From: Muhammad Taqiuddin
Date: 25 May 2012 08:02:24 AM GMT+08:00
To: “nasohaxxxxxxx@gmail.com”
Assalamualaykum prof,
Pertama sekali saya nak perkenalkan diri saya. Nama saya Muhammad Taqiuddin b. Khamdani. Saya tinggal di Kg Olak lempit, Banting, Selangor. Saya rasa prof mungkin mengenali saya kerana saya pernah mengambil rawatan dengan prof baru-baru ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas rawatan prof beri kepada saya. Alhamdulillah, saya rasa semakin baik.
Tujuan saya menulis e-mel ini untuk berkongsi pengalaman hidup dan meminta nasihat daripada prof.
Saya mula menghidap penyakit skizofrenia ini sejak berumur 14 tahun masa tu saya berada di ting. 2. Masa mula-mula kena keluarga saya merasakan saya terkena gangguan jin sehingga mereka membawa saya berjumpa bomoh. Masa saya kena penyakit tu fikiran saya berserabut saya tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Saya merasakan dunia ini sempit bagi saya dan saya merasa takut terutama apabila masuk waktu maghrib(malam). Pada waktu itu saya merasakan seperti ada seseorang ingin membunuh saya dan saya menganggap setiap orang yang saya lihat adalah setan bukan manusia yang menyebabkan saya cuba melarikan diri dari mereka. Bila saya menonton tv saya rasakan tv tersebut mengejek saya dan mengatakan tentang saya. Apabila saya relapse saya tidak dapat hadir ke sekolah selama berbulan-bulan. Saya masih ingat lagi ketika di ting.3 saya tidak hadir ke sekolah selama 3 bulan. Pada masa itu saya menduduki PMR dan saya hanya datang sebulan sahaja belajar dan terus periksa. Walaupun saya hanya belajar sebulan sebagai persediaan tapi saya dapat keputusan yang agak bagus iaitu 5A2B1C sehinggakan keluarga saya kata yang ambik perikse ko ke jin ko.hihihi…
Saya dapat anggarkan setiap tahun saya relapse hinggalah saya masuk ke ting.5 dan masa tu SPM. Pada masa tu saya ingat penyakit tu dah x datang lagi. Rupa-rupanya nak dekat periksa masa tu la dia datang terus saya x blh jawab periksa. Pada masa kena kali nilah bapa saya bawa bertemu doktor pakar di HKL kerana terbaca artikel tentang skizofrenia. Lepas saya fail dalam SPM ayah saya suruh ambil ulangan. Saya pun belajar lagi tapi kali saya ambil ubat. Alhamdulillah saya dapat ambil priksa ulangan dengan baik. Tapi betul2 lepas saya ambil periksa saya relapse balik. Nasib baik lepas periksa. Hasilnya saya dapat keputusan yg agak baik jugak iaitu 3A4B1C1D. Itupun saya x belajar betul2 sebab saya masuk kelas tahfiz sepenuh masa walaupun guru saya melarang saya tetap dengan minat saya iaitu menghafal quran. Saya ambil SPM ulangan pd 2007. Saya ada juga memohon politeknik tapi pd masa tu saya minat menghafal quran saya masuk madrasah. Dgn rawatan yg saya ambil di HKL saya dapat belajar dgn baik. Akhir tahun 2008 saya berpindah madrasah atas nasihat seorang ustaz iaitu di Kubang Bujuk Terengganu. Saya rasa prof pun tau tempat tu. markaz tabligh. Sebelum saya masuk saya disyaratkan keluar 40 hari. Masa tulah saya mula mengenali usaha dakwah dan saya rasakan itulah jalan yang benar.
Saya belajar di madrasah tersebut hanya lebih kurang 5 bulan dari awal tahun 2009 bulan 1-5. Masa tu saya relapse. Yg teruknya saya kene time kluar 40 hari. Sehinggakan saya dihantar ke hospital mental diikat kaki dan tangan dimasukkan satu wad dgn orang2 gila. Selepas dari peristiwa tersebut saya mula memandang serong atas usaha tabligh. Saya rasa orang yang keluar tabligh 3, 40 hari ni semuanya jahil sebab mereka guna kitab fadhail amal yang banyak hadis dhaif dan maudhu’. dan mereka beramal semata-mata untuk dapat fadhilat sahaja. Mereka kata ilmu tu ada 2 masail, fadail. Saya kata ni x betul ilmu tu ada 3 Tauhid, Feqah dan Tasawuf. Innilah fatal error yg saya dapat kesan dari jemaah tabligh. Last saya ikut tabligh masa ijtimak Sepang 2009 lepas tu x de dah.
Saya ditukarkan rawatan dari HKL ke hospital Putrajaya pada 2008. Pada masa tu saya hanya mengambil ubat makan tablet Olanzapine Zyprexa. Pada 2010 saya mula mengambil ubat suntikan risperdal consta sehingga sekarang atas nasihat doktor pakar. Pada thn 2010 saya x masuk mana2 madrasah saya hanya duduk dirumah. Pada tahun tersebut sahaja saya x relapse. Pada tahun 2011 saya masuk madrasah. Nama madrasah ni Pusat Pengajian Ilmu Wahyu Ad-Darrain di Bukit Tinggi Klang. Saya mengalami nasib yang sama seperti di Terengganu saya hanya belajar 5 bulan sahaja. Silapnya saya mintak dgn doktor nak berhenti ambil ubat kerana menyangka sudah sembuh. Akibatnya, saya rasa pada tahun tersebutlah saya sakit paling teruk. Sampaikan saya lihat orang yang berkepalakan setan. Saya sbnrnya dicutikan dari madrasah tersebut namun sampai sekarang saya x datang balik madrasah tu. Saya malu dgn ustaz2 sebab masa saya sakit ari tu saya cakap yang bukan bukan melalut lalut terpekik terlolong. Apa pendapat prof tentang hal ni? adakah perlu saya kembali ke madrasah tersebut atau tidak?
Saya mengharapkan yang terbaik untuk tahun 2012. Pada tahun ini saya mula mengambil rawatan dgn prof. nasoha dan alhamdulillah saya dapat rasa yang saya sudah sembuh dari penyakit ini dan sekarang saya ceria berbanding sebelum berubat dengan prof. Saya harap selepas ini kejadian2 spt dahulu tidak berulang lagi. Saya ingin meminta pendapat prof. ape yg terbaik untuk saya lakukan sekarang sama ada belajar atau bekerja. Bagaimana saya hendak merancang masa depan saya ke arah yang lebih baik? Saya tidak ingin membuang masa lagi. Saya ingin memulakan hidup baru. Masalah saya skrg ini mungkin kesan daripada ubat consta yang saya ambil saya asyik tidur sahaja. saya ada baca di internet tentang kesan ubat ini antaranya drowsiness iaitu mengantuk @ ketiduran. Saya harap prof dapat membantu saya memberi sedikit nasihat dan saranan.
Penjelasan lanjut sila ke artikel yang telah ditulis oleh Prof Dr Nasoha KLIK