Skizofrenia boleh sembuh dengan izin Allah

Posted in Kesihatan | Tagged | Leave a comment

Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bhgn 9 (Penutup)

Apabila seseorang tidak beriman, Allah tidak akan memberikan seseorang tersebut pemahaman yang betul tentang Islam. Seseorang yang tidak di beri oleh Allah kefahaman Islam dengan betul maka tidak akan membuat fatwa yang betul. Apabila seseorang yang tidak diberi oleh Allah kefahaman Islam dengan betul dan membuat satu fatwa maka akan menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam. Pada pandangan saya, pemimpin PAS adalah bukan orang beriman tetapi hanya sekadar orang Islam. Oleh yang demikian, pemimpin PAS tidak diberi oleh Allah kefahaman Islam yang betul dan apabila mereka membuat fatwa maka sudah tentu fatwa mereka adalah salah. Apabila pemimpin PAS membuat fatwa yang salah, dengan ini menyebabkan pergolakan dan kekeliruan terhadap umat Islam di Malaysia. PAS telah mengeluarkan banyak fatwa salah yang mana menyebabkan banyak pergolakan dan kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia. Pada pandangan saya, sebenarnya pemimpin PAS sendiri sangat keliru tentang Islam dan mereka keliru adalah kerana mereka tidak memahami ajaran Islam dengan betul. Tidak di ragui bahawa mereka mengetahui banyak tentang maklumat agama Islam tetapi mereka sebenarnya tidak memahami agama Islam dengan betul. Pada pandangan saya, pemimpin PAS tidak dapat membezakan di antara usaha yang akan menyebabkan orang mengamalkan Islam dan usaha yang akan membuatkan seseorang mendapatkan kuasa dan kekayaan. Allah perintah umat Islam bekerja untuk kehidupan tetapi Allah tidak perintah umat Islam bekerja untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan. Tiada politik di dalam Islam kerana apabila seseorang masuk ke dunia politik ini bermaksud bahawa seseorang adalah sedang berusaha untuk memperolehi kuasa dan kekayaan yang mana di larang dalam Islam.

Continue reading

Posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan | Tagged | Leave a comment

Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 8

Pada pendapat saya, UMNO dan Barisan Nasional akan boleh mendapatkan 2/3 majoriti di dalam Parlimen sekiranya semua orang melayu di dalam PAS dan semua orang melayu di dalam PKR menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Apabila semua orang melayu di dalam PAS dan semua orang melayu di dalam PKR menyertai UMNO, sudah tentu ini sangat baik untuk agama Islam, baik untuk orang melayu dan juga untuk Malaysia. Apabila orang melayu samaada di dalam UMNO, PAS dan PKR telah bersatu, maka inilah sebenarnya hari yang mana semua orang melayu mula menjadi gemilang, cemerlang dan terbilang. Apabila semua orang melayu bersatu di dalam UMNO yang bermaksud United Muslims National Organisation, pada pandangan saya, dengan izin Allah, UMNO dan Barisan Nasional akan boleh memenangi 2/3 majoriti di Parlimen walaupun tanpa sokongan daripada orang cina atau India semasa pilihanraya umum. Continue reading

Posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan | Tagged | 1 Comment

Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 7

UMNO

Sebelum ini, ramai orang cina percaya bahawa konsep berkongsi kuasa dan kekayaan adalah satu konsep terbaik dan sesuai di dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai dan sejahtera. Oleh yang demikian, orang cina di Malaysia telah menubuhan parti orang cina iaitu MCA yang mewakili orang cina di dalam Barisan Nasional. Hanya terjadi pada PRU13 apabila ramai orang cina telah mula mempersoalkan konsep berkongsi kuasa dan kekayaan di antara pelbagai kaum di Malaysia dan menyebabkan MCA telah kehilangan banyak sokongan daripada orang cina. Mengapa pada PRU13 yang lepas orang cina mula mempersoalkan konsep berkongsi kekayaan dan kuasa yang mana terbukti bahawa konsep ini boleh mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan di Malaysia selama 56 tahun. Pada pendapat saya, ini adalah kerja Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang telah membuatkan orang cina mempersoalkan konsep berkongsi kuasa dan kekayaan yang mana telah 56 tahun di laksanakan dan terbukti  dapat mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan di Malaysia. Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah berjanji pada masyarakat cina bahawa Pakatan Rakyat akan dapat memerintah Malaysia dengan syarat semua orang cina di Malaysia mengundi DAP dan parti lain di dalam Pakatan Rakyat tetapi bukan MCA atau Barisan Nasional. Kesannya adalah ramai orang cina yang percaya terhadap janji manis Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang malah hampir keseluruhan orang cina di Malaysia mengundi DAP atau parti di dalam Pakatan Rakyat tetapi bukan Barisan Nasional di dalam PRU13 yang lepas dan fenomena ini di sebut sebagai tsunami cina. Continue reading

Posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan | Tagged | Leave a comment

Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 6

UMNO

Saya berpendapat bahawa kemungkinan besar ramai orangmelayu terutamanya golongan belia telah berfikiran agama setelah mendengar banyak ceramah yang telah di berikan oleh Ustaz Azhar Idrus dan ustaz-ustaz lain di tambah dengan kerja yang di lakukan oleh ahli Jemaah Tabligh. Pada pendapat saya, orang melayu lebih berfikiran ke arah agama pada PRU13 telah mengundi untuk Pakatan Rakyat yang mana sebelumnya mereka telah mengundi Barisan Nasional. Saya percaya ramai orang cina dan golongan belia kaum cina juga telah mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lepas kerana mereka mahu satu kerajaan yang lebih mengutamakan kaum cina dan kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme. Saya berfikir bahawa PRU13 yang lepas, ramai orang cina yang telah mengundi DAP daripada mengundi MCA kerana mereka percaya bahawa DAP lebih mewakili mereka berbanding MCA di dalam kerajaan dan mereka percaya dengan janji yang telah di buat oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim bahawa INI KALILAH! Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional. Ramai orang cina sangat yakin bahawa INI KALILAH! Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional. Pandangan saya adalah ramai orang cina tidak berasa puas hati dengan keputusan PRU13 kerana mereka tidak menjangkakan bahawa Barisan Nasional masih dapat memenangi pilihanraya umum. Untuk mengelakkan daripada di salahkan oleh orang cina kerana kekalahan Pakatan Rakyat, dengan pantas selepas keputusan PRU13 di umumkan, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang mendakwa bahawa keputusan PRU13 adalah tidak sah dan batal. Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menyalahkan SPR sebagai satu badan yang tidak mempunyai integriti kerana SPR membolehkan Barisan Nasional menang dalam PRU13 dengan amalan menipu. Continue reading

Posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan | Tagged | Leave a comment

Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 5

UMNOAnwar Ibrahim sangat bijak membuatkan pemimpin PAS agar bersetuju dengan cadangannya bahawa PAS tidak bersendirian malah dapat bersama-sama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk melawan Barisan Nasional. Saya yakin dengan matlamat utama yang di gunakan oleh Anwar Ibrahim untuk meyakinkan pemimpin PAS untuk bersama Pakatan Rakyat adalah untuk membentuk gabungan parti pembangkang yang sangat kuat. Saya pasti bahawa Anwar Ibrahim telah menggunakan idea bahawa hanya gabungan parti pembangkang dapat melawan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tidak akan mempunyai kekuatan gabungan pembangkang tanpa PAS menyertai Pakatan Rakyat. Saya pasti pada mulanya PAS sangat teragak-agak untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana apabila menyertai Pakatan Rakyat in i bermakna PAS juga akan mempunyai kerjasama dengan DAP yang merupakan parti bukan Islam. Mengapa dan bagaimana PAS akhirnya boleh menyertai Pakatan Rakyat? Sebelum menyertai Pakatan Rakyat, saya mendengar bahawa pemimpin PAS pergi untuk berjumpa dan meminta nasihat daripada ulama terkenal iaitu Sheikh Yusuf Qardawi dan ulama tersebut telah menasihati pemimpin PAS bahawa dibenarkan untuk bersekutu dengan parti orang bukan Islam selagi mana tujuan bersekutu dengan parti orang bukan Islam untuk menggulingkan kerajaan zalim dan menurut pemimpin PAS, Barisan Nasional adalah kerajaan zalim. Dengan berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Sheikh Yusuf Qardawi maka PAS membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha menggulingkan Barisan Nasional yang mana PAS percaya dengan yakin bahawa Barisan Nasional adalah satu kerajaan yang sangat zalim. Continue reading

Posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan | Tagged | Leave a comment

Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 4

UMNOSebagaimana dalam ucapan Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini kepada rakyat Malaysia bahawa matlamat sebenar Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO pada tahun 1982 adalah hanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tun Dr Mahathir juga mengakui bahawa beliau pada mulanya telah di tipu oleh penampilan luaran Anwar Ibrahim yang kelihatan sangat islamik. Tun Dr Mahathir juga mengaku secara terbuka bahawa penampilan Anwar Ibrahim yang islamik telah membuatkan beliau percaya terhadap Anwar Ibrahim seorang yang alim. Tun Dr Mahathir mengatakan kepada rakyat Malaysia bahawa pada mulanya, beliau telah membuat perancangan untuk menggunakan Anwar Ibrahim agar dapat menyerapkan nilai Islam di kalangan ahli UMNO tetapi dalam masa yang sama,  Anwar Ibrahim telah menggunakan perancangan Tun Dr Mahathir untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Semasa Anwar Ibrahim di dalam UMNO, Anwar Ibrahim menggunakan banyak strategi politik di dalam usaha untuk membunuh kerjaya politik musuhnya di dalam UMNO dan dalam masa yang sangat singkat Anwar Ibrahim telah berjaya menjadi Timbalan Presiden UMNO dan sekaligus menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tahun 1998, Tun Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu telah melucutkan jawatan  Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir melalui Ahli Eksekitif UMNO juga memecat Anwar Ibrahim daripada menjadi ahli UMNO dan Barisan Nasional. Apabila Anwar Ibrahim di lucutkan jawatan daripada menjadi ahli UMNO dan Barisan Nasional, Anwar Ibrahim mengetahui bahawa “plan A” untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia melalui UMNO gagal dan Anwar Ibrahim kini sedang bekerja keras untuk “plan B” bagi mencapai jawatan Perdana Menteri Malaysia. Siapakah orang yang pertama melawat Anwar Ibrahim apabila Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan keahlian UMNO? Continue reading

Posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan | Tagged | 1 Comment

Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 3

UMNO

Pada pendapat saya sekiranya semua orang cina dan orang India di Malaysia mahu tinggal dan menjalankan perniagaan dalam keadaan aman damai di Malaysia maka semua orang cina dan India di Malaysia hendaklah menghapuskan keinginan orang cina dan India di dalam DAP yang bukan hanya membolot kekayaan malah mereka juga ingin menjadi pemerintah Malaysia seperti Lee Kuan Yew dan orang cina Singapura. Sekiranya orang cina dan India mahu tinggal dan menjalankan perniagaan dalam keadaan aman damai di Malaysia, semua orang cina di Malaysia hendaklah menyokong orang cina di dalam MCA dan semua orang India di Malaysia hendaklah menyokong MIC. Orang cina MCA dan India MIC adalah mereka yang bijak dan rendah diri dan telah menerima hakikat serta kebenaran bahawa untuk tinggal di Malaysia maka orang cina dan India adalah di benarkan oleh orang melayu yang merupakan banga majoriti di Malaysia untuk hanya berkongsi bersama orang melayu bagi memerintah Malaysia tetapi bukan untuk menjadi pemerintah Malaysia. Dalam sistem demokrasi, majoriti akan memerintah dan oleh yang demikian di Malaysia Barisan Nasional atau Gabungan Parti Kebangsaan yang terdiri daripada 14 parti pelbagai kaum yang di pimpin oleh parti orang melayu di kenali sebagai UMNO sentiasa sahaja menjadi parti yang mana selama 56 tahun memperolehi majoriti pengundi di dalam setiap pilihanraya yang lepas dan oleh yang demikian Barisan Nasional telah memerintah Malaysia selama lebih 56 tahun.

Continue reading

Posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan | Tagged | 1 Comment

Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 2

UMNOPada pendapat saya, orang melayu sanggup untuk tinggal dengan aman damai dan harmoni bersama orang cina dan India di Malaysia dengan syarat orang cina dan India berpuas hati dengan kekayaan yang mereka perolehi di Malaysia dan membenarkan kuasa pemerintahan berada di tangan orang melayu. Pada pendapat saya, ini adalah fakta dan kebenaran yang mana saya fikir kaum cina dan India di Malaysia hendaklah mengetahui dan menerima dengan hati terbuka jika kaum cina dan India ingin tinggal di Malaysia di dalam keadaan aman damai dan harmoni bersama kaum melayu. Apakah fakta dan kebenaran? Sebagai orang melayu, saya ingin memberitahu kepada orang cina dan India di Malaysia tentang fakta dan kebenaran bahawa orang melayu adalah bangsa majoriti di Malaysia dan tidak akan mungkin membiarkan orang cina dan India untuk memerintah Malaysia. Kini, terdapat sebahagian daripada orang melayu yang berada di dalam PAS dan PKR tetapi jumlah mereka hanya sedikit yang akan membenarkan orang cina dan India untuk memerintah Malaysia. Pada pendapat saya, orang melayu yang bersama PAS dan PKR bersetuju untuk membenarkan orang cina dan India untuk memerintah Malaysia kerana itu orang melayu yang berada di dalam PAS dan PKR sangat bersedia bersekutu dengan DAP untuk menubuhkan Pakatan Rakyat. Apakah matlamat utama DAP? DAP percaya bahawa Malaysia juga kepunyaan orang cina dan oleh yang demikian orang cina dan bukan hanya orang melayu mempunyai hak untuk memerintah Malaysia. Continue reading

Posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan | Tagged | Leave a comment

Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 1

UMNO
Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa, agama dan bahasa. Malaysia adalah sebuah negara kecil yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia yang satu ketika dahulu di kenali sebagai Persekutuan Tanah Malayu telah mendapat kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957 dan kemudian setelah Sabah dan Sarawak serta Singapura memasuki Persekutuan Tanah Melayu pada September 1963 maka Persekutuan Tanah Melayu di tukar kepada Malaysia. Pada tahun 1965, Lee Kuan Yew telah mengambil keputusan untuk mengambil Singapura dari Malaysia untuk menjadi negara merdeka di kenali sebagai Republik Singapura. Semenjak kemerdekaan adalah menjadi harapan semua Perdana Menteri Malaysia bahawa Malaysia hendaklah menjadi sebuah negara yang bersatu dan makmur. Malaysia telah menjadi sebuah negara yang merdeka lebih daripada 56 tahun pada tahun 2013. Sepanjang 56 tahun kemerdekaan, Malaysia telah pun mempunyai 6 Perdana Menteri. Semua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada Barisan Nasional (BN). Semenjak tahun 1957, Malaysia sentiasa berada di dalam keadaan aman damai melainkan kejadian pada 13 Mei 1969, iaitu terdapat satu rusuhan kaum di antara orang melayu dan cina di Kuala Lumpur. Semasa rusuhan, terdapat lebih seribu orang melayu dan cina telah di bunuh dan kejadian itu telah menyebabkan perintah darurat di antara tahun 1969 hingga 1972. Kerajaan darurat di pimpin oleh Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-2 dan juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Dato’ Seri Najib Abdul Razak. Pada zaman pemerintahan darurat, Dasar Ekonomi Baru (DEB) mula di perkenalkan. Tujuan utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk mengagihkan kekayaan Malaysia dengan adil di antara pelbagai kaum di Malaysia.

Continue reading

Posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan | Tagged | Leave a comment