Terapi Minda Bersama Professor Dr. Nasoha Saabin
Program Khidmat Bimbingan Pakar bersama Y. Bhg. Profesor Dr. Nasoha Saabin telah diadakan pada 24 Julai, 2011 jam 9.30 pagi bertempat di Dewan YPK, Kg Saujana Setiu. Lebih 70 orang peserta telah hadir mengikuti program bersama Y. Bhg. Prof pada kali ini di mana merupakan siri yang ke 2 selepas dilaksanakan di Parlimen Kemaman pada bulan Jun yang lalu.
Yang Bhg. Profesor Dr. Nasoha Saabin merupakan lulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne, Australia.
Pada program kali ini beliau telah mengendalikan bengkel bersama peserta dengan tajuk “Menjana Keluarga Bahagia Melalui Terapi Minda”. Y.Bhg. Prof telah memperkenalkan beberapa kaedah terapi minda hasil ciptaan beliau sendiri kepada para peserta program.
Kaedah-kaedah yang yang diperkenalkan ini diyakini mampu membentuk keperibadian insan yang hebat dan seterusnya dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera. Kaedah terapi yang diperkenalkan meliputi kepada semua golongan masyarakat bermula bayi, kanak-kanak, remaja hingga ke golongan dewasa.
Oleh : YM Syed Lizam Sukairi Bin Syed Abu Bakar
Last Updated on Monday, 08 August 2011 02:55