Ramai umat Islam tidak sedar perbezaan antara Sunnah dan Sunnat. Ramai umat Islam berfikir bahawa dua perkataan ini adalah sama maksudnya. Ramai umat Islam mengetahui perkataan Sunnat tetapi terlalu sedikit yang mengetahui dan memahami perkataan Sunnah. Ramai umat Islam berfikir bahawa perkataan Sunnah juga bermaksud Sunnat. Apabila sesuatu yang di nyatakan Sunnah, ramai umat Islam berfikir bahawa Sunnah adalah Sunnat untuk di amalkan. Apabila satu amalan Sunnat maka ini bermaksud bahawa amalan tidak wajib atau tidak fardu untuk di amalkan oleh setiap umat Islam. Satu amalan yang Sunnat boleh jadi amalan tersebut adalah di galakkan atau sangat di galakkan untuk di amalkan. Ramai orang Islam yang lelaki mempunyai janggut kerana mereka percaya amalan berjanggut adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimanapun ramai umat Islam yang tidak mengetahui hukum menyimpan janggut adalah hanya Sunnat Muakkad atau sangat di galakkan untuk di amalkan oleh umat Islam. Menurut masyarakat Islam di Negara India yang majoriti mengikut mazhab Imam Hanafi bahawa amalan berjanggut adalah wajib. Walaubagaimanapun, Hukum Wajib di dalam Mazhab Imam Hanafi adalah sama seperti Sunnat Muakkad atau sangat di galakkan di dalam Mazhab Shafie. Sesetengah umat Islam memakai serban atau jubah kerana mereka percaya amalan adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimana pun ramai umat Islam yang tidak mengetahui apakah hukum memakai serban dan jubah. Hukum memakai serban dan jubah adalah hanya Sunnat yang tidak muakkad atau tidak di galakkan untuk di amalkan oleh umat Islam. Terdapat sesetengah umat Islam yang sangat mementingkan dalam memakai serban dan jubah tetapi mereka tidak mementingkan dalam mematuhi Sunnah yang Fardu atau wajib untuk di amalkan oleh umat Islam.
Pada pendapat saya, umat Islam yang tidak mengambil berat di dalam melaksanakan Sunnah yang wajib untuk di amalkan oleh umat Islam sepatutnya tidak perlu bersusah-payah untuk mengamalkan Sunnah yang Sunnat samaada Sunnah Sunnat Muakkad atau tidak Muakkad. Ramai umat Islam khususnya dalam Jemaah Tabligh dan Jemaah Al-Arqam adalah sangat mementingkan dalam mengamalkan Sunnah yang hanya Sunnat tetapi tidak mementingkan untuk mengamalkan Sunnah yang Fardu atau wajib. Ramai umat Islam berfikir bahawa perintah Allah yang fardu untuk di laksanakan oleh setiap umat Islam adalah bukan Sunnah. Sebagai contoh, ramai umat Islam berfikir bahawa mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah bukan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Apakah hukum mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran? Saya berfikir terdapat ramai umat Islam yang tidak mengetahui hukum mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Di dalam Quran, Allah bersabda; Katakanlah ( Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, mengajak manusia kepada Allah dengan basirah, Inilah jalanku dan orang yang mengikutiku. Maha suci Allah dan aku bukan orang yang musyrik” Surah Yusuf : Ayat 108. Jalan yang di nyatakan dalam ayat Quran ini bukan bermaksud jalanraya atau jalan yang ada di dunia ini. Jalan yang di maksudkan dalam ayat Quran ini adalah amalan yang akan membawa manusia kepada Allah. Apakah amalan yang akan membawa manusia kepada Allah? Amalan yang akan membawa manusia kepada Allah adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w yang di kenali sebagai Sunnah. Amalan mengajak manusia kepada Allah adalah sama seperti amalan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran dan ini adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang paling besar.
Pada pendapat saya, Sunnah yang fardu atau wajib untuk di amalkan oleh umat Islam seharusnya di sebut sebagai Sunnah Besar manakala Sunnah yang hanya Sunnat untuk di amalkan oleh umat Islam seharusnya di sebut sebagai sunnah kecil. Ramai umat Islam dalam Jemaah Tabligh dan Al Arqam sangat mementingkan dalam mengamalkan Sunnah kecil Nabi Muhammad s.a.w seperti Sunnah serban dan jubah tetapi tidak mementingkan untuk mengamalkan Sunnah yang besar daripada Nabi Muhammad s.a.w. Di dalam ayat Quran ini, telah di nyatakan Sunnah besar Nabi Muhammad s.a.w iaitu mengajak manusia kepada Allah yang sama seperti mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Apakah hukum mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran? Apakah hukum Sunnah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Hukumnya adalah Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Semua amalan Nabi Muhammad s.a.w di sebut sebagai Sunnah. Sunnah tidak sama dengan sunnat kerana Sunnah Nabi Muhammad s.a.w boleh jadi fardu ataupun Sunnat. Segala amalan yang tidak di lakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah bidaah. Amalan bidaah adalah amalan bukan Sunnah. Amalan bidaah boleh jadi samaada makruh ataupun haram. Amalan yang di lakukan oleh Jemaah Tabligh iaitu keluar 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup adalah bidaah. Allah perintahkan umat Islam untuk menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan bukan bidaah. Apabila sunnah Nabi Muhammad s.a.w dapat di hidupkan maka Islam akan dapat di hidupkan. Bagaimana hendak menghidupkan Islam? Dalam usaha untuk menghidupkan Islam maka umat Islam perlu menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan mula menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w paling besar. Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang paling besar adalah juga perintah pertama daripada Allah. Perintah pertama daripada Allah adalah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dan ini adalah sama dengan kerja mengajak manusia kepada Allah. Kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran juga kerja menunaikan hak Kalimah Mulia, Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah. Apabila sunnah yang besar dapat di hidupkan maka sunnah-sunnah yang lain juga akan dapat di hidupkan. Saya percaya Sunnah Nabi Muhammad s.a.w tidak akan dapat di hidupkan dengan amalan bidaah. Tiada Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dapat di hidupkan dengan memperolehi kuasa dan kekayaan. Hanya satu cara untuk menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w iaitu dengan menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang paling besar.
Jemaah Tabligh memberitahu kepada manusia seluruh dunia bahawa mereka adalah Jemaah yang menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Apakah pendekatan yang di buat oleh Jemaah Tabligh untuk menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w? Untuk menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w, Jemaah Tabligh telah mengambil pendekatan dengan menghidupkan sunnah kecil Nabi Muhammad s.a.w. Menurut mereka, apabila sunnah kecil dapat di hidupkan maka semua sunnah yang lain dapat di hidupkan. Untuk menghidupkan sunnah kecil, Jemaah Tabligh mengajak orang Islam untuk keluar beribadah selama 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan seumur hidup yang mana amalan ini sebenarnya adalah bidaah. Bagaimana boleh menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dengan menghidupkan sunnah kecil dan bagaimana boleh menghidupkan sunnah kecil Nabi Muhammad s.a.w melalui amalan bidaah? Pada pandangan saya, Sunnah Nabi Muhammad s.a.w tidak akan dapat di hidupkan di dunia ini dengan kaedah yang di gunakan oleh Jemaah Tabligh. Pandangan saya adalah ulama Jemaah Tabligh sebenarnya bukan ulama yang benar-benar memahami tentang Quran dan Hadis dan yang mengetahui bagaimana untuk menghidupkan Islam. Terlalu banyak salah faham tentang sunnah dalam Jemaah Tabligh. Salah satu salah faham di dalam Jemaah Tabligh adalah mempercayai semua Sunnah adalah Sunnah yang besar. Menurut mereka, mengamalkan dan menghidupkan sunnah adalah wajib. Pada pendapat saya, adalah tidak masuk akal untuk mempercayai semua Sunnah adalah Sunnah besar. Sunnah adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w. Sunnah juga merupakan perintah Allah. Apabila perintah Allah adalah besar maka Sunnah juga besar manakala perintah Allah yang kecil maka Sunnah juga kecil. Sunnah Besar adalah Sunnah Fardu atau Wajib untuk di laksanakan oleh setiap umat Islam manakala Sunnah Kecil adalah Sunnah Sunnat yang mana hukumnya adalah Sunnat untuk di amalkan oleh setiap umat Islam.
Pandangan saya, sangat mustahil untuk menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w atau menghidupkan Islam dengan hanya menghidupkan Sunnah Kecil. Tidak logik untuk mempercayai sesuatu yang kecil dapat menghidupkan sesuatu yang sangat besar. Adalah logik untuk mempercayai sesuatu yang besar dapat menghidupkan sesuatu yang kecil. Pada pandangan saya, kerja Jemaah Tabligh adalah kerja orang bodoh yang mahu menghidupkan Islam atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dengan menghidupkan Sunnah yang kecil. Jemaah Tabligh mencuba untuk menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dengan mengajak orang Islam untuk mengamalkan Sunnah Kecil seperti Sunnah berjanggut, Sunnah memakai serban dan jubah, Sunnah makan dengan menggunakan tangan serta Sunnah menjilat jari selepas makan. Ini adalah fakta bahawa mereka sentiasa bermuzakarah setiap hari tentang Sunnah Kecil seperti Sunnah Makan, Sunnah Tidur dan Sunnah pergi ke tandas semasa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan dan ini menunjukkan mereka hanya bersungguh-sungguh untuk menghidupkan sunnah-sunnah kecil. Sebenarnya mereka tidak bermuzakarah sesama mereka setiap hari untuk membincangkan tentang Sunnah Besar iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dan ini menunjukkan mereka tidak bersungguh-sungguh untuk menghidupkan Sunnah Besar Nabi Muhammad s.a.w. Pada pendapat saya, adalah satu malapetaka yang besar bagi Jemaah Tabligh yang mana telah mendakwa sebuah Jemaah yang telah menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w tetapi enggan dan tidak bersedia untuk menghidupkan Sunnah Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Contohnya, Sunnah makan dengan menggunakan tangan, hukumnya adalah hanya Sunnat malah bukan Sunnat Muakkad dan hanya di galakkan untuk umat Islam mengamalkannya. Walaubagaimanapun, ramai umat Islam terutamanya dalam Jemaah Tabligh yang menganggap Sunnah makan dengan menggunakan tangan sebagai sunnah wajib atau fardu untuk di laksanakan bagi setiap umat Islam. Saya masih ingat pada satu hari semasa saya berada bersama Jemaah Tabligh, saya telah di hina oleh seorang ahli Jemaah Tabligh kerana saya tidak menggunakan tangan semasa makan tetapi menggunakan sudu. Menurut Jemaah Tabligh, makan dengan menggunakan sudu adalah bukan Sunnah dan oleh yang demikian adalah tidak sepatutnya seorang yang berstatus syurah Malaysia untuk makan dengan sudu dan bukan dengan jari. Terdapat ramai Jemaah Tabligh yang menegaskan apabila makan hendaklah menggunakan jari dan duduk di atas lantai serta tidak menggunakan kerusi kerana mereka mempercayai ini adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan mengamalkan Sunnah Kecil menurut ramai ahli Jemaah Tabligh adalah wajib. Apabila ahli Jemaah Tabligh melakukan sesuatu amalan sunnah, tujuan hanya untuk mendapatkan ganjaran pahala dan bukan untuk sukakan Allah. Ramai ahli Jemaah Tabligh yang mempercayai bahawa mengamalkan Sunnah adalah menghidupkan Sunnah dan sesiapa yang menghidupkan Sunnah di zaman kerosakan umat maka seseorang itu akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid. Bagaimanakah Jemaah Tabligh menggalakkan pengikutnya mengamalkan sesuatu amalan? Jemaah Tabligh menggalakkan pengikutnya untuk mengamalkan sesuatu amalan dengan memberitahu tentang ganjaran pahala yang akan mereka perolehi sekiranya mereka mengamalkan sesuatu amalan. Apabila ahli Jemaah Tabligh mengetahui bahawa mereka akan memperolehi ganjaran seratus pahala mati syahid dengan menghidupkan hanya satu Sunnah Nabi Muhammad s.a.w maka mereka menjadi sangat ghairah dan bersemangat untuk menghidupkan Sunnah terutamannya dalam menghidupkan Sunnah Kecil. ‘Mindset’ ahli Jemaah Tabligh adalah hanya mendapatkan ganjaran pahala dan syurga. Apabila ahli Jemaah Tabligh melakukan sebarang amalan, niat mereka hanya untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga tetapi bukan dengan niat untuk sukakan Allah. Ahli Jemaah Tabligh hanya mementingkan untuk menghidupkan Sunnah Kecil Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka mahu mendapatkan ganjaran seratus pahala mati syahid.
Pada pendapat saya, Jemaah Tabligh tidak mempunyai pemahaman perkataan Sunnah yang di nyatakan di dalam Hadis yang lebih kurang maksud; Sesiapa yang menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w semasa kerosakan umat akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid. Adakah Sunnah yang perlu di hidupkan seperti yang di nyatakan di dalam Hadis bermaksud, menghidupkan semua Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang mana termasuk menghidupkan semua Sunnah kecil atau bermaksud menghidupkan Sunnah Besar Nabi Muhammad s.a.w? Menurut Jemaah Tabligh, Sunnah yang di nyatakan di dalam hadis adalah menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang mana termasuk menghidupkan Sunnah Kecil. Pada pendapat saya, menghidupkan Sunnah bermaksud menghidupkan Sunnah Besar. Hanya apabila Sunnah Besar dapat di hidupkan kemudian semua sunnah yang lain akan dapat di hidupkan. Apakah Sunnah yang paling besar? Sunnah yang paling besar daripada Nabi Muhammad s.a.w adalah Sunnah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran.
Mengapa ulama Jemaah Tabligh tidak menasihati pengikutnya untuk langkah pertama adalah menghidupkan Sunnah paling Besar Nabi Muhammad s.a.w. Adakah ulama Jemaah Tabligh mengetahui apa sebenarnya Sunnah Besar Nabi Muhammad s.a.w? Adakah ulama Jemaah Tabligh mengetahui bahawa kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang paling besar? Semasa saya berada bersama Jemaah Tabligh, saya tidak pernah mendengar daripada ulama Jemaah Tabligh bahawa kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang paling besar. Saya juga tidak pernah mendengar daripada mereka bahawa maksud kemungkaran di dalam Quran adalah merujuk kepada amalan manusia yang tidak mengucapkan Kalimah Mulia dan maksud kebaikan di dalam Quran merujuk kepada amalan mengucapkan Kalimah Mulia. Saya mempercayai bahawa ayat Quran yang bermaksud; mengajak manusia kepada kebaikan adalah bukan mengajak orang Islam untuk keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan atau mengamalkan Sunnah kecil seperti Sunnah Makan dan Sunnah Tidur tetapi bermaksud mengajak kepada mengucapkan Kalimah Mulia iaitu Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah. Sunnah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran adalah Sunnah yang paling besar tetapi Sunnah Makan dan Sunnah Tidur adalah hanya Sunnah kecil dan mengajak orang Islam untuk keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan adalah sebenarnya mengajak orang Islam mengamalkan bidaah. Bagaimana boleh Jemaah Tabligh menganggap amalan keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan sebagai “Sunnah Besar”? Sunnah Besar dalam Jemaah Tabligh pada hakikatnya adalah hanya satu amalan Bidaah. Apa da…. Jemaah Tabligh, Sungguh memalukan.
Apa yang di maksudkan menghidupkan Sunnah di dalam Hadis adalah menghidupkan Sunnah yang paling besar Nabi Muhammad s.a.w iaitu Sunnah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. Ulama Jemaah Tabligh telah di anggap oleh semua ahli Jemaah Tabligh sebagai Ulama besar yang paling memahami Quran dam Hadis. Tetapi pada pandangan saya, Ulama Jemaah Tabligh bukan ulama sebenar bagi umat Islam. Sekiranya mereka adalah ulama benar bagi umat Islam, mereka seharusnya diberi oleh Allah pemahaman yang betul daripada Quran. Seorang ulama yang benar atau alim mestilah diberi oleh Allah pemahaman yang betul dari Quran. Mengapa ‘Elders’ Jemaah Tabligh tidak memahami bahawa amalan mengajak orang Islam keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan sekali seumur hidup adalah satu amalan bidaah? Mengapa ‘Elders’ Jemaah Tabligh tidak di beri oleh Allah pemahaman yang betul dari Quran? Mengapa Allah tidak memberikan mereka pemahaman Quran sedangkan mereka telah belajar Quran selama bertahun-tahun? Mengapa Allah tidak memberikan mereka pemahaman Quran sedangkan mereka menghafal keseluruhan Quran dan Hadis? Allah tidak memberikan mereka pemahaman Quran dan Hadis dengan betul kerana satu sebab yang sangat mudah. Apakah sebabnya? Mereka tidak diberikan oleh Allah pemahaman Quran dan Hadis dengan betul kerana mereka tidak membuat kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dengan cara seperti yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Allah juga tidak memberikan pemahaman kepada ‘Elders’ Jemaah Tabligh tentang hukum kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran adalah Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Pada masakini ‘Elders’ Jemaah Tabligh tidak perintahkan ahli Jemaah Tabligh untuk membuat kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana mereka percaya pada masakini umat Islam belum bersedia dan tidak mampu untuk melakukannya. Apa yang di fahami oleh ‘Elders’ Jemaah Tabligh tentang kerja dakwah adalah kerja mengajak orang Islam untuk meluangkan masa 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan seumur hidup dan bukan mengajak manusia kepada Allah. Semasa meluangkan masa selama 3 hari, 40 hari dan 4 bulan, ‘Elders’ Jemaah Tabligh perintahkan ahli Jemaah Tabligh untuk membiasakan diri mengamalkan Sunnah Kecil Nabi Muhammad s.a.w seperti Sunnah Makan, Sunnah Minum, Sunnah Tidur. Pada pandangan saya, ‘Elders’ Jemaah Tabligh kemungkinan mempercayai bahawa Sunnah Makan dengan menggunakan tangan adalah sama seperti Sunnah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Sungguh kesian bagi Jemaah Tabligh yang berfikir dan percaya bahawa mereka berada di jalan yang benar tetapi hakikatnya tidak. Oh Allah… berilah petunjuk kepada ‘Elders’ dan ahli Jemaah Tabligh ke jalan yang benar.
Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
KolejUniversiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

Memang benar apa yg ditulis oleh Prof. Dr. Nasoha bin Saabin itu dgn keizinan Allah. Tiada yg boleh beri kefahaman agama kepada kita kecuali Allah.