DATO’ NIK AZIZ, IDOLA ATAU AYATOLLAH UNTUK PAS

Ahli PAS telah lama menganggap Nik Aziz sebagai tuan guru mereka. Tuan guru membawa maksud seorang yang Allah telah anugerahinya dengan ilmu dan kebijaksanaan. Apabila tuan guru memberi pandangan dalam apa jua permasalahan, ianya menjadi sebab penyelesaian kepada satu-satu masalah. Kata-kata yang keluar daripada mulut seorang yang bergelar tuan guru sepatutnya bercahaya . Orang yang mendengarnya pasti bertambah kefahaman tentang suatu perkara apabila mendengar kata-katanya. Apabila tuan guru diminta memberi pandangan tentang suatu hal oleh orang ramai, pandangannya mestilah membuatkan orang ramai merasa tenang dan puas hati. Nik Aziz dikenali oleh orang ramai bukan sebagai seorang ustaz atau guru agama biasa. Ustaz hanyalah guru agama yang mengajar agama di sekolah dan di masjid. Apabila seorang yang bukan sahaja mengajar pengetahuan agama tetapi juga mampu memberi panduan dan pandangan agama kepada orang ramai biasanya ia dikenali sebagai tuan guru. Soalan yang saya ingin utarakan ialah samada status tuan guru ini sesuai atau sebaliknya digelar pada beliau. Seorang yang dikenali dengan status tuan guru, dia mestilah berkualiti dari segi kelakuan dan percakapannya yang seharusnya sesuai dengan gelaran yang diberikan kepadanya. Pada pandangan saya, sesiapa yang tidak memiliki kualiti dan ciri-ciri tersebut tidak sepatutnya diberi atau menggunakan gelaran sebagai tuan guru.

Dato’ Nik Aziz adalah seorang ahli politik dan beliau sangat mempercayai bahawa apabila melibatkan diri dalam politik mestilah berlandaskan ajaran islam. Nik Aziz telah menceburkan diri dalam politik semenjak seusia muda beliau selepas tamat belajar universiti. Beliau merupakan pelajar lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan juga pernah mendalami ilmu agama di Darul Ulum Doeband, India. Dia percaya dengan apa yang beliau lakukan yakni menegakkan islam melalui landasan politik adalah satu tindakan yang betul dan beliau cukup teguh dengan pendirian tersebut. Dato’ Nik Aziz mahu membentuk negara Malaysia sebagai sebuah negara islam yang melaksanakan undang-undang islam. Allah telah memberikan kuasa pemerintahan kepada beliau di Kelantan pada tahun 1990 yang mana beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan dan sehingga kini beliau masih lagi mengekalkan jawatan tersebut. Walaupun umumnya, kebanyakan orang terutama pengikutnya menyedari terdapat kesilapan yang dibuat oleh Dato’ Nik Aziz namun tidak ada yang berani menegur kesilapan yang dibuatnya. Beliau yang memiliki perwatakan yang warak dan hidupnya yang bersederhana membuatkan ramai orang menyanyangi dan menyukainya dan mengelarkannya sebagai tuan guru. Walaupun beliau ada melakukan kesilapan, kebanyakan pengikutnya tidak ambil berat kesalahan yang dibuatnya dan masih mengakui beliau sebagai Mursyidul Am. Tidak ada mana-mana pemimpin dari UMNO yang boleh hidup secara sederhana seperti yang ditujukkan oleh Dato’ Nik Aziz.

Apa saja kritikan yang dilemparkan kepada beliau oleh orang UMNO tidak memberi kesan yang mendalam terhadap pandangan dan pendirian pengikut PAS terhadap Dato’ Nik Aziz. Walaupun Nik Aziz memegang jawatan sebagai menteri besar Kelantan namun dia masih melapangkan masa beliau untuk mengajar agama, memberi panduan dan pandangan agama serta beliau menjaga solat 5 waktu sehari. Tidak ramai pemimpin dalam UMNO yang boleh menyamai tahap pengetahuan agama dan tahap kesederhanaan yang ditunjukkan oleh beliau. Beliau sangat berpengaruh di Kelantan dan beliau kebanyakannya dapat memenangi hampir semua setiap kali pilihanraya diadakan selama ini. Bagi pengikut PAS dan kebanyakan rakyat Kelantan menganggap beliau adalah pemimpin yang sangat disegani dan merupakan mursyidul am dalam PAS. Beliau merupakan orang yang menentukan keputusan yang perlu dibuat dan polisi dalam PAS, manakala presiden dalam PAS hanya bertanggungjawab untuk melaksanakan keputusan dan polisi yang telah dibuat oleh Dato’ Nik Aziz. Dato’ Nik Aziz mirip kepada pimpinan Ayatollah dalam Kerajaan Islam Syiah di Iran. Jawatan presiden dalam parti adalah jawatan yang dipertandingkan tetapi tidak bagi jawatan mursyidul am dan akan kekal dipegang oleh beliau hingga akhir hayat. Apa sahaja yang diperkatakan oleh Dato’ Nik Aziz adalah pandangan bagi keseluruhan parti PAS dan bukanlah satu pandangan peribadi kerana beliau adalah Mursyidul Am dalam PAS.

Kebanyakan ahli PAS tidak akan sesekali menerima hakikat bahawa Dato’ Nik Aziz hanyalah merupakan manusia biasa yang tidak lari dan akan melakukan kesalahan. Apa yang dapat dilihat ialah makin banyak Nik Aziz memberi kenyataan maka makin banyak kesalahan akan dilakukannya. Apabila beliau melakukan kesalahan, tidak ada seorang pun dari kalangan ahli PAS berani menegur atau mengingatkan beliau. Kerana terlalu memuja beliau, kebanyakan ahli PAS memilih untuk berdiam diri apabila mereka melihat atau mendengar kesalahan yang dibuat oleh Dato’ Nik Aziz ketika memberi komen dan kenyataan sesuatu perkara. Sebahagian ahli PAS akan berusaha mencari jalan untuk mentafsir secara positif setiap kali Dato’ Nik Aziz membuat kesilapan ketika memberi komen satu-satu perkara dengan tujuan mereka terus menghormati Dato’ Nik Aziz dalam hati mereka. Oleh kerana tidak ada seorang pun berani mengingatkan beliau setiap kali beliau melakukan kesalahan, hakikat sebenarnya Dato’ Nik Aziz berada dalam kedudukan yang sangat bahaya kerana beliau akan terus melakukan kesalahan akan datang tanpa ada orang yang berani serta memiliki kebijaksanaan untuk menegurnya. Jadi, siapakah yang boleh menegur beliau selain daripada dirinya? Apabila menganggap seseorang itu tidak akan buat salah, sebenarnya anggapan sedemikian menjadikan sesorang itu seumpama tuhan. Setiap orang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Tidak ada seorang pun yang tidak melakukan kesalahan kecuali Allah. Begitu juga para rasul juga melakukan kesalahan, namun kerana mereka maksum, kesalahan mereka segera ditegur dan diampun oleh Allah. Dato’ Nik Aziz juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Apabila Dato’ Nik Aziz melakukan kesalahan, ini membuktikan bahawa beliau juga manusia biasa. Apabila Dato’ Nik Aziz dikritik, beliau sebaiknya mendengar kritikan tersebut dan berfikir sejauh mana kebenaran kritikan tersebut. Sekiranya kritikan tersebut adalah benar, Dato’ Nik Aziz sepatutnya menganggap kritikan tersebut datang dari Allah dan orang yang menegur itu hanya digunakan oleh Allah sebagai sebab semata-mata. Dato’ Nik Aziz sepatutnya berdoa kepada Allah supaya orang yang menegur itu dirahmati oleh Allah kerana ia digunakan oleh Allah untuk menegur beliau. Dan sekiranya kritikan yang diberi tidak benar, maka Dato’ Nik Aziz juga mesti menganggap kritikan tersebut datang dari Allah dan ianya merupakan ujian kepada beliau. Dato’ Nik Aziz sepatutnya berdoa kepada Allah supaya Allah mengampuni orang yang kerana kekurangan ilmunya telah mengkritik beliau. Oleh kerana Dato’ Nik Aziz telah terkenal dengan panggilan Tuan Guru maka Dato’ Nik Aziz seharusnya berkelakuan sesuai dengan gelaran tersebut. Gelaran Tuan Guru tidak boleh sewenang-wenang digunapakai oleh orang yang tidak layak untuknya.

Apabila Dato’ Nik Aziz mengatakan Allah samseng, adakah beliau tahu apa yang beliau telah perkatakan? Apabila Dato’ Nik Aziz berkata Allah samseng, ini bermakna salah satu daripada 99 nama Allah, Asma Al-Husna adalah samseng. Adakah ‘samseng’ merupakan salah satu daripada nama-nama Allah? Allah Maha dasyat dalam memberi hukuman dan Allah mengisytihartkan dengan angkuh tentang kekuasaanNya kerana Allah adalah pencipta, pemilik dan pentadbir mutlak kepada seluruh alam. Hanya Allah boleh bersifat angkuh dan keras kerana Allah adalah tuhan di dunia dan akhirat. Bolehkah Dato’ Nik Aziz bercakap dengan angkuh dan keras walaupun kepada musuhnya? Adakah termaktub dalam perintah Allah kepada manusia supaya bercakap angkuh dan keras kepada manusia lain? Allah telah memerintahkan Nabi Musa supaya bercakap kepada Firaun dengan lembut dan bercakap dengan baik. Adakah Dato’ Nik Aziz lebih baik dari Nabi Musa dan adakah musuh politik Dato’ Nik Aziz lebih buruk dari Firaun? Jika Dato’ Nik Aziz mendakwa, dia boleh bercakap dengan angkuh dan keras sebagaimana Allah bercakap kepada musuh Allah, ini seolah-olah Dato’ Nik Aziz menyamakan diri beliau dengan Allah. Dato’ Nik Aziz sepatutnya berpijak dibumi yang nyata bahawa kita sebagai hamba Allah, dan kita diperintah untuk taat segala perintah Allah dan kita sebagai hamba tidak diperintah oleh Allah untuk buat apa yang Allah boleh buat. Kita bukan Allah tetapi sebaliknya kita adalah ciptaan dan hamba Allah. Bila kita bercakap dengan angkuh dan keras kepada manusia, kita telah melanggar perintah Allah. Apabila kita melanggar perintah Allah, kita berdosa. Apabila kita berdosa, Allah perintahkan kita supaya bertaubat dan minta ampun dari Allah. Dan apabila kita memohon ampun dan taubat, kita telah mentaati perintah Allah dan ini menyebabkan Allah menyukai dan meredhai kita.

Apabila Dato’ Nik Aziz memberi kenyataan satu masa dulu bahawa berkawan dengan syaitan lebih baik dari berkawan dengan UMNO, Dato’ Nik Aziz sebenarnya menjatuhkan martabat dirinya sendiri. Hal ini kerana, Allah telah memerintahkan kita supaya tidak sesekali menjadikan iblis dan syaitan sebagai kawan. Musuh kita sebenar bukan manusia tetapi syaitan. Dato’ Nik Aziz berkata lebih baik berkawan dengan syaitan daripada berkawan dengan orang UMNO. Dato’ Nik Aziz tahu yang orang UMNO adalah orang islam dan berketurunan melayu. Orang islam dalam UMNO menjadi orang yang tidak taat perintah Allah kerana mereka ikut ajakan iblis dan begitulah juga Dato’ Nik Aziz menjadi orang yang tidak taat perintah Allah disebabkan Dato’ Nik Aziz juga ikut ajakan iblis. Allah memerintahkan Dato’ Nik Aziz supaya berbuat baik dan bertolak ansur dengan orang islam yang melakukan kesalahan. Tetapi apabila Dato’ Nik Aziz tidak berbuat baik dan bertolak ansur dengan orang islam yang melakukan kesalahan maka Dato’ Nik Aziz melanggar perintah Allah dan melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah. Sebaliknya, Dato’ Nik Aziz lebih cenderung memilih untuk berkawan dengan orang yang bukan islam dalam DAP daripada memilih untuk berkawan dengan orang islam dalam UMNO. Ini kerana dalam hati Dato’ Nik Aziz terlalu bencikan orang UMNO kerana pada beliau, UMNO pernah menipu PAS dan Dato’ Nik Aziz suatu masa dulu. Adakah Dato’ Nik Aziz tahu bahawa hampir semua orang politik adalah penipu termasuklah ahli politik dalam PAS sendiri. Apabila Dato’ Nik Aziz memilih untuk tidak bersatu dengan orang melayu islam dalam UMNO tetapi memilih untuk bersatu dengan orang bukan islam dalam DAP, sebenarnya Dato’ Nik Aziz telah melanggar perintah Allah. Iblis telah berjaya menghasut Dato’ Nik Aziz supaya melakukan perkara yang melanggar perintah Allah. Allah mahu kita sentiasa memaafkan dan melupakan kesalahan orang terhadap kita, apatah lagi ia adalah seagama dengan kita tetapi Dato’ Nik Aziz telah melabelkan orang UMNO sebagai kafir dan bukan orang islam.

Orang UMNO mungkin boleh jadi kafir dari segi amalan tetapi tidak dalam hati mereka. Kita tidak boleh menghukum mereka kafir kerana tidak tahu hati mereka. Orang UMNO telah mengucap dua kalimah syahadah yang mulia dengan itu mereka adalah orang islam tetapi iman belum masuk dalam hati mereka. Suatu waktu dulu zaman Rasulullah di medan perang, Hadrat Khalid ra. telah membunuh seorang musuh yang telah mengucap dua kalimah syahadah. Nabi Muhammad saw telah bertanya kepada Khalid ra. kenapa dia membunuh lelaki tersebut sedangkan dia telah mengucap. Hadrat Khalid ra. menjawab lelaki itu mengucap kalimah kerana dia takut dibunuh. Setelah itu, Nabi Muhammad saw bersabda, bagaimana kamu tahu keadaan hati dia? Dato’ Nik Aziz tidak tahu apa sebenarnya dalam hati orang UMNO. Sepatutnya Dato’ Nik Aziz mengakui bahawa orang islam dalam UMNO adalah orang islam kerana semua mereka telah mengucap dua kalimah syahadah dan tidak ada seorang pun dari kalangan mereka dilihat pergi ke kuil, gereja atau menyembah selain dari Allah. Orang UMNO mungkin orang yang melanggar perintah Allah tetapi mereka tidak kafir. Orang islam dalam PAS juga melanggar perintah Allah dan mereka juga tidak kafir.

Orang islam yang benar-benar taat di Malaysia adalah orang yang bersungguh-sungguh mengikuti setiap apa yang Nabi Muhammad saw lakukan. Tidak ada seorang pun dari kalangan ahli PAS yang membuat kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Nabi Muhammad saw telah berdakwah kepada semua manusia termasuklah orang yang bukan islam tetapi ahli-ahli PAS hanya berminat mengajak orang bukan islam dan orang islam menjadi ahli PAS sahaja. Adakah kerja mengajak orang islam menjadi ahli PAS atau kerja yang dibuat oleh Jemaah Tabligh supaya menjadi ahli mereka merupakan benar-benar kerja dakwah yang ditunjukkan oleh Rasullulah saw?. Sebenarnya, kerja dakwah ialah kerja mengajak orang yang bukan islam supaya mengucap dua kalimah syahadah dan mengajak orang islam untuk taat perintah Allah. Perintah Allah yang pertama bagi orang islam ialah mengajak orang bukan islam supaya mengucap kalimah syahadah dan perintah Allah kedua ialah menjaga solat. Hampir tidak ada orang islam dalam PAS dan Jemaah Tabligh yang buat kerja dakwah yang sebenar seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Apabila kita tidak menjalankan kerja dakwah, maka kita menjadi kaum yang tidak taat terhadap perintah Allah yang pertama. Dato’ Nik Aziz yang juga tergolong orang tidak taat kepada perintah Allah dan dalam keadaan tersebut, bagaimana mungkin Dato’ Nik Aziz boleh menuduh orang islam dalam UMNO sebagai kafir. Orang islam dalam UMNO adalah orang yang melanggar perintah Allah dan begitulah juga Dato’ Nik Aziz, dan mereka bukanlah orang kafir. Allah telah melarang kita berkawan dengan syaitan tetapi Allah tidak menghalang kita berbaik dengan orang-orang islam yang tidak taat perintah Allah dan orang bukan islam yang tidak memusuhi kita kerana agama.

Suatu masa dulu negara pernah digegarkan dengan kenyataan Dato’ Nik Aziz berkata Allah juga mencarut dalam Quran. Kenyataan ini sebenarnya telah meletakkan darjat Allah menyamai darjat ciptaan Allah. Apabila Allah berkata dalam Quran ‘mereka lebih buruk dari haiwan’, ini bukan bermakna Allah mencarut tetapi ia merupakan perbandingan yang Allah gunakannya untuk menerangkan secara jelas kedudukan orang yang melanggar perintah Allah. Dalam bahasa melayu, ayat mencarut bermakna menyebut perkataan yang buruk dan perkataan yang buruk dalam bahasa melayu ialah perkataan yang berkaitan dengan bahagian kemaluan lelaki atau wanita. Apabila seorang berkata ‘awak lebih buruk dari haiwan’, ini bukan mencarut tetapi menerangkan secara jelas perbuatan buruk seseorang. Seorang yang dikatakan lebih buruk dari haiwan apabila dia hanya tahu untuk memenuhi kehendak dirinya sahaja dan langsung tidak berusaha memenuhi kehendak Allah swt. Mereka ini lebih buruk dari haiwan kerana mereka bersunguh-sungguh memenuhi keinginan mereka sahaja dan mereka sanggup melakukan perkara yang walaupun membahayakan orang lain. Dato’ Nik Aziz telah menggunakan perkataan yang salah iaitu mencarut bagi membenarkan hujahnya untuk menerangkan perihal Allah menyebut dalam Quran tentang orang yang melanggar perintah Allah lebih buruk dari haiwan. Bila Dato’ Nik Aziz berkata Allah mencarut, ini bermakna beliau telah menghina Allah. Ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia keluar dari mulut orang yang dianggap sebagai Tuan Guru oleh ahli PAS dengan mengatakan Allah juga mencarut. Semoga Allah mengampuni Dato’ Nik Aziz atas kesalahan tersebut. Iblislah musuh sebenar Dato’ Nik Aziz. Iblis telah dan sedang bekerja siang malam terhadap Dato’ Nik Aziz lebih daripada orang-orang lain dalam PAS kerana beliau ketua kepada ahli PAS. Sekali Dato’ Nik Aziz berjaya disesatkan dari jalan yang benar, maka seluruh ahli PAS juga akan turut berjaya disesatkan oleh Iblis. Iblis berusaha keras terhadap Dato’ Nik Aziz berbanding ahli-ahli PAS yang lain. Seorang yang memiliki status Tuan Guru adalah lebih baik banyak mendiamkan diri daripada banyak bercakap. Apabila Dato’ Nik Aziz ingin membuat kenyataan, fikirlah banyak kali sebelum melakukannya. Ini kerana, semakin banyak kesalahan dibuat oleh Dato’ Nik Aziz, maka semakin banyak peluang bagi iblis untuk menyesatkan Dato’ Nik Aziz dan semua ahli PAS khususnya dan orang islam di Malaysia umumnya.

Dr. Nasoha Saabin
December 2010
Dean of Faculty of Optometry
International University College of Technology Twintech
Kuala Lumpur, Malays

This entry was posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan and tagged . Bookmark the permalink.

9 Responses to DATO’ NIK AZIZ, IDOLA ATAU AYATOLLAH UNTUK PAS

  1. Ummati's avatar Ummati says:

    Assalammualaikum Dr.Nasoha
    Apa kata Dr.Sab pergi jumpa dgn Tuan Guru Nik Aziz dan dakwah dia utk mentaati perintah2 Allah, hati ke hati, ini lebih berkesan drp Tulis dlm internet laman Blog kerana ini bukan cara sunnah, timbul byk fitnah terutamya kpd org yg fanatik PAS, betul tak Dr? Kalau lah Internet ni sunnah dan lama Allah bagi pada kekasih NYA Nabi SAW internet utk buat dakwah.
    Moga Allah bagi saya dan DR.Nasoha dan ummat ini keseluruhannya buat kerja nabi sepertimana yg dikehendaki oleh Nabi SAW buat

  2. Jan Mohammed's avatar Jan Mohammed says:

    Tuan, akhir sekali dlm usaha syaitan untuk merosakkan manusia ialah melalui agama. Dalam tak sedar, syaitan memasukan jarum takabbur kedalam hati muslim yang baik sehingga dia merasakan semua orang tak betol, tak ikut sunnah dan akhir sekali merasakan dia telah buat perkara yang betol. Disini lah mula bertapak nya rasa riak dan takabbur. Kebanyakkan karkun menderita penyakit ini tanpa di sedari. Mula bercakap hal hal yang bukan bidang nya dengan sedikit dalil yang lemah dan bersikap fanatik. Tuan telah di lihat hampir di jangkiti virus ini. Kalau tuan bercakap tentang perubatan, itu memang bidang tuan dan saya akui kepakaran tuan. Tapi dalam soal agama, akui lah tuan terkebelakang berbanding Tuan Guru Nik Aziz, Bai Wahab, Maulana Zubir dan yang seangkatan dengan nya. Menggunakan akal sepenuh nya dalam agama adalah sesat, kerana agama itu sendiri berlawanan dengan akal kerana ia memperkatakan perkara ghaib. Mudah nya tuan, perangi lah orang yang menolak agama samaada melalui perwatakannya atau cakapan nya atau tindakannya. Bersangka baik lah pada orang yang beragama dalam perwatakannya atau cakapan nya atau tindakan nya, jika ada kesilapan pada nya , katakan lah manusia itu lemah sifat nya. Bersangka baik lah pada semua jemaah Islam, bantu lah mereka walaupun sedikit, kerana mereka ada alasan alasan atau dalil yang juga dari nabi s.a.w. Jumpa Nik Aziz dan luahkan apa yang tuan rasa tak kena dengan PAS. Itu lah sunnah, bukan dakwah orang bukan Islam kepada Islam saja yang sunnah. Agama itu terlalu luas, kita saja yang menyempitkan nya dengan kejahilan kita sendiri. Tuntut lah ilmu dari guru yang murshid sebelum musyrik menjadi guru kamu.

    Tuan terlalu jahil dalam hal hal siasah, belajar lah agar rasa alim dengan kejahilan itu berkurangan atau sekurang kurang nya bermuzakarah lah dengan orang yang ahli agar ilmu itu bertambah.

    Allah memuliakan seseorang dengan ilmu, dan menghinanya juga dengan ilmu . Wassalam

  3. Azaharie's avatar Azaharie says:

    Salam Dr Sab,

    Apa khabar iman?kalau berkesempatan tolong pergi dakwah Anwar Ibrahim plak yg dh terbawa-bawa dgn idelogi Pluralism of religion.

  4. pengikut sunnah's avatar pengikut sunnah says:

    assalamualaikum….
    adakah Dr dh buat kajian secara mendalam ttg tuan guru?
    Dr pernah tanya sendiri sgl komen2 drpd mulut dia?
    Dr dh baca ke sgl tulisan dia?
    setahu saya, segala komen tuan guru dlm tv sumenya dipotong….
    Dr dh tanya ke, dalil yg diguna oleh tuan guru, sgl yg b’kaitan dgn komennya?
    jgn bg komen utk sebelah pihak…
    saya bg satu cth….
    bnyk kali saya dgr org ckp yg PAS m’kafirkan UMNO, tapi tak prnah saya dgr dr mulut dia…
    Lg satu, selama UMNO b’kwn dgn MCA atau MIC, apa yg UMNO ajr kt mereka ttg islam?
    bahkan UMNO sendiri tak berani menegakkan hukum hudud…
    bukan itu saje, apabila PAS diserang pelbagai pihak ttg pelaksanaan hudud, UMNO hnya b’diam diri….
    kerajaan kelantan sendiri dihalang melakasanakan hukum hudud….
    saya cdgkan Dr baca dulu sgl tulisan dia….
    kemudian bermusyawwarah dgn dia….
    ini baru “anak jantan” drpd menimbulkan fitnah…..

  5. muhammad's avatar muhammad says:

    Assalamu’alaikum Dr.

    Setelah mencuba memahami tulisan Dr. dapatlah kiranya menurut pendapat saya yang serba kekurangan ini menyimpulkan berdasarkan latar belakang Dr. dari bidang akadamik dan pendedahan Dr. dalam usaha dakwah(Jemaah Tabligh) .Tuan Dr bakal mengikut langkah langkah Iblis laknatullah.Kembalilah pada AlQuran dan Sunnah .
    Tuan Dr. dalam bidang agama ini banyak cabang cabang ilmu yang perlu diketahui sebelum kita membahaskan sesuatu.Tambah lagi kita hendak mengkritik percakapan atau hujjah sasaorang yang ahli dalam bidangnya.Nasehat saya pada tuan agar ambil tahu apa yang tuan tak tahu kemudian beritahu pada yang tidak tahu itu lebih baik dari cakap pada perkara yang tuan sendiri tidak ada ilmu.Sekurang kurang nya Malaikat berterus terang pada Allah bila ditanya tentang nama nama benda yang ada didunia tidak macam Iblis angkuh tidak mahu hormat Adam bila diperintah oleh Allah.
    Saya rasa kerdil untuk menyampaikan tulisan ini walau bagaimana yang BENAR dari Allah yang salah dari kebodohan saya .Wassalam

  6. Izliv's avatar Izliv says:

    Wahai sahabat seperjuangan dunia dan akhirat,

    Ada kebenaran dalam topik yang dibicarakan oleh Dr.
    Kenapa tidak saja bincangkan poin poinnya yang dikatakan diutarakan dalamn artikel ini iaitu oleh Dato Nik Aziz sendiri, contohnya Allah mencarut (Nauzubillah) …..lawan atau pertahankan. Baru perbincangan itu membina.

    Saya tak faham kenapa Dr. pulak disoalkan hingga isu isu lain pulak dibangkitkan.

    Percayalah, Islam adalah agama yang paling rasional dan mulia. Kejayaan Dunia dan akhirat. Tak perlu berfikiran singkat.

  7. bill's avatar bill says:

    drr sabb….iblis di laknat kerana kebijaksaanaan menghina mahluk yang lain…jadi dakwah kepada non muslim seperti yang telah dr saaabbb kempen kan byk orang dh buat…jadi ianya bukan masalah nak mufarakah…nak buat jemaah sendiri…saya syor kan kepada dr sab supaya tukar doktor jadi maulana dulu baru layak nak mufarakah…kalau tidak dr belum cukup kelayakan nak komen orang alim….ukur baju badan sendiri…buat dakwah niat baiki diri…bukan orang lain….

  8. Moslem's avatar Moslem says:

    Dr, dari komen2 di atas menunjukkan pendapat dan tulisan Dr adalah benar. Mereka tidak akan dapat disedarkan lagi. Nik Aziz kini bagi mereka adalah maksum. Betul lah kata para bijak pandai…bila taksub sudah melekat di hati seseorang itu, kebijaksanaan akan keluar dari otak mereka dan mereka akan berada dalam kegelapan yang panjang.

  9. a.'s avatar a. says:

    mafhum hadith lebih kurang.. Bukan dikalngan umat ku org2 yang tdak mnghrmati alim ulama’,org2 tua dan…maap kerana kebodohan saye,saye lupe yang seterusnya..

Leave a reply to pengikut sunnah Cancel reply