Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 4

UMNOSebagaimana dalam ucapan Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini kepada rakyat Malaysia bahawa matlamat sebenar Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO pada tahun 1982 adalah hanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tun Dr Mahathir juga mengakui bahawa beliau pada mulanya telah di tipu oleh penampilan luaran Anwar Ibrahim yang kelihatan sangat islamik. Tun Dr Mahathir juga mengaku secara terbuka bahawa penampilan Anwar Ibrahim yang islamik telah membuatkan beliau percaya terhadap Anwar Ibrahim seorang yang alim. Tun Dr Mahathir mengatakan kepada rakyat Malaysia bahawa pada mulanya, beliau telah membuat perancangan untuk menggunakan Anwar Ibrahim agar dapat menyerapkan nilai Islam di kalangan ahli UMNO tetapi dalam masa yang sama,  Anwar Ibrahim telah menggunakan perancangan Tun Dr Mahathir untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Semasa Anwar Ibrahim di dalam UMNO, Anwar Ibrahim menggunakan banyak strategi politik di dalam usaha untuk membunuh kerjaya politik musuhnya di dalam UMNO dan dalam masa yang sangat singkat Anwar Ibrahim telah berjaya menjadi Timbalan Presiden UMNO dan sekaligus menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tahun 1998, Tun Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu telah melucutkan jawatan  Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir melalui Ahli Eksekitif UMNO juga memecat Anwar Ibrahim daripada menjadi ahli UMNO dan Barisan Nasional. Apabila Anwar Ibrahim di lucutkan jawatan daripada menjadi ahli UMNO dan Barisan Nasional, Anwar Ibrahim mengetahui bahawa “plan A” untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia melalui UMNO gagal dan Anwar Ibrahim kini sedang bekerja keras untuk “plan B” bagi mencapai jawatan Perdana Menteri Malaysia. Siapakah orang yang pertama melawat Anwar Ibrahim apabila Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan keahlian UMNO?

Orang yang pertama datang melawat Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir adalah kawan paling rapat dengannya iaitu Ustaz Fadhil Noor yang merupakan Presiden PAS. Kini Anwar Ibrahim telah mengikuti “plan B” untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Selepas Anwar Ibrahim di pecat daripada menjadi ahli UMNO, pada pendapat saya, Anwar Ibrahim seharusnya menyertai PAS jika sekiranya beliau seorang yang berjuang untuk Islam. Masih segar dalam ingatan saya pada tahun 1977 di sebuah surau di Jalan Gombak, Kuala Lumpur apabila Anwar Ibrahim datang kepada kami dan memberitahu kepada pelajar-pelajar lulusan Australia bahawa kita hendaklah menyokong PAS kerana perlembagaan PAS adalah mengikut Quran. Saya sangat teruja apabila mendengarnya dan tidak lama selepas itu, Anwar Ibrahim yang memberitahu untuk menyokong PAS kemudian telah menyertai Parti UMNO. Semenjak hari itu apabila Anwar Ibrahim menyertai UMNO, saya mengetahui bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang yang hanya suka mengambil peluang, pembohong dan bukan pemimpin. Sejak itu saya tidak suka  Anwar Ibrahim menjadi pemimpin saya dan tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Semasa PRU13 yang lepas saya telah berdoa kepada Allah untuk tidak menjadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia. Ramai umat Islam di dunia ini berfikir bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin Islam tetapi pada saya beliau bukan walaupun seorang pemimpin. Semenjak tahun 1997, saya tidak percaya bahawa Anwar Ibrahim seorang pemimpin Islam dan pada saya, Anwar Ibrahim hanya seorang pemidato dan bukan seorang pemimpin. Pada pendapat saya, Anwar Ibrahim hanya bagus dalam berpidato yang dapat memukau pendengar ke dalam kepercayaan bahawa beliau merupakan seorang pemimin yang berkarisma.

Pada pendapat saya, Anwar Ibrahim bukan seorang pemimpin yang berkarisma tetapi adalah seorang pelakon yang suka menipu dan yang boleh membuatkan orang lain percaya bahawa beliau seorang pemimpin yang berkarisma. Beliau menggambarkan seolah-olah beliau sedang bekerja keras untuk menegakkan keadilan dan Islam dan bukan seperti pemimpin lain yang hanya mahukan kekayaan dan kekuasaan. Sebenarnya, pada pendapat saya, Anwar Ibrahim adalah sama sahaja seperti pemimpin lain di dunia yang hanya mahukan kekayaan dan kuasa dan kini mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kebolehan berpidato yang ada pada Anwar Ibrahim dalam memetik ayat Quran semasa ucapannya telah membuatkan ramai orang percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah sedang bekerja keras untuk menegakkan Islam. Saya sepenuhnya tidak bersetuju terhadap  sesiapa yang percaya bahawa Anwar Ibrahim sedang bekerja keras untuk menegakkan Islam dan keadilan. Saya mengetahui, Anwar Ibrahim merupakan Presiden ABIM yang pertama tetapi bukan bermaksud beliau adalah pemimpin Islam. Pada pendapat saya, Anwar Ibrahim hanya menggunakan ABIM sebagai satu platform untuk meningkatkan kerjaya politiknya. Jika Anwar Ibrahim benar-benar seorang pemimpin Islam, Anwar Ibrahim sepatutnya menyertai PAS selepas meninggalkan ABIM dan bukan menyertai UMNO. Walaubagaimanapun apabila beliau meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO dan apabila selepas meninggalkan UMNO, beliau telah menubuhkan partinya sendiri dengan di beri nama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukan menyertai PAS. Anwar Ibrahim mengetahui bahawa dengan hanya PKR sendiri, beliau tidak akan dapat memenangi PRU dan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dalam usaha untuk memenangi PRU dan menjadi Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengetahui bahawa beliau hendaklah bukan hanya menjadi Presiden PKR tetapi beliau hendaklah juga menjadi Presiden Pakatan Rakyat yang merupakan sebuah parti yang di tubuhkan berdasarkan kerjasama tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP.

Matlamat utama Anwar Ibrahim dalam menubuhkan Pakatan Rakyat adalah untuk melawan Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Umum (PRU). Menurut Anwar Ibrahim sesiapa sahaja Presiden Pakatan Rakyat, jika Pakatan Rakyat memenangi PRU, maka orang tersebut akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama yang bukan daripada Barisan Nasional. Apakah kualiti baik yang ada pada Anwar Ibrahim yang mana boleh membantu Malaysia untuk menjadi negara yang aman damai dan sejahtera? Adakah Anwar Ibrahim seorang yang baik dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan? Pada pendapat saya, Anwar Ibrahim hanya baik dalam bidang sastera dari Universiti Malaya yang mana hanya bijak memberi ucapan dengan isi kandungannya yang penuh dengan penipuan. Pada pendapat saya, dengan kebolehan hanya memberi ucapan dengan isi kandungannya penuh dengan penipuan, Anwar Ibrahim tidak akan dapat membantu Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang aman damai dan makmur. Menurut bekas menteri kewangan iaitu Tun Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalah menteri kewangan yang paling buruk, yang mana semasa krisis kewangan melanda hanya mengetahui mengikut telunjuk nasihat Amerika dan Yahudi. Pada kempen PRU13, Anwar Ibrahim memberitahu rakyat Malaysia bahawa jika sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau akan mengurangkan harga minyak, menghapuskan TOL dan memberikan pendidikan percuma untuk semua rakyat Malaysia. Pada pendapat saya, segala yang diberitahu oleh Anwar Ibrahim semasa kempen PRU13 kepada rakyat Malaysia adalah seperti gula-gula yang diberikan kepada kanak-kanak dalam usaha Pakatan Rakyat memenangi PRU13 dan sudah tentu bukan jalan penyelesaian bagi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang aman damai dan sejahtera.

Pada pendapat saya, Anwar Ibrahim dan semua orang yang menasihatinya di dalam Pakatan Rakyat tidak mengetahui cara terbaik bagaimana untuk menubuhkan sebuah negara berpolitik dengan adanya kestabilan, bagaimana untuk mengurangkan rasuah dan bagaimana untuk menguruskan ekonomi Malaysia. Saya membuat kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim hanya seorang yang baik dalam berpidato tetapi bukan seorang yang baik dalam pentadbiran dan pengurusan dan pada pendapat saya, Anwar Ibrahim adalah sama seperti Sukarno, Mujibur Rahman dan Stalin daripada Russia yang dengan ucapan mereka yang lancar dapat menggerakkan orang ramai, dalam mencapai matlamat tertentu, seperti mencapai kemerdekaan tetapi mereka tidak bagus dalam pentadbiran atau pengurusan yang boleh menggerakkan bangsa untuk maju ke hadapan dan ke arah mencapai negara aman damai dan sejahtera. Pada pendapat saya, dalam usaha untuk memimpin sebuah negara agar menjadi sebuah negara dengan kestabilan politik dan sejahtera maka negara memerlukan seorang Perdana Menteri yang alim atau beriman, baik dalam pentadbiran dan pengurusan. Pakatan Rakyat di tubuhkan dengan matlamat untuk menentang Barisan Nasional pada masa PRU. Walaubagaimanapun Barisan Nasional di tubuhkan bukan untuk menentang Pakatan Rakyat semasa PRU tetapi untuk membentuk kerajaan yang stabil yang mana boleh membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang aman damai dan sejahtera. Pakatan Rakyat bukan gabungan parti seperti Barisan Nasional tetapi Pakatan Rakyat terdiri daripada tiga parti berbeza matlamat dan misi yang hanya bersedia bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha untuk menentang Barisan Nasional dalam setiap PRU.

Apabila Pakatan Rakyat bukan sebuah parti yang mempunyai satu matlamat dan misi, pada pandangan saya Pakatan Rakyat adalah bukan satu parti politik yang baik untuk memerintah Malaysia jika hendak di bandingkan dengan Barisan Nasional. Pada pendapat saya, jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU, Pakatan Rakyat tidak akan dapat menubuhkan kerajaan yang stabil yang mana boleh menyebabkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang aman damai dan sejahtera. Pada pendapat saya, pada masa kini, Malaysia tidak mungkin akan mempunyai sebuah negara berdemokrasi dengan dua parti sistem yang sama seperti Amerika Syarikat dan Australia. Amerika Syarikat mempunyai dua parti yang sama kekuatan dan berkeupayaan yang mana Republikan dan Demokrat dan oleh yang demikian dalam semua PRU di Amerika Syarikat rakyatnya akan dapat pilihan samaada untuk memilih Republikan atau Demokrat untuk memerintah Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat, terdapat dua parti politik yang sama kekuatan dan keupayaan manakala rakyat Amerika Syarikat akan ada pilihan samaada untuk mengundi parti Republik atau mengundi parti Demokrat. Dengan kewujudan hanya dua parti yang sama kaliber dan kekuatan di setiap negara yang berdemokrasi akan menyebabkan keseimbangan dalam sistem dan kestabilan serta prestasi di setiap parti politik. Sementara  di Malaysia, tidak mempunyai dua parti politik yang sama kekuatan dan keupayaan seperti di Amerika Syarikat. Di Malaysia, rakyat tiada pilihan dan hanya mahu mengundi Barisan Nasional kerana pada pandangan saya, di Malaysia, Barisan Nasional sahaja yang merupakan satu parti yang mempunyai kekuatan dan kebolehan untuk memajukan Malaysia kearah menjadi sebuah negara yang aman damai dan sejahtera. Apabila Barisan Nasional hanya satu parti di Malaysia yang berkebolehan untuk membawa keamanan dan kesejahteraan di Malaysia dan oleh sebab itu, Barisan Nasional telah memerintah Malaysia lebih daripada 56 tahun. Pada pendapat saya, keburukan dalam sistem demokrasi pada negara yang mempunyai satu parti sistem adalah ahlinya akan di jangkiti dengan penyakit rasuah, nepotisme dan kronisme. Pada pendapat saya, ramai rakyat Malaysia dahulunya memihak kepada Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat tetapi kini mereka telah mula memihak kepada Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional kerana kelaziman amalan rasuah, nepotisme dan kronisme di dalam Barisan Nasional.

Apabila melihat kepada graf keputusan PRU13 yang lepas, kita akan dapat melihat bahawa Pakatan Rakyat telah melakukan yang terbaik di semua bandar-bandar besar di Malaysia sementara Barisan Nasional telah gagal. Barisan Nasional hanya dapat melakukan yang terbaik di kawasan pinggir bandar dan terpencil di Malaysia. Saya percaya kebanyakkan pengundi daripada Pakatan Rakyat di semua bandar-bandar besar di Malaysia adalah terdiri daipada orang cina yang percaya bahawa akan terjadi perubahan kerajaan selepas PRU13 dan orang melayu yang inginkan Islam serta orang melayu yang percaya bahawa Barisan Nasional adalah satu parti yang penuh dengan rasuah, nepotisme dan kronisme. Graf keputusan PRU13 banyak memihak kepada Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional telah mula berlaku daripada masa apabila Tun Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia dan juga terjadi semasa Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kelaziman amalan rasuah, nepotisme dan kronisme di dalam Barisan Nasional adalah sangat jelas kelihatan di masa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi  sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Ahmad Badawi kelihatan di mata rakyat Malaysia telah memihak kepada anak menantu iaitu Khairy Jamaluddin dan semasa pentadbiran Dato’ Seri Najib pula kelihatan di mata rakyat telah memihak kepada isterinya iaitu, Datin Seri Rosmah Mansur. Dato’ Seri Najib Tun Razak di lihat oleh rakyat Malaysia hanya mengikut nasihat isterinya iaitu Datin Seri Rosmah Mansur. Pada pendapat saya, adalah amat sukar untuk menghapuskan amalan rasuah, nepotisme dan kronisme di dalam negara yang mengamalkan demokrasi terutamanya dengan satu parti sistem seperti di Malaysia. Apakah kesan sampingan yang akan wujud pada negara demokrasi yang mengamalkan satu parti sistem? Kesan sampingan yang akan wujud pada negara demokrasi yang mengamalkan satu parti sistem adalah kelaziman amalan rasuah, nepotisme dan kronisme akan menjadi berleluasa di dalam sebuah parti dan negara terutamanya jika amalan rasuah, nepotisme dan kronisme tidak secara tegas di kawal oleh sebuah badan yang mampu untuk bekerja tanpa ketakutan dan memihak kepada mana-mana parti.

Pada pendapat saya, Pakatan Rakyat tidak setanding Barisan Nasional kerana PRU13 yang lepas Pakatan Rakyat hanya boleh memenangi tiga negeri sementara Barisan Nasional telah memenangi 11 negeri. Pada PRU13 yang lepas, 133 kerusi telah di menangi oleh Barisan Nasional dan hanya 89 kerusi di menangi oleh Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim telah cuba membentuk satu parti yang di fikirannya akan boleh melawan Barisan Nasional. Pada pendapat saya, hanya Anwar Ibrahim seorang sahaja di Malaysia untuk pertama kalinya dalam sejarah boleh menyatukan tiga parti pembangkang di Malaysia. Ramai yang mengetahui bahawa, PAS tidak mungkin akan dapat bekerjasama dengan DAP iaitu parti orang cina dan DAP tidak pernah terlintas di fikiran untuk bekerjasama dengan PAS iaitu Parti Islam yang begitu bersemangat untuk melaksanakan hudud di Malaysia. Pada masa lalu, semua orang melayu di Malaysia tidak pernah menjangkakan PAS akan bergabung dengan DAP kerana pada masa lalu, PAS telah mengeluarkan satu fatwa iaitu parti Islam tidak di benarkan untuk bergabung dengan parti orang bukan Islam. Menurut PAS, apabila mana-mana parti bergabung dengan parti orang bukan Islam maka parti Islam akan menjadi parti bukan Islam. PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa apabila menyertai UMNO adalah menyertai parti bukan Islam kerana UMNO telah bergabung bersama MCA dan MIC dan banyak lagi parti orang bukan Islam.

Prof Dr Nasoha Saabin
Integrative Holistic Wellness Centre
No 11, Jalan 13,Taman Gombak,
Batu Caves, Gombak, Selangor

This entry was posted in Isu Semasa, Politik & Pergolakan and tagged . Bookmark the permalink.

1 Response to Hala Tuju Malaysia selepas PRU13, 2013 – Bahagian 4

  1. panglima's avatar panglima says:

    Benar, Prof. Dr. Nasoha bin Saabin dgn keizinan Allah.

Leave a reply to panglima Cancel reply