Rukun Islam Pertama dan Kekeliruan Amalannya.

Tiada yang lebih utama kepada umat Islam melainkan melaksanakan dan menghidupkan amalan Rukun Islam pertama. Apakah amalan yang berkaitan dengan rukun islam yang pertama? Persoalan ini tidak pernah terjawab, dan diterangkan serta di huraikan oleh ulama Islam di seluruh dunia. Setiap umat dan ulama Islam sepenuhnya telah berpuas hati dengan pemahaman bahawa Rukun Islam pertama hanya mengucap dua kalimah syahadah iaitu Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah hanya sekali dalam seumur hidup. Selain daripada mengucap dua kalimah syahadah, tiada amalan yang berkaitan dengannya. Seseorang hanya perlu mengucapkan dua kalimah syahadah hanya sekali dan mereka telah pun menjadi seorang muslim dan beriman. Ini merupakan amalan biasa selepas seseorang memeluk agama Islam. Continue reading

Posted in Amar Makruf Nahi Munkar | Leave a comment

Usaha Untuk Memperbaharui Iman

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, iman akan luntur seperti besi akan mendapat karat. Pada riwayat yang lain, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, perbaharuilah iman kamu. Kemudian para sahabat r.hum bertanya, bagaimana ya Rasulullah? Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda, perbanyakkan ucapan Tiada Tuhan melainkan Allah. Kita akan memperbaharui iman kita dengan banyak bercakap pergertian kalimah tiada tuhan melainkan Allah. Nabi Muhammad s.a.w berpesan supaya kita banyak bercakap mengenai maksud kalimah tiada tuhan melainkan Allah. Untuk memperbaharui iman, para sahabar r.ahum serng bercakap mengenai kalimah mulia di kalangan mereka. Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w sentiasa bimbang tentang keadaan iman mereka. Apabila mereka merasakan iman mereka agak lemah, mereka duduk dalam satu bulatan dan mengingatkan satu sama lain tentang maksud kalimah mulia. Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w memahami nilai iman dan mereka sentiasa risau dan bimbang tentang iman mereka. Mereka mengetahui dan memahami keadaan iman mereka meningkat dan menurun. Pada masa itu, umat Islam yakin dengan sepenuhnya bahawa tiada yang lebih berharga berbanding iman. Mereka rela mati untuk iman dan mereka tidak sanggup untuk kehilangan iman. Continue reading

Posted in Amar Makruf Nahi Munkar | 1 Comment

Apakah perintah pertama dari Allah

Bunyinya sukar untuk dipercayai bahawa umat Islam seluruh dunia kini masih belum begitu jelas apakah perintah pertama dari Allah. Apabila seseorang memeluk agama Islam apakah perintah pertama dari Allah yang sepatutnya dilakukan. Umat Islam seluruh dunia berfikir perintah pertama dari Allah adalah solat lima waktu setiap hari dan setelah seseorang memeluk agama Islam perintah pertama dari Allah yang perlu dilakukan oleh muallaf adalah solat lima waktu setiap hari. Adakah benar perintah pertama dari Allah adalah solat lima waktu setiap hari ataupun menyampaikan kalimah mulia iaitu Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah kepada orang bukan Islam. Continue reading

Posted in Amar Makruf Nahi Munkar | 1 Comment

Dakwah, berpesan-pesan dan mengajar

Allah s.w.t telah memberikan kerja nabi kepada sesiapa sahaja yang mengikuti Nabi Muhammad s.a.w. Di dalam Al-Quran, Surah Yusuf ayat 108 yang lebih kurang maksud, katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku (kerjaku), mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh, inilah jalanku(kerjaku) dan orang-orang yang mengikuti aku. Allah telah memberikan kerja mengajak manusia kepada Allah bagi Nabi Muhammad s.a.w dan untuk orang yang mengikutinya. Orang yang mengikuti Nabi Muhammad s.a.w di kenali sebagai pengikut nabi s.a.w. atau umat. Allah berfirman dalam Al-Quran: Surah Ali-Imran ayat 110 yang lebih kurang maksud, Kamu umat terbaik, yang dihantar kepada seluruh manusia, kerana kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. Continue reading

Posted in Amar Makruf Nahi Munkar | Leave a comment

Senarai Top Blogger Malaysia 2011 Bahasa Melayu

Berikut adalah senarai Top Blogger di Malaysia 2011 untuk edisi blog bahasa melayu. Continue reading

Posted in Isu Semasa | Tagged | 1 Comment

Lima Rukun Islam – Kaitan Rukun Amal dan Rukun Iman

Orang Islam mempunyai Enam Rukun Iman dan Lima Rukun Islam. Enam Rukun Iman adalah perintah Allah bagi hati dan Lima Rukun Islam adalah perintah Allah untuk badan kita. Hati merupakan raja bagi anggota badan dan apa sahaja kehendak hati maka anggota badan akan melakukannya. Tetapi yang sebenarnya, hati akan dipengaruhi oleh apa yang anggota badan sering lakukan dan apa yang telah di sebut berulang kali oleh lidah. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dengan makna yang lebih kurang, tidak akan baik manusia itu melainkan baik hatinya, tidak akan baik hatinya melainkan betul imannya, tidak akan betul imannya melainkan betul percakapannya. Apa yang sentiasa disebut berulang kali oleh seseorang maka itulah yang menjadi kepercayaannya dan Allah telah memberi kita satu perkataan yang paling mulia kepada setiap manusia untuk di sebut berulang kali untuk membetulkan kepercayaan manusia iaitu Aku Naik Saksi Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Aku Naik Saksi Muhammad Pesuruh Allah. Untuk memastikan kalimah yang mulia ini tertanam ke dalam hati kepada setiap individu lelaki dan perempuan, kalimah mulia ini hendaklah di sebut berulang kali oleh setiap lelaki dan perempuan. Continue reading

Posted in Agama, Amar Makruf Nahi Munkar | Leave a comment

Mencintai Dunia & Kerja Nabi

Allah s.w.t telah menghantar kesemua nabi untuk mengingatkan keseluruhan manusia tentang kewujudan Allah dengan mengatakan tiada tuhan melainkan Allah dan mentaati segala perintah Allah seperti yang di tunjukkan oleh nabi. Semua nabi yang Allah rahmati merupakan wakil bagi Allah kepada setiap manusia dan setiap nabi telah ditentukan masa dan kaum kepada siapa mereka dihantar. Terdapat juga keadaan dimana pada satu masa yang sama telah dihantar ramai nabi kepada ramai kaum ataupun masyarakat. Semua nabi telah diberikan oleh Allah kalimah yang mulia,iaitu tiada tuhan melainkan Allah dan nabi hanya hamba dan utusan Allah. Nabi bukan tuhan tetapi mereka adalah manusia biasa yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi rasul-Nya kepada manusia. Continue reading

Posted in Amar Makruf Nahi Munkar | 1 Comment

Kerja Dakwah – Mengajak Kebaikan dan Mencegah Munkar

dakwah non muslim

Allah telah memuliakan orang Islam dengan kalimah yang mulia. Kalimah yang mulia adalah Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Kalimah yang mulia adalah kalimah yang diberi kepada semua nabi dan kesemua nabi di perintahkan oleh Allah untuk mengajak manusia supaya mengucap kalimah mulia. Walaupun umat Nabi Muhammad s.a.w bukan nabi tetapi tugas untuk mengajak manusia supaya mengucap kalimah yang mulia telah diberikan kepada umat ini. Umat Muhammad s.a.w telah dimuliakan dengan kerja nabi. Kerja yang mulia telah diberikan kepada seluruh umat Muhammad sama ada lelaki dan perempuan. Apabila seseorang telah mengucap kalimah mulia, mereka sebenarnya telah memasuki islam dan tugas serta kewajipan kepada mereka adalah menyampaikan kalimah yang mulia kepada mereka yang belum pernah mengucap kalimah yang mulia dan mengajak mereka melakukan perkara yang sama. Amalan menyampaikan dan mengajak manusia supaya mengucap kalimah yang mulia dinamakan kerja dakwah ataupun tabligh. Continue reading

Posted in Amar Makruf Nahi Munkar | 1 Comment

Hukum Perintah Dakwah

Walaupun ramai orang Islam mengatakan bahawa kita perlu melakukan kerja-kerja dakwah, tetapi ramai umat Islam masih tidak tahu apakah maksud perkataan dakwah. Serta apakah hukum menjalankan kerja-kerja dakwah. Dakwah bermaksud untuk mengisytiharkan atau mengajak orang-orang yang tidak pernah mengucap kalimah mulia supaya mengucap kalimah mulia. Kalimah mulia adalah kalimah, Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan, mengajak manusia kepada Allah bermaksud untuk mengajak manusia mengucapkan kalimah syahadah. Continue reading

Posted in Amar Makruf Nahi Munkar | Leave a comment

LEMBAYUNG KEAMANAN : Seri Paduka Baginda

Jemaah wujud apabila ada ketua. Tanpa ketua tidak ada jemaah dan tanpa jemaah tidak ada bantuan Allah. Bantuan Allah bersama jemaah dan Allah membantu jemaah melalui perantaraan ketua jemaah. Apabila ada tiga orang maka satu orang perlu menjadi ketua jemaah. Apabila ada ketua barulah jemaah terbentuk dan bersama jemaah ada bantuan dan keberkatan dari Allah. Selagi kita berada dalam jemaah maka selagi itulah kita mendapat keberkatan dan bantuan Allah. Adalah lebih baik mempunyai ketua yang zalim daripada langsung tidak mempunyai ketua. Solat apabila dikerjakan secara berjemaah lebih disukai Allah dari solat yang dikerjakan secara sendirian. Untuk mengerjakan solat berjemaah seorang perlu menjadi imam. Tanpa imam solat tidak dapat dikerjakan dengan berjemaah. Continue reading

Posted in Amar Makruf Nahi Munkar | Leave a comment