Untuk memastikan supaya terus berkuasa memerintah di Malaysia, orang melayu yang merupakan penganut agama islam mesti bersatu. Apabila orang melayu terus memerintah di negara ini maka keamanan dan kesejahteraan akan terus dapat dikekalkan. Apabila kuasa pemerintahan dikuasai oleh orang bukan melayu, orang melayu tidak sesekali akan bertoleransi dalam hal ini dan kekacauan akan berlaku. Dan ini akan menyebabkan rusuhan dan keadaan yang tidak stabil akan wujud di Malaysia. Orang melayu merupakan pemilik asal negara ini dan mereka telah memerintah negara ini sudah ratusan tahun lamanya. Terdapat bukti yang menunjukkan orang melayu telah lama memegang tampuk pemerintahan di Tanah Melayu dan di Kepuluan Borneo sebelum penjajah datang ke Tanah Melayu. Kaum cina dan india telah datang ke Tanah Melayu ini sebagai pedagang dan pekerja buruh, sebahagian daripada mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap disini. Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo adalah milik orang melayu sementara cina dan india adalah pendatang dan kemudian diterima oleh orang melayu untuk menjadi sebahagian dari penduduk negara ini. Orang melayu memang terkenal dengan kemurahan hati serta ramah mesra dan sifat keterbukaan menerima kaum cina dan india untuk menjadi sebahagian daripada penduduk negara yang dulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya dikenali sebagai Malaysia.
British memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu kerana orang melayu bersedia menerima jutaan kaum cina dan india untuk menjadi warganegara yang mana mereka ini telah dibawa masuk oleh British ke Tanah Melayu untuk membantu mereka dalam urusan mereka dinegara ini. British membawa kaum india ke negara ini untuk membantu mereka bekerja di ladang getah, orang dari sri lanka digunakan untuk membantu mereka dalam urusan pentadbiran dan kaum cina digunkan dalam urusan perniagaan dan perlombongan bijih timah. Apabila orang melayu bersedia dan sanggup menerima kerakyatan kaum cina dan india, ia merupakana satu faktor terbesar kepada British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Kaum cina dan india yang tinggal di Malaysia sebelum merdeka merupakan sebenarnya rakyat British. Sekiranya orang melayu enggan menerima kerakyatan kaum cina dan india maka British terpaksa membawa mereka ke negara mereka di United Kingdom dan ini merupakan satu masalah besar kepada British. Oleh kerana kemurahan hati orang melayu terhadap kaum cina dan india maka kedua-dua kaum ini telah bersetuju untuk tidak mempersoalkan hak istimewa yang diberikan kepada orang melayu melalui perlembagaan. Orang melayu merasakan bahawa mereka berhak untuk mendapat hak istimewa kerana mereka percaya negara ini adalah milik mereka dan mereka mahukan keistimewaan tersebut ditulis dalam perlembagaan Malaysia dan diluluskan oleh Parlimen.
Kebanyakan pemimpin yang merupakan generasi awal dari orang melayu, kaum cina dan india yang telah bersetuju dengan sosial kontrak ini sehingga Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan oleh British telah meninggal dunia. Kebanyakan pemimpin sekarang dari orang melayu, kaum cina dan india tidak menyedari hakikat kewujudan sosial kontrak yang mana ketiga-tiga kaum terdahulu ini telah persetujui sebelum negara ini memperolehi kemerdekaan dari British. Kebanyakan pemimpin dari kaum cina dan india sekarang yang lahir setelah negara ini merdeka mulai mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu kerana mereka percaya mereka juga adalah sebahagian daripada rakyat negara ini kerana mereka lahir di Malaysia sepertimana orang melayu dan mereka mahukan hak yang sama sepertimana hak yang diberikan kepada orang melayu. Sebenarnya, selagi mereka adalah dari kaum cina dan india tidak kira selama mana mereka tinggal di Malaysia, mereka tidak boleh mendapat hak istimewa yang diberikan kepada kaum melayu. Kebanyakan kaum cina dan india terutamanya yang lahir di Malaysia selepas merdeka, merasakan adalah tidak adil memberi hak istimewa hanya kepada orang melayu dan tidak kepada mereka. Mereka merasakan hal ini tidak adil kerana mereka tidak sesekali boleh menjadi orang melayu untuk menikmati hak tersebut dan mereka tidak ada pilihan untuk dilahirkan sebagai orang cina atau india.
Kebanyakan kaum cina dan india yang lahir di Malaysia mahukan hak yang sama sepertimana yang diberikan kepada orang melayu dan mereka tidak gembira dengan hakikat sebenar bahawa hanya orang melayu sahaja memiliki hak istimewa ini sementara mereka tidak diberi. Kaum cina dan india tidak senang dengan hak istimewa orang melayu ini dan mereka dari masa ke semasa cuba mempersoalkan hak istimewa orang melayu ini melalui media. Setiap kali kaum cina dan india mempersoalkan hak istimewa orang melayu di media maka orang melayu tidak senang hati dan menjadi marah. Apabila orang melayu menjadi marah, mereka akan menyuruh kaum cina dan india menutup mulut dan menyuruh mereka menerima sosial kontrak yang telah dipersetujui oleh pemimpin awal mereka. Rata-rata kaum cina dan india tidak gembira dengan teguran yang dibuat oleh orang melayu dan apabila mereka mendapat peluang, mereka kembali mempersoal hak istimewa orang melayu.
Saya berpandangan bahawa ketidakpuasan hati dari kaum cina dan india hanya menunggu masa dan keadaan sesuai untuk bertukar menjadi lebih buruk. Kerajaan sedang membuat usaha untuk meredakan isu ini dengan memperkenalkan slogan ‘Satu Malaysia’,tetapi hakikat sebenarnya suasana politik di Malaysia adalah tidak stabil. Jika ia tidak diurus dengan baik oleh pemimpin sekarang, ketidakpuasan hati dari kaum tersebut akan menyebabkan kekacauan kaum mudah tercetus seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Kaum cina dan india di Malaysia tidak puashati dengan hak istimewa yang diberikan kepada orang melayu dan mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk membantah dan ini akan menyebabkan rusuhan kaum mungkin akan berlaku. Semua kaum cina dan india menuntut keadilan diantara kaum dan mereka mahu hak istimewa yang diberikan kepada sesuatu kaum dihapuskan.
Saya juga berpandangan bahawa parti pembangkang mahu memenangi pilihanraya umum akan datang dan mereka mahu perdana menteri Malaysia dari kaum cina atau india. Dibawah undang-undang sekarang, Yang DiPertuan Agong merupakan orang yang paling berkuasa untuk menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri Malaysia. Yang DiPertuan Agong semestinya mahukan orang melayu dan orang islam untuk dilantik menjadi perdana menteri Malaysia. Untuk itu, selagi kuasa yang diberikan kepada Yang DiPertuan Agong tidak dihapuskan maka kaum cina dan india tidak boleh menjadi perdana menteri Malaysia. Untuk kaum cina dan india menjadi perdana menteri Malaysia, mereka mesti hapuskan undang-undang yang memberi hak istimewa kepada orang melayu dan kuasa yang diberi kepada Raja-Raja Melayu. Parti pembangkang bercita-cita untuk menang pilihanraya umum akan datang dan untuk menang mereka mesti bekerja keras, untuk mencapai hasrat tersebut kaum cina dan india bersatu dan sayangnya orang melayu berpecah belah untuk mempertahankan hak mereka iaitu hak orang islam dan melayu. Jika parti pembangkang memenangi pilihanraya umum nanti dan orang bukan melayu akan membentuk majoriti di Parlimen, dan kemudian dengan majoriti dua pertiga mereka boleh menghapuskan undang-undang yang melindungi hak istimewa orang melayu, islam dan juga yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu.
Situasi politik sekarang di Malaysia jelas menunjukkan bahawa orang melayu tidak lagi bersatu. Orang melayu telah berpecah kepada tiga kumpulan parti politik yang majoritinya adalah orang melayu. Orang melayu dari ketiga-tiga kumpulan parti politik ini saling membantah antara satu sama lain. Walaupun orang melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia tetapi apabila mereka berpecah kerana perbezaan edologi politik maka mereka menjadi kumpulan minoriti. Apabila menjadi kumpulan minoriti maka orang melayu akan hilang kuasa politik yang mereka sedang nikmati sekarang ini. Orang melayu akan kekal berkuasa jika sekiranya mereka terus bersatu dan kekal sebagai kumpulan etnik terbesar. Apabila orang melayu tidak bersatu dalam politik maka orang melayu akan kehilangan kuasa untuk memerintah negara ini dan pada ketika itu mereka tidak lagi dapat menikmati hak istimewa orang melayu sebagaimana yang mereka nikmati sekarang. Pada ketika itu juga, orang melayu khususnya yang menentang perpaduan orang melayu akan menyesal. Orang melayu akan menjadi seperti orang arab di Palestin dan cina serta india akan jadi seperti Yahudi di Israel. Dibelakang cina dan india akan dibantu dan disokong oleh Amerika dan Singapura. Kerajaan Amerika dan Singapura akan melindungi kaum cina dan india di Malaysia kerana kaum tersebut akan mudah memberi bantuan kepada mereka berbanding orang melayu. Orang melayu akan menjadi pesalah dan pelarian di negara sendiri dan raja melayu akan diturunkan dan tidak lagi berkuasa serta raja melayu akan hilang segala keistimewaan yang dinikmati sekarang. Keadaan yang lebih buruk akan berlaku di Malaysia dimana orang melayu yang merupakan penganut agama islam tidak lagi berpeluang bebas mengamalkan agama islam seperti sekarang sebagaimana yang berlaku di Singapura dimana orang islam hanya dibenarkan melaungkan azan di dalam masjid sahaja dan tidak boleh berkumadang seperti di Malaysia. Pada ketika itu kumpulan melayu yang menentang perpaduan orang melayu mungkin telah meninggal dunia tetapi mereka akan dikenang oleh generasi melayu akan datang sebagai pengkhianat dan musuh orang melayu.
Prof Dr Nasoha Saabin
August 2010
Integrative Holistic Wellness Centre