Adakah Hukum Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia? Ramai yang berpendapat hukum hudud tidak boleh di laksanakan di Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah Masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Ramai yang percaya hukum hudud hanya boleh di laksanakan setelah orang Islam mempunyai iman yang betul dan kuat. Walaubagaimanapun, ahli PAS mempunyai pendapat yang bertentangan. Mereka berpendapat hukum hudud hendaklah dilaksanakan di Malaysia sekarang, tanpa mengambil kira umat Islam di Malaysia mempunyai iman yang betul dan kuat atau tidak. Bilakah agaknya semua umat islam di Malaysia mempunyai iman yang betul dan kuat? Adakah terdapat sebarang usaha atau kerja bagi orang Islam atau kerajaan Malaysia untuk memperbetulkan dan mengukuhkan keimanan untuk semua umat Islam di Malaysia? Adakah benar bahawa apabila umat Islam mempunyai iman yang lemah, kita tidak dapat melaksanakan hukum hudud di Malaysia? Bila akan tiba masanya untuk hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia? PAS berjanji kepada rakyat Malaysia semasa kempen pilihanraya bahawa mereka akan melaksanakan hukum hudud jika PAS di pilih untuk memerintah Malaysia. PAS berjanji apabila mereka di pilih untuk memerintah Malaysia, mereka akan menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam. Semenjak PAS menyertai DAP dan PKR, slogan Negara Islam dan hukum hudud telah menjadi lemah dan kini PAS menukar slogan kepada Negara Berkebajikan. PAS menukar slogan kerana mereka mahu memenangi undi dari orang bukan Islam. Selama bertahun-tahun, PAS telah cuba memenangi pilihan raya umum dengan menggunakan slogan Negara Islam dan Hukum Hudud tetapi mereka gagal dan hanya berjaya memerintah Negeri Kelantan. Ramai ahli PAS berpendapat bahawa mereka boleh menang pilihan raya umum dan memerintah Malaysia jika mereka menukar slogan tradisional mereka kepada Negara Berkebajikan. Dengan slogan yang baru, PAS bersedia untuk bekerja bersama DAP yang merupakan sebuah parti yang mana bermati-matian menentang konsep Negara Islam dan Hukum Hudud.
Apabila Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia, beliau berpendapat bahawa Negara Islam yang di cadangkan oleh PAS adalah bukan konsep sebenar Negara Islam seperti yang di nyatakan dalam al-Quran tetapi ini hanya Negara Islam yang di anggap oleh ahli PAS. Negara Islam seperti yang dicadangkan oleh PAS hanya akan membuat Hukum Hudud hanya dikenakan kepada umat Islam dan tidak kepada bukan Islam. Menurut Tun Dr. Mahathir, Islam adalah agama yang menggalakkan keadilan dan kesejahteraan kepada umat manusia keseluruhannya dan jika hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS hanya terpakai kepada umat Islam, dan tidak kepada bukan Islam, maka hukuman tersebut adalah tidak adil kepada umat Islam. Sebagai contoh, dalam kes jenayah apabila melibatkan diantara orang Islam dan bukan Islam, menurut hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS, hanya orang Islam sahaja apabila terlibat dengan jenayah adalah dikenakan hukum hudud manakala bukan Islam akan di adili mengikut hukum sivil. Ini bermaksud, sekiranya seorang Islam ditangkap mencuri, mereka akan di potong tangan tetapi apabila bukan Islam di tangkap mencuri, mereka akan di hukum dengan pemenjaraan atau lain-lain bentuk hukuman. Tun Dr. Mahathir mengatakan, sekiranya Hukum Hudud seperti yang dicadangkan oleh PAS dilaksanakan di Malaysia, kita akan jumpa ramai orang melayu yang merupakan orang Islam akan mempunyai tangan yang dipotong dan sementara bukan Islam terlepas dari hukuman tersebut. Menurut Tun Dr. Mahathir, ini adalah tidak adil dan menurut beliau lagi, sebarang bentuk ketidakadilan adalah bukan Islam. Apa yang Tun Dr Mahathir ingin cuba untuk menerangkan bahawa beliau tidak menentang hukum hudud jika sekiranya dilaksanakan menurut ajaran Islam yang sebenar. Tun Dr. Mahathir mendakwa bahawa Islam terjemahan PAS adalah bukan Islam yang sebenar. Walaupun Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan Islam terjemahan PAS, namun hingga sekarang, Tun Dr Mahathir belum menerangkan terjemahan Islam yang dikatakan sebagai Islam sebenar.
Ahli PAS begitu marah dengan Tun Dr. Mahathir dan beberapa ahli PAS menganggap Tun Mahathir telah menjadi kafir dan mereka memanggil beliau dengan nama samaran iaitu ‘MahaFiraun’. PAS memerintah Negeri Kelantan selama hampir 20 tahun dan selama 20 tahun pentadbiran, PAS telah gagal untuk memerintah Kelantan dengan perlaksanaan undang-undang Islam atau Hukum Hudud. Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, PAS menyalahkan Tun Mahathir kerana tidak membenarkan mereka melaksanakan Hukum Hudud. Tetapi sekarang, walau Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sejak 2003 tetapi sehingga sekarang, Kelantan masih tidak buat keputusan untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Walaupun pada zahirnya PAS tidak bersetuju dengan Tun Mahathir tetapi dengan melihat tindakan mereka ke atas Negeri Kelantan, seolah-olah sedikit sebanyak PAS bersetuju dengan pendapat dari Tun Mahathir. Antara negeri-negeri di Malaysia, Kelantan mempunyai peratus yang tinggi dari orang yang mati akibat jangkitan dan sexsual berkaitan dengan HIV dan Kelantan merupakan kadar tertinggi penceraian dan kadar tertinggi umat Islam yang ingin menukar ke agama lain. Apa dah jadi dengan Negeri Kelantan di bawah pemerintah PAS? PAS merupakan sebuah parti Islam dan Menteri Besar Kelantan adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, seorang Ulama yang tahu agama di Malaysia. Semua ahli PAS menghormati beliau dan beberapa orang percaya bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak akan pernah membuat sebarang kesilapan dan beliau adalah kekasih Allah. Ramai ahli PAS percaya bahawa apa sahaja yang dikatakan oleh Tuan Guru mestilah benar dan perlu diikuti oleh semua ahli PAS. Walaupun diterajui oleh seorang yang bergelar sebagai ulama yang mewakili gelaran Parti Islam, tetapi terdapat lebih ramai orang Kelantan dijangkiti dengan penyakit dan kematian akibat HIV. Ramai orang Kelantan berseronok dengan perempuan yang telah dijangkiti AIDS di negara jiran iaitu Thailand. Thailand adalah jiran bagi Kelantan dan pelacuran adalah merupakan perniagaan secara terbuka yang beroperasi di Thailand. Tuan Guru Nik Aziz telah gagal dalam mengajar rakyat Kelantan tentang bagaimana hendak meningkatkan iman dan bagaimana hendak mengelakkan diri daripada terjatuh ke dalam perangkap Syaitan. Setiap minggu, Tuan Guru Nik Aziz mengajar agama Islam kepada orang Kelantan, dan mungkin hanya segelintir daripada mereka yang mendapat faedah daripada pengajaran yang diberikan, manakala selebihnya tidak mendapat faedah dari beliau sepenuhnya. Sekiranya Hukum Hudud dilaksanakan kepada orang Islam di Kelantan, menurut Tun Mahathir, ramai akan direjam sehingga mati dan dipotong tangan.
Saya fikir sama ada PAS atau Tun Mahathir tiada mengetahui bagaimana hendak melaksanakan Hukum Hudud. Kedua-dua parti berada dalam kegelapan tentang bagaimana hendak melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia. Kedua-duanya tidak menentang Hukum Hudud. Kedua-dua parti bersetuju bahawa Hukum Hudud datang dari Allah dan kita hendaklah melaksanakan undang-undang hudud tetapi menurut Tun Mahathir kita hendaklah melakasanakan dengan keadilan atau keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam. Biar saya memberitahu anda dan sesiapa yang membaca artikel ini bahawa semua perintah Allah datang dari Allah bermaksud hanya orang yang mempunyai iman yang kuat kepada Allah (beriman) dan bukan kepada mereka yang mempunyai iman yang tidak kuat kepada Allah. Ramai yang setelah mengucap Dua Kalimah Syahadah, belum lagi menjadi beriman atau muslim atau mukmin. Ramai yang telah mengucap Kalimah Mulia dan hanya mengucap Kalimah Mulia di mulut mereka dan Kalimah Mulia belum masuk lagi ke dalam hati. Hanya mereka yang telah mengucap Kalimah Mulia dari hati adalah dipanggil beriman atau muslim atau mukmin. Kebanyakan orang telah mengucap Kalimah Mulia dengan mulut dan bukan dengan hati dan mereka hanya boleh di panggil sebagai telah memasuki Islam atau masuk Islam atau orang Islam dan sebenarnya m
ereka bukan Muslim atau Beriman atau Mukmin. Hanya Muslim atau Mukmin sahaja bersedia mentaati segala perintah Allah di dalam Quran. Hanya Allah yang Maha Esa sahaja boleh memasukkan Kalimah Mulia kedalam hati kita dan Allah akan masukkan apabila Allah suka pada kita dan Allah hanya akan suka apabila kita mentaati segala perintah Allah bermula dengan perintah pertama dari Allah. Apakah perintah pertama dari Allah? Perintah pertama dari Allah adalah bahawa seseorang mestilah mengucap dan menunaikan hak dua kalimah syahadah. Apakah yang dimaksudkan dengan menunaikan hak dua kalimah syahadah? Mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran dan mungkar besar yang dilakukan oleh manusia adalah mereka tidak mahu menerima kebenaran bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan mengajak mereka kepada kebaikan dengan mengajak (dakwah) mereka untuk menerima dan mengucap dua Kalimah Syahadah. Sebaliknya mungkar besar yang dilakukan oleh yang telah mengucap dua kalimah syahadah adalah mereka tidak menunaikan hak dua kalimah syahadah dan mereka tidak mengerjakan solat yang wajib iaitu lima waktu. Mengajak kebaikan kepada mereka ini dengan mengajak mereka mengamalkan kerja dakwah dan melaksanakan solat setiap hari lima waktu.Secara umumnya ramai yang telah mengucapkan kalimah mulia di seluruh dunia tidak menunaikan hak kalimah mulia dan Allah murka dengan mereka dan walaupun mereka telah mengucap kalimah mulia sejak dari kecil, kini kalimah mulia masih tetap di mulut dan bukan di dalam hati mereka. Ramai yang telah mengucap dua kalimah syahadah adalah masih orang Islam dan bukan berstatus Muslim atau Mukmin. Orang Islam tidak akan bersedia menerima hukuman hudud dan jika mereka di beri pilihan, mereka akan memilih undang-undang sivil dan bukannya undang-undang hudud. Kita boleh melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia dengan memberi penjenayah pilihan untuk memilih samaada Hukum Hudud atau Hukum Sivil. Hukum Hudud adalah untuk orang beriman atau muslim yang memilih di dunia untuk dihukum di bawah Hukum Hudud supaya mereka tidak dihukum di Akhirat. Orang Islam dan bukan Islam sudah tentu akan memilih hukum sivil kerana mereka tidak takut pada Allah dan hukuman di akhirat. Di Malaysia kita perlu ada dua mahkamah yang menjalankan Hudud dan Sivil manakala penjenayah perlu di beri pilihan sama ada untuk di adili di Mahkmah Sivil atau Mahkamah Hudud. Dalam Islam tiada paksaan untuk mentaati perintah Allah. Kerajaan tidak seharusnya memaksa rakyat untuk menjadi Muslim atau mentaati perintah Allah. Kerajaan hanya menggalakkan rakyat untuk menjadi Muslim dan mentaati perintah Allah dan menyediakan sistem untuk menggalakkan rakyat memeluk Islam dan mentaati perintah Allah. Islam menggalakkan keadilan dan Allah tidak akan membebankan perintah-Nya untuk di taati sekiranya kita tidak mampu menanggungnya. Untuk membolehkan kita mentaati segala perintah Allah, Allah telah memberikan kita Perintah Pertama dari Allah dan jika sekiranya orang Islam taat pada Perintah Pertama dari Allah, dan empat Rukun Islam yang lain (Rukun Islam), Allah akan memberikan mereka iman yang kuat dan akan membolehkan mereka menjadi Muslim atau Mukmin. Apabila seseorang telah menjadi Muslim atau Mukmin, mereka akan bersedia untuk di adili di Mahkamah yang menjalankan Hudud bukannya Mahkamah Sivil kerana takut pada Allah dan hukuman di akhirat. Satu persoalan yang menarik. Adakah Haji Hadi atau Tuan Guru Nik Aziz dan semua ahli PAS yang bersungguh-sungguh inginkan Undang-undang Hudud akan memilih Mahkamah yang melaksanakan Hukum Hudud jika sekiranya mereka terlibat dalam tuduhan jenayah?
Prof Dr Nasoha Saabin
Dekan Fakulti Optometri
Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech
Kuala Lumpur, Malaysia
sgt suka dgn ulasan ini
I take pleasure in, lead to I discovered exactly what I ued
to be looking for. You’ve ended my 4 day long hunt!
God Bless you man. Have a great day. Bye
1- kalau org yg beriman mana mungkin mahu buat salah….
2- kalau kjjan buat dua sistem, tapi akhirnya mahkamah sivil yg sesak dan sibuk dan mahkamah syariah sunyi sepi, ……. hehe…. segala infra yg disediakan jadi sia2, hakim, pendakwa, pegawai mahkamah, kerani, peon, makan gaji buta…
3- apa macam dr?
Assalamualikum . Saya keliru lah apabila membaca artikel yang ditulis , maafkan saya terlebih dahulu . Saya hanya ingin bersuara , saya agak tidak faham apabila penulis menulis undang-undang membenarkan penjenayah memilih antara hukum sivil dan hukum hudud . Kebanyakan mereka mesti akan memilih hukum sivil , dan kemungkinan orang yang beriman juga , sbb mungkin mereka akan berfikir ini sahaja perbuatan yang terakhir dan selepas ini tidak mahu dilakukan lagi . Tapi kita tidak tahu selepas dari hukuman dia mungkin berniat untuk melakukan lagi . Saya juga berpendapat wajib melaksanakan hukum hudud di malaysia walaupun rakyat malaysia yang islam tidak kuat imannya , kerana in shaa Allah , kalau kita melaksanakan syariat Allah , Allah akan memberi bantuan kepada kita. Dan ini membuatkan umat islam di Malaysia yang tidak kuat iman menjadi imannya kuat dan lebih takut kepada Allah . Jika kita mahu tunggu supaya umat islam di Malaysia ini mkuat imannya sampai bila? Kalau kita melakukan perintah Allah walau keadaan susah sekali pun Allah akan menurunkan bantuan kepada umatnya yang soleh , saya tidak berpihak kepada BN mahupun PAS . saya hanya ingin negara Malaysia ini melakukan yang sebaiknya tentang agama Allah , malulah kita nanti , Sedangkan Allah telah memberi negara Malaysia nikmat yang banyak seperti negara Malaysia yang aman fan banyak sumber-sumber . Itu semua dari Allah , sunggu malu apa yang mahu kita jawab sekiranya kita berada dihadapan Allah nanti . Baik rakya mahupun pemerintah . Saya minta maaf jika kata-kata saya menyinggung atau salah . Kebaikan datang dari Allah dan keburukan dari saya . Wassalamualaikum -hamba Allah-
salam, saya bersetuju dengan pendapat saudara yang mengatakan tiada paksaan di dalam .islam…………..jadi orang islam yang menjalankan hukum hudud itu adalah orang yang beriman …………mananakala orang islam yang tk laksanakan hukum hudud adalah orang yang tidak cukup beriman ( walaupun dia islam )…………itu kesimpulannya….so nk jadi orang islam yang beriman ….. ..hendaklah laksanakan hukum hudud…………hukum hudud bukan dari segi jenayat sahaja bahkan muamalat, ibadat, munakahat, faraid, …dll itu adelah hukum hudud sebenarnyer……….cuma masalah sekarang hukum Allah ( hudud ) yang timbul adalah dari segi jenayat……….so disimpulkan disini orang islam yang tak menjalankan hukum hudud ( jenayat ) bukan lah kafir tetapi imannyer belum cukup sempurna…………sebabtu syurga ader tujuh n neraka pun ader tujuh..so kita tinggal pilih jalan mana yang kita nak …………….manakala orang kafir ( tiada iman ) klu tk jalani hukum hudud dia tetap akan masuk neraka balasan yang lagi dasyat dari hukuman potong tangan……….manakala orang islam yang kurang imannyer ( iman tidak cukup sempurna ) akan diampuni dosanyer dengan bertaubat nasuha …..dan mana yang tidak bertaubat tidak terlepas dari azab neraka tetapi ……orang islam ( kurang beriman ) tetap masuk syurga jua akhirnya……….begitulah sayang nyer .Alllah pada orang islam……………tpi kita , saya bahkan semua umat islam di dunia ini kena ingat bahawa seksaa api neraka itu amat pedih………so berusahalah untuk menjadi hamba Allah yang terbaik di muka bumi ini……………so renung2kan dan selamat beramal………..lepas ni jangan ade plak umat islam yang tak nak solat dan beralasan ah.. malas ler aku nk solat ..kan tiada paksaan dlm islam,,,,,,,,,,salahtu kita kena selidik betul2 disebalik perkataan ” tiada paksaan di dalam” kaji dengan dlm maksud tersurat dan tersiratnya dulu ……..baruleh kita bleh jadi mukmin yang sejati insyallah ….amin