MELAYU DAN KEKAYAAN MALAYSIA

Baru-baru ini saya pergi ke Tanjong Balai di Sumatera. Laluan paling mudah dan cepat untuk ke Tanjong Balai dari Malaysia ialah menggunakan perkhidmatan feri di Pelabuhan Klang. Ia merupakan pengalaman pertama saya ke Indonesia menggunakan jalan laut melalui Pelabuhan Klang. Apabila saya tiba di jeti Pelabuhan Klang, saya terus dihampiri oleh beberapa orang yang bekerja menjual tiket dan mereka menawarkan tiket kepada saya dan yang bersama dengan saya. Kelihatan di jeti ini ramai orang Indonesia yang ingin pulang ke negara mereka dan saya merasakan kebanyakan mereka ialah pekerja di negara ini. Kebanyakan warga Indonesia datang ke Malaysia untuk bekerja dan menyara keluarga mereka di Indonesia. Mereka terpaksa datang ke sini kerana kekurangan peluang pekerjaan di negara mereka. Di Indonesia peluang pekerjaan sangat rendah berbanding jumlah populasi yang tinggi. Oleh kerana itu, kebanyakan warga Indonesia terpaksa terpalit dengan amalan rasuah untuk memastikan peluang pekerjaan yang ditawarkan menjadi milik mereka. Di sana, orang yang mendapat pekerjaan tidak semestinya mereka yang berkelayakan untuk satu-satu jawatan tetapi kemungkinan orang berduit yang boleh menawarkan rasuah. Di sana juga diketahui umum untuk memastikan satu-satu jawatan dalam pemerintahan negara ditawarkan kepadanya, seseorang perlu memberi rasuah kepada pegawai yang bertanggungjawab menguruskan jawatan yang ditawarkan dan ini berlaku walaupun untuk menyertai pasukan polis dan tentera. Pemberian rasuah untuk mendapat pekerjaan menjadi satu amalan biasa di Indonesia kerana peluang pekerjaan yang sangat sukar diperolehi dan negara tersebut tidak dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang cukup kepada rakyat mereka. Kebanyakan warga Indonesia dan juga pekerja asing dari negara lain datang ke Malaysia kerana kemakmuran dan kekayaan negara ini dan peluang pekerjaan yang begitu banyak disini.


Kerana kemiskinan, ramai rakyat Indonesia berusaha mencari peluang pekerjaan yang baik dan untuk mencapai maksud tersebut mereka rata-rata menjadikan Malaysia sebagai tempat mencari rezeki mereka. Majoriti rakyat negara Indonesia dan Malaysia bercakap bahasa yang sama dan memiliki adat resam dan agama yang sama iaitu islam. Kebanyakan rumpun melayu di Malaysia berasal dari Indonesia dan mereka dahulu datang ke sini untuk mencari kehidupan yang baik disini. Nenek moyang dari rumpun melayu datang dan tinggal disini ratusan tahun dulu ketika Malaysia dan Indonesia masih dibawah satu rantau yang dikenali sebagai Melayu Nusantara atau Kepulauan Melayu. Pada ketika itu, mereka bergerak dari satu pulau ke satu pulau yang lain untuk mencari tempat yang baik untuk dijadikan tempat tinggal dan juga untuk membuka tanah penempatan baru. Malaysia terkenal menjadi tempat yang menjanjikan peluang yang baik begitu banyak sekali. Kedudukannya yang strategik menjadikan semenanjung Malaysia tempat pertemuan para peniaga dan ia merupakan pusat perniagaan yang sibuk pada satu ketika dahulu. Kesuburan tanahnya juga menjadikan Malaysia sebagai tempat penanaman pelbagai tanaman dan ia merupakan tempat yang kaya dengan hasil bumi. Sumber kekayaan ini diurus dengan baik oleh kerajaan yang dipimpin oleh Melayu muslim negara ini. Dengan ini Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya keluar dari kepompong kemiskinan yang rata-rata negara dunia ketiga masih bergelut dengan masalah kemiskinan. Kebanyakan negara dunia ketiga juga memiliki kekayaan hasil bumi yang banyak dan terletak di kedudukan yang strategik tetapi oleh kerana mereka tidak memiliki orang yang berkualiti untuk mengurus, kelemahan pentadbiran negara menyebabkan negera-negara tersebut masih tidak membangun dan masih menjadi negara yang miskin sehingga kini.

Malaysia tidak menjadi negara yang kaya dan aman disebabkan oleh usaha gigih orang cina dan india yang tinggal di Malaysia dan orang cina dan india mengatakan orang melayu malas dan tidak menyumbang kepada kekayaan negara. Ada banyak orang cina dan india yang tinggal di negara Asia lain tetapi semua negara tersebut masih tidak menjadi negara yang kaya dan aman damai seperti Malaysia. Hakikat sebenarnya ialah Allah yang telah menjadikan negara ini kaya dan aman kerana penduduk melayu yang beragama islam dan melalui agama islam yang mulia mereka menjadi orang yang berkualiti dan memiliki budi pekerti yang baik disebabkan ketaatan mereka kepada perintah-perintah Allah. Rata-rata orang cina dan india di negara ini tidak beragama islam dan Allah tidak menerima amal orang bukan islam dan Allah tidak akan mengambilkira amal mereka dalam menentukan hala tuju negara Malaysia. Bukanlah orang cina dan india yang menjadikan Malaysia kaya dan aman tetapi Allah yang Maha Kuasa yang menjadikan negara ini kaya dan aman. Adalah tidak wajar bagi orang cina dan india berfikiran bahawa merekalah yang menjadi sebab negara ini maju dan kaya raya. Sebenarnya ialah disebabkan oleh amal mulia orang islam yang rata-rata dianuti oleh orang melayu telah membuka pintu rahmat dari Allah dan keberkatan mencurah-curah keatas negara ini dan kerana itu Malaysia telah terselamat dari pelbagai musibah yang melanda sekitar rantau ini. Dengan keamanan dan kekayaan ini membolehkan orang cina dan india menjalankan aktiviti perniagaan mereka dan membantu mereka menjadi kaya dan berjaya di negara ini.

Sebahagian orang cina dan india di negara ini merasakan kekayaan dan keamanan ini adalah disebabkan oleh usaha mereka yang kuat dan kecerdikan mereka dan itu semua menjadikan Malaysia kaya dan mampu keluar dari status negara miskin kepada negara membangun. Di negara Indonesia, Thailand atau Vietnam juga terdapat orang cina dan india dan jika benar orang cina dan india yang membuatkan sesebuah negara kaya raya , kenapakah negara seperti Indonesia, Thailand, Vietnam atau negara China dan India sendiri tidak menjadi kaya,aman dan bebas segala bencana alam seperti Malaysia?. Orang cina dan india sepatutnya menghormati dan menyayangi orang melayu. Keadaan yang baik dan kekayaan mereka bergantung kepada amalan orang islam di negara ini yang rata-ratanya adalah orang melayu. Orang cina dan india tidak sepatutnya memanggil orang melayu dengan panggilan yang kesat seperti ‘bastard’ kerana orang melayulah dengan baik hati dan simpati kepada orang cina dan india dan datuk nenek mereka ketika mereka mula-mula datang ke negara ini. Kebanyakan orang cina dari golongan profesional lebih suka bekerja di Singapura dan orang india lebih suka bekerja di syarikat swasta di Amerika dan Eropah kerana gaji yang ditawarkan lebih tinggi berbanding Malaysia dan bukanlah kerana keadaan yang aman negara tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia negara yang sangat aman jika dibandingkan dengan negara-negara lain di seluruh dunia untuk dijadikan tempat tinggal.


Orang melayu memiliki sifat kesopanan dan tolak ansur yang tinggi berbanding bangsa lain di seluruh dunia. Oleh kerana itu, orang cina dan india boleh tinggal di Malaysia dengan aman setelah sekian lama sehingga harini. Ada dari kalangan orang melayu yang terlalu memiliki sifat tolak ansur sehingga sanggup berdoa kepada ketua negeri yang bukan islam yang sepatutnya doa dalam khutbah jumaat untuk Raja yang merupakan ketua orang islam di negara ini yang telah menjadi amalan orang islam sejak sekian lama. Hal ini menunjukkan jelas Allah telah memberi kehinaan kepada golongan orang melayu yang berbuat demikian dengan membuatkan mereka sanggup berdoa untuk ketua negeri yang bukan islam walhal yang sepatutnya didoakan dalam khutbah jumaat adalah ketua orang islam yakni Raja yang memerintah negara ini. Hal ini disebabkan dosa golongan melayu tersebut yang sanggup menjadikan orang bukan islam yang terang-terang menentang islam sebagai sekutu politik mereka. Allah telah memberi kehinaan dan merendahkan golongan melayu tersebut kerana dengan sengaja dan berterusan menentang usaha yang dibuat untuk menyatukan orang melayu yang merupakan orang islam di negara ini.


Ramai rakyat Indonesia telah datang ke Malaysia untuk bekerja kerana kekayaan dan kemakmuran negara ini. Allah yang Maha Esa telah menjadikan Malaysia negara yang kaya dan makmur dan tiada yang menjadikan Malaysia kaya dan makmur melainkan Allah. Allah yang menjadikan Malaysia kaya dan makmur kerana ada sebahagian orang melayu di negara ini mentaati dan menuruti perintah-perintah Allah dan mereka memjalankan kerja yang dibuat oleh Nabi Muhammad saw iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan yakni mengajak orang yang bukan islam kepada islam dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah yang mulia dan mengajak orang islam kepada mentaati perintah Allah. Pada hemat saya, negara yang terbaik di seluruh dunia ialah Malaysia yang mana ia merupakan negara orang islam dan orang islam di Malaysia kebanyakanya ialah orang melayu dan sedikit dari orang cina dan india kerana majoriti mereka ialah bukan islam. Allah telah menurunkan rahmat dan berkat kepada negara ini kerana di Malaysia ada orang islam yang menjalankan suruhan Allah iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dimana mereka mengajak orang bukan islam kepada mengucap kalimah mulia dan mengajak orang islam mentaati perintah Allah. Orang cina dan india yang dilahirkan di Malaysia tetapi memilih untuk meninggalkan negara ini dan menukar kerakyatan kepada negara lain adalah merupakan golongan yang paling rugi di dunia ini. Orang melayu yang islam yang menerima orang cina yang bukan islam atau india sebagai ketua mereka yang mana mereka sepatutnya menerima Nabi Muhmaad saw dan orang islam sebagai ketua adalah orang yang paling bodoh, sesat dan dangkal.


Prof Dr Nasoha Saabin
September 2010
Integrative Holistic Wellness Centre

This entry was posted in TRUE FACT and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a comment