Allah telah memuliakan orang Islam dengan kalimah yang mulia. Kalimah yang mulia adalah Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Kalimah yang mulia adalah kalimah yang diberi kepada semua nabi dan kesemua nabi di perintahkan oleh Allah untuk mengajak manusia supaya mengucap kalimah mulia. Walaupun umat Nabi Muhammad s.a.w bukan nabi tetapi tugas untuk mengajak manusia supaya mengucap kalimah yang mulia telah diberikan kepada umat ini. Umat Muhammad s.a.w telah dimuliakan dengan kerja nabi. Kerja yang mulia telah diberikan kepada seluruh umat Muhammad sama ada lelaki dan perempuan. Apabila seseorang telah mengucap kalimah mulia, mereka sebenarnya telah memasuki islam dan tugas serta kewajipan kepada mereka adalah menyampaikan kalimah yang mulia kepada mereka yang belum pernah mengucap kalimah yang mulia dan mengajak mereka melakukan perkara yang sama. Amalan menyampaikan dan mengajak manusia supaya mengucap kalimah yang mulia dinamakan kerja dakwah ataupun tabligh.
Perintah besar yang diberi oleh Allah s.w.t. telah diabaikan oleh semua orang Islam. Orang Islam hanya perasan dan mendakwa bahawa mereka telah pun melakukan kerja dakwah atau tabligh tetapi hakikatnya mereka tidak mengigatkan orang Islam kepada mentaati segala perintah Allah. Sebahagian orang Islam mendakwa mereka telah melakukan kerja tabligh tetapi secara hakikatnya mereka hanya mengajak orang Islam supaya menyertai kumpulan mereka iaitu “kumpulan tabligh”. Kerja kumpulan mereka yang mendakwa mereka adalah “kumpulan tabligh” sebenarnya telah mengabaikan kerja menyampaikan dan mengajak orang bukan Islam supaya mengucap kalimah mulia tetapi mereka mendakwa mereka telah melakukan kerja tabligh. Yang peliknya orang islam semua menyangka dan percaya mereka melakukan kerja tabligh. Umat Islam secara amnya, tidak memahami apa yang di maksudkan dengan kerja dakwah ataupun tabligh. Tabligh bermaksud menyampaikan walaupun anda hanya tahu satu ayat. Apabila seseorang baru memasuki agama Islam, mereka hanya tahu satu ayat iaitu Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah (kalimah mulia), kewajipan kepada mereka adalah menyampaikan kalimah mulia kepada mereka yang belum pernah mengucap kalimah mulia. Apabila Abu Bakar r.ahu baru masuk Islam, Nabi Muhammad s.a.w memberitahunya supaya melakukan kerja yang sama seperti nabi, iaitu menyampaikan dan mengajak manusia supaya mengucap kalimah mulia. Perkara ini jelas menunjukkan kerja nabi atau dakwah bukan hanya kerja Nabi Muhammad s.a.w tetapi juga kerja pengikutnya dan dakwah merupakan perintah wajib yang pertama bagi seseorang selepas mengucap dua kalimah syahadah dan kepada orang yang baru masuk Islam iaitu muallaf. Manakala perintah wajib yang kedua adalah solat lima waktu dilakukan secara berjemaah.
Setelah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan saksi, seseorang itu telah memasuki Islam dan perintah pertama bagi seseorang itu adalah melakukan dakwah atau menyampaikan dan mengajak orang bukan Islam supaya mengucap kalimah yang mulia. Dakwah atau tabligh adalah perintah pertama dari Allah bagi dilaksanakan oleh seseorang yang baru memeluk agama Islam. Umat Islam seluruh dunia telah salah faham bahawa, perintah pertama bagi orang Islam adalah solat lima waktu dan bukan kerja dakwah ataupun tabligh. Akibat dari salah faham ini, maka kerja dakwah tidak diberitahu kepada muallaf sebagai satu kewajipan yang pertama bagi mereka. Setiap orang Islam percaya bahawa kerja dakwah adalah untuk membetulkan orang lain dan membuat orang lain jadi betul dan kepada seseorang yang baik amalannya sahaja yang boleh membuat kerja dakwah. Seluruh umat Islam juga percaya bahawa kerja dakwah hanya kerja para ulama dan bukan kerja setiap individu Islam walaupun mereka hanya tahu satu ayat seperti yang telah di beritahu oleh Rasullullah s.a.w. pada khutbah terakhir kepada seluruh umat Islam sehingga kiamat.
Hasil daripada salah faham ini, umat Islam seluruhnya tidak mengajar anak-anak mereka di rumah dan di sekolah bahawa perintah pertama yang wajib bagi umat Islam adalah menyampaikan dan mengajak orang bukan Islam supaya mengucap kalimah mulia sebaliknya mengajar anak-anak mereka perintah Allah yang pertama adalah melaksanakan solat lima waktu dan kerja dakwah pula hanya di lakukan oleh alim ulama. Di sebabkan inilah kerja dakwah lenyap dari kehidupan umat Islam dan seterusnya ia juga luput dari kalangan para ulama. Pada masa kini, kerja dakwah telah diabaikan oleh seluruh umat Islam. Kini orang Islam dan ulama percaya bahawa orang Islam sangat lemah dalam keimanan dan setiap orang Islam tidak mampu untuk melakukan dakwah. Bagi membolehkan orang Islam melakukan dakwah atau menyampaikan dan mengajak orang bukan Islam mengucap kalimah mulia orang Islam mestilah membetulkan diri mereka dahulu. Mereka mengajak kepada umat Islam meninggalkan rumah dan keluarga mereka untuk membolehkan mereka menjalani latihan kerohanian bagi tempoh masa tertentu dan dengan berbuat demikian mereka percaya umat Islam akan menjadi betul. Setelah setiap orang Islam menjadi betul, mereka percaya bahawa orang bukan Islam akan menerima Islam tanpa umat Islam perlu buat dakwah kepada mereka seperti Nabi Muhammad s.a.w telah lakukan.
Hujah-hujan yang mereka bagi kelihatan seperti masuk akal bagi orang awam, seperti fakta yang benar dan mereka menerima sebagai kebenaran. Malangnya, hujah-hujah yang digunakan hanya menggunakan minda dan bukannya menggunakan Al-Quran dan Hadis serta hujah yang di buat adalah tidak mengikut kehendak Allah dan Rasul. Sebenarnya hujah mereka adalah bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul. Allah dan Rasul-Nya Muhammad s.a.w memerintahkan kita untuk menyampaikan dan mengajak orang bukan Islam supaya mengucap kalimah mulia dan syarat untuk melakukan kerja nabi adalah hanya tahu kalimah mulia. Allah dan Rasul-Nya s.a.w tidak memerintahkan kita untuk membuat orang bukan Islam menjadi Islam atau membuat mereka mengucap kalimah mulia. Allah dan Rasul-Nya s.a.w memerintahkan kita menyampaikan dan mengajak mereka mengucap kalimah mulia dan bukan harus ada paksaan buat mereka. Allah telah memerintahkan kita untuk menyampaikan dan mengajak orang bukan Islam untuk mengucap kalimah mulia dan kita wajib melakukannya bukan kerana kita adalah orang yang baik dan betul tapi kerana ini adalah perintah Allah dan niat melakukannya hanya nak buat Allah suka. Sama ada kita ada kebolehan atau tidak, ini tidak boleh di jadikan alasan. Tanggungjawab kita adalah untuk taat perintah Allah dan Rasul-Nya. Apabila kita mentaati perintah Allah dengan niat hanya nak buat Allah suka, maka Allah akan membuat keputusan akan membantu kita dan akan menjadikan kita mudah untuk membuat dakwah. Kita hanya perlu melakukan. Kita hanya taat perintah Allah dengan niat hanya nak buat Allah suka dan Allah akan mengajar kita bagaimana untuk melakukan dakwah dan Allah akan memberi kita kekuatan, keupayaan, pengetahuan dan kebijaksanaan dan Allah akan membantu kita kerana Dia telah membantu semua nabi dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w pada masa lalu.
Prof Dr Nasoha Saabin Dekan Fakulti Optometri Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech Kuala Lumpur, Malaysia

Sudahlah Dr.Nasoha.. kalaulah ko dipihak yg betul, ko tak kutuk2 tabligh.. tapi ko ckp tabligh tak betul, itu la, ini la.. akhlak ko tak menarik.. kalo ko nak dakwah to non-muslim, teruskan je lah, tak payah ckp jemaah tabligh tak betul. Ape kate ko pegi dakwah pada orang asli yg bukan islam kat dlm hutan. Org bukan Islam kat bandar2 mereka dah pernah dgr azan, dan mereka dah tahu kewujudan dan kehadiran org Islam.