Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bhgn 9 (Penutup)

Apabila seseorang tidak beriman, Allah tidak akan memberikan seseorang tersebut pemahaman yang betul tentang Islam. Seseorang yang tidak di beri oleh Allah kefahaman Islam dengan betul maka tidak akan membuat fatwa yang betul. Apabila seseorang yang tidak diberi oleh Allah kefahaman Islam dengan betul dan membuat satu fatwa maka akan menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam. Pada pandangan saya, pemimpin PAS adalah bukan orang beriman tetapi hanya sekadar orang Islam. Oleh yang demikian, pemimpin PAS tidak diberi oleh Allah kefahaman Islam yang betul dan apabila mereka membuat fatwa maka sudah tentu fatwa mereka adalah salah. Apabila pemimpin PAS membuat fatwa yang salah, dengan ini menyebabkan pergolakan dan kekeliruan terhadap umat Islam di Malaysia. PAS telah mengeluarkan banyak fatwa salah yang mana menyebabkan banyak pergolakan dan kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia. Pada pandangan saya, sebenarnya pemimpin PAS sendiri sangat keliru tentang Islam dan mereka keliru adalah kerana mereka tidak memahami ajaran Islam dengan betul. Tidak di ragui bahawa mereka mengetahui banyak tentang maklumat agama Islam tetapi mereka sebenarnya tidak memahami agama Islam dengan betul. Pada pandangan saya, pemimpin PAS tidak dapat membezakan di antara usaha yang akan menyebabkan orang mengamalkan Islam dan usaha yang akan membuatkan seseorang mendapatkan kuasa dan kekayaan. Allah perintah umat Islam bekerja untuk kehidupan tetapi Allah tidak perintah umat Islam bekerja untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan. Tiada politik di dalam Islam kerana apabila seseorang masuk ke dunia politik ini bermaksud bahawa seseorang adalah sedang berusaha untuk memperolehi kuasa dan kekayaan yang mana di larang dalam Islam.

Ramai umat Islam percaya bahawa Islam hanya akan hidup  apabila umat Islam mempunyai kuasa dan kekayaan. Pada pandangan saya, ini adalah salah faham dan ramai pemimpin PAS dan ahli PAS mempunyai kepercayaan yang salah bahawa Islam hanya akan hidup apabila umat Islam mempunyai kuasa dan kekayaan. Apakah kepercayaan dan pemikiran yang betul seharusnya ada pada setiap orang Islam dan semua pemimpin PAS? Kepercayaan dan pemikiran yang betul seharusnya ada pada umat Islam dan pemimpin PAS adalah bahawa Islam akan hidup bukan dengan kekayaan dan kuasa tetapi Allah dan Allah akan hidupkan Islam dengan apabila umat Islam di Malaysia menjalankan kerja Nabi Muhammad s.a.w. Kepercayaan yang salah menyebabkan pemimpin PAS mengerjakan amalan yang salah. Apakah amalan atau perbuatan yang salah yang mana telah di buat oleh pemimpin PAS? Mereka menubuhkan satu parti politik Islam di kenali sebagai PAS. Apakah matlamat perjuangan PAS? Matlamat perjuangan PAS adalah menubuhkan negara Islam di Malaysia. Bagaimana PAS boleh untuk dapat menubuhkan negara Islam di Malaysia? Menurut pendapat pemimpin PAS, PAS akan boleh menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia apabila PAS memperolehi kuasa dan kekayaan. Bagaimana boleh PAS memperolehi kuasa dan kekayaan? PAS akan dapat memperolehi kuasa dan kekayaan apabila PAS memenangi pilihanraya umum. Inilah amalan atau perbuatan yang salah telah di buat oleh pemimpin PAS yang menghasilkan satu kepercayaan dan pemikiran yang salah. Adakah negara Islam di Madinah yang telah di tubuhkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sama seperti Negara Islam yang pemimpin PAS mahukan? Menurut PAS, sebuah negara Islam adalah sebuh negara yang melaksanakan hukuman hudud.

Pada pendapat saya, sebuah negara Islam sebenarnya bukan sekadar hanya melaksanakan undang-undang hudud. Bagaimanakah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam? Saya tidak fikir bahawa pemimpin PAS benar-benar mengetahui bagaimana untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Pada pendapat saya, PAS hendaklah dibubarkan dan ahli PAS seharusnya menyertai UMNO yang bermaksud “United Muslims National Organisation”. Pada pendapat saya, hala tuju Malaysia adalah untuk mempunyai negara demokrasi dengan hanya satu parti sistem tanpa mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme di dalam parti. Bagaimana kita boleh mencapai satu parti sistem tanpa mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme di dalam parti? Kita akan dapat mencapai satu parti sistem tanpa mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme di dalam parti apabila majoriti ahli parti adalah bukan hanya sekadar Islam tetapi BERIMAN. Bagaimana untuk menjadikan UMNO satu parti dengan majoriti ahli adalah BERIMAN? Langkah pertama adalah dengan menukar UMNO kepada bukan hanya parti orang melayu tetapi parti Islamik. Nama UMNO yang bermaksud United Malay National Organization hendaklah di tukar kepada United Muslims National Organisation dan keistimewaan orang melayu yang di nyatakan di dalam perlembagaan Malaysia hendaklah di tukar kepada keistimewaan orang Islam. Semua orang Islam di Malaysia samaada melayu, cina, India atau sebarang bangsa adalah layak untuk menjadi ahli UMNO yang bermaksud United Muslims National Organisation.

Bagaimana untuk menjadikan pemimpin PAS untuk menyertai UMNO? Bagaimana untuk menjadikan semua orang melayu di Malaysia bersatu? Pada pendapat saya, ini adalah satu soalan yang paling penting perlu di tujukan kepada semua rakyat Malaysia. Saya amat percaya dalam usaha untuk membuat semua pemimpin PAS, ahli PAS dan semua orang melayu di Malaysia menjadi bersatu adalah dengan menukar UMNO kepada sebuah parti Islamik. UMNO hendaklah menjadi satu Islamik Parti sebelum semua pemimpin PAS, ahli PAS, orang melayu di dalam PKR dan semua orang melayu yang menyertai pelbagai parti dan kumpulan di Malaysia untuk menyertai UMNO. Sekiranya UMNO menjadi parti yang lebih Islamik daripada PAS, pada pandangan saya, tiada lagi sebarang alasan untuk semua orang melayu terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk tidak menyertai UMNO. Saya percaya mengapa ramai orang melayu mengundi PAS adalah kerana mereka berfikir bahawa PAS adalah satu parti yang mendaulatkan Islam sementara UMNO adalah parti yang tidak mendaulatkan Islam. Oleh yang demikian orang melayu yang mahu Islam sudah tentu akan mengundi PAS dan bukan UMNO atau Barisan Nasional.

Apakah sebab utama PAS menuduh Barisan Nasional adalah parti kafir? PAS menuduh UMNO dan Barisan Nasional sebagai kafir kerana UMNO atau Barisan Nasional tidak mahu melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Pada pendapat saya, UMNO dan Barisan Nasional hendaklah mempunyai imej sebuah parti Islam. Dalam usaha untuk mempunyai imej, UMNO hendaklah memperkenalkan dua sistem kehakiman di Malaysia. Satu sistem adalah daripada undang-undang Islam dan hudud manakala satu lagi sistem adalah undang-undang sivil. Dalam usaha untuk UMNO mempunyai imej sebuah parti Islam, UMNO hendaklah mempunyai dua sistem kewangan dengan satu sistem berdasarkan kewangan Islam yang sebenar dan satu lagi sistem berdasarkan prinsip-prinsip kewangan konvensional. Orang Islam dan bukan Islam di Malaysia boleh diberi pilihan untuk menggunakan sistem yang telah di sediakan. Orang Islam tidak di paksa untuk menggunakan sistem Islam dan juga orang bukan Islam tidak di paksa untuk menggunakan sistem bukan Islam. Semua rakyat Malaysia akan mempunyai kebebasan untuk memilih samaada menggunakan sistem kehakiman dan kewangan berdasarkan undang-undang Islam atau sistem kehakiman dan kewangan yang berdasarkan undang-undang sivil. Dalam usaha UMNO untuk mempunyai imej parti Islam, UMNO dan Barisan Nasional hendaklah tidak memberikan lesen kepada orang Islam untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan yang di larang dalam Islam dan orang Islam tidak di benarkan untuk bekerja atau mempunyai sebarang perkongsian dalam semua perniagaan yang mana berkaitan dengan aktiviti yang di larang dalam Islam.

Walaubagaimanapun, UMNO boleh memberi lesen kepada orang bukan Islam untuk menjalankan perniagaan yang di larang dalam Islam. Semua wang yang mana di perolehi dalam perniagaan yang di larang dalam Islam hendaklah di gunakan untuk membina kemudahan awam dan wang tersebut tidak boleh digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan. UMNO hendaklah tidak membenarkan orang Islam untuk memasuki premis yang mempunyai aktiviti-aktiviti yang di larang dalam Islam manakala minuman alkohol dan bahan makanan haram hendaklah di jual di kedai-kedai runcit khas yang telah mendapat lesen daripada kerajaan, yang mana lesen untuk membenarkan untuk menjual dan menyediakan minuman alkohol dan makanan haram. Dalam maksud yang sebenar, di Malaysia semua kedai termasuk  7 Eleven dan MAS atau Syarikat Penerbangan Malaysia tidak di benarkan untuk menjual dan menyediakan minuman alkohol dan makanan haram. Pada pendapat saya, dalam usaha untuk mempunyai sebuah negara demokrasi dengan satu parti sistem tanpa mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme di dalam parti, UMNO hendaklah mengambil bahagian dalam amalan yang sangat penting yang mana akan menjadikan orang melayu dan semua umat Islam di dalam UMNO dan luar UMNO menjadi orang beriman. Apabila seseorang telah mengucapkan Kalimah Mulia maka seseorang tersebut telah menjadi Islam tetapi apabila Kalimah Mulia telah masuk ke dalam hati maka seseorang tersebut akan menjadi orang beriman.

Bagaimana untuk menjadikan orang melayu dan umat Islam di dalam UMNO dan luar UMNO daripada sekadar Islam kepada menjadi orang beriman? Dalam usaha untuk menjadikan orang melayu dan umat Islam di dalam UMNO dan luar UMNO daripada sekadar orang Islam kepada orang beriman, UMNO hendaklah mengambil bahagian dalam menjadikan semua masjid di Malaysia hidup dengan aktiviti mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran secara berjemaah seperti cara Nabi Muhammad s.a.w dan aktiviti solat lima waktu secara berjemaah serta aktiviti mengajar dan belajar tentang perintah-perintah Allah secara berjemaah. Dalam usaha untuk aktiviti ini hidup di semua masjid di Malaysia maka kerajaan di bawah UMNO dan Barisan Nasional hendaklah mengambil pekerja sekurang-kurangnya 5 ke 10 orang sebagai pekerja kerajaan di setiap masjid di Malaysia. Tugas utama pekerja-pekerja kerajaan yang bekerja di setiap masjid di seluruh Malaysia adalah menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran secara berjemaah, amalan solat lima waktu secara berjemaah serta amalan mengajar dan belajar tentang perintah Allah secara berjemaah.

Semua pekerja masjid akan menjalani latihan untuk bagaimana menjalankan aktiviti-aktiviti masjid. Keterangan dalam bagaimana untuk menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran banyak di jelaskan di www.profnasoha.com. Apabila aktiviti-aktiviti ini hidup di setiap masjid di seluruh Malaysia, kerajaan di bawah UMNO dan Barisan Nasional akan dapat menjadikan majoriti orang melayu dan orang Islam di dalam UMNO dan luar UMNO daripada hanya sekadar orang Islam kepada menjadi orang beriman. Apakah usaha kerajaan untuk semua kanak-kanak orang melayu, orang Islam dan kanak-kanak bukan Islam di Malaysia? Pandangan saya kerajaan di bawah UMNO dan Barisan Nasional seharusnya membuat usaha untuk memperbetulkan kepercayaan dan pemikiran semua kanak-kanak di Malaysia daripada hari pertama kelahiran sehingga mencapai umur 17 tahun. Bagaimana untuk memperbetulkan kepercayaan dan pemikiran  semua kanak-kanak di Malaysia? Pada pandangan saya, kepercayaan dan pemikiran semua kanak-kanak di seluruh Malaysia daripada hari pertama kelahiran sehingga mencapai umur 17 tahun boleh di perbetulkan dengan menggunakan terapi di sebut sebagai Terapi Bicara Kendiri atau Self Talk Theraphy. Menggunakan konsep mendengar dan bercakap perkataan baik secara berulang-kali, dengan izin Allah kepercayaan dan pemikiran semua kanak-kanak di seluruh Malaysia boleh menjadi betul.

Dengan izin Allah, saya telah mereka cipta perkataan baik untuk terapi yang mana terbukti boleh membuat kepercayaan dan pemikiran manusia menjadi betul. Apabila kepercayan dan pemikiran semua kanak-kanak di Malaysia menjadi betul, maka amalan atau tingkah laku semua kanak-kanak di Malaysia juga menjadi betul. Dengan izin Allah, saya telah mencipta terapi ini pada tahun 2004 dan saya telah mencuba terapi ini terhadap beberapa kanak-kanak daripada hari pertama kelahiran sehingga kini dan hasil keputusannya adalah sangat baik kerana terbukti bahawa amalan atau tingkah laku kanak-kanak boleh di bentuk untuk menjadi baik dengan menggunakan terapi. Dalam usaha untuk menjadikan kepercayaan dan pemikiran semua kanak-kanak di Malaysia menjadi betul, kerajaan di bawah UMNO dan Barisan Nasional hendaklah menjadikan kewajipan bagi semua kanak-kanak samaada Islam dan bukan Islam yang bersekolah di taska, sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia untuk mengambil terapi ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Dengan menggunakan terapi ini, saya sesungguhnya percaya bahawa kepercayaan dan pemikiran semua kanak-kanak di Malaysia akan menjadi baik. Apabila kepercayaan dan pemikiran semua kanak-kanak di Malaysia menjadi baik, saya yakin amalan atau tingkah laku semua kanak-kanak di Malaysia juga akan menjadi baik. Konsep terapi juga ada di jelaskan sepenuhnya di mthago.com dan drnasoha.com

Semua pekerja kerajaan di bawah UMNO dan Barisan Nasional yang bekerja di masjid akan di berikan latihan dalam bagaimana untuk menarik minat umat Islam di sekitar masjid agar menyertai dalam aktiviti mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran, solat lima waktu  dan aktiviti belajar dan mengajar tentang perintah Allah di setiap masjid. Aktiviti belajar dan mengajar tentang perintah Allah di setiap masjid di seluruh Malaysia hendaklah di jalankan bagi wanita dan lelaki di setiap kariah masjid di seluruh Malaysia. Kerajaan di bawah UMNO dan Barisan Nasional hendaklah memastikan semua masjid di Malaysia berada di bawah pemerhatian kerajaan dan tidak akan dibenarkan sesiapa tanpa kelulusan kerajaan untuk memberi ceramah di dalam masjid. Semua wang hasil derma masjid di Malaysia pada setiap hari jumaat atau hari lain hendaklah di berikan kepada kerajaan dan kerajaan akan menggunakan wang tersebut untuk membayar gaji semua pekerja masjid dan untuk penyelenggaraan masjid di seluruh Malaysia. Dengan aktiviti-aktiviti sebegini hidup di setiap masjid di seluruh Malaysia di bawah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional maka akan boleh menjadikan semua orang melayu dan umat Islam di Malaysia menjadi orang beriman dan akan menggalakkan orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam.

Kerajaan di bawah UMNO dan Barisan Nasional hendaklah juga aktif bukan hanya di dalam mengajak semua orang Islam untuk mentaati segala perintah Allah tetapi juga aktif di dalam mengajak semua orang bukan Islam di seluruh Malaysia memeluk agama Islam. Semua pekerja kerajaan di bawah UMNO dan Barisan Nasional yang bekerja di seluruh masjid di Malaysia akan di berikan latihan untuk mengajak orang bukan Islam agar dapat memeluk agama Islam dan bagaimana untuk mengajak orang Islam untuk mentaati perintah Allah. Apabila orang bukan Islam masuk kepada agama Islam maka mereka akan di ajak untuk mentaati perintah Allah yang pertama yang mana saudara baru adalah di ajak untuk menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, solat lima waktu dan belajar tentang perintah Allah. Apabila majoriti umat Islam di dalam UMNO dan seluruh Malaysia menjadi beriman dan majoriti orang bukan Islam di Malaysia memeluk agama Islam maka Malaysia akan menjadi sebuah negara demokrasi dengan satu parti sistem tanpa amalan rasuah, kronisme dan nepotisme di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Apabila UMNO menjadi lebih Islamik daripada PAS maka semua umat Islam di Malaysia yang mana sebelumnya menyokong PAS kini akan menyokong UMNO. Hanya UMNO akan menjadi parti yang akan memerintah Malaysia disebabkan UMNO sahaja parti yang akan memenangi setiap pilihanraya umum di Malaysia pada masa hadapan. Saya percaya akan tiba masa apabila tiada lagi orang melayu yang ingin menyertai PAS atau PKR dan PAS serta PKR akan berakhir dengan kematian yang sangat perlahan.

Dengan aktiviti mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran secara berjemaah dan dengan amalan solat lima waktu secara berjemaah dan dengan amalan mengajar dan belajar tentang perintah Allah secara berjemaah dapat di hidupkan di semua masjid di seluruh Malaysia maka secara perlahan-lahan semua umat Islam di Malaysia akan menjadi beriman dan ramai orang bukan Islam di Malaysia akan memeluk agama Islam. Apabila orang melayu yang hanya sekadar orang Islam telah menjadi orang beriman manakala orang cina dan India yang bukan Islam pula menjadi orang Islam, dengan ini saya percaya, inilah masanya bahawa di Malaysia terdapat ramai orang beriman dan orang Islam daripada orang bukan Islam. Pada pendapat saya, apabila di Malaysia terdapat ramai orang beriman dan orang Islam berbanding orang bukan Islam, Malaysia pada masa itu menjadi satu negara yang di rahmati Allah dengan keamanan dan kesejahteraan. Apabila di Malaysia terdapat ramai orang beriman dan orang Islam berbanding orang bukan Islam dan semua ahli UMNO dan Barisan Nasional adalah ramai orang beriman berbanding hanya sekadar orang Islam dan orang bukan Islam, maka UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi satu-satunya parti di Malaysia yang akan memerintah Malaysia. Walaupun UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi satu-satunya parti yang memerintah Malaysia tetapi tiada amalan rasuah, nepotisme dan kronisme di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Saya sesungguhnya percaya, jika UMNO dan Barisan Nasional berani dan bersedia menerima segala cadangan yang telah saya nyatakan di dalam setiap 9 bahagian artikel ini maka akan selama-lamanya di Malaysia terdapat hanya satu parti yang akan memerintah Malaysia dan partinya adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Apabila di Malaysia terdapat lebih ramai orang beriman berbanding orang Islam dan bukan Islam maka saya percaya amalan rakyat Malaysia akan menjadi amalan orang beriman seperti yang di nyatakan di dalam Surah Al-Mukminun dalam Quran. Apabila terdapat ramai orang beriman berbanding orang Islam dan orang bukan Islam di dalam UMNO dan Barisan Nasional maka Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan demokrasi dengan hanya satu parti yang sentiasa akan memenangi setiap pilihanraya umum dan dengan tanpa amalan rasuah, nepotisme dan kronisme di dalam parti. Oleh yang demikian, pada pendapat saya, matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi dengan satu parti sistem tanpa amalan rasuah, nepotisme dan kronisme adalah matlamat yang boleh di capai. Apabila Malaysia mengamalkan satu parti sistem, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang serupa China tetapi tidak seperti China yang mana hampir tiada amalan rasuah, nepotisme dan kronisme di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Saya percaya pada waktu itu, Malaysia akan diperintah oleh orang beriman dan saya berharap pada waktu itu Malaysia akan bersedia untuk berubah daripada negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi kepada negara yang mengamalkan sistem khalifah. Apabila politik sistem di Malaysia mengikuti sistem khalifah maka dengan ini saya sesungguhnya percaya bahawa pada masa itu Malaysia akan menjadi sebuah negara yang paling di berkati oleh Allah dengan kedamaian, kekayaan, kemodenan, perpaduan dan kemakmuran. Allah merahmati Malaysia.

Prof Dr Nasoha Saabin
Integrative Holistic Wellness Centre
No 11, Jalan 13,Taman Gombak,
Batu Caves, Gombak, Selangor

This entry was posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a comment