Kekeliruan antara Sunnah dan Sunnat – Bahagian II

Sunnah dan SunnatDengan izin Allah dalam artikel saya yang lepas, saya telah menerangkan tentang maksud Sunnah. Semua amalan Nabi Muhammad s.a.w di kenali sebagai Sunnah. Sunnah adalah menjelaskan Quran. Kedua-dua Quran dan Sunnah daripada Allah. Quran adalah perkataan Allah yang menjelaskan keinginan Allah dan Sunnah adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w yang diperintahkan oleh Allah bagi menjelaskan semua amalan yang sepatutnya di amalkankan oleh setiap orang Islam dalam usaha untuk menunaikan keinginan Allah. Dalam maksud yang lain, Sunnah adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w untuk menjelaskan Quran. Nabi Muhammad s.a.w telah tinggalkan orang Islam dengan Quran dan Sunnah dan sesiapa di kalangan orang Islam yang mengikut Quran dan Sunnah, mereka tidak akan sesat daripada jalan yang benar. Hadis adalah perkataan Nabi Muhammad s.a.w yang menerangkan Sunnah. Hadis boleh jadi hadis sahih atau boleh jadi hadis palsu tetapi tiada amalan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w adalah Sunnah Palsu. Terdapat banyak Hadis  yang palsu dan orang Islam seharusnya tidak mengamalkan segala yang di nyatakan di dalam Hadis Palsu. Quran telah di tuliskan semasa zaman Khalifah Abu Bakar r.a setelah beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w tetapi Hadis telah di tulis lebih kurang 200 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Pada pendapat saya, mengapa terdapat banyak hadis palsu adalah kerana Allah tidak menjanjikan untuk memelihara hadis  sebagaimana Allah telah berjanji untuk memelihara kesucian Al-Quran.

Pada pendapat saya, satu hadis adalah palsu apabila maksud hadis tidak melengkapi maksud ayat-ayat Quran. Hadis adalah perkataan Nabi Muhammad s.a.w yang menjelaskan tentang Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sunnah adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w yang menjelaskan Quran. Apabila Hadis tidak melengkapi Quran, Hadis tersebut adalah Hadis palsu. Ramai orang Islam tanpa sedar mengikut dan mengamalkan hadis palsu dan apabila orang Islam mengamalkan hadis palsu maka amalan Islam yang di amalkan adalah bukan amalan Islam yang sebenar. Amalan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atau amalan mengajak manusia kepada Allah adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w  dan juga Sunnah semua nabi-nabi yang lepas. Sama juga seperti amalan solat lima waktu setiap hari dan amalan makan dengan menggunakan tangan juga Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi apabila Sunnah adalah wajib maka Sunnah adalah Sunnah Besar dan apabila Sunnah adalah Sunnat maka Sunnah adalah Sunnah Kecil Nabi Muhammad s.a.w. Semua perintah Allah adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perintah Allah yang wajib atau fardu untuk di laksanakan bagi orang Islam dan terdapat perintah Allah yang Sunnat untuk di laksanakan oleh orang Islam. Kedua-dua perintah iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dan solat lima waktu setiap hari adalah Fardu atau wajib untuk di laksanakan oleh orang Islam. Perintah Allah yang fardu atau wajib terbahagi kepada dua. Yang pertama adalah Fardu Kifayah. Apabila perintah Allah adalah Fardu Kifayah ini bermaksud perintah adalah wajib untuk di lakukan oleh orang lelaki secara berjemaah. Apabila perintah Allah adalah Fardu Ain ini bermaksud Perintah Allah adalah wajib untuk di lakukan oleh setiap orang Islam samaada lelaki dan perempuan. Seperti amalan memakai serban dan makan menggunakan tangan adalah Sunnah Sunnat yang tidak Muakkad atau hanya di galakkan untuk semua orang Islam mengamalkannya.

Amalan berjanggut adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w tetapi Sunnah ini bukan wajib atau fardu untuk di laksanakan bagi orang Islam yang lelaki. Sunnah berjanggut adalah Sunnat Muakkad yang bermaksud sangat di galakkan dan amalan memotong janggut adalah Makruh Tahrimi dan amalan ini seharusnya di elakkan oleh orang lelaki yang Islam. Terdapat juga amalan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w adalah Sunnat iaitu Sunnat Muakkad atau sangat di galakkan untuk di amalkan oleh orang Islam. Amalan memakai serban atau makan dengan menggunakan tangan adalah Sunnah yang tidak muakkad atau hanya di galakkan untuk orang Islam mengamalkannya. Apabila orang Islam tidak menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran atau apabila orang Islam tidak mengerjakan solat lima kali setiap hari atau apabila orang Islam tidak berpuasa di bulan Ramadan, ini bermaksud orang Islam tidak mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang wajib atau fardu untuk di lakukan oleh orang Islam. Apabila orang Islam tidak memakai serban atau apabila orang Islam tidak berjanggut atau apabila orang Islam tidak makan menggunakan tangan kanan ini bermaksud orang Islam tidak mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang Sunnat untuk di laksanakan bagi orang Islam. Apabila orang Islam tidak mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang wajib maka orang Islam telah melanggar perintah Allah dan orang Islam sebenarnya telah berdosa.

Apabila orang Islam tidak mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang Sunnat maka orang Islam tidak melanggar perintah Allah dan orang Islam tidak berdosa. Apabila orang Islam mengamalkan Sunnah yang Fardu atau Wajib dan Sunnat maka orang Islam telah mentaati perintah Allah dan orang Islam akan mendapat ganjaran dari Allah. Apabila orang Islam tidak melaksanakan perintah Allah yang wajib atau fardu maka orang Islam telah melanggar perintah Allah dan orang Islam telah berdosa. Apabila orang Islam mengamalkan sesuatu amalan yang tidak di benarkan oleh Allah maka orang Islam telah melanggar perintah Allah dan orang Islam telah melakukan amalan yang berdosa. Apabila orang Islam mengamalkan amalan yang tidak di perintahkan oleh Allah atau bukan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w maka orang Islam mengerjakan amalan yang samaada Haram atau amalan yang di larang dengan tegas atau tidak di larang dengan tegas untuk di laksanakan oleh orang Islam. Amalan yang tidak di larang dengan tegas adalah di kenali sebagai makruh. Amalan yang makruh atau amalan yang tidak di larang dengan tegas terbahagi kepada dua jenis. Yang pertama adalah Makruh Tahrimi atau amalan yang tidak di larang dengan tegas (tahap tinggi) dan yang kedua adalah Makruh Tanzih adalah tidak di larang dengan tegas (tahap rendah).

Apabila orang Islam tidak mengamalkan perintah Allah yang wajib atau Fardu maka orang Islam di katakan telah melanggar perintah Allah dan telah berdosa. Apabila orang Islam mengamalkan sesuatu yang di larang oleh Allah seperti minum minuman alkohol dan mengamalkan seks sebelum nikah, orang Islam di katakan telah melanggar perintah Allah dan orang Islam telah berdosa. Apabila orang Islam mengamalkan sesuatu yang samada tidak di perintahkan oleh Allah atau bukan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w maka orang Islam telah mengamalkan amalan samada haram atau makruh. Haram bermaksud di larang sepenuhnya dan makruh bermaksud tidak di larang dengan tegas. Amalan Jemaah Tabligh keluar di jalan ibadah selama 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan seumur hidup adalah bukan perintah Allah dan juga bukan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun amalan ini bukan perintah Allah tetapi orang Islam tidak di larang oleh Allah untuk mengamalkannya. Apakah hukum amalan ini? Oleh kerana amalan keluar di jalan ibadah selama 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan seumur hidup adalah bukan perintah Allah dan juga bukan sunnah Nabi Muhammad s.a.w tetapi ia tidak di larang oleh Allah dan hukumnya adalah Makruh Tahrimi atau amalan yang tidak di larang dengan tegas (tahap tinggi). Seseorang yang melakukan amalan Makruh Tahrimi boleh jatuh kepada hukum haram apabila amalan tersebut memudaratkan ahli keluarga seperti tidak menyediakan keperluan secukupnya kepada ahli keluarga atau menipu majikan untuk dapat cuti 40 hari atau 4 bulan. Apabila seorang yang mengamalkan amalan haram atau di larang oleh Allah maka seorang itu sebenarnya telah berdosa.

Amalan yang tidak di perintahkan oleh Allah atau bukan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w adalah amalan Makruh atau Haram. Makruh boleh jadi Makruh Tahrimi atau Makruh Tanzih. Manakala amalan yang di perintahkan oleh Allah atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w adalah Fardu ataupun Sunnat. Sunnat boleh jadi Sunnat Muakkad atau sangat di galakkan atau tidak muakkad. Terdapat dua perintah Allah yang mana orang Islam wajib untuk laksanakan samaada secara individu atau berjemaah. Dua perintah yang wajib untuk di laksanakan ke atas setiap orang Islam samaada lelaki dan wanita secara Fardu Ain(Individu) atau Fardu Kifayah (berjemaah) adalah perintah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dan perintah menjaga solat lima waktu setiap hari. Apabila perintah Fardu Kifayah ini bermaksud perintah adalah wajib di laksanakan oleh orang Islam secara berjemaah manakala perintah Fardu Ain pula bermaksud adalah perintah wajib di laksanakan secara bersendirian oleh setiap orang Islam lelaki dan perempuan. Apabila perintah Allah adalah wajib untuk di laksanakan secara Fardu Ain (Individu) dan Fardu Kifayah (berjemaah), ini menunjukkan bahawa perintah adalah sangat penting di sisi Allah.  Kedua-dua perintah iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dan solat lima waktu setiap hari hukumnya adalah Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Apabila perintah adalah Fardu Kifayah, ini bermaksud perintah adalah wajib untuk di laksanakan secara berjemaah setiap hari sekurang-kurangnya sebahagian orang lelaki di setiap kariah masjid. Apabila tiada walaupun salah satu daripada kedua-dua perintah ini di lakukan secara berjemaah di kariah masjid maka seluruh orang Islam di kariah tersebut telah berdosa. Pada masa kini, terdapat banyak masjid di beberapa kariah menjalankan solat lima waktu secara berjemaah . Walaubagaimanapun, terdapat hanya sedikit sahaja masjid di seluruh dunia yang menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran secara berjemaah.

Kerja mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia adalah sama dengan kerja mengajak manusia kepada Allah dan sama juga dengan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Jemaah Tabligh adalah pergerakan yang sepatutnya menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran tetapi bertetangan dengan nama pergerakan, Jemaah Tabligh tidak menggalakkan pengikut mereka menjalankan kerja mengajak orang bukan Islam mengucapkan Kalimah Mulia. Saya ingin bertanya satu soalan kepada Jemaah Tabligh samaada mereka adalah pergerakan menjalankan kerja tabligh atau pergerakan yang hanya ibadah? Apabila ‘Elders’ Jemaah Tabligh tidak menggalakkan pengikut mereka untuk mengajak orang bukan Islam mengucapkan Kalimah Mulia ini bermaksud Jemaah Tabligh tidak menjalankan kerja tabligh tetapi hanya kerja beribadah. Apakah maksud tabligh? Tabligh bermaksud menyampaikan Kalimah Mulia kepada bukan Islam tetapi hakikatnya Jemaah Tabligh tidak menjalankan kerja menyampaikan Kalimah Mulia kepada bukan Islam dan oleh yang demikian Jemaah Tabligh tidak membuat kerja tabligh. Mengapa orang Islam memanggil sebuah jemaah yang tidak menjalankan kerja tabligh dengan nama Jemaah Tabligh? Pada pendapat saya, nama yang betul bagi Jemaah Tabligh adalah bukan Jemaah Tabligh atau bukan pergerakan usaha atas iman tetapi sepatutnya di kenali dengan nama Jemaah Ibadah atau Jemaah Tarikat. Tabligh adalah satu kualiti atau sifat Nabi Muhammad s.a.w dan Tabligh bermaksud menyampaikan Kalimah Mulia kepada orang bukan Islam. Adakah Jemaah Tabligh menyampaikan Kalimah Mulia kepada orang bukan Islam dan membuat kerja yang sama seperti kerja semua nabi-nabi? Pada pendapat saya, kerja Jemaah Tabligh adalah bukan kerja nabi dan mereka tidak buat kerja nabi kerana Jemaah Tabligh tidak menyampaikan Kalimah Mulia kepada orang bukan Islam.

Apakah kerja utama Jemaah Tabligh? Kerja utama Jemaah Tabligh adalah hanya mengajak orang Islam untuk keluar ke jalan ibadah selama 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan seumur hidup. Menurut Jemaah Tabligh sesiapa yang meluangkan masa 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan seumur hidup akan memperolehi iman yang kuat dan amal yang soleh. KPI atau Indeks Prestasi Utama bagi Jemaah Tabligh adalah untuk memperolehi ramai orang menyertai mereka. Semakin dapat menarik ramai orang menyertai  Jemaah Tabligh maka semakin banyak ganjaran pahala dan semakin bertambah iman serta semakin bertambah amal yang seseorang akan dapat daripada Allah. Mengapa ahli Jemaah Tabligh meluangkan masa selama 3 hari, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup di jalan ibadah? Adakah amalan ini adalah satu perintah Allah atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w? Pendapat saya, tiada walaupun satu ayat di dalam Quran yang memerintahkan orang Islam untuk meluangkan masa selama 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup di jalan ibadah. Jika sekiranya tiada walaupun satu ayat di dalam Quran yang memerintahkan orang Islam untuk meluangkan masa selama 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup di jalan ibadah maka, tiada lagi keraguan bahawa amalan sedemikian bukan perintah Allah dan juga bukan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Apabila sesuatu amalan yang tidak di perintahkan oleh Allah dan juga bukan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w maka amalan itu sebenarnya makruh dan boleh jadi haram. Oleh kerana amalan itu tidak di larang oleh Allah maka amalan tersebut adalah Makruh Tahrimi atau makruh yang menghampiri haram.

Apabila amalan bukan perintah Allah dan juga bukan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w amalan tersebut tidak boleh jadi wajib atau Fardu ataupun Sunnat untuk di amalkan oleh orang Islam. Sebarang amalan yang mana tidak di perintahkan oleh Allah boleh jadi Haram atau Makruh dan juga sudah pasti tidak boleh jadi wajib atau Fardu ataupun Sunnat. Apabila ahli Jemaah Tabligh mengamalkan amalan keluar 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup ke jalan ibadah, mereka sebenarnya mengamalkan sesuatu amalan yang tidak di perintahkan oleh Allah dan juga bukan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w tetapi satu amalan yang makruh tahrimi. Sungguh malang bagi ahli Jemaah Tabligh yang percaya bahawa amalan yang mereka amalkan adalah perintah Allah yang wajib tetapi hakikatnya  mereka mengamalkan sesuatu amalan yang mana hukumnya adalah Makruh Tahrimi. Apabila seseorang mengamalkan satu amalan yang mana hukumnya Makruh Tahrimi tetapi amalan tersebut menyebabkan kemudaratan sehingga tidak menyediakan keperluan yang secukupnya kepada ahli keluarga yang di tinggalkan semasa mereka keluar 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup ke jalan ibadah maka hukumnya akan menjadi Haram.

Sungguh memalukan apabila ‘elders’ dan ahli Jemaah Tabligh percaya bahawa mereka berada di jalan Sunnah atau jalan benar tetapi pada hakikatnya mereka adalah jalan yang sesat. Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan saya daripada mengikut jalan yang sesat daripada Jemaah Tabligh. Saya berdoa kepada Allah untuk menunjukkan kepada ‘elders’ dan ahli jemaah tabligh jalan yang benar. Saya menyayangi mereka semua kerana saya telah bersama mereka hampir 30 tahun.  Semasa saya berada bersama Jemaah Tabligh, saya juga percaya bahawa amalan keluar ke jalan ibadah selama 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup adalah amalan yang betul. Pada masa itu, saya tidak mengetahui bahawa amalan Jemaah Tabligh adalah Makruh Tahrimi, hanya Allah yang membuatkan saya memahami bahawa amalan Jemaah Tabligh adalah Makruh Tahrimi. Sekiranya saya mengetahui bahawa amalan meluangkan masa selama 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup adalah Makruh Tahrimi, saya tidak akan menyertai Jemaah Tabligh. Saya bersama dengan Jemaah Tabligh kerana saya ‘buta’ selama hampir 30 tahun.

Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
KolejUniversiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia

This entry was posted in Agama, Amar Makruf Nahi Munkar, Masjid and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a comment