berkebajikan. Adakah benar PAS ikhlas dalam menubuhkan Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau PAS tidak ikhlas dalam menubuhkan Malaysia menjadi sebuah negara Islam? Adakah matlamat utama untuk menubuhkan negara Islam hanya strategi politik PAS dalam usaha PAS untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan? Mengapa pemimpin PAS menukar matlamat utama PAS daripada menubuhkan negara Islam kepada menubuhkan negara berkebajikan? Sekiranya matlamat untuk menubuhkan negara Islam hanya strategi politik PAS untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan maka pandangan saya, pemimpin PAS telah membohongi semua orang melayu Islam di Malaysia untuk percaya bahawa PAS adalah parti Islam dan pada hakikatnya PAS hanyalah parti politik yang sama seperti UMNO dan semua parti politik yang lain di dalam dunia ini yang mana matlamat perjuangan mereka adalah untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan. Pada pandangan saya, PAS adalah hanya parti politik yang mana sama matlamatnya dengan UMNO dan semua parti politik di dunia ini tetapi PAS menggunakan matlamat untuk menubuhkan negara Islam adalah sebagai satu platform untuk memperolehi kuasa dan kekayaan. Saya ingin bertanya kepada pemimpin PAS apa sebenarnya yang telah terjadi? Apakah matlamat sebenar PAS? Bukankah matlamat sebenar PAS adalah menubuhkan negara Islam? Mengapa PAS menukar matlamat sebenar apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat? PAS sepatutnya bertegas dan memujuk PKR dan DAP untuk mengikuti PAS dan bukan sebaliknya. Pada pendapat saya, pemimpin PAS seharusnya tidak percaya kepada janji manis yang telah diberikan kepada PAS oleh Anwar Ibrahim yang pada pandangan saya adalah seorang penipu besar. Pada pandangan saya, Anwar Ibrahim adalah hanya berminat menggunakan PAS sebagai batu loncatan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apabila PAS bersendirian tidak akan boleh memerintah Malaysia dan menubuhkan negara Islam tetapi ramai ustaz di dalam PAS telah menipu umat Islam di Malaysia kepada kepercayaan bahawa mengundi PAS bermaksud mengundi untuk Islam dan negara Islam manakala mengundi UMNO dan Barisan Nasional bermaksud mengundi untuk orang kafir dan negara kafir. Ramai ustaz di dalam PAS telah menipu ramai orang Islam di Malaysia dengan kenyataan yang salah seperti mengundi Barisan Nasional akan menjadi Kafir dan mengundi Barisan Nasional akan masuk neraka dan solat orang UMNO tidak diterima Allah. Semua kenyataan ini di buat oleh ustaz PAS adalah salah tetapi ramai orang Islam percaya kenyataan yang salah daripada ustaz PAS adalah benar. Apabila ramai orang Islam di Kelantan dan Terengganu percaya kenyataan yang salah daripada ustaz PAS, sudah pasti ramai orang Islam di Terangganu dan Kelantan yang menganggap orang melayu Islam di dalam UMNO adalah kafir dan mereka tidak mahu solat lima waktu di masjid dengan imam daripada UMNO dan mereka tidak mahu hadir di majlis perkahwinan orang melayu Islam daripada UMNO. Ramai orang Islam percaya bahawa semua kenyataan yang di buat di masjid daripada ustaz PAS adalah berdasarkan Quran dan Hadis dan hampir tiada walaupun seorang ustaz UMNO yang mampu menyangkal pelbagai tuduhan palsu terhadap UMNO yang di buat oleh ustaz PAS di masjid. Apabila ustaz UMNO tidak boleh menyangkal pelbagai dakwaan yang telah di buat oleh ustaz PAS di masjid maka ramai yang percaya apa sahaja kenyataan salah terhadap UMNO di anggap benar. Saya berpendapat inilah alasan mengapa ramai orang Islam di Kelantan dan Terengganu tidak pernah mengundi untuk Barisan Nasional kerana mereka percaya apabila mereka mengundi untuk Barisan Nasional mereka mengundi untuk kafir dan apabila mengundi orang kafir maka sudah tentu akan masuk neraka. Pada pandangan saya, ramai umat Islam umumnya tidak mengetahui pelajaran Islam yang sebenar dan kerana itu mereka cenderung untuk mengikut nasihat ustaz dan ulama PAS secara membuta tuli. Pada pendapat saya, orang Islam akan menjadi sesat daripada jalan yang lurus apabila mereka percaya dengan kenyataa salah yang telah di keluarkan oleh ramai ustaz PAS. Saya percaya Allah murka dan tidak redha kepada mereka yang telah menggunakan agama untuk kepentingan politik dan pada pendapat saya ramai ustaz di dalam PAS telah menggunakan Islam dengan tujuan untuk memperolehi kuasa dan kekayaan. Ramai orang Islam terutamanya di Kelantan dan Terengganu yang sentiasa mengundi PAS dalam semua pilihanraya umum kerana mereka percaya apabila mengundi Barisan Nasional sebenarnya mengundi orang kafir dan apabila mengundi orang kafir akan masuk ke dalam neraka.

PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa apabila bersekutu dengan parti orang bukan Islam maka dengan ini akan menjadikan parti tersebut adalah parti orang bukan Islam. Pada waktu PAS mengeluarkan fatwa bahawa ahli UMNO kafir kerana UMNO bersama MCA, MIC dan parti orang bukan Islam yang lain untuk membentuk Barisan Nasional. Apakah yang telah terjadi kepada fatwa apabila PAS menyertai DAP iaitu parti orang bukan Islam dan PKR iaitu parti campuran orang Islam dan bukan Islam untuk membentuk Pakatan Rakyat? Menurut fatwa yang digunakan oleh PAS untuk menjadikan UMNO kafir pada pandangan saya, dengan fatwa yang sama, semua ahli PAS telah menjadi kafir di sebabkan oleh PAS telah bersekutu dengan parti orang bukan Islam iaitu DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat. Kenyataan ini adalah jelas untuk menunjukkan bahawa pemimpin PAS hanya menggunakan Islam sebagai alat untuk memperolehi kuasa dan kekayaan dan tidak ikhlas untuk menubuhkan Malaysia sebagai negara Islam. Mengapa apabila PAS menyertai parti orang bukan Islam iaitu DAP dan PKR untuk menubuhkan Pakatan Rakyat, pemimpin PAS tidak mengeluarkan fatwa bahawa semua ahli PAS juga menjadi Kafir? Bukankah ini jelas menunjukkan fatwa yang mana sebelumnya telah di keluarkan oleh PAS untuk menjadikan UMNO kafir adalah salah? Pada pandangan saya, PAS hanya satu parti politik yang menggunakan Islam sebagai platform memperolehi kekayaan dan kuasa. Fatwa yang telah di gunakan sebelumnya oleh PAS untuk menjadikan UMNO sebagai kafir adalah salah. Walaupun melalui fatwa yang telah digunakan sebelumnya oleh PAS untuk menjadikan UMNO sebagai kafir adalah salah tetapi PAS tetap tidak mengaku di hadapan umum bahawa fatwa tersebut adalah salah. Pada pandangan saya, sepatutnya jelas kepada semua orang melayu dan Islam di Malaysia bahawa PAS adalah bukan parti Islam tetapi satu parti yang suka menipu semua umat Islam dan satu parti yang hanya menggunakan modal Islam sebagai satu alat untuk memperolehi kuasa dan kekayaan.

Pada pandangan saya, Allah tidak suka kepada orang yang menggunakan Islam sebagai satu alat untuk memperolehi kekayaan dan kekuasaan tetapi Allah suka kepada orang yang menggunakan kekuasaan dan kekayaan untuk perkembangan Islam. Kini jelas kelihatan di mata saya bahawa PAS mahu menghapuskan fatwa yang mana PAS telah keluarkan untuk menjadikan ahli UMNO sebagai kafir. Segala fatwa yang di keluarkan seharusnya di buat dengan pengetahuan yang betul daripada Quran dan Sunnah. Sekiranya pemimpin PAS mahu menghapuskan fatwa yang telah di keluarkan terhadap ahli UMNO kepada kafir, pada pandangan saya, pemimpin PAS hendaklah secara terbuka mengaku kepada umat Islam di Malaysia bahawa fatwa PAS yang telah di keluarkan sebelum ini untuk menjadikan ahli UMNO kafir adalah salah. Adakah pemimpin bersedia untuk secara terbuka mengaku kepada semua orang Islam di Malaysia bahawa fatwa mereka yang sebelumnya telah di buat terhadap UMNO sebagai kafir adalah salah? Pada pandangan saya, pemimpin PAS tidak akan bersedia untuk membuat kenyataan terbuka kepada semua orang Islam di Malaysia bahawa fatwa mereka sebelum ini untuk menjadikan ahli UMNO kafir adalah salah kerana pemimpin PAS kebanyakannya sombong dan bangga diri. Oleh kerana sifat sombong dan bangga diri yang ada pada pemimpin PAS maka mereka tidak sanggup untuk mengaku kesilapan yang telah di lakukan pada masa lampau di hadapan semua orang Islam di Malaysia. Sekiranya pemimpin PAS tidak bersedia untuk meminta maaf di atas kesilapan mereka yang lepas kepada semua umat Islam di Malaysia maka mereka sendiri akan menjawab dihadapan Allah di hari akhirat kelak.

Prof Dr Nasoha Saabin
Integrative Holistic Wellness Centre
No 11, Jalan 13,Taman Gombak,
Batu Caves, Gombak, Selangor

This entry was posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan and tagged . Bookmark the permalink.

1 Response to Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 8

  1. panglima's avatar panglima says:

    Benar, Prof. Dr. Nasoha bin Saabin…tiada yg boleh beri kita kefahaman Islam kecuali Allah.

Leave a comment